SEKADAR RENUNGAN BERSAMA TREND POLITIK
MALAYSIA
·
Sebahagian besar pengundi Cina dilihat bersatu menyokong parti pembangkang seperti
DAP, GERAKAN dan PAS dan menafikan 2/3 majoriti parti PERIKATAN (UMNO,MCA,MIC)
pada tahun 1969. Pada tahun 1969, Parti PERIKATAN hanya memperolehi 66 ( 63 %) kerusi daripada jumlah 104 kerusi
parlimen dan hilang 2/3 majoriti di parlimen.
·
Sebahagian besar pengundi India dilihat bersatu
menyokong pembangkang pada tahun 2008 dan menafikan BN 2/3 majoriti di Parlimen kerana BN hanya memperolehi 140
kerusi daripada jumlah 222 kerusi parlimen.
·
Sebahagian besar pengundi Cina dilihat sekali
lagi bersatu menyokong parti
pembangkang dalam PRU13 pada tahun 2013 dan menafikan 2/3 majoriti di Parlime kerana BN hanya mampu memperolehi 133 kerusi daripada
jumlah 222 kerusi parlimen.
·
Nampaknya
faktor kaum masih menjadi faktor
utama, berbanding dengan lain-lain faktor seperti ekonomi , dalam mempengaruhi trend pengundian di Malaysia. Persoalannya, apakah trend ini akan berterusan
dalam PRU14?
- Apakah kaum Melayu yang bilangan besar pengundi berdaftar di Malaysia akan bersatu dan menimbulkan kejutan dalam PRU14 nanti?