Sunday, March 27, 2011

POLITIK PEMBANGUNAN TRADISI RAKYAT SARAWAK



Kerajaan Negeri Sarawak, sejak menyertai dalam Gagasan Malaysia pada tahun 1963, telah mencipta rekod yang cemerlang dalam menukar landskap ekonomi negeri Sarawak, terutamanya dalam usaha meningkatkan kualiti hidup penduduk di luar bandar.

Kerajaan negeri Sarawak memperkenalkan pelbagai dasar dan program untuk memodenkan industri pertanian di Sarawak supaya pendapatan golongan petani dapat dipertingkatan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna dan baik seperti yang dinikmati oleh masyarakat dibandar.

Rancangan Malayaia ke10 telah menggariskan pelbagai program untuk memastikan kumpulan petani diberi peluang untuk mempertingkatkan kualiti hidup supaya mengalih daripada kumpulan pendapatan pertengahan kepada kumpulan pendapatan tinggi menjelang tahun 2010.

Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur juga memperuntukan peruntukkan bajet yang agak besar untuk membantu negeri Sarawak dalam memodenkan sektor pertanian selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Program (ETP) yang diumumkan oleh YAB Dato' Seri Mohd.Najib Tun Razak, Perdana Menteri.

Keseluruhan dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan program-program pertanian dibawah penyeliaan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, selaku menteri yang bertanggungjawap bagi kemodenan sektor pertanian, telah banyak membantu mengurangkan kadar kemiskinan daripada 32 % pada tahun 1985 kepada 5.3 % pada tahun 2011.

Secara umumnya, hampir 30 % rakyat Sarawak didapati masih terlibat dalam sektor pertanian, termasuk hampir 160,000 orang dalam sektor estate dan 180,000 orang dalam sektor pekebun kecil.

Dengan adanya program pembangunan pertanian, ekspot prodak pertanian dan makanan telah meningkat daripada RM 1.1. billion kepada RM 6 bilion dalam 10 tahun kebelakangan ini. Namun, pengimpotan prodak makanan dari luar masih meningkat daripada RM 600 juta pada tahun 1990 kepada RM 2.8 bilion pada 2010. Ini jelas menunjukkan bahawa sektor pertanian masih mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan dibangunkan bagi mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada rakyat Sarawak.

Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri sedang berusaha untuk membangunkan sektor pertanian dan pengeluaran prodak pertanian berteraskan teknologi bio-tech. Menyedari permintaan untuk prodak makanan halal meningkat dalam pasaran dunia, kerajaan negeri Sarawak ingin menjadikan Sarawak sebagai pengeluar prodak makanan halal yang terutama didunia.

Dengan ini, kawasan Tanjung Manis dikenalpasti untuk dijadikan sebagai hab halal untuk mengeluarkan prodak makanan halal dibawah Projek SCORE, yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sarawak. Prodak-prodak pertanian yang lain, terutamanya prodak perikanan, juga akan dikeluarkan dalam hab halal di Tanjung Manis untuk diekspot ke pasaran dunia .

Pada masa yang sama kerajaan negeri Sarawak juga sedang menjalankan penyelidikan untuk mengeluarkan prodak-prodak yang menggunakan bahan kelapa sawit untuk pasaran dunia. Ladang-ladang kelapa sawit yang dimajukan sekitar kawasan Suai, Niah, Betong dan Sri Aman akan digunakan sebagai bahan mentah untuk industri prodak kelapa sawit bagi tujuan ekspot ke pasaran dunia.

Memandangkan negeri Sarawak merupakan negeri yang mendahului dalam penggunaan teknologi bio-tech untuk memproses prodak pertanian, maka sektor pertanian di Sarawak dijangka akan mendatangkan keuntungan besar kepada golongan petani, sekaligus rakyat Sarawak.

Sehubungan ini, sejumlah 77,000 hectar tanah telah diperuntukkan untuk pertanian organik di Tanjung Manis. Sejumlah 40,000 hectar tanah juga telah dikhaskan untuk membina kilang-kilang oleh syarikat-syarikat tempatan dan luar negara dalam usaha menggerakkan industri berasaskan bahan pertanian. Pembukaan kilan-kilang dikawasan ini pula dijangka akan menyediakan berpuluh-puluh ribu peluang pekerjaan kepada golongan anak muda Sarawak.

Pada peringkat awalnya, penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Tanjung Manis akan mendapat faedah dan seterusnya penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan ini dan sekitar kawasan ini, seperti kawasan Paloh, Tanjung Sirik, Sarikei, Selalang, Kabong, Tunoh dan Roban juga dijangka akan mendapat faedah limpahan daripada projek-projek pembanguan dan industri di Tanjung Manis.

Pada masa yang sama, model hab halal yang didirikan di Tanjung Manis juga akan dikembangkan ke kawasan-kawasan lain seperti Kanowit, Kapit, Betong, Stumbin dan lain-lain tempat dalam usaha memodenkan sektor pertanian dikawasan tersebut supaya pendapatan golongan petani di kawasan tersebut juga turut dipertingkatkan.

Program- program yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri kepimpinan BN, dengan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur, dijangka akan meningkatkan kualiti hidup sebahagian besar penduduk di luar bandar. Malah, pendapatan komuniti pertanian di luar bandar, terutamanya golongan pekebun, petani, penternak, nelayan dan lain-lain kumpulan yang berkaitannya juga dijangka akan meningkat dan mereka dapat mengalih status ekonomi mereka daripada kumpulan golongan pendapatan pertengahan kepada golongan pendapat tinggi menjelang tahun 2010.

Pendekatan pembangunan ini yang dimaksudkan sebagai politik pembangunan. Kuasa politik yang diperolehi daripada rakyat di gunakan dengan bijak untuk menjamin pembangunan ekonomi rakyat supaya rakyat dapat menikmati kehiduapan yang aman, damai dan sejahtera.

Dengan itu, tradisi rakyat Sarawak yang menyokong politik pembangunan yang diperintiskan oleh Barisan National sejak tahun 1963 dijangka akan menyerlah dalam pilihan raya DUN Sarawak yang ke 10 nanti.

No comments: