Thursday, February 24, 2011

TRANSFORMASI PENDEKATAN SUBSIDI & IMPAK KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA

Kenaikan harga barangan utama dalam pasaran pada masa sekarang adalah satu fenomena dunia dan bukan disebabkan oleh kegagagalan kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengawal seperti didakwa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Negara-negara yang mengamal ekonomi bebas seperti Malaysia tidak dapat elak dari fenomena duni tersebut. Malah, negara-negara maju di dunia, seperti Singapura, Australia, UK, USA, Jepun, Eropah dan lain-lain negara, didapati lebih tertekan dengan fenomena ini daripada Malaysia. Malaysia boleh dikatakan berjaya menetapkan harga barang-barang keperluan harian dalam kadar yang munasabah atau berpatutan dengan bantuan subsidi daripada kerajaan.


1. Pada tahun 2010, kerajaan kepimpinan Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak , telah membelanjakan RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk mempastikan rakyat mampu membeli barang-barang keperluan asas seperti gula,tepung gandum, minyak masak, beras ST15, petrol RON 95, disel dan LPG gas seperti berikut:

Harga barang keperluan asas yang mendapat subsidi kerajaan:

1. Harga GULA dalam pasaran = RM 2.10 Se kilo


Harga Gula sebelum subsidi = RM 2.40 Sekilo

Subsidi kerajaan = RM 789 juta

2. Harga TEPUNG GANDUM dalam pasaran= RM 1.35 Sekilo

Harga Tepung Gandum sebelum subsidi =RM 1.80 Sekilo

Subsidi Kerajaan = RM 89 Juta

3.Harga MINYAK MASAK dalam pasaran=2.50

Harga Minyak Masak sebelum subsidi = 3.50

Subsidi Kerajaan = 813 Juta

4. Harga BERAS ST15 dalam pasaran= RM 18.00


Harga beras ST 15 sebelum subsidi = RM 24.00

Subsidi Kerajaan 486 juta

5. Harga PETROL RON 95 dalam pasaran= RM 1.90 Se liter

Harga Petrol RON 95 sebelum subsidi = RM 2.33 Seliter

Subsidi Kerajaan 3.13 bilion

6.Subsidi kerajaan untuk Diesel = RM 3.59 bilion

7. Harga LPG Gas dalam pasaran = RM 26.60
Harga LPG Gas sebelum subsidi = RM 53.62

Subsidi Kerajaan= 1.43 bilion
JUMLAH = RM10.32 bilion

Rakyat kini dapat membeli barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga sebenar barangan tersebut dalam pasaran bebas. Subsidi kerajaan telah mengurangkan harga barangan tersebut supaya golongan pendapatan rendah mampu membeli barangan tersebut untuk kegunaan harian.

Walaupun kerajaan sedar bahawa pendekatan subsidi akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam satu sistem ekonomi bebas seperti Malaysia, kerajaan terus menyediakan subsidi untuk barangan tertentu yang disifatkan sebagai pendekatan rationalisasai subsidi
untuk barangan keperluan asas supaya kumpulan dan golongan pendapatan rendah mampu membeli untuk menyara hidup. Pendekatan ini juga dianggap sebagai satu transformasi dalam pengurusan subsidi mengambil kira kepentingan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara.

Sebelum rakyat terpengaruh dengan dakwaan pihak –pihak tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga barang-barang keperluan, marilah kita sama-sama melihat mekanisme penetapan harga barangan dalam pasaran bebas dan baik buruknya subsidi kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

2. Bagaimanakah harga barangan di tetapkan dalam ekonomi bebas?

· Secara umumnya, harga barangan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara yang mengamalkan ekonomi bebas adalah ditetapkan berteraskan pada mekanisme faktor Permintaan dan Penawaran.(Rujuk carta Model Permintaan dan Penawaran )

· Kedudukan ekonomi yang terbaik (perfect situation) adalah apabila Permintaan (Demand) bersilang dengan Penawaran (Supply) ataupun Demand intersects with Supply.

· Sekiranya harga barangan di berikan subsidi oleh kerajaan, pengeluar barangan keperluan tidak akan kerja kuat untuk menambahkan kuantititi pengeluaran, tidak akan mengenalkan inovasi , tidak berpeluang untuk kreativiti, kurang kompetitif, tidak akan memperkenalkan teknologi baru.

· Malah, pengeluar baru tidak akan didorong menyertai pasaran supaya mempertingkatkan kadar pembangunan ekonomi.

· Subsidi yang beleluasa akan merencatkan mekanisme pasaran (market mechanism). Malah subsidi akan melambatkan pembangunan ekonomi negara. (economic growth) .

3. Sekiranya wujudkan pasaran bebas tanpa subsidi, pasaran dijangka akan diperluaskan kerana ramai pemain ekonomi atau pengeluar akan memasuki pasaran untuk mengeluar barang-barang keperluan rakyat. Ini akan meningkatkan penawaran dan peningkatan penawaran pula akan mengurangkan harga barangan dalam pasaran. Peningkatan pengeluaran akan mengurangkan harga barang yang dikeluarkan . Harga rendah barangan pula akan membantu barangan tersebut diekspot ke luar negara. Dengan itu, harga barangan dapat dikurangkan secara otomatik.

4. Sekiranya harga pasaran dapat dikurangkan, maka barangan keluaran negara boleh di pasarkan dalam pasaran antarabangsa.Peningkatan pengeluaran juga akan membuka peluang pekerjaan. Kedudukan ekonomi ini akan membantu meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kemiskinan dikalangan rakyat. Pelaburan akan bertambah.Sumber kewangan untuk negara meningkat (tax). Suasana sedemikian akan mempercepatkan ( triggers off ) pembangunan ekonomi negara.

KELEMAHAN PENINGKATAN SUBSIDI SECARA BERTERUSAN

· Tidak akan wujud peningkatan ekonomi (No economic growth)
· Tidak akan wujud peluang pekerjaan baru (No new employment opportunities)
· Kurang hasil negara (less revenue)
· Kekurangan hasil Negara akan menimbulkan kekurangan sumber kewangan untuk membiayai program –program pembangunan sosial seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya malah KEMAMPUAN KERAJAAN TERUS MENYEDIAKAN SUBSIDI.

IMPAK KEPADA EKONOMI NEGARA

· Hutang negara meningkat
· Kerajaan tidak dapat menyediakan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada
rakyat
· Suasana ekonomi lembab akan menimbulkan huruhara dalam negara
· Masalah sosial akan berleluasa akibat kurang pendapatan dan pekerjaan.
· Rakyat akan kehilangan kesejahteraan hidup (happiness) sekiranya peluang pekerjaan terhad (Contoh : France, Greece, Portugal, Ireland)

5. Memandangkan keburukan faktor subsidi kepada pertumbuhan ekonomi, rakyat di negara-negara maju masing –masing sanggup membayar harga yang ditetapkan oleh faktor permintaan dan penawaran untuk membeli barangan dan perkhidmatan agar ekonomi negara mereka bertumbuh dengan segar.

6. Harga barangan dijangka terus naik dalam pasaran dunia dalam pada masa yang terdekat kerana dunia dilanda dengan pelbagai masalah seperti cuaca buruk, pergolakan politik di negara -negara Dunia Arab, tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja, pertambahan permintaan dan kurangan pengeluaran sektor pertanian. Maka indeks CPI dijanga juga dijangka naik dan ini akan menyebabkan kenaikan barangan di semua negara termasuk Malaysia.

Justeru itu, rakyat Malaysia perlu sedar terhadap keburukan subsidi kepada pertumbuhan ekonomi dan tidak mudah terpedaya dengan dakwaan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawan untuk menghabiskan dana kerajaan untuk menyediakan subsidi .

No comments: