Wednesday, July 24, 2013

TREND POLITIK MALAYSIA


          SEKADAR RENUNGAN BERSAMA TREND POLITIK MALAYSIA

·         Sebahagian besar pengundi Cina dilihat  bersatu menyokong parti pembangkang seperti DAP, GERAKAN dan PAS dan menafikan 2/3 majoriti parti PERIKATAN (UMNO,MCA,MIC) pada tahun 1969. Pada tahun 1969, Parti PERIKATAN hanya memperolehi 66  ( 63 %) kerusi daripada jumlah 104 kerusi parlimen dan hilang 2/3 majoriti di parlimen.

·         Sebahagian besar pengundi India dilihat  bersatu menyokong pembangkang pada tahun 2008 dan menafikan BN 2/3 majoriti di Parlimen kerana  BN hanya memperolehi 140 kerusi daripada jumlah 222 kerusi parlimen.

·         Sebahagian besar pengundi Cina dilihat sekali lagi bersatu menyokong parti pembangkang dalam PRU13 pada tahun 2013 dan menafikan 2/3 majoriti di Parlime kerana  BN hanya mampu memperolehi 133 kerusi daripada jumlah 222 kerusi parlimen.

·          Nampaknya faktor kaum masih menjadi faktor utama, berbanding dengan lain-lain  faktor seperti ekonomi ,  dalam mempengaruhi  trend pengundian di Malaysia.  Persoalannya, apakah trend ini akan berterusan dalam PRU14?
  • Apakah kaum Melayu yang bilangan besar pengundi berdaftar di Malaysia akan bersatu dan  menimbulkan kejutan dalam  PRU14 nanti?

No comments: