Bajet
2017 melibatkan RM260.8 bilion yang di bentangkan di parlimen oleh Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak selaku
menteri kewangan di sambut baik oleh
kaum India daripada seluruh pelusuk negara tanpa mengira
golongan , tempat tinggal maupun fahaman politik kaum India. Malah Bursa Malaysia jua tutup tinggi kerana
dirangsang oleh pengumuman Bajet 2017, ketika kebanyakan bursa serantau
mencatat aliran menurun.
Masyarakat India
disediakan lebih 260 juta secara khusus dalam Bajet 2017 untuk memperkasa dan meningkatkan taraf
sosioekonomi mereka yang melibatkan
bidang-bidang seperti pendidikan sekolah Tamil, melahirkan keusahawanan, bantuan kewangan bagi
melahirkan usahawan baru , pendidikan prasekolah dan sebagainya. Peruntukan sejumlah RM50 juta diperuntukkan
bagi program peningkatan kapasiti
dan pendapatan, RM150 juta untuk
program pembiayaan perniagaan melalui TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia,
RM 50 juta untuk menambahbaikan dan penyelengaraan sekolah Tamil dan RM 10 juta
untuk memperluaskan program prasekolah di 50 buah sekolah Tamil. Selain itu, kaum India juga boleh menikmati
peruntukan-peruntukan yang disediakan bagi BRIM melibatkan RM 6.8 bilion, Program Agropreneur RM 100
Juta , Bantuan Buku Teks RM 1.1 bilion
dan lain-lain peruntukan yang disediakan
untuk membela kebajikan rakyat pelbagai kaum.
Dalam pada itu, kaum India masih teringat Perdana
Menteri, Najib Tun Abdul Razak buat pengumuman semasa merasmikan Persidangan
perwakilan MIC ke 70 pada 16 Oktober 2016 di
PWTC bahawa kerajaan bakal melancar ‘Blue Print’ untuk pembangunan kaum India pada tahun 2017.
Jadi, Bajet 2017 didapati bakal menyediakan peruntukan kewangan yang diperlukan
untuk melaksanakan program Blue Print tersebut.
Pembentangan Bajet 2017 dan pengumuman Blue
Print sebelumnya oleh Najib Tun Abdul
Razak didapati bukan sahaja mendapat sambutan baik dikalangan
masyarakat India malah dijangka bakal
menimbulkan gelombang menyokong
kepimpinan beliau dikalangan kaum India di seluruh negara. Kaum India menyifatkan
pengummuman Blue Print dan diikuti dengan peruntukan kewangan dalam
Bajet 2017 sebagai satu initiatif yang ikhlas malah mencerminkan
dasar inklusif yang dimajukan oleh Najib sejak beliau mengambil alih
tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009. Bajet 2017 dijangka akan terus
melengkapi dan menyempurnakan malah memantapkan
langkah-langkah yang sekian lama
diambil oleh agensi ‘Sekretarian
Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED)’ yang ditubukann pada tahun 2012
di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Sehingga kini, SEED telah
membantu lebih 24,000 usahanwan India melibatkan RM 804.87 juta serta melatih 5,000 pengusaha
kecil. Selain itu, SEED juga dilaporkan
telah melahirkan seramai 8,975 usahawan dikalangan golongan wanita India dengan bantuan RM
103,599,987 dalam masa empat tahun kebelakangan ini. TEKUN Nasional pula dilaporkan telah membantu lebih 1352 pengusaha India sehingga
tahun 2016 dengan jumlah
peruntukan RM 30 juta.
Dengan peruntukan
sejumlah besar tersebut dan
Pelan Blue Print yang bakal dilaksanakan nanti, kaum India di
jangka akan menyertai dan menikmati
pembangunan dan kekayaan negara secara berterusan dengan adil malah dapat
mempertingkatkan sebahagian komuniti India yang terletak dalam kumpulan B40 ke
tahap sosioekonomi yang lebih baik di
masa-masa akan datang.
Memandangkan kaum India
didapati cecenderung dan menyertai, hampir 91 peratus, dalam bidang
micro enterprise atau
perusahaan kecil-kechilan, peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2017
diajangka akan membantu dan mempercepatkan
proses penglibatan sebahagaian besar komuniti India secara amnya dan
golongan muda secara khususnya dalam bidang
perniagaan dan perindustrian yang
berbentuk kecil, sederhana dan besar di
masa hadapan.
Peruntukan
sejmlah besar disediakan dalam bajet
2017 oleh kerajaan jelas membuktikan kerajaan komited untuk
mengarus perdanakan program-program pembelaan ke atas masyarakat India
agar mereka terus diperkasakan dalam agenda pembangunan negara. Kaum India secara
amnya dan ahli-ahli MIC secara khususnya
terharu malah rasa gembira yang tidak terperi kerana
tuntutan mereka pada sekian lama, usul
demi usul yang dibentangkan dalam persidangan-persidangan MIC mengenai rancangan dan bantuan kerajaan bagi sosioekonomi kaum India telah diambilkira dan dimasukkan dalam Bajet 2017.
Sehubungan ini, kaum India berharap jabatan dan agensi-agensi
kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk laksana Blue Print berkomited dalam
mengambil langakah-langkah yang sewajarnya bersandarkan pemikiran inklusif dalam
menjayakan Blue Print yang diilhamkan oleh kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak.
Disebaliknya, kaum India harus bersama
dengan kerajaan yang bukan sahaja menterjemahkan apa yang dijanjikan malah mengotakan apa yang dikatakan dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup mereka dalam
bidang sosioekonomi. Dengan itu, kaum
India harus menolak sebarang dakwaan
dan pembohongan yang disebarkan saban
hari oleh setengah pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya kerajaan abaikan
kepentingan kaum India malah negara berada
diambang kebankrapan. Sesungguhnya, kaum
India harus terus yakin bahawa Bajet 2017 dan Blue
Print yang bakal dilancarkan nanti akan mengarus perdanakan
pembangunan kaum
India di masa hadapan dalam menjamin keadilan sosial.