Akhir-akhir ini Perjanjian
Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) menjadi bahan siaran utama dalam akhbar-akhbar
perdana malah dalam media sosial yang didapati menarik perhatian rakyat
Malaysia. Walupun TPPA tidak
menimbul keghairahan dikalangan rakyat
pelbagai golongan merentasi kaum seperti isu GST dan IMDB yang ditimbulkan
dalam media sosial tempoh hari, namun
para aktivist politik, terutamanya
aktivist politik yang memihak parti pembangkang didapati kian membangkitkan
TPPA sebagai satu isu dalam penulisan mereka yang disiarkan dalam media sosial
seperti facebook, twitter dan newsletter parti
masing-masing. TPPA dilaporkan
akan dibentang dalam sidang khas parlimen pada 26 Januari 2016 untuk mendapat
pandangan dan persetujuan wakil-wakil rakyat bagi Malaysia membuat keputusan
untuk memeterikan tandatangan persetujuan
menyertai dalam TPPA.
Secara umumnya TPPA
adalah merupakan satu perjanjian, yang
masih belum dimuktamadkan, diantara beberapa
negara-negara yang terdiri daripada Pertubuhan Negara-negara Anggota Kerjasama
Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Pada
asalnya, empat negara di kawasan Pacifik
(P4) seperti Brunei Darusalam,Chile,New Zealand dan Singapura menandatangani satu penjanjian kerjasama perdagangan antara mereka pada tahun 2006 dan seterusnya kumpulan ini dikembangkan
dan disertai oleh beberapa negara lain saperti Australia, Canada, Japan, Malaysia, Mexico, Peru,
United States dan Vietnam. Ini bermakna
12 negara daripada 21 negara yang menganggotai
APEC berhasrat untuk
menjalinkan hubungan kerjasama
perdagangan yang lebih erat dan mantap dengan bagi mencapai tujuan mengurangkan
tariff perdagangan antara mereka demi
kepentingan ekonomi negara masing-masing.
Sehingga kini,
negara-negara seperti Korea Selatan,Indonesia,Thailand dan Filpina telah menyatakan
persetujuan untuk menyertai TPPA. Namun,
ada pihak yang mendakwa TPPA adalah satu bentuk penjajahan baru
ekonomi yang dipimpin oleh USA dan dengan itu
sekiranya Malaysia menyertai TPPA, ekonomi sekaligus rakyat Malaysia
akan rugi dan akan menjadi mangsa kepada keghairahan dan kehebatan ekonomi kuasa besar seperti USA. Ada pihak
yang mendakwa bahawa sekiranya Malaysia menyertai TPPA, keselamatan negara akan
tergugat malah kepentingan SME atau Industri Kecil-Kecilan tempatan akan
terjejas terutamanya industri yang dipelopori oleh kaum Bumiputra. Dakwaan
–dakwaan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu dalam media sosial didapati
menimbulkan kebimbangkan dikalangan rakyat kononya pasaran Malaysia akan
dipenuhi dengan prodak dan barangan luar negara yang mungkin harganya lebih
mahal daripada harga semasa. Manakala industri kecil tempatan (SME) akan menggulung
tikar kerana tidak mampu bersaing dengan
prodak dan industri multi nasional yang bakal diwujudkan di Malaysia.
Persoalannya apakah
benar TPPA adalah sebuah perjanjian yang
bakal menjual negara Malaysia kepada USA? Apakah Malaysia menyertai TPPA tanpa menghalusi pro
dan kontra atau kebaikan dan keburukkan TPPA kepada negara kita? Apakah benar Malaysia menyertai TPPA kerana mengikut telunjuk
USA? Apakah pasaran Malaysia akan dipenuhi dengan prodak dan perkhidmatan luar negara yang dijual dengan harga luar kemampuan rakyat
Malaysia?
Sesungguhnya,
tujuan TPPA adalah satu usaha kerjasama untuk mengurang tariff perdagangan antara
negar-negara yang menyertai TPPA agar barangan keluaran negara masing-masing dapat
menembusi pasaran yang lebih luas tanpa sebarang sekatan dan halangan ekonomi dan rakyat pula dapat menikmati membeli prodak
dan perkhidmatan keperluan mereka yang berkualiti dengan harga yang lebih
kompetitif.
Adalah dilaporkan
bahawa melalui TPPA, duti impot bagi prodak-prodak ekspot utama Malaysia
seperti barang-barang elektrik & elektronik, barangan getah,minyak sawit,
alat ganti automotif serta barangan kayu-kayan ke pasaran negara-negara yang
menyertai TPPA khususnya negara-negara seperti USA, Kanada,Mexico dan Peru akan
dimansuhkan. Malah duti impot bagi hampir 73 % daripada ekspot barangan tekstil
juga akan dimansuhkan dengan serta merta. Ini dijangka akan menguntungkan
ekonomi Malaysia.
Pemansuhan dan
penurunan duti impot prodak Malaysia
akan dapat mambantu prodak buatan Malaysia bukan sahaja menembusi pasaran yang
lebih luas bahkan dapat berdaya saing di
pasaran TPPA. Sebagai contoh, kereta nasional Proton dapat menembusi pasaran
automobil di negara-negara yang menyertai TPPA. Malah peluang pekerjaan,
khususnya dalam kategori pengurusan dan kemahiran dijangka akan meningkat
kerana syarikat multi nasional akan membuka operasinya di Malaysia.
Dalam hubungan
merangka syarat dan terma perjanjian TPPA, Malaysia bukan mengikut telunjuk USA ataupun
mana-mana negara lain dalam membuat keputusan menyertai TPPA
ataupun menyertai rundingan TPPA tanpa membincang dengan komuniti perdagangan
tempatan. Kerajaan telah mengadakan pertemuan dengan hampir 150 buah persatuan perniagaan dan NGO malah persatuan-persatuan yang mewakili
industri tempatan juga ditemui untuk mengambil tahu pandangan mereka terhadap
kesan Malaysia menyertai TPPA. Kerajaan
juga telah menjalankan kajian impak terhadap bakal pelaksanaan TPPA. Walaupun Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang di menarajui oleh Datuk Seri
Mustapa Mohamed, yang juga merupakan seorang pakar ekonomi, bertanggungjawap
untuk hal-hal berkaitan TPPA, hampir 16 kementerian dan pelbagai Jabatan dan
agensi kerajaan terlibat dalam
perundingan TPPA agar kepentingan rakyat
dan negara terpelihara dan terjamin. Kerajaan
Malaysia difahamkan mengambil masa yang panjang dan dilihat sungguh berhati-hati dalam mengaji dan
merangka syarat dan terma-terma perjanjian agar iaya tidak menjejaskan
kepentingan rakyat Malaysia.
Walaupun pasaran
kita terdedah dan terbuka kepada prodak dan perkhidmatan luar negara dengan
TPPA, kerajaan Malaysia diberi pengecualian malah berhak buat dasar-dasar awam
terutamanya mengenai hal-hal yang
berkaitan keselamatan, kesihatan awam dan alam sekitar dalam usaha mempeihara
kepentingan rakyat dan negara. Sebagai
contoh, Kerajaan berhak membuat sesuatu dasar mengenai barangan makanan seperti
prodak halal.
Malaysia bernasib
baik kerana berpeluang menyertai rundingan TPPA lebih awal untuk merangka
terma-terma perjanjian khusus dalam
mempertahankan beberapa perkara kepentingan Malaysia seperti pengecualian
kepada Malaysia dalam bidang perolehan syarikat mil;ikan kerajaan, dasar-dasar
berkaitan ekonomi Bumiputra, label halal,
melindungi SME, prodak kesihatan dan lain-lain. Dengan ini jelas
bahawa dakwaan kononya USA telah
menetapkan syarat mengikut kepentingannya dan memaksa negara lain seperti Malaysia untuk
bersetuju adalah tidak benar malah mengelirukan rakyat. Sebarang syarat dan
terma yang terkandung dalam TPPA adalah dicapai melalui persetujuan bersama
(consensus) dan tidak timbul soal USA memaksa negara-negara lain. Sekiranya USA
merangka dan memaksa negara-negara lain untuk bersetuju dengan terma-terma
TPPA, bagaimanakah negara Vietnam yang berperang dengan USA bagitu lama dan
Jepun yang tidak lupa kekejaman USA iaitu peristiwa pengeboman bom hidrogen ke atas Japun yang menghancur
dan memudaratkan kehidupan bangsa Jepun, sanggup menyertai TPPA?
Memandangkan
Malaysia beraspirasi untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi, maka TPPA
dilihat sebagai satu peluang keemasan bagi Malaysia meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan
rakan dagang utama seperti USA,Jepun, Singapura dan mendapat akses lebih baik
ke pasaran di Mexici, Chile dan Peru. Rakyat Malaysia harus lihat TPPA dari
perspektif yang terbuka tanpa terkongkong dengan ideologi politik sesuatu parti
politik tertentu kerana TPPA adalah merupakan satu bentuk liberalisasi pasaran
yang lebih luas dan besar yang mampu menjana persaingan terbuka malah
mempromosikan ketelusan dan tadbir urus yang lebih baik.
Pada hemat saya,
Malaysia bersetuju atau tidak dengan
TPPA, TPPA akan pasti dipersetujui oleh
11 negara lain dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Oleh itu adalah wajar
bagi Malaysia menyertai TPPA dalam usaha
menikmati maanfaat
kebaikan daripada
TPPA. Malaysia tidak
perlu bimbang terhadap TPPA kerana Malaysia mempunyai hak untuk menarik diri
dari TPPA dengan memberikan notis bertulis dalam masa 6 bulan sekiranya tidak berpuashati dengan perjalanan TPPA.
No comments:
Post a Comment