Wednesday, February 23, 2011

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK

Pelan 100 hari yang diumumkan oleh Pakatan Pembangkang baru-baru ini didapati bukan sahaja tidak realistik malah membayangkan hala tuju masa depan parti tersebut. Sepuluh perkara yang akan dilaksanakan dalam jangka masa 100 hari seandainya Pakatan Pembangkang menguasai Putrajaya juga menimbulkan pelbagai persoalan, kekeliruan dan keraguan dikalangan rakyat terhadap hala tuju pakatan pembangkang dalam membangunkan negara serta meningkatkan pendapatan rakyat pada masa depan.

Menyedari hakikat bahawa hampir 55 % pengundi di Malaysia adalah terdiri daripada kumpulan pendapatan rendah dan pertengahan, maka Anwar Ibrahim berjanji akan melaksanakan 10 perubahan dalam 100 hari sebagai hook atau ‘umpan’ untuk memikat perhatian dan pemikiran para pengundi daripada golongan tersebut.

Namun, Anwar Ibrahim didapati tidak sedar bahawa sebahagian besar rakyat yang menyokong beliau dalam PRU12 kini merasa kecewa dengan Pakatan Pembangkang kerana janji-janji beliau dan Pakatan Pembangkang yang dibuat menjelang PRU12 masih belum ditunaikan malah diabaikan sehingga hari ini. Rakyat menganggap janji-janji Pakatan Pembangkang adalah hanya janji-janji kosong.

Rakyat juga masih ingat janji-janji yang yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dalam PRU`12. Antara janji-janji utama yang menggoda pemikiran rakyat memihak DAP,PAS DAN PKR dalam PRU12 adalah seperti berikut:

· Anwar Ibrahim berjanji penduduk Kampong Buah Pala (KBP) boleh terus menetap dalam kampong tersebut sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU12 dan membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.

· Anwar Ibrahim janji akan selesai isu Kampong Buah Pala dalam masa 2 minggu kerana Lim Guan Eng dan Karpal Singh akan membantu menyelesai masalah KBP sekiranya menang dalam PRU12?

· Lim Guan Eng pula berjanji kerajaan akan menyediakan bantuan RM 1000 kepada semua warga emas yang mencecah umur 60 tahun.

· PKR di Selangor pula berjanji akan menyediakan bekalan air percuma, menyediakan hadiah RM 1000 untuk pelajar-pelajar cemerlang dan hadiah khas RM 2000 untuk pelajar-pelajar yang berjaya memasuki universiti, bantuan kewangan kepada ibu mengandung untuk mengurus perbelanjaan hospital, bantuan khas RM 2500 untuk kematian, bantuan kebajikan RM 100 kepada keluarga miskin dan pelbagai macam lain-lain janji manis.

Kesannya, sebahagian besar pengundi di Pulau Pinang, malah pengundi di negeri Perak, Selangor,Wilayah Persekutuan yang termakan dengan janji-janji Anwar Ibrahim mengundi calon-calon yang melawan calon BN. Peralihan sokongan sebahagian pengundi yang terpengaruh dengan janji-janji manis Pakatan Pembangkang telah menyebabkan Pakatan Pembangkang memenangi PRU12 dan membentuk kerajaan negeri beberapa negeri termasuk P.Pinang, Selangor dan Kedah.

Apa kah janji-janji Pakatan Pembangkang dilaksanakan selepas PRU12?

Dalam masa 3 minggu sejurus PRU12, Kampong Buah Pala dirobohkan. Warga emas di Pulau Pinang dan Selangor kecewa kerana bantuan kewangan yang dijanjikan kepada mereka tidak dilaksanakan. Malah, lain-lain janji juga tidak ditunaikan.

Dengan itu, rakyat kini melihat janji-janji Pakatan Pembangkang sebagai satu pembohongan besar malah rakyat menganggap mereka telah diperdayakan oleh pakatan pembangkang dengan janji-janji kosong untuk meraih undi mereka bagi memenangi PRU12.

Namun, rakyat kini dilontarkan semula dengan janji-janji baru iaitu Pakatan Pembangkang akan melaksanakan 10 perkara dalam 100 hari andainya mereka menguasai Putrajaya dalam PRU13.

Sekiranya kita meneliti keseluruhan pelan 100 hari Pakatan Pembangkang yang dijanjikan dalam Buku Jingga, kita akan menyedari beberapa kelemahan dalam konteks perancangan dan pelaksanaan program tersebut. Antara kelemahan yang nyata ialah walaupun pelan 100 hari itu dijangka akan menelan peruntukan yang besar, mungkin berpuluh-puluh billion ringgit, luar kemampuan ekonomi Malaysia pada ketika ini, pelan tersebut tidak menunjukkan kepada rakyat dengan jelasnya dari manakah datangnya sumber kewangan bagi kerajaan menangunng pembiyaan pelaksanaan program perubahan dalam 100 hari.

Pakar-pakar ekonomi yang meneliti program 100 hari yang dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang pula mengulas bahawa Malaysia perlu mencatat pertumbuhan ekonomi dua angka atau lebih daripada 30 % sebagai asas sebelum melaksanakan pelan 100 hari. Sekiranya Pakatan Pembangkang meneruskan pelan 100 hari sebelum mencatat pertumbuhan ekonomi dua angka, maka kerajaan akan menghadapi krisis kewangan yang teruk dalam masa 3 tahun daripada tarikh mulanya pelaksanaan program 100 hari.

Sehubungan dengan bajet untuk melaksanakan program 100 hari pula, Anwar Ibrahim mendakwa beliau akan menjimatkan subsidi RM 19 bilion yang disediakan oleh kerajaan BN kepada penjana bebas atau Syarikat IPP. Kerajaan menyediakan subsidi kepada IPP agar IPP menyediakan gas untuk menjana kuasa letrik bagi kepentingan rakyat dan sektor swasta.

Antara persoalan yang mungkin timbul sekiranya kerajaan menarik balik subsidi kepada IPP, mengambil alih aset konsesi lebuh raya, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak 20% adalah seperti berikut:
  • Apakah rakyat akan mendapat bekalan letrik dengan kadar yang berpatutan tanpa sebarang gangguan sekiranya subsidi kepada syarikat IPP ditarik balik?
  • Apakah sektor industri akan dibekalkan dengan kuasa letrik dengan kadar yang berpatutan agar mereka terus beroperasi di Malaysia?
  • Apakah Malaysia mampu mencatat pertumbuhan ekonomi dua angka dalam persekitaran kekangan ekonomi yang melanda kini di peringkat global?
  • Apakah kemelesetan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap diperingkat angtarabangsa kini akan mendorong Malaysia mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi kepada kadar dua angka?
  • Apakah pelabur-pelabur asing akan terus yakin terhadap stabiliti politik sekiranya kerajaan membatalkan kontrak-kontrak yang dipersetujui terdahulu dalam pertengahan jalan?
  • Apakah pelabur asing akan membawa masuk FDI untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sekiranya mereka tidak pasti terhadap stabiliti politik Malaysia?

Apakah impak jangka panjang kepada ekonomi negara oleh perbelanjaan besar untuk melaksanalan 10 perkara dalam 100 hari?

Sesungguhnya, Pelan 100 hari tidak menjawab persoalan-persoalan pokok tersebut yang berkaitan dengan pengurusan ekonomi negara. Anwar Ibrahim hanya menggariskan pelan 100 hari untuk menghabiskan pendapatan negara tetapi tidak mencadangakan strategi untuk menambah hasil atau pendapatan negara supaya kerajaannya mampu menanggung perbelanjaan bagi melaksanakan program 100 hari .

Anwar Ibrahim tidak mampu mencadangkan pelan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara kerana beliau tidak mahir dalam hal-hal pengurusan ekonomi negara. Beliau selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri kewangan pada satu ketika dulu gagal mengurus kewangan negara sehingga Malaysia hampir bankrupt. Sebaliknya, beliau lebih cekap membelanja hasil pendapatan negara daripada menambah sumber kewangan negara. Peristiwa Tun Dr.Mahathir Mohamad, selaku perdana Menteri, menyelamatkan Malaysia daripada krisis kewangan dengan jelas membuktikan kegagalan Anwar Ibrahim mengurus kewangan negara pada satu ketika dulu.

Jadi, berdasarkan pengalaman pahit yang ditimpa dibawah pentadbiran kewangan negara oleh Anwar Ibrahim pada masa-masa lalu dan huraian pelbagai persoalan yang boleh mendatangkan impak buruk kepada ekonomi negara, maka tidaklah keterlaluan sekiranya membuat kesimpulan bahawa janji 100 hari oleh Pakatan Pembangkang adalah disifatkan sebagai satu program khayalan, tidak mengambarkan realiti , malah boleh dikategorikan sebagai satu pembohongan besar untuk sekali lagi memperdayakan pengundi bagi memenangi PRU13.

Penganalisis kempen politik pula mensifatkan Pelan 100 hari sebagai satu strategi Pakatan Pembangkang bagi mempengaruhi golongan pengundi yang terdiri daripada pendapatan rendah dan sederhana yang mampu menentukan keputusan PRU13 kerana kumpulan ini merupakan hampir 54 % daripada jumlah warga pengundi di Malaysia.

Pada masa yang sama, para penganalisis politik-ekonomi pula melahirkan pendapat bahawa Pelan 100 hari adalah lebih mencondong kepada pelan 'nasionalisation" atau hak milikkan indusri –industri yang dikendalikan oleh sektor swasta. Pelan 100 hari ini dilihat sebagai satu agenda politik yang memajukan pemahaman populis semata-mata untuk memenagi pilihan raya tetapi kurang mampu mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara malah pendapatan dan kesejahteraan keseluruahan rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran-cabaran di masa depan.

Persoalannya, apakah Pakatan Pembangkang lebih mementingkan merebut kuasa politik berbanding dengan pertumbuhan ekonomi negara yang mampu menjamin kesejahteraan yang berterusan kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Sekiranya Pelan 100 yang diumumkan oleh pakatan rakyat dilaksanakan maka ianya tidak akan menyelamatkan negara malah akan menhancurkan asas-asas pertumbuhan ekonomi yang terbina sejak merdeka dalam sekelip mata.

Menurut Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, parti Pakatan Pembangkang hanya mementingkan kuasa politik dan bukan kebajikan rakyat ataupun “ opposition only want to seize power and are not interested in serving the people”. Rakyat harus berfikiran terbuka dalam membuat analisis terhadap Pelan 100 hari Pakatan Pembangkang. Rakyat harus menyokong pihak yang mahir memberi pertimbangan yang sama penting kepada perkara mengurus
pertumbuhan ekonomi dan pengagihan kekayaan Negara.

Pada hemat saya, Najib Tun Razak lebih mementingkan ketanggungjawapan dalam mengurus ekonomi negara dalam menjamin keadilan sosial berbanding dengan melaksanakan pelan dan program ekonomi yang hanya mendatangkan populariti kepada beliau dan kerajaan kepimpinan beliau.

Masa depan Malaysia dan generasi akan datang adalah terletak ditangan rakyat. Rakyat kini bijak dan berkuasa menentukan masa depan mereka dan negara.

No comments: