Wednesday, June 25, 2014

POLIS LAKSANA KEPUTUSAN MAHKAMAH SIVIL MENAMATKAN PENANGGUHAN KEADILAN

Ketua Polis Negara, selaku ketua sebuah badan penguatkuasa undang-undang negara, bersedia  akur keputusan Mahkamah Sivil dalam menegakkan keadilan berhubung dengan kes  penjagaan anak. Dwi sistem dalam perundangan diwujudkan pada tahun 1988, banyak kes-kes menimbulkan polemik terhadap pelaksanaan keadilan dalam Malaysia, Namun, kesanggupan Polis laksanakan keputusan mahkamah sivil telah menamatkan isu penangguhan keadilan dalam kes penjagaan anak yang timbul diantara dua pihak ibu bapa yang beza agama?  

Pada tahun 1988, Perkara  121 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan perenggan 1A. Perenggan 1A kepada Perkara 121 menyatakan mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara yang terjatuh di bawah bidang kuasa mahkamah syariah. 

Mahkamah Syariah membuat keputusan berdasarkan jurisprudensnya sendiri yang berpaksikan kepada sumber-sumber hukum Islam manakala hakim Mahkamah Sivil pula tidak terlatih di dalam hukum Islam. 

Dengan itu jelas dari sisi perundangannya , Mahkamah Sivil  tidak berkuasa  membatalkan keputusan Mahkamah Syariah yang dibuat mengikut hukum Islam itu. Ini bermakna, Mahkamah sivil pula tidak boleh mengenepikan, menolak ataupun tidak menghiraukan apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah. 

Kedudukan dwi sistem ini  menimbulkan keputusan berbeza-beza  terhadap isu-isu dan tuntutan-tuntutan custodial atau penjagaan anak yang melibatkan agama ibu bapa yang berbeza-beza. 

Namun, dwisistem perundangan yang unik diamalkan diMalaysia ini  seharusnya menjadi kekuatan dan tunjang kecemerlangan pentadbiran “keadilan”  di Malaysia dan bukan menjadi  kontroversi  atau konflik antara pihak-pihak tertentu. Malaysia berjaya dalam melaksanakan dwi sistem iaitu sistem  sivil dan syariah dengan bijaksana. 


No comments: