Rakyat Malaysia
saban hari ditabur dengan pelbagai
dakwaan dan andaian oleh media sosial yang dikuasai oleh parti
pembangkang malah media-media ‘online’ dan tabloid luar negara yang condong
memihak parti-parti pembangkang
kononnya Malaysia hampir muflis malah
mendakwa BN sukar mencapai
kemenangan dalam Pilihan Raya Yang Ke 14
(PRU14). Ada yang meramal kononnya BN
akan menjunam dalam PRU14.
Persoalannya apakah benar dakwaan dan andaian pihak yang
meramal BN akan menjuman dalam PRU14
kerana kerajaan semasa, dibawah
kepimpinan Najib, gagal mengurus kewangan negara dengan baik malah sokongan rakyat kian merosot kerana negara berhadapan
dengan pelbagai masalah ekonomi ?
Pada hemat saya,
walaupun terlalu awal untuk membuat sebarang andaian terhadap keputusan PRU14,
BN dijangka akan mempertahankan kedudukannya dalam PRU14 malah akan terus berkuasa memerintah negara ini dengan mencapai kemenangan. BN
dijangka menang kerana majoriti pengundi
kini mula menikmati hasil dasar-dasar transformasi yang dilaksanakan
oleh kerajaan Najib. Lebih-lebih lagi pengundi India yang membantu mencetuskan ‘tsunami’ politik dalam PRU12 pada tahun 2008 dijangka
akan beransur-ansur balik memihak BN dalam PRU14.
Menurut kajian pola
pengundian pilihan raya umum yang ke 12
pada tahun 2008 (PRU12), hampir 85 %
pengundi India dikesan memihak
parti pembangkang kerana mereka
dilaporkan terluka hati atas tindakan pihak berkuasa (Majlis Perbandaran Shah
Alam) roboh sebuah Kuil Hindu di Kampong Jawa, Shah Alam, Selangor beberapa hari sebelum masyarakat Hindu
menyambut hari ‘Deepavali’. Peristiwa roboh kuil ini telah menimbulkan kemarahahan dikalangan sebahagian besar masyarakat India, tanpa
mengira perbezaan ideologi politik dan agama, sama ada beragama
Hindu atau Kristian. Pihak
pembangkang mengeksploitkan peristiwa tersebut untuk menabur sentimen
masyarakat India membenci BN.
Namun, apabila
Najib ambil alih kepimpinan kerajaan
pada tahun 2009, sentimen masyarakat
India membenci BN dikesan berkurangan
kerana BN memperolehi hampir 45 peratus sokongan pengundi India. Peralihan
dalam sokongan pengundi India daripada parti pembangkang kepada BN adalah
kerana keikhlasan dan kejujuran yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan Najib
terhadap pembangunan kaum India.
Antara
langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Najib untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup masyarakat
India adalah seperti penubuhan Pembentukan Jawatankuasa Khas Kabinet yang
dipengerusikan oleh beliau sendiri dan menubuhkan beberapa Unit khas (hampir
tujuh unit ) di Jabatan Perdana Menteri untuk merancang, melaksana dan
mengawasi program-program pembangunan masyarakat India. Antaranya, penubuhan
Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Masyarakat India (SITF) pada tahun 2010
untuk memfokus kepada isu dokumen pengenalan diri seperti
kewarganegaraan, kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya, Sekretariat Khas Untuk memperkasakan usahawan
India (SEED), Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI), Unit Khas Pembangunan Sosio-Ekonomi
Masyarakat India (SEDIC) Unit Pembangunan Sekolah Tamil dan Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah- Sekolah
Tamil.
Selain itu, landskap
politik pembangkang juga didapati dilanda dengan pelbagai masalah
dalaman, kucar-kacir, rapuh malah hilang hala tuju sejak PRU13, khususnya
sejak DS Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi
nakhoda parti pembangkang. Kedudukan kemelut dalaman parti pembangkang telah
mendorong sebahagian besar pengundi India
yang menyokong pembangkang
menjauhi daripada parti pembangkang.
Manakala, perpecahan antara PAS
dan DAP atas dasar Hudud didapati mengakhiri
kerjasama Thahaluf Siyasi antara PAS dan
DAP. Akhir-akhir ini, PAS pula didapati
pecah-belah kerana beberapa pemimpin utama keluar daripada parti PAS. Pemimpin
yang ditolak oleh majoriti ahli PAS dalam pemilihan parti telah menubuhkan parti politik serpihan yang dikenali
sebagai ‘Parti Amanah Negara’ (Amanah). Parti Amanah buat pengumuman akan berkerjasama
dengan DAP untuk menumbangkan PAS sekaligus BN. Media juga melaporkan bahawa
baru-baru ini kepimpinan PKR tidak senang hati dengan DAP di negeri Pulau Pinang kerana kepimpinan
DAP Pulau Pinang melucutkan jawatan
beberapa wakil rakyat PKR daripada
jawatan mereka dalam badan-badan berkanun kerajaan negeri Pulau Pinang. Tindakan
DAP ini dijangka akan menimbulkan berbalahan antara PKR dan DAP tidak lama
lagi. Perkembangan terakhir ini jelas
menunjukkan kerjasama antara parti-parti pembangkang yang terbentuk pada tahun
2008 kian rapuh malah akan terus mengkuburkan pakatan pembangkang.
Senario politik
tersebut menimbulkan pelbagai andaian dalam menghadapi PRU14. Antaranya, ada kemungkinan besar wujud pertandingan tiga
penjuru di mana calon BN akan bertembung dengan calon PAS dan calon yang
mewakili pembangkang (Parti Gabungan antara DAP,PKR dan Amanah). Sekiranya ini
berlaku, penyokong PAS yang menyokong calon DAP dalam PRU12 DAN 13 akan menolak
DAP.. Pengundi yang menyokong DAP pula,
sebahagian besarnya yang terdiri daripada pengundi Cina, dijangka akan
menolak PAS dan mengundi calon DAP. Kedudukan ini sudah pasti akan menguntungkan BN kerana undi
pembangkang berpecah belah manakala BN dijangka akan meraih sokongan sepadu
daripada penyokong setia BN yang terdiri daripada parti-parti komponan
BN, termasuk UMNO,MIC, Gerakan, MCA, MyPPP, dan parti-parti yang menyokong BN seperti IPF, KIMMA dan Makkal
Sakthi.
Sesungguhnya, undi India dijangka akan menentukan
menang-kalah seorang calon dalam PRU14.
Pengundi India dijangka bersama BN kerana keprihatinan Najib terhadap
kebajikan kaum India dikesan amat disanjung oleh Masyarakat India malah Presiden MIC , DS
S.Subramaniam mensifatkan Najib sebagai seorang perdana menteri yang
luar biasa dan banyak berjasa kepada kaum India. Najib dilihat sebagai
seorang perdana menteri yang banyak membantu kaum India dalam menyelesaikan
pelbagai isu dan masalah yang
bertimbun sebelum era beliau. Faktor ini
dijangka akan mendorong pengundi India yang bertabur dalam 63 kawasan parlimen di seluruh negara menyokong
BN dalam PRU14.
Walaupun Najib
digempar- gemburkan dalam media sosial kononya beliau menghadapi pelbagai
masalah dan tidak mampu menerajui BN menghadapi PRU14, tetapi dari segi realitinya beliau masih dapat sokongan hebat dalam
partinya malah imej beliau tersohor
dikalangan pemimpin dan pelabur asing.
Pelabur-pelabur asing masih yakin terhadap kepimpinan beliau malah bersedia terus
melabur dalam negara Malaysia. Kapten-kapten
industri di Amerika Syarikat didapati terharu dengan kebolehan dan kebijaksanaan Najib mengurus
ekonomi negara. Malah mereka
menzahirkan sokongan mereka kepada Najib semasa Najib menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN di California baru-baru ini.
Sehubungan ini,
rakyat perlu sedar bahawa ekonomi
Malaysia masih kukuh dan mantap berbanding
dengan kedudukan ekonomi lain-lain negara. Kerajaan juga berjaya kembalikan
kekuatan nilai ringgit Malaysia
berbanding dengan dolar Amerika kerana ringgit dilihat terus kukuh di Asia
berbanding dengan dolar Amerika. Matawang Cina dan beberapa negara lain dikesan
terus merosot. Bank Dunia dan institusi-institusi penarafan ekonomi dan
kewangan antarabangsa juga meramal
positif terhadap kemampuan dan kebolehan kerajaan Malaysia mengurus risiko
fiskal dalam suasana ekonomi global yang tidak tentu. Kenaikan harga barang
adalah merupakan satu fenomena dunia berdasarkan teori ekonomi permintaan dan
penawaran (demand & supply). Namun,
harga barang-barang keperluan di Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan
harga barang di lain-lain negara. Faktor ini menyebabkan rakyat Malaysia mampu membeli
barang keperluan harian untuk menyara hidup mereka tanpa sebarang masalah .
Sesungguhnya,
laporan dan hujah-hujah yang disiarkan
dalam media asing terhadap masa
depan ekonomi negara sekaligus BN didapati kurang mencerminkan ‘realiti’ semasa malah lebih merupakan satu andaian atau spekulasi. Malah tidaklah keterlaluan sekiranya buat kesimpulan
bahawa andaian mereka terhadap ekonomi
negara dan kekuatan BN adalah lebih
bersifat bertentangan dengan realiti semasa kerana BN
masih berpotensi dan mampu menang dalam PRU14
atas prestasi ekonomi yang cemerlang. Malah berdasarkan ‘numbers” dalam
pencaturan politik peluang BN menang adalah lebih cerah. Oleh itu, apakah
rakyat Malaysia kini sudah hilang kewarasan dan kepintaran untuk membezakan
antara realiti dan rekaan ? Apakah
rakyat Malaysia wajar membiarkan mereka
digunda-gulana dan dihanyut oleh gelombang pembohongan dan fitnah yang reka dan
disebarkan berulang-ulangkali oleh pihak-pihak tertentu yang berkomplot dengan kuasa asing ?
Rakyat Malaysia secara amnya dan
pengundi secara khususnya perlu bijak
dalam membuat percatutaran politik dan elak
daripada terpengaruh atau ‘termakan’
dengan dakyah pihak-pihak
tertentu yang didorong oleh agenda politik mereka.