Wednesday, July 25, 2007

Debate Perdana

Baru-baru ini saya dapat peluang menonton Debate Perdana anjuran RTM dalam channel1 yang membincang mengenai Dasar Ekonomi Baru dalam menjana Bangsa Malaysia.Saya amat setuju dengan tajuk perbincangan tersebut kerana dasar DEB masih menjadi bahan perbincangan rakyat Malaysia,khususnya dikalangan warga bukan Melayu.Malah, perbincangan perjanjian perdagangan diantara Malaysia dan Amerika ditangguhkan kerana Trade Uninion dan Persatauan Perdagangan Amerika kurang puashati terhadap pelaksanaan dasar DEB di Malaysia.

Amerika mungkin kurang faham terhadap matlamat DEB. Tetapi, saya terkejut ahli-ahli panel yang mewakili kerajaan, termasuk moderator debate, kurang faham dan menghayati matlamat DEB. Saya sanggup menyatakan demikian kerana Menteri Besar Selangor (UMNO) yang menjadi ahli panel masih asyik menonjolkan DEB sebagai projek kerajaan yang disediakan seolah-olah hanya untuk membantu kaum Melayu sahaja atau pun DEB as a UMNO project for Malays.

Namun, ahli panel daripada Parti PAS bersemangat mempertahankan bahawa DEB adalah satu dasar kerajaan yang diperkenalkan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat Malaysia atau semua kaum.Malah, ahli panel PAS terus memberi hujah-hujah yang bernas dalam bukan sahaja menonjolkan kepentingan DEB dalam menjana Bangsa Malaysia malah kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi dalam mempastikan kejayaan dasar DEB.

Alas! moderator tidak beri laluan dan masa yang munasabah kepada ahli Panel PAS tersebut untuk mendebatkan hujah-hujah yang saya merasa bernas dan pandangan yang berlainan dalam membantu kita menilai diri atau 'muhasabah' .

Saya dukacita kerana hujah-hujah moderator juga turut menggambarkan seolah-oleh DEB itu adalah hak kaum Melayu.

Sekiranya, RTM hendakkan pandangan daripada satu perspektif sahaja iaitu perspektif kerajaan, jangan susah payah menjemput ahli-ahli panel daripada bukan parti UMNO.

Saya sokong matlamat DEB . Saya percaya pemikir dan penggubal Matlamat dan strategi Dasar DEB dapat di kategorikan sebagai 'first class' tetapi pelaksana dan kaedah pelaksanaan hanya layak digolongkan dalam kategori '3rd class mentaliti'.

Kesimpulannya, Debate Perdana yang kononnya bertema menjana Bangsa Malaysia gagal membincang isu-isu utama yang masih menjadi tidak kepuasan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.

Apa kata anda ? What you say?

No comments: