Friday, October 4, 2013
TREND POLITIK MALAYSIA
· Sebahagian besar pengundi Cina dilihat bersatu menyokong parti pembangkang seperti
DAP, GERAKAN dan PAS dan menafikan 2/3 majoriti parti PERIKATAN (UMNO,MCA,MIC)
pada tahun 1969. Pada tahun 1969, Parti PERIKATAN hanya memperolehi 66 ( 63 %) kerusi daripada jumlah 104 kerusi
parlimen dan hilang 2/3 majoriti di parlimen.
·
Sebahagian besar pengundi India dilihat bersatu
menyokong pembangkang pada tahun 2008.Dengan itu BN dinafikan majoriti 2/3 dalam parlimen kerana BN hanya memperolehi 140
kerusi daripada jumlah 222 kerusi parlimen.
· Sebahagian besar pengundi Cina pula dilihat sekali
lagi bersatu menyokong parti
pembangkang dalam PRU13 pada tahun 2013. Dengan itu BN sekali lagi dinafi majoriti 2/3 dalam parlimen kerana BN hanya mampu memperolehi 133 kerusi daripada
jumlah 222 kerusi parlimen.
· Ini jelas menunjukkan faktor kaum masih menjadi faktor
utama, berbanding dengan lain-lain faktor seperti faktor ekonomi, agama, kebudayaan ,bahasa dalam mempengaruhi trend pengundian di Malaysia.
- Persoalannya, apakah trend pengundian ini akan berterusan dalam PRU14? Apakah kaum Melayu yang mewakili majoriti pengundi berdaftar di Malaysia akan bersatu dan mempengaruhi keputusan yang boleh menimbulkan kejutan dalam PRU14 nanti?
Subscribe to:
Posts (Atom)