Friday, March 30, 2012

RASUAH DIMALAYSIA SEMAKIN KURANG

NKRA 2: MENCEGAH AMALAN RASUAH


1. APAKAH BENAR AMALAN RASUAH BERLELUASA DI MALAYSIA SEPERTI DIDAKWA OLEH PIHAK-PIHAK YANG TERTENTU DI MALAYSIA?


· Sesungguhnya dakwaan amalan rasuah tinggi di Malaysia adalah tidak berasas malah satu persepsi yang ditabur oleh setengah-tengah pihak untuk mencapai agenda politik tersendiri mereka. Rakyat pula dirusuk dengan dakwaan kononya rasuah meleluasa di Malaysia oleh media sosial yang tidak bertanggungjawab berasaskan laporan yang disediakan oleh agensi-agensi yang berpengakalan diluar Negara.


· Namun, menyedari kebimbangan rakyat terhadap isu rasuah, maka mencegah amalan rasuah telah menjadi salah satu NKRA utama kerajaan kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Malah kerajaan bersasarkan meningkat skor CPI daripada 4.5 pada tahun 2009 kepada 4.9 menjelang 2012 sebagai KPI NKRA membanteras rasuah.

2. APAKAH TINDAKAN KERAJAAN DALAM MENCEGAH RASUAH DIMALAYSIA?


· Kerajaan kepimpinan Najib menjanjikan pentadbiran kerajan yang bersih tanpa amalan rasuah di kalangan sektor awam. Janji ini bukanlah merupakan retorik kosong bahkan menjadi tumpuan dalam Program Transformasi Kerajaan.


· Dalam konteks ini, Kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) atau MCCC pada tahun 1 Januari 2009 .

· Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

· Sebelum SPRM ditubuhkan, beberapa initiatif telah diambil oleh pemimpin-pemimpin
kerajaan terdahulu untuk mencegah rasuah di Malaysia. Antaranya :

· Akta Biro Siasan Negara 1973
· Akta Badan Pencegah Rasuah 1982
· Akta Pencegahan Rasuah 1997
· Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008
· Institut integritI nasional ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti menerap
nilai integriti dalam sanubari setiap individu penjawat awam dan rakyat Malaysia secara umumnya supaya rasuah dapat dicegah malah dihapus di Malaysia.
· SPRM adalah dibentuk berdasarkan model yang terdapat di Hong Kong
(Independent Comission Against Corruption) dan New South Wales,
Australia (Independent Commission Against Corruption).

· Disampaing itu initiative-initiatif berikut juga dilaksanakan untuk meningkatkan
Akauntabiliti, Ketelusan dan Keberkesanan peranan SPRM:


· Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
· Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
· Jawatankuasa Aduan
· Panel Penilaian Operasi
· Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah
· Agensi PEMUDAH ditubuhkan dan agensi ini telah berusaha untuk permudahkan pelbagai proses dan prosedur dengan agensi-agensi kerajaan agar ruang untuk rasuah dikalangan penjawat awam dapat dielakkan.


· Pengenalan Penggubalan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Malaysia telah banyak menggalakkan pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan bagi mengemukakan laporan tindakan salah laku dengan memberikan perlindungan terhadap identiti mereka selain juga kekebalan daripada liabiliti jenayah atau sivil dan perlindungan terhadap sebarang bentuk tindakan memudaratkan yang diambil terhadap mereka.


· Pangkalan data dalam talian MACC “Namakan-dan-Malukan” (http://www.sprm.gov.my) diwujudkan dan mengandungi nama, gambar, nombor kad pengenalan, serta butir-butir kes pesalah-pesalah yang telah disabitkan dengan salah laku rasuah di mana 743 pesalah telah disenaraikan mengatasi sasaran 84 pesalah pada akhir tahun lepas.


· Laman Sesawang MyProcurement pertama dilancarkan mencerminkan komitmen kerajaan dengan berjaya menyenaraikan lebih 5,157 kontrak Kerajaan dan tender yang diiklankan atau diberikan, tarikh dan nilai kontrak selain juga pemenang tender.


· Peningkatan hampir sekali ganda pada peratusan orang ramai yang berpendapat bahawa usaha Kerajaan memerangi rasuah adalah berkesan daripada hanya 28 peratus pada tahun 2009 kepada 48 peratus pada tahun 2010 dan 60% pada tahun 2011.


· Kerenah birokrasi dikurangkan ataupun dihapuskan sejak 3 tahun kebelakangan ini kerana beberapa perubahan dan menambahbaik peraturan dan prosedur dilaksanakan.
· Contoh: Tempoh masa dipendekkan apabila berurusan di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan: Permohonan Paspot Malaysia dapat diselesaikan dalam tempoh 2 jam.
· Pendaftaran hartanah dilakukan dalam tempoh 2 hari.
· MyID di perkenalkan untuk rakyat Malaysia agar mereka urus dengan pelbagai agensi kerajaan dengan mudah,cepat dan selesa.
· Sebanyak 1,277 perkhidmatan on-line disediakan untuk memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan: Antaranya adalah Perkhidmatan pembaharuan cukai Jalan, Lesen memandu dan pembayaran saman.
· Sejumlah 14 buah Mahkamah khas Rasuah untuk bicara kes-kes rasuah telah ditubuhkan dan 249 kes telah dibicarakan sejak ditubuhkan
· Ahli Jemaah Menteri diwajib mengisytiharkan harta kepada SPRM.


3. APAKAH ITU YANG DISEBUT SEBAGAI INDEKS RASUAH (CPI)?


· Istilah CPI adalah rujuk kepada ‘Indeks Persepsi Rasuah (CPI) iaitu petunjuk persepsi terhadap kadar rasuah dalam sesebuah negara. Persepsi pula merupakan satu tanggapan responden kajian yang terlibat dalam kajian CPI dan bukan merupakan persepsi rakyat terhadap statistik kadar kes rasuah dalam sesebuah Negara.

· Persepsi rasuah diukur dengan mata antara 10 hingga 1.

· Indeks CPI pula diperolehi daripada 13 kajian pendapat yang dijalankan dikalangan ahli-ahli perniagaan atau penilaian prestasi oleh satu kumpulan penganalisis. CPI disediakan oleh maklumat kajian daripada 10 institusi bebas seperti berikut:


1. African Development Bank
2. Asian Developmen Bank
3. Bertelsmann Foundation
4. Economist Intelligence Unit
5. Freedom House
6. Global Insight
7. International Institute for ManagementDevelopment
8. Political and Economic Risk Consultanc
9. World Economic Forum
10. World Bank


· Oleh itu, adalah jelas bahawa CPI didapati kurang mencerminkan pendapat atau persepsi sebenar rakyat mengenai rasuah dalam negara yang terlibat dalam kajian.


· Skala 10 menunjukkan tidak ada gelaja rasuah dalam negara, manakala skala 1 pula menunjukkan rasuah amat meluas dalam negara tersebut.

· Tetapi, pada hakikatnya Indeks CPI yang dikeluarkan oleh badan NGO yang berpangkalan di luar negara adalah berasaskan kepada kajian yang dijalankan di kalangan beberapa badan-badan bukan kerajaan di sesebuah negara.

· Sebahagian besar negara yang dijalankan kajian CPI, hampir 50 % daripada 183 negara, mendapat mata kurang daripada 5.

· Indeks CPI Malaysia yang dikeluarkan oleh Tranparancy International dan Transparency Malaysia (TI-M), sebuah badan NGO bagi tahun 2011 adalah 4.3.

· Mata CPI yang diperolehi oleh Malaysia bagi tahun 2011 adalah kurang 0.1 mata berbanding dengan skor CPI yang diperolehi bagi tahun 2010 (4.4)

· Namun, Malaysia duduk dalam tangga ketiga terbaik dikalangan Negara-Negara ASEAN.

4 . ADAKAH BENAR DAKWAAN PARTI PEMBANGKANG BAHAWA SKOR CPI MALAYSIA MERUDUM PADA TAHUN 2010 DAN 2011?


· Walaupun skor CPI Malaysia dilihat merosot 0.1 antara tahun 2010 dan 2011, skor ini tidak menunjukkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan tidak berjaya membanters rasuah. Penuruan skor ini jelas kelihatan dipengaruhi oleh laporan-laporan media yang di hebohkan oleh beberapa kes kononya disifatkan sebagai ‘rasuah besar’ oleh pihak pembangkang.

· Beberapa kes-besar didapati masih dalam siasatan dan dakwaan di mahkamah maka SPRM, yang baru ditubuhkan , perlu mengambil masa untuk menyelesai kes-kes tersebut agar hasilnya dapat dicerminkan dalam CPI pada masa akan datang.

· Perlu ditegaskan bahawa skor CPI Malysia adalah adalah termasuk negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang seperti Negeri Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan.

· Ada kemungkinan skor CPI Malaysia merosot 0.1 mata mungkin kerana ada laporan media yang mengatakan rasuah berleluasa di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang.

· Namun, skor persepsi rakyat dan pelabur asing terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah didapati menambah baik pada tahun-tahun kebelakangan ini.


5. APAKAH ADA UKURAN UNTUK MENUNJUKKAN PERSEPSI RAKYAT TERHADAP AMALAN RASUAH SELAIN DARIPADA CPI?


· Satu lagi ukuran yang digunakan untuk menunjukkan persepsi rakyat terhadap amalan rasuah dalam negara adalah Corruption Barometer (CB). Corruption Barometer Malaysia bagi tahun 2011 adalah 45 %. Ini bermakna 45 % rakyat Malaysia berpuashati dengan tindakan kerajaan memerangi rasuah.

· Manakala, Malaysia memperolehi mata 2.99 untuk keberkesanaan Agensi Penguatkuasaan kerajaan di mana mata 1 menunjukkan tiada rasuah dan 5 pula menunjukkan rasuah.

· Laporan Asean Business Outlook bagi tahun 2011 menunjukkan hanya 35 % pelabur yang masih tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan Malaysia memerangi rasuah berbanding dengan 63 % pada tahun 2010.

· Ini jelas membuktikan usaha –usaha kerajaan dalam memerangi rasuah telah mendatangkan kejayaan yang amat memperangsangkan dalam masa 3 tahun yang lepas.


6. APAKAH INITIATIF-INITIATIF YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN NAJIB TUN RAZAK TIDAK BERJAYA MEMBANTERAS RASUAH ?


· Kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan beberapa initiatif NKRA telah berjaya mengurangkan persepsi dan kepercayaan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan membanters amalan rasuah dikalangan sektor awam.

· Walaupun TI-M melapor skor CPI Malaysia menurun daripada 4.5 (2009) kepada 4.4 pada tahun 2010 dan 4.3 pada tahun 2011, initiatif-initiatif kerajaan yang sedang dilaksanakan dijangka akan meningkatkan skor CPI kepada 4.9 menjelang tahun 2012 seperti disasarkan dalam NKRA.

· Warga pelabur dan sebahagian besar rakyat didapati berpuashati dengan tindakan kerajaan mengurangkan amalan rasuah di kalangan penjawat awam. Sebahagian besar pelabur asing merasa ‘comfortable’ dengan tindakan kerajaan memerangi rasuah oleh kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak.Malah FDI telah meningkat kepada 33.2 bilion pada tahun 2011.

· Walaupun banyak perubahan berlaku dalam langkah-langkah kerajaan membaneras rasuah, pihak yang tidak bertanggungjawab masih menabur fitnah bahawa amalan rasuah berleluasa di Malaysia untuk mencapai agenda politik mereka.


7. APAKAH SPRM HANYA SIASAT PESALAH RASUAH YANG TERDIRI DARIPADA ORANG/PENJAWAT AWAM BERPANGKAT RENDAH/TIDAK BERPENGARUH POLITIK / ATAU IKAN BILIS?

· Akhir-akhir ini, kerajaan didapati menyiasat dan mendakwa penjawat yang yang terdiri daripada pangkat rendah sehingga berpangkat tinggi, termasuk Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah , Pengarah, Anggota Polis yang berpangat Tinggi , Ahli Politik , termasuk Ahli Exco, bekas Menteri malah orang perseorangan yang bertaraf ‘Tun’.


· Dakwaan bahawa SPRM siasat dan tangkap orang yang berpangat rendah dan orang persendirian yang tidak berpengaruh atau pemimpin politik yang berpengaruh adalah satu dakwaan yang tidak berasas malah satu usaha mengelirukan rakyat untuk menjejaskan imej kerajaan dikalangan rakyat.


8. APAKAH KERAJAAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG LEBIH TEGAS DAN TERBUKA UNTUK MEMBANTERAS GEJALA RASUAH DIMALAYSIA?


· Kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak amat berkomited dalam hal membanteras rasuah di Malaysia. Malah menjadikan Membanteras Rasuah sebagai salah satu NKRA dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

· Namun, kejayaan usaha membanteras rasuah adalah tanggungjawab bersama kerajaan , civil society termasuk parti-pembangkang atau badan-badan bukan kerajaan, sektor swasta dan rakyat.

· Menurut Pengarah Dasar & Penyelidikan TI, Robin Hodess, “ Tiga pertiga negara-negara yang dikaji indeks persepsi didapati memperolehi CPI 5.00 mata”. Jadi, Malaysia bukanlah merupakan satu-satu negara didunia yang memperolehi CPI kurang daripada 5 mata. Malah, kebelakangan ini Amerika Syarikat yang menjadi ‘idola’ kepada parti-parti pembangkang juga didapati merost CPI negaranya .

· Sesungguhnya, kerajaan sedar dan percaya bahawa rasuah boleh dibanters dengan berkesan melalui menerapkan nilai –nilai intergriti dikalangan penjawat awam, ahli politik dan rakyat. Pengalaman daripada negara-negara maju dan berpendapatan tinggi membuktikan bahawa peningkatan pendapatan negara dan rakyat boleh membantu mengurangkan gejala rasuah di negara masing-masing.

· Sehubungan ini, usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dijangka akan membantu kerajaan membanters gejala rasuah di Malaysia.

No comments: