Friday, January 22, 2016

TPPA DIJANGKA AKAN MENAWARKAN PENGGUNA MEMILIH PRODAK YANG LEBIH LUAS, BERKUALITI DENGAN HARGA YANG LEBIH KEMPETITIF.


Akhir-akhir ini Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) menjadi bahan siaran utama dalam akhbar-akhbar perdana malah dalam media sosial yang didapati menarik perhatian rakyat Malaysia. Walupun  TPPA tidak menimbul   keghairahan dikalangan rakyat pelbagai  golongan  merentasi kaum  seperti isu GST dan IMDB yang ditimbulkan dalam media sosial tempoh hari, namun  para aktivist politik, terutamanya  aktivist politik yang memihak parti pembangkang didapati kian membangkitkan TPPA sebagai satu isu dalam penulisan mereka yang disiarkan dalam media sosial seperti facebook, twitter dan newsletter parti  masing-masing. TPPA  dilaporkan akan dibentang dalam sidang khas parlimen pada 26 Januari 2016 untuk mendapat pandangan dan persetujuan wakil-wakil rakyat bagi Malaysia membuat keputusan untuk memeterikan tandatangan persetujuan   menyertai dalam TPPA.

Secara umumnya TPPA adalah merupakan satu  perjanjian, yang masih belum dimuktamadkan, diantara  beberapa  negara-negara yang terdiri daripada Pertubuhan Negara-negara Anggota Kerjasama Ekonomi Asia  Pasifik (APEC). Pada asalnya, empat  negara di kawasan Pacifik (P4) seperti Brunei Darusalam,Chile,New Zealand dan Singapura menandatangani  satu penjanjian kerjasama perdagangan  antara mereka pada tahun 2006  dan seterusnya  kumpulan  ini  dikembangkan dan  disertai  oleh beberapa negara lain saperti  Australia, Canada, Japan, Malaysia, Mexico, Peru, United States dan Vietnam.  Ini bermakna 12 negara  daripada 21 negara yang  menganggotai  APEC  berhasrat untuk menjalinkan  hubungan kerjasama perdagangan yang lebih erat dan mantap dengan bagi mencapai tujuan mengurangkan tariff perdagangan antara mereka  demi kepentingan  ekonomi negara masing-masing.

Sehingga kini, negara-negara seperti Korea Selatan,Indonesia,Thailand dan Filpina telah menyatakan persetujuan untuk  menyertai TPPA. Namun, ada  pihak yang mendakwa  TPPA adalah satu bentuk penjajahan baru ekonomi yang dipimpin oleh USA dan dengan itu  sekiranya Malaysia menyertai TPPA, ekonomi sekaligus rakyat Malaysia akan rugi dan akan menjadi mangsa kepada keghairahan dan kehebatan  ekonomi kuasa besar seperti USA. Ada pihak yang mendakwa bahawa sekiranya Malaysia menyertai TPPA, keselamatan negara akan tergugat malah kepentingan SME atau Industri Kecil-Kecilan tempatan akan terjejas terutamanya industri yang dipelopori oleh kaum Bumiputra. Dakwaan –dakwaan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu dalam media sosial didapati menimbulkan kebimbangkan dikalangan rakyat kononya pasaran Malaysia akan dipenuhi dengan prodak dan barangan luar negara yang mungkin harganya lebih mahal daripada harga semasa. Manakala  industri kecil tempatan (SME) akan menggulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan  prodak dan industri multi nasional yang bakal diwujudkan di Malaysia.

Persoalannya apakah benar  TPPA adalah sebuah perjanjian yang bakal menjual negara Malaysia kepada USA? Apakah  Malaysia menyertai TPPA tanpa menghalusi pro dan kontra atau kebaikan dan keburukkan TPPA kepada negara kita? Apakah benar  Malaysia menyertai TPPA kerana mengikut telunjuk  USA? Apakah pasaran  Malaysia akan dipenuhi dengan prodak  dan perkhidmatan luar negara  yang dijual dengan harga luar kemampuan rakyat Malaysia?  
Sesungguhnya, tujuan TPPA adalah satu usaha kerjasama untuk mengurang tariff perdagangan antara negar-negara yang menyertai TPPA agar barangan keluaran negara masing-masing dapat menembusi pasaran yang lebih luas tanpa sebarang sekatan dan halangan ekonomi  dan rakyat pula dapat menikmati membeli prodak dan perkhidmatan keperluan mereka yang berkualiti dengan harga yang lebih kompetitif.

Adalah dilaporkan bahawa melalui TPPA, duti impot bagi prodak-prodak ekspot utama Malaysia seperti barang-barang elektrik & elektronik, barangan getah,minyak sawit, alat ganti automotif serta barangan kayu-kayan ke pasaran negara-negara yang menyertai TPPA khususnya negara-negara  seperti USA, Kanada,Mexico dan Peru akan dimansuhkan. Malah duti impot bagi hampir 73 % daripada ekspot barangan tekstil juga akan dimansuhkan dengan serta merta. Ini dijangka akan menguntungkan ekonomi Malaysia.

Pemansuhan dan penurunan  duti impot prodak Malaysia akan dapat mambantu prodak buatan Malaysia bukan sahaja menembusi pasaran yang lebih luas bahkan dapat  berdaya saing di pasaran TPPA. Sebagai contoh, kereta nasional Proton dapat menembusi pasaran automobil di negara-negara yang menyertai TPPA. Malah peluang pekerjaan, khususnya dalam kategori pengurusan dan kemahiran dijangka akan meningkat kerana syarikat multi nasional akan membuka operasinya di Malaysia.

Dalam hubungan merangka syarat dan terma perjanjian TPPA, Malaysia bukan mengikut  telunjuk  USA ataupun  mana-mana  negara lain  dalam membuat keputusan menyertai TPPA ataupun menyertai rundingan TPPA tanpa membincang dengan komuniti perdagangan tempatan. Kerajaan telah mengadakan pertemuan dengan hampir 150 buah  persatuan perniagaan dan NGO  malah persatuan-persatuan yang mewakili industri tempatan juga ditemui untuk mengambil tahu pandangan mereka terhadap kesan Malaysia menyertai TPPA.  Kerajaan juga telah menjalankan kajian impak terhadap bakal pelaksanaan TPPA. Walaupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang di menarajui oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga merupakan seorang pakar ekonomi, bertanggungjawap untuk hal-hal berkaitan TPPA, hampir 16 kementerian dan pelbagai Jabatan dan agensi kerajaan  terlibat dalam perundingan TPPA agar kepentingan  rakyat dan negara terpelihara dan  terjamin. Kerajaan Malaysia difahamkan mengambil masa yang panjang dan  dilihat sungguh berhati-hati dalam mengaji dan merangka syarat dan terma-terma perjanjian agar iaya tidak menjejaskan kepentingan rakyat Malaysia.

Walaupun pasaran kita terdedah dan terbuka kepada prodak dan perkhidmatan luar negara dengan TPPA, kerajaan Malaysia diberi pengecualian malah berhak buat dasar-dasar awam terutamanya mengenai hal-hal yang  berkaitan keselamatan, kesihatan awam dan alam sekitar dalam usaha mempeihara kepentingan rakyat dan negara.  Sebagai contoh, Kerajaan berhak membuat sesuatu dasar mengenai barangan makanan seperti prodak halal.

Malaysia bernasib baik kerana berpeluang menyertai rundingan TPPA lebih awal untuk merangka terma-terma perjanjian khusus  dalam mempertahankan beberapa perkara kepentingan Malaysia seperti pengecualian kepada Malaysia dalam bidang perolehan syarikat mil;ikan kerajaan, dasar-dasar berkaitan ekonomi Bumiputra, label halal,  melindungi SME, prodak kesihatan dan lain-lain. Dengan ini jelas bahawa  dakwaan kononya USA telah menetapkan syarat mengikut kepentingannya  dan memaksa negara lain seperti Malaysia untuk bersetuju adalah tidak benar malah mengelirukan rakyat. Sebarang syarat dan terma yang terkandung dalam TPPA adalah dicapai melalui persetujuan bersama (consensus) dan tidak timbul soal USA memaksa negara-negara lain. Sekiranya USA merangka dan memaksa negara-negara lain untuk bersetuju dengan terma-terma TPPA, bagaimanakah negara Vietnam yang berperang dengan USA bagitu lama dan Jepun yang tidak lupa  kekejaman USA  iaitu peristiwa pengeboman  bom hidrogen ke atas Japun yang menghancur dan memudaratkan kehidupan bangsa Jepun, sanggup menyertai TPPA? 

Memandangkan Malaysia beraspirasi untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi, maka TPPA dilihat sebagai satu peluang keemasan bagi  Malaysia  meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan rakan dagang utama seperti USA,Jepun, Singapura dan mendapat akses lebih baik ke pasaran di Mexici, Chile dan Peru. Rakyat Malaysia harus lihat TPPA dari perspektif yang terbuka tanpa terkongkong dengan ideologi politik sesuatu parti politik tertentu kerana TPPA adalah merupakan satu bentuk liberalisasi pasaran yang lebih luas dan besar yang mampu menjana persaingan terbuka malah mempromosikan ketelusan dan tadbir urus yang lebih baik.

Pada hemat saya, Malaysia bersetuju atau tidak  dengan TPPA, TPPA akan pasti  dipersetujui oleh 11 negara lain dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Oleh itu adalah wajar bagi Malaysia menyertai TPPA  dalam usaha menikmati maanfaat  
kebaikan daripada TPPA. Malaysia tidak perlu bimbang terhadap TPPA kerana Malaysia mempunyai hak untuk menarik diri dari TPPA dengan memberikan notis bertulis dalam masa 6 bulan sekiranya  tidak berpuashati dengan perjalanan TPPA.