Tuesday, October 25, 2016

BAJET 2017 MENGARUSPERDANA PEMBANGUNAN KAUM INDIA

Bajet 2017  melibatkan  RM260.8 bilion yang  di bentangkan di parlimen  oleh Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak selaku menteri kewangan  di sambut baik oleh kaum India daripada seluruh pelusuk negara  tanpa mengira  golongan , tempat tinggal maupun fahaman politik kaum India.   Malah Bursa Malaysia jua tutup tinggi kerana dirangsang oleh pengumuman Bajet 2017, ketika kebanyakan bursa serantau mencatat aliran menurun.

Masyarakat India disediakan lebih 260 juta secara khusus dalam Bajet 2017  untuk memperkasa dan meningkatkan taraf sosioekonomi mereka  yang melibatkan bidang-bidang seperti pendidikan sekolah Tamil, melahirkan  keusahawanan, bantuan kewangan bagi melahirkan usahawan baru , pendidikan prasekolah  dan sebagainya.  Peruntukan sejumlah RM50 juta diperuntukkan bagi program peningkatan    kapasiti dan pendapatan,  RM150 juta untuk program pembiayaan perniagaan melalui TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia, RM 50 juta untuk menambahbaikan dan penyelengaraan sekolah Tamil dan RM 10 juta untuk memperluaskan program prasekolah di 50 buah sekolah Tamil.   Selain itu, kaum India juga boleh menikmati peruntukan-peruntukan yang disediakan bagi BRIM melibatkan  RM 6.8 bilion, Program Agropreneur RM 100 Juta , Bantuan Buku Teks  RM 1.1 bilion dan lain-lain peruntukan  yang disediakan untuk membela kebajikan rakyat pelbagai kaum. 
                                                        
Dalam pada itu, kaum India masih teringat Perdana Menteri, Najib Tun Abdul Razak buat pengumuman semasa merasmikan Persidangan perwakilan MIC  ke 70 pada  16 Oktober 2016  di  PWTC  bahawa  kerajaan bakal melancar ‘Blue Print’  untuk pembangunan kaum India pada tahun 2017. Jadi, Bajet 2017 didapati bakal menyediakan peruntukan kewangan yang diperlukan untuk melaksanakan program Blue Print tersebut. 

Pembentangan Bajet 2017 dan pengumuman   Blue Print  sebelumnya oleh Najib Tun Abdul Razak  didapati bukan sahaja mendapat sambutan baik dikalangan masyarakat  India malah dijangka bakal menimbulkan gelombang  menyokong kepimpinan beliau dikalangan kaum India di seluruh negara. Kaum India  menyifatkan  pengummuman Blue Print dan diikuti dengan peruntukan kewangan dalam Bajet 2017 sebagai satu initiatif yang ikhlas malah  mencerminkan  dasar inklusif yang dimajukan oleh Najib sejak beliau mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009. Bajet 2017 dijangka akan terus melengkapi dan menyempurnakan  malah  memantapkan  langkah-langkah yang sekian lama  diambil oleh  agensi ‘Sekretarian Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED)’ yang ditubukann pada tahun 2012 di  bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Sehingga kini, SEED telah membantu lebih 24,000 usahanwan India melibatkan RM  804.87 juta serta melatih 5,000 pengusaha kecil.  Selain itu, SEED juga dilaporkan telah melahirkan seramai 8,975 usahawan dikalangan  golongan wanita India dengan bantuan RM 103,599,987 dalam masa empat tahun kebelakangan ini.  TEKUN Nasional  pula dilaporkan telah membantu lebih  1352 pengusaha India  sehingga  tahun 2016  dengan jumlah peruntukan RM 30 juta.

Dengan  peruntukan  sejumlah besar tersebut  dan Pelan   Blue Print  yang bakal dilaksanakan nanti, kaum India di jangka akan  menyertai dan menikmati pembangunan dan kekayaan negara secara berterusan dengan adil malah dapat mempertingkatkan sebahagian komuniti India  yang terletak dalam kumpulan  B40  ke tahap  sosioekonomi yang lebih baik di masa-masa akan datang.  

Memandangkan kaum India didapati cecenderung dan menyertai, hampir 91 peratus, dalam  bidang  micro enterprise atau perusahaan kecil-kechilan, peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2017 diajangka akan membantu dan mempercepatkan   proses penglibatan sebahagaian  besar komuniti India secara amnya dan golongan muda secara khususnya  dalam bidang perniagaan dan perindustrian yang berbentuk kecil, sederhana dan  besar di masa hadapan.

Peruntukan sejmlah besar  disediakan dalam bajet 2017   oleh kerajaan  jelas membuktikan kerajaan komited untuk mengarus perdanakan program-program pembelaan ke atas masyarakat India agar mereka terus diperkasakan dalam agenda pembangunan negara. Kaum India secara amnya dan ahli-ahli MIC secara khususnya   terharu  malah rasa gembira yang tidak terperi kerana tuntutan mereka pada  sekian lama, usul demi usul yang dibentangkan dalam persidangan-persidangan MIC mengenai  rancangan dan bantuan  kerajaan bagi sosioekonomi kaum India  telah diambilkira dan dimasukkan dalam Bajet 2017. 


Sehubungan ini, kaum India berharap jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk laksana Blue Print berkomited dalam mengambil langakah-langkah yang sewajarnya  bersandarkan pemikiran inklusif dalam menjayakan Blue Print yang diilhamkan oleh kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak. Disebaliknya,  kaum India  harus bersama  dengan kerajaan yang bukan sahaja menterjemahkan  apa yang dijanjikan  malah mengotakan apa yang dikatakan  dalam usaha  membantu meningkatkan taraf hidup mereka dalam bidang sosioekonomi.  Dengan itu, kaum India harus menolak sebarang  dakwaan dan  pembohongan yang disebarkan saban hari oleh setengah pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya kerajaan abaikan kepentingan kaum India malah negara  berada diambang kebankrapan. Sesungguhnya,  kaum India  harus terus yakin bahawa  Bajet 2017 dan Blue Print  yang bakal  dilancarkan nanti akan mengarus perdanakan pembangunan   kaum India di masa hadapan dalam menjamin keadilan sosial.

No comments: