Friday, October 4, 2013

TREND POLITIK MALAYSIA


 sekadar renungan bersama.......
·        Sebahagian besar pengundi Cina dilihat bersatu menyokong parti pembangkang seperti DAP, GERAKAN dan PAS dan menafikan 2/3 majoriti parti PERIKATAN (UMNO,MCA,MIC) pada tahun 1969. Pada tahun 1969, Parti PERIKATAN hanya memperolehi 66  ( 63 %) kerusi daripada jumlah 104 kerusi parlimen dan hilang 2/3 majoriti di parlimen.

·         Sebahagian besar pengundi India dilihat  bersatu menyokong pembangkang pada tahun 2008.Dengan itu BN dinafikan majoriti 2/3 dalam parlimen kerana BN hanya memperolehi 140 kerusi daripada jumlah 222 kerusi parlimen.

·        Sebahagian besar pengundi Cina pula dilihat  sekali lagi bersatu menyokong parti pembangkang dalam PRU13 pada tahun 2013. Dengan itu  BN sekali lagi dinafi majoriti 2/3 dalam parlimen kerana BN hanya mampu memperolehi 133 kerusi daripada jumlah 222 kerusi parlimen.
 
·        Ini jelas menunjukkan faktor kaum masih menjadi faktor utama, berbanding dengan lain-lain  faktor seperti faktor ekonomi, agama, kebudayaan ,bahasa dalam mempengaruhi  trend pengundian di Malaysia. 
  •       Persoalannya, apakah trend pengundian ini akan berterusan dalam PRU14? Apakah kaum Melayu yang mewakili majoriti pengundi berdaftar di Malaysia akan bersatu dan mempengaruhi keputusan yang boleh menimbulkan kejutan  dalam PRU14 nanti?

No comments: