Meskin
pun Shinze Abe didakwa oleh pihak
pembangkang kononnya Abe salah guna kuasa malah amal dasar kronisme dalam
pentadbirannya, keputusan pilihan raya
umum yang terlangsung pada 22 Oktober 2017, jelas menunjukkan sebahagian besar rakyat Jepun
bersama parti Parti Demokratik Liberal atau Liberal
Democratic Party (LDP), parti yang dipimpin Abe sejak tahun 2012.
Sebelum tarikh pilihan raya umum di umumkan,
beberapa parti politik baru serpihan ditubuhkan untuk menjadi parti alternatif
kepada LDP, terutamanya parti Kibo No To ( ‘The Party of Hope’ ) atau Parti
Harapan yang dipimpin oleh bekas Gabenor Bandar Tokyo, Yuriko Koike. Yuriko adalah bekas ahli kabinet LDP yang disebut-sebut sebagai Perdana Menteri menunggu sekiranya LDP gagal menguasai
majoriti dalam parlimen. Parti LDP dilaporkan menang 284 kerusi daripada 332
kerusi yang bertanding. Manakala, parti
pembangkang utama iaiaitu Parti Harapan hanya memenangi 50 kerusi sambil parti Constitutional
Democratic Party (CDPJ) kepimpinan
Yukio Edano, menang 55 kerusi. Memandangkan jumlah kerusi parlimen Jepun adalah
465, Kemenangan 284 kerusi oleh Abe adalah lebih daripada 233 kerusi yang
memerlukan untuk membentuk kerajaan. Harapan pihak pembangkang untuk jatuhkan
kerajaan Abe hanya tinggal impian kerana
sebahagian rakyat Jepun menolak dakwaan dan tohmahan pihak pembangkang terhadap kepimpinan Abe sebagai tidak berasas
malah hanya merupakan retorik politik bermotif politik.
Sehubungan
dengan peranan dan kuasa pengundi muda dalam menentukan pilihan raya umum Jepun, media sosial melaporkan bahawa golongan muda akan memberi impak kepada keputusan pilihan raya Jepun kerana umur kelayakan pengundi di Jepun telah diturunkan daripada 20 tahun
kepada 18 tahun pada kali pertama dalam sejarah pilihn raya Jepun. Ada yang
meramal penurunan had umur pengundi
membantu parti-parti alternatif yang ingin menjatuhkan LDP. Namun, keputusan pilihan raya umum menunjukkan pola pengundian yang disebaliknya. LDP dapat sokongan hebat
daripada semua kumpulan dan golongan pengundi meliputi kumpulan pengundi tua,
muda dan wanita dalam menjamin
kemenangan yang gemilang.
Meskipun
pelbagai faktor yang disenarikan yang
menyebabkan kemenangan LDP dan kekalahan teruk parti pembangkang, antara faktor
utama yang menyebabkan LDP menang besar adalah rekod cemerlang LDP mengurus
ekonomi negera dan lebih-lebih lagi kebijaksanaan
Abe mengurus dasar luar Negara. Selain itu, faktor perpecahan di kalangan parti Democratic Party, parti utama pembangkang, yang menyebabkan ahli-ahlinya menyertai parti serpihan seperti Constitutional Democratic Party dan The Party Of Hope, sebagai
parti alternatif menentang LDP. Malah rakyat tidak dapat menerima dakwaan
pembangkang kononya parti pembangkang akan
naikkan kadar cukai GST sekiranya menang dalam pilihan raya.
Namun,
rakyat Jepun didapati lebih mementingkan
dan utamakan kepentingan negara dan masa
depan warga Jepun daripada politik retorik
yang berpaksikan emosi dan persepsi. Memandangkan suasana politik global
kini semakin mencabar dan tidak stabil, malah Korea Utara kian mengancam keselamatan
dan ekonomi Jepun, ekonomi Jepun disaingi oleh kuasa baru ekonomi dunia, maka timbul keperluan
dan kewajipan bagi rakyat Jepun membuat
keputusan bijak untuk bersama LDP, parti
yang memerintah Jepun secara hampir berterusan sejak penubuhannya pada tahun
1955. Rakyat Jepun yakin LDP mampu
malah terbukti membela
kepentingan negara dan rakyat Jepun. Dengan itu, Harapan parti-parti
pembangkang, terutamanya parti Kibo No To ( The
Party of Hope ) atau Harapan untuk
menjatuhkan LDP kepimpinan Abe dalam PRU 2017 Jepun terkecai.
Sehubungan
ini, rakyat Malaysia secara amnya dan
pengundi, terutamanya pengundi muda dan baru, boleh
mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya umum Jepun tahun 2017.
Pola pemikiran rakyat Jepun jelas menunjukkan mereka memihak parti LDP
yang dianggap boleh menjamin masa depan yang cemerlang bagi rakyat Jepun. Rakyat Jepun menolak
parti-parti politik serpihan, yang dianggap kurang berpengalaman dalam mengurus
negara tetapi lebih ghairah retorik
politik untuk memancing undi.