Akhir-akhir ini
hal-hal mengenai hak asasi manusia menarik perhatian dan
hangat dibincangkan dikalangan rakyat, terutamanya golongan muda baik kaum
bumiputra maupun bukan bumiputra di Malaysia. Walaupun kerajaan kepimpinan Dato
Seri Najib Tun Abdul Razak mengamalkan dasar yang menterlah hak kesamarataan antara pelbagai kaum di
Malaysia, prinsip –prinsip hak asasi dan kesamarataan masih
menjadi satu tema atau agenda politik untuk beberapa parti-parti politik maupun badan-badan bukan kerajaan
(NGO) di Malaysia dalam meluaskan pengaruh mereka dikalangan rakyat terutamanya
dikalangan bukan bumiputra.
1.APAKAH YANG
DIKATAKAN DENGAN PRINSIP ‘KESAMARATAAN’?
Prinsip
kesamarataan adalah dicetukan oleh ahli-ahli falsafah politik dan sosial seperti , Aristotle, Plato, Hobbes, Lock dan
pemikir sosial semasa seperti Rawls dan Nozick. 1
Pada dasarnya, prinsip
‘kesamarataan’ yang
dianjurkan oleh tradisi Barat membawa pengertian manusia perlu diberi layanan
sama rata. Prinsip ini kemudiannya dikaitkan dengan konsep hak asasi manusia yang dicipta oleh
pemikir-pemikir politik negara Barat, khususnya pemikir politik Amerika Syarikat.
Prinsip kesamarataan dijadiakan asas atau roh Perlembagaan yang digubal bagi Kemerdekaan Amerika
Syarikat (USA) pada tahun 1776.
Untuk memahami inti pati prinsip ‘kesamarataan’, rakyat
Malaysia terlebih dahulu perlu memahami
latar dan dasar ‘hak asasi manusia’
kerana ianya saling dikaitkan dengan prinsip kesamarataan. Prinsip kesamarataan
dan hak asasi manusia dilihat
berpaksikan kepada pemikiran modernisme.
Aliran hak asasi manusia sebagai satu kerangka pemikiran muncul dari latar sejarah yang kompleks dan
tersendiri yang dialami oleh masyarakat Barat sekitar abad ke 16. Pemikiran
modenisme pula adalah reaksi masyarakat menentang terhadap sistem budaya dan
struktur berfikiran yang mengongkong kebebasan seseorang individu di negara
Barat ketika institusi gereja yang mewakili sesuatu kelompok mempengaruhi
pentadbiran sesebuah negara. Institusi gereja dianggap menghalang kebebasan
seseorang individu.
Malah, tafsiran sempit dan peraturan-peraturan kenegaraan
yang dikeluarkan oleh institusi gereja tentang realiti, hukum dan kebenaran
dilihat mengekang perkembangan ilmu dan kreativiti manusia. Dengan itu, masyarakat pada ketika itu digesa bebaskan
diri daripada tradisi monopoli satu kelompok masyarakat, terutamanya institusi agama, dalam menentukan kebenaran sekaligus
kebebasan.
Di sinilah bermulanya idea dan gerakan untuk rombak
segala sistem kepercayaan dan struktur sosial yang dianuti dan diamalkan oleh tradisi supaya manusia dapat
mempertingkatkan kebebasan dan kemajuanna. Aliran pembaharuan yang umumnya
dikenali sebagai ‘modenisme’ lahir
sebagai satu gerakan protes terhadap unsur kongkongan, monopoli dan manipulasi
sesuatu kelompok, khususnya kumpulan agama, terhadap kebebasan dan hak-hak
asasi individu dan masyarakat.
Kumpulan yang tertekan membangit merubah struktur
masyarakat yang diasaskan oleh tradisi
dalam usaha memperjuangkan kebenaran. Mereka menuntut supaya asas-asas tradisi
digantikan dengan konsep ‘sekularisme’ yang berteraskan rasional
dan diterapkan dalam semua
dimensi kehidupan masyarakat.
Bagi pejuang pembaharuan, agama tidak lagi menjadi faktor
penentu terhadap makna kebenaran dan dengan itu perlu digantikan dengan ‘sekularisme’ yang dianggap sebagai
`agama’ yang harus disanjung tinggi. Gerakan pembaharuan ini dilihat telah
berjaya rombak sistem tradisi masyarakat Barat dalam segenap aspek kehidupan
mereka yang meliputi bidang pemerintahan, keilmuan, perundangan, seni, hiburan
dan tatacara moral.
Aliran pembaharuan ini dilihat bertapak kukuh dalam
masyarakat Barat malah di kalangan masyarakat Timur, lebih-lebih lagi apabila Deklarasi Hak Asasi Manusia diluluskan
oleh United Nations pada tahun 1948.
Pada asalnya, orang Barat membawa masuk fahaman ini menerusi sistem pendidikan
yang ditubuhkan ditanah-tanah jajahan. Budaya pembaharuan ini juga berkembang
dikalangan anak muda negara-negara Timur apabila mereka dihantar ke
negara-negara Barat untuk menimpa ilmu dan melanjutkan pelajaran .
Pada satu sudut, budaya pembaharuan tersebut dilihat `menyuburkan hak asasi individu’ dan menegakkan prinsip
‘kesamarataan’ untuk seluruh warga negara yang hidup dikongkong oleh satu
sistem pemerinthan yang tidak mementingkan kebebasan dan kebajikan
seseorang individu dan masyarakat.
2. APAKAH SEMANGAT DAN NILAI HAK ASASI TERPELIHATRA DALAM PERLEMBGAAN MALAYSIA?
Prinsip kesamarataan
yang dibawa oleh aliran pembaharuan perlu di lihat dalam perspektif sejarah pembinaan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia,
pelopor-pelopor kemerdekaan percaya bahawa prinsip kesamarataan tanpa nilai keadilan sosial tidak mampu
memperkasakan kerukunan hidup berbilang
bangsa dan budaya yang sejahtera malah melahirkan sebuah negara bangsa yang
bersatupadu. Dengan itu, ‘Perlembagaan Persekutuan ’digubal diambang
kemerdekaan dengan memasukkan elemen –elemen asas prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia bersandarkan sejarah dan pengalaman negara ini.
Sehubungan ini, Perlembagaan Persekutuan yang digubal untuk
mencapai kemerdekaan malah menjadi undang-undang tertinggi bagi negara ini
telah menjadikan prinsip perpaduan
berasaskan kepelbagaian sebagai
tunjang pembentukan negara ini.
Prinsip kesamarataan secara mutlak yang dimajukan dalam
perlembagaan negara-negara Barat dianggap kurang mendatangkan perpaduan yang
dicita-citakan dikalangan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa,agama
dan budaya.
3.APAKAH PRINSIP HAK ASASI YANG MENEKANKAN PRINSIP ‘KESAMARATAN’ TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA?
Perlembagaan Persekutuan adalah
disediakan oleh kebijaksanaan pemimpin-pemimpin pelbagai kaum yang mempelopori
kemerdekaan, Kuasa Penjajah British dan Raja-Raja Melayu bersandarkan sejarah
Tanah Melayu, tradisi masyarakat Melayu, pentadbiran , peraturan dan adat
masyarakat Melayu yang wujud turun temurun.Malah psikologi masyarakat yang
kompleks menjelang negara ini mencapai kemerdekaan telah banyak mempengaruhi
proses penyediaan Perlembagaan Persekutuan.2
Namun, kerajaan Malaysia tidak abaikan
prinsip kesamarataan dalam Perlembagaan Persekutuan malah dasar-dasar yang
digubal oleh kerajaan pusat didapati menjunjung peruntukan-peruntukan khusus
yang terkandung dalam perlembagaan Persekutuan. Prinsip kesamarataan dilihat
menyerlah dalam keseluruhan Perlembagaan Malaysia, terutamanya dalam Perkara
8 dalam Perlembagaan.
Perkara 8 dalam
Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi
undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi
undang-undang kecuali sebagaimana yang disebut
dengan nyatanya dalam
Perlembagaan Perasekutuan.
Perkara 8
(2) jelas melarang
sama sekali dasar diskriminasi terhadap seseorang warga Malaysia atas
dasar agama,kaum,keturunan atau tempat kelahiran dan jantina.
Perkara 12 (1)
pula menegaskan tiada diskriminasi
terhadap seseorang untuk mendapat pendidikan
berasaskan kaum, keturunan, agama
dan tempat lahir.
Perkara 136 pula
memuatkan peruntukan bahawa seseorang penjawat awam, tanpa mengira keturunan,
agama dan tempat lahir, berhak mendapat
peluang yang saksama dalam peningkatan
kerjayanya dalam sektor awam.
Perkara 159 (5) –
Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Perkara 10 (4), undang-undang yang diluluskan
dibawahnya ,peruntukan Bahagian Tiga, Perkara 38, 63 (4) , 70, 71 (1) 72 (4) ,
152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan
Majlis-Raja-Raja .
Menurut Perkara
159 (5) dan 161 E pula , sebarang pindaan kepada hal-hal berkaitan dengan
hak kewarganegaraan hendalah mendapat sokongan
majoriti 2/3 di Parlimen dan persetujuan
Majlis Raja-Raja. Malah , Perkara 150 (6A) menguatkan lagi syarat pindaan
tersebut bahawa tiada boleh lakukan sebarang pindaan kepada hak kewarganegaraan
dalam zaman dharurat dikuatkuasakan.
Pakar-pakar perundangan berpendapat bahawa sebelum
prinsip kesamarataan didilaksanakan
sepenuhnya dalam sesebuah negara, kerajaan
negera tersebut perlu
memperkenalkan tindakan affirmative
terlebih dahulu untuk terlaksana
keadilan dalam bidang
sosial-ekonomi kerana keadilan sosial dan ekonomi menjadi pra-syarat kepada
pelaksanaan prinsip kesamarataan. 3
Peruntukan-Peruntukan
Perlembagaan Persekutuan tersebut jelas menunjukan bahawa setiap warga Malaysia adalah sama rata
di sisi undang-undang malah menolak sebarang bentuk diskriminasi terhadap
sesuatu kaum kecuali pertimbangan istimewa kepada kaum bumiputra dalam
bidang-bidang tertentu seperti diperuntukkan dalam Perkara 153, Perlembagaan
Persekutuan.
Perkara 153 (8A)
menyatakan ’Tanggungjawab Yang Di
-Pertuan Agong untuk mengarah institusi Pengajian Tinggi Kerajaan (Universiti)
untuk mengkhaskan kuota bagi pelajar-pelajar bumiputra’.
Namun, elemen dan ciri-ciri asas prinsip kesamarataan
telah dimasukkan dalam Perlembagaan Pesekutuan yang melahirkan sebuah negara
yang merdeka dan kerajaan berteraskan demokrasi Raja berperlembagaan.
Justeru itu, tidak perlu
timbulkan andaian-andaian kononnya wujud
kumpulan masyarakat ‘kelas dua’ atau layanan “double-standard” yang menyebelahi
dan menganiayai sesuatu kaum tertentu atau orang bawahan.
Perlembagaan Persekutuan dan
sistem politik ‘berkongsi kuasa’
antara kaum dilihat mendukung sistem tersendiri (built-in) yang mampu
memelihara prinsip kesamarataan dan tidak berlaku gejala diskriminasi terhadap seseorang warga Malaysia berasaskan kaum,agama, budaya,
jantina dan tempat lahir.
4. APAKAH BENAR DAKWAAN
DASAR-DASAR KERAJAAN TIDAK MENCERMINKAN PRINSIP HAK ASAI DAN KESAMARATAAN
DIMALAYSIA?
TIDAK BENAR. Dasar-dasar kerajaan
adalah digubal berteraskan Perlembagaan Persekutuan. Penggubal Perlembagaan
Persekutuan pula didapati lebih memfokuskan
kepada tuntutan rakyat bersandarkan realiti dan pengalaman sejarah
negara ini berbanding dengan penerapan nilai-nilai dan ideologi pemikiran
politik Barat yang dianggap tidak secocok dengan budaya dan rukun hidup
masyarakat Malaysia.
Namun, beberapa elemen penting yang
menjadi asas kepada prinsip kesamarataan yang dimajukan oleh pemikiran Barat
dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya diterapkan dalam
dasar-dasar kerajaan. Malah, Malaysia lebih mementingkan prinsip memelihara jati diri pelbagai
kaum dalam negara ini sambil mengambil
kira prinsip –prinsip persaudaraan,kemanusiaan dan keadilan sosial
yang bersifat sejagatan (universal).
Dalam konteks ini, Perlembagaan
Persekutuan lebih menjamin keadilan
sosial dalam beberapa bidang tertentu
kepada kumpulan dan golongan masyarakat yang memerlukan pertolongan dan
prihatinan kerajaan . Prinsip kesamarataan
diMalaysia perlu ditafsir menurut
kacamata dan paradigma keadilan sosial rakyat Malaysia dan bukan berdasarkan
pengukuran acuan pemikiran politik negara Barat.
Beberapa Perkara dalam Perlembagaan
Persekutuan, terutamanya Perkara-Perkara berikut yang dimuatkan dalam
Perlembagaan Persekutuan , sering
didakwa kononnya menghalang malah bertentangan dengan prinsip kesamarataan. Malah perkara-perkara
ini didakwa tidak mencerminkan prinsip
kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia. Dakwaan ini adalah di lontarkan dalam
konteks kefahaman prinsip kesamartaan dari perspektif acuan Barat.
Disebaliknya, Perkara-Perkara berikut
telah menjamin keadilan sosial kepada rakyat
dalam konteks politik, kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat
berbilang kaum di Malaysia .
· Artikel 89-
Tanah rezeb orang Melayu
· Perkara 153-
Quota mengenai perkhidmatan , permit, dsb untuk orang Melayu
· Perkara 161A- Kedudukan istimewa bumiputra
Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
5.APAKAH PRINSIP HAK ASAI DAN KESAMARATAAN
DI KALANGAN PELBAGAI KAUM TERBELA DI MALAYSIA?
Kerajaan Malaysia ingin melihat
keadilan sosial dalam semua dimensi kehidupan rakyat Malaysia dan bukan hanya
bertumpu semata-mata kepada prinsip kesamarataan. Dalam konteks ini, kaum bumiputra
didapati amat tertinggal dalam bidang ekonomi kerana dasar ’economic dualism’ yang diamal oleh
penjajah British sebelum merdeka. Tekanan dan kesan dasar dual ekonomi yang
menyebabkan kaum bumiputra mundur dalam bidang ekonomi dan sosial telah
mendorong kerajaan campurtangan membantu mereka untuk mempertingkatkan taraf
ekonomi sosial mereka seimbang dengan kaum bukan bumiputra. Statistik
pendapatan purata bagi kaum Melayu pada tahun 1970 adalah RM 172, Kaum Cina RM 394 dan kaum India
pula RM 304.4. Angka ini jelas menunjukkan
tidak seimbangan dalam pendapatan antara kaum di Malaysia.
Sehubungan ini,
kerajaan menstrukturkan
dasar-dasar ekonomi, sosial dan pendidikan yang umumnya dilabelkan sebagai ‘affirmative
action’ untuk melaksana keadilan
sosial kepada rakyat Malaysia.Sesungguhnya, dasar ‘affirmative’ adalah digubal
berasaskan peruntukan-peruntukan yang tersedia ada dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Walaupun
kerajaan Malaysia menjalankan dasar afirmatif iaitu satu bentuk dasar yang bertujuan
memberi pertimbangan khas dan bantuan kepada kaum bumiputra kerana mereka ditafsirkan jauh tertinggal belakang
dalam bidang ekonomi dan pendidikan berbanding dengan lain-lain kaum
kerana faktor sejarah dan pentadbiran
penjajah British, kerajaan juga didapati tidak abaikan tanggungjawab untuk
menunaikan tuntutan-tuntutan sah dan munasabah kaum bukan bumiputra.
Malah peruntukan pertimbangan khas kepada kaum
bumiputra adalah satu perkara yang
dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin kaum terdahulu dalam menyediakan
Perlembagaan Persekutuan sebagai asas negara
mencapai kemerdekaan.
Ini bermakna, Perlembagaan
Persekutuan membenarkan tindakan afirmatif demi menjamin, stabiliti,
keharmonian antara kaum dan pembangunan
ekonomi.
Sehubungan ini, pakar-pakar perundangan berpendapat
bahawa sebelum prinsip kesamarataan
didilaksanakan sepenuhnya dalam sesebuah negara, kerajaan negera tersebut perlu memperkenalkan tindakan afirmatif terlebih dahulu supaya
terlaksana keadilan dalam bidang sosial-ekonomi kerana keadilan sosial
dan ekonomi adalah pra-syarat kepada pelaksanaan prinsip kesamarataan.1[i]
6.APAKAH BENAR KERAJAAN MENGHADKAN ‘KEBEBASAN’ SESEORANG INDIVIDU DI
MALAYSIA?
TIDAK BENAR. Kerajaan Malaysia hanya
mengesa rakyat berhati-hati dengan prinsip kebebasan kerana kebebasan mutlak boleh membawa kemudaratan kepada
kesejahteraan dan keharmonian rukun hidup pelbagai kaum di Malaysia.
Memandangkan negara ini pernah
diancam oleh anasir-anasir subversif
yang mempunyai agenda politik untuk mengagalkan langkah-langkah
mencapai kemerdekaan dan seterusnya
menggulingkan kerajaan yang berdaulat
berterasakan Perlembagaan Persekutuan dengan cara kekerasaan
(1948-1960), maka kerajaan terpaksa memasukkan Perkara –Perkara 149 -151 sebagai langkah
membendung berlakunya kemudaratan kepada
keselamatan awam dan Negara.
· Artikel 149-
undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan
ketenteraman awam dsb.
· Perkara 150-Perisytiharaan
darurat ( Perintah darurat diistiharkan sekiranya percaya bahawa keselamatan,
kehidupan ekonomi, ketenteraman awam
dalam Persekutuan terancam dan tergugat)
· Perkara 151-
Sekatan-sekatan terhadap tahanan pencegahan (menahan seseorang untuk mencegah
kemudaratan).
Namun, Perkara –Perkara tersebut dalam Perlembagaan didakwa kononnya menghalang kebebasan dan hak asasi
manusia. Rakyat perlu sedar bahawa matlamat Perkara-Perkara tersebut dimasukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan adalah semata-mata untuk melindungi rakyat dan
negara daripada bencana subversif supaya kerajaan dapat mengekalkan perpaduan
dan keharmonian antara kaum dalam Negara
dan bukan untuk menidakkan prinsip
kebebesan dan kesamarataan.
7.BAGAIMANA PRINSIP HAK ASASI MANUSIA TERPELIHARA DI MALAYSIA?
Kebanyakan
perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia didapati memartabatkan nilai-nilai hak asasi
manusia terutamanya unsur kebebasan.
Malah kebanyakan ciri-ciri kemanusiaan yang tercatit dalam Deklarasi Hak Asasi
Manusia juga didapati terkandung dalam Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ,1999 yang digubal oleh kerajaan Malaysia.
Sebagai contoh, Perkara 5 hingga 13 dalam Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan dan hak asasi manusia
malah Akta dan perundangan yang digubal oleh kerajaan Malaysia seperti Criminal
Procedure Code, Evidence Act, Courts of Judicature juga jelas
mencerminkan dimensi hak asasi dan kesamarataan di Malaysia.
Selain itu, prinsip kesamarataan dan keadilan sosial juga
didapati amat menyerlah dalam Akta-Akta yang menjadi perundanagn di Malaysia .
Antaranya:
·
EMPLOYMENT ACT
·
EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT
·
INDUSTRIAL RELATIONS ACT
·
TRADE UNIONS ACT
·
ABORIGINAL PEOPLES ACT
·
CHILD PROTECTION ACT
·
CONSUMER PROTECTION ACT
·
DOMESTIC VIOLENCE
ACT
·
EDUCATION ACT
·
EMPLOYEES SOCIAL SECURITY ACT
·
ENVIRONMENTAL QUALITY
ACT
·
WORKERS MINIMUM STANDARADS OF HOUSING
& AMENITIES ACT
·
OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT
Namun, kerajaan berhemah dan
berhati-hati dalam membenarkan rakyat mengamal
kebebasan tanpa batasan atau kebebasan mutlak (liberty) seperti di amalkan di negara-negara Barat.
8.APAKAH MALAYSIA MENGHORMATI PRINSIP HAK ASASI MANUSIA ?
YA. Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah negara yang
mendahului lain-lain negara yang melaungkan hak asasi manusia. Perlembagaan
Malaysia didapati menyerlah dengan kebanyakan
nilai-nilai dan prinsip hak asasi manusia yang termaktub dalam Universal Declaration Of Human Right, 1948 dan Internatioan Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (1976). Malah, ciri-ciri hak asasi manusia dan
prinsip sama rata antara munusia
didapati jelas dimasukkan dalam Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) atau Human
Rights Commission, Akta 1999, yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.
Perkara 7 dalam Universal Declaration Of Human Right,
1948 yang menyebut ’all
are equal before the law’ jelas
papar dalam Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut semua orang
adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang
sama rata di sisi undang-undang.Malah ciri-ciri utama hak asasi manusia dan
kebebasan yang di laung-laungkan oleh negara
Barat seperti berikut didapati disemarakkan dalam Perlembagaan Persekutuan
,1957.
Laporan The Human Development Report 2000 yang diterbitkan oleh Program
Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu menyenaraikan 7 ciri kebebasan seperti
berikut: 5
i. Freedom from discrimination by
gender,race,ethnicity,national origin, or
religion.
ii. Freedom from want to enjoy a decent standard
of living
iii .Freedom to develop and realize one’s human
potential
iv. Freedom from fear of threats to personal
security,from torture,arbitrary arrest,
and other violent acts
v. Freedom frominjustice and violations of the
rule of law
vi. Freedom of thought and speech
and to participate in decision-making and form
associations
vii. Freedom for decent work
without exploitation
Sehubungan ini, satu perbandingan Perlembagaan Persekutuan dengan ciri-ciri
kebebasan tersebut seperti berikut jelas menunjukkan Malaysia lebih memenuhi
tuntutan-tuntutan kebebasan dan hak asasi manusia yang ditentukan oleh badan-badan
dunia.
CIRI-CIRI HAK ASASI MANUSIA/
KEBEBASAN
|
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN,1957
|
UNIVERSAL DECLARATION OF HUMAN RIGHTS,1948
|
KEBEBASAN DIRI
|
Perkara 5
|
Article 7- all are equal
|
KEBEBESAN BERGERAK
|
Perkara 9
|
Article 13-freedom of movement
|
BERCAKAP
|
Perkara 10
|
Article 19- express opinion
|
BERHIMPUN
|
Perkara 10
|
Article 20-peaceful assembly
|
MENUBUH PERSATUAN
|
Perkara 10
|
Article 22 & 27-social security
|
AGAMA
|
Perkara 3, 11
|
Article 18-right to religion
|
SAMA RATA
|
Perkara 8
|
Article 7- all are equal
|
PELAJARAN
|
Perkara 12,152
|
Article 23–right to work
|
MEMILIKI HARTA
|
Perkara 13
|
Article 17-own property
|
LAYAK MENYERTAI PILIHAN RAYA
|
Perkara 119
|
Article 21-takepart in government
|
Disebaliknya, negara-negara yang
melaung-laungkan hak asasi manusia dan prinsip kesamarataan masih menghadapi
masalah dan halangan dalam menunaikan prinsip-prinsip tersebut. Sebagai Contoh,
sejarah Australia menunjukkan penghapusan salah satu kaum pribumi di Australia
yang dikenali sebagai ‘Tasman Man’ .
Kerajaan Amerika dan Europah
yang menjuarakan hak asai manusia menubuhkan North Atlantic Treaty
0rganization untuk menghadapi Perang Dingin
dalam menentang penyebaran pemikiran dan ideologi komunisma yang
dianggap boleh mengancam ideologi kapitalisme dan cara hidup bebas yang menjadi
pegangan kerajaan mereka.
Malah, Eropean Ecomic Community (EEC) yang
kemudiannya dikenali sebagai Eropean
Union (EU) diasaskan untuk melindungi kepentingan ekonomi Negara-negara yang menyertai dalam gagasan tersebut.
USA yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1776 menjadikan prinsip
kesamarataan antara manusia sebagai nadi utama
Perlembagaan bertulis negaranya. USA melaungkan
bahawa tiada ada dasar bersifat perkauman dalam
pentadbiran kerajaan USA. Namun, dari segi realitinya, kaum kulit hitam masih
mengalami pelbagai diskriminasi daripada
kerajaan yang dikuasai oleh kulit putih. Perbezaan kaum masih menjadi
faktor untuk diskriminasi . Malah,
baru-baru ini, dalam satu laporan kepada
Bangasa-Bangsa Bersatu yang disediakan oleh kerajaan pentadbiran Presiden
Obama mengaku bahawa rekod USA terhadap
hak asasi manusia tidaklah sempurna malah
masih terdapat unsur-unsur
diskriminasi terhadap kaum
minoriti. Beliau
dilaporkan menyatakan "Although
we have made great strides, work remains to meet our goal of ensuring equality
before the law for all".
Kenyataan
tersebut jelas mempaparkan bahawa
walaupun USA mempunyai seorang Presiden daripada campuran kaum Afrika
–Amerika , sebahagian besar rakyat Amerika kulit hitam dan Hispanic masih
menghadapi masalah diskriminasi oleh
dasar dan amalan yang tidak adil
malah perkauman.
Begitu juga, USA
dan lain-lain kuasa besar di dunia didapati berdiam diri melihat warga
Palestin, termasukm kanak-kanak dibunuh dengan kejam oleh regim Israel.
Pejuang-pejuang hak asasi manusia dan
kebebasan juga didapati langsung tidak pedulikan
apabila sekumpulan masyarakat yang
tidak berdaya dizalimi di Bosnia-Herzegovina dan
Kosovo kerana perbezaan kaum dan
agama.
Kerajaan
Malaysia amat peka terhadap tuntutan rakyat dalam hal hak asasai manusia.
Apakah kerajaan membantu memperluaskan
kemudahan komunikasi internet melalui jalur lebar (broad band ) yang melahirkan
sejumlah 16.9 juta pengguna internet
menjelang tahun 2009 akses kepada pelbagai maklumat tanpa saringan itu
bukan menghormati hak asasi manusia di Malaysia?
9.APAKAH KERAJAAN KEPIMPINAN NAJIB TUN RAZAK MELAKSANAKAN PRINSIP KESAMARATAAN KAUM DI MALAYSIA?
Gagasan 1 Malaysia menekankan bahawa rakyat Malaysia baik bumiputra
maupun bukan bumiputra akan terus mendapat perlindungan , pembelaan dan
keadilan sosial seperti digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi Malaysia malah memandu pengurusan kerajaan. Gasan 1 Malaysia bukan menyamakan hak-hak antara kaum
malah lebih menyemarakkan prinsip
keadilan sosial di kalangan rakyat malaysia.
Sehubungan ini, kerajaan kepimpinan YAB Dato Seri Mohd.Najib
Tun Razak mengubal rancangan Malaysia ke `10, Model Ekonomi Baru, Program
Transformasi Ekonomi bagi menterjemahkan cita-cita Gagasan 1Malaysia.
Kerajaan bertekad melaksanakan pendekatan inclusiveness supaya setiap rakyat
dapat menikmati kemakmuran hasil pembangunan negara.Pendekatan ini dijangka
akan menjamin keadilan sosial
kepada golongan yang benar-benar
memerlukan bantuan dan tidak akan ada sesiapa pun yang berasa terpinggir.
Prinsip progresif dan pragmatism akan memandu dasar-dasar
negara demi membela kepentingan rakyat sambil junjung dan menghormati
peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Penduduk dikawasan pendalaman, sama ada dikampong,kampong
baru atau ladang-ladang akan diberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti hidup
mereka. Jawatankuasa-jawatan kuasa Kabinet mengenai hal ehwal kaum India dan
Bumiputra Sabah dan Sarawak akan terus
digerak untuk mengenalpasti dan
mengatasi masalah –masalah yang dihapai oleh kumpulan sasaran tersebut.
Bagi penyertaan kaum bumiputra dalam sektor ekonomi pula
kerajaan akan mengambil pendekatan baru berasaskan emat prinsip utama iaiatu
mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit
dan ketelusan.
- Antara dasar-dasar kerajaan yang progresif,
pragmatik dan prihatin seperti berikut dijangka
membantu keadilan sosial terlaksana dalam bidan sosial dan ekonomi. Mengurangkan kadar
kemiskinan daripada 5.7 % pada tahun
2004 kepada 2.3 % untuk Semenanjung dan daripada 23%
kepada 16% bagi Sabah dan daripada 7.5% kepada 4.2% bagi Sarawak. Kadar
kemiskinan bagi keseluruhan disasarkan turun kepada 2.8%
menjelang tahun 2013.
- Pendapatan puta bagi kaum Bumiputera’s telah
meningakat 5.2% iaitu daripada RM2,711 pada tahun 2004 kepada RM3,156 dalam
tahun 2007.
- Pendapatan purata bagi kaum Cina meningkat 3.0% iaitu
daripada RM4,437 kepada RM4,853 .
- Pendapatan purata kaum India meningkat
3.2% iaitu daripada RM3.456
kepada RM3,799
- Pendapatan purata masyarakat luar bandar juga didapati
meningkat sebanyak 6.8% daripada RM1,875
Kepada RM2,283.
- Dalam bidang sektor equiti pula, hak milik kaum Bumiputera meningkat daripada 18.9 %
kepada 19.4% dalam tahun 2006.Manakala
hak milik kaum bukan bumiputra meningkat daripada 40.6% in 2004 kepada 43.9% in 2006.
- Hak milik kaum bumiputra dijangka meningkat kepada 20% atau 25% menjelang tahun 2010,
- RMK 10 mensasarkan meningkatkan pendapatan isi keluarga
daripada RM2,000 kepada RM4,000 per
month supaya dapat meningkatkan kadar peratus golongan yang menerima pendapatan
tinggi dalam mengurangkan perbezaan antara kaum dan etnik (income divide).
Pendek kata, kerajaan
kepimpinan Najib Tun Razak sedang berusaha meningkatkan kualiti hidup
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum melalui strategi meningkat pendapatan per
kapita negara kasar daripada RM23,066 dalam
tahun 2007 kepada RM 38,850 atau 12,140
dolar Amerika pada tahun 2015. Taraf serta kualiti hidup rakyat terutamanya
golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah diberi tumpuan sambil
menyediakan peluang yang saksama dan
melindungi golongan yang mudah terjejas.
9.APAKAH KESAN PROSES GLOBALISASI
KEPADA NILAI- JATI RAKYAT MALAYSIA?
Malaysia tidak boleh dikecualikan dalam proses
globalisasi yang melanda dunia pada hari ini. Proses globalisasi memungkinkan
pengimpotan pelbagai ideologi dan prinsip dan cara hidup dari Barat kerana
dunia kini adalah dunia tidak bersempadan budaya yang tidak se cocok malah
bertentangan dengan ajaran agama rakyat Malaysia seperti budaya hedonism, pornograpi, termasuk budaya
homoseksual dan hubungan muhram dijangka masuk ke dalam negara kita bertopengkan
prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia.
Prinsip kesamarataan dan hak asasi
manusia yang di laung-laungkan oleh setengah kumpulan masyarakat bukanlah azimat yang mampu mengatasi semua
kepincangan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia. Malah prinsip kesamarataan dan
hak asasi manusia yang ambil sebulat-bulat dari pemikiran Barat tanpa mengambil
kira realiti sosial-ekonomi dan jiwa rakyat
Malaysia dijangka akan mengoncangkan asas-asas pembentukan negara bangsa
dan masyarakat Malaysia.John Rawl, seorang pemikir kebebasan abad 20 pernah
menyarankan bahawa prinsip keadilan (principles of justice) lebih penting
daripada kebebasan mutlak. 6
Sehubungan ini, prinsip
kesamarataan yang berpaksikan kemanusiaan dan keadilan sosial ada lah ideologi
dan rukun hidup masyarakat Malaysia. Justeru itu, sebarang usaha untuk merobah
struktur masyarakat yang terbina berteraskan Perlembagaan Malaysia yang berpaksikan kemanusiaan dan keadilan
sosial akan mengancam keharmonian hidup dan keselamatan masyarakat berbilang bangsa. Prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia adalah nilai-nilai normatif yang bukan mudah untuk dilaksanakan. Namun, kerajaan Malaysia berikhtiar melaksanakan prinsip-prinsip tersebut dalam konteks realiti sosial-politik-budaya masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Namun, rakyat , terutamanya golongan muda yang lahir paska zaman kemerdekaan perlu memahai,mentafsir dan menghayati intipati Perlembagaan Malaysia (Persekutuan Persekutuan) yang mendukung prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia daripada perspektif sejarah , pemikiran sosial-politik pelbagai kaum, keperluan dan cita-cita nasional. Malah rakyat perlu memahami rational dasar afirmatif diperkenalkan di Malaysia untuk menjamin keseimbangan ekonomi antara kaum supaya keadilan sosial terlaksana. 7
Oleh itu , rakyat perlu elak pertikai peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan kerana Perlembagaan Persekutuan telah membuktikan melindungi dan membela hak-hak dan kepentingan semua kaum di Malaysia malah terus menyuburkan bentuk kerajaan demokratik yang unggul di Malaysia.
Malah usaha mencabar institusi pemerintahan
berasaskan kepada Perlembagaan Malaysia adalah satu tindakan yang boleh
memporakperandakan perpaduan dan harmoni masyarakat yang terbina sejak merdeka
dan akan menjadi batu halang kepada rukun hidup
yang aman, sejahtera dan stabil
bagi generasi akan datang.
RUJUKAN:
1 .EMMETT BARCALAW, JUSTICE EQUALITY & RIGHTS, THOMSON WADSWORTH, CANADA ,
2004, M.S.56
2.HRM SULTAN
AZLAN SHAH “ CONSTITUTIONAL
MONARCHY,RULE OF LAW AND GOOD GOVERNANCE”,THOMSON,SWEET & MAXWELL ASIA,
2004, PG.38.
3. SHAD
SALEEM FARUQI, “DOCUMENT OF DESTINY (THE
CONSTITUTION OF THE FEDERATION OF MALAYSIA”, STSTAR PUBLICATIONS (MALAYSIA
) BERHAD, 2008, M.S. 273
4. ANAND SUDIR, INEQUALITY AND POVERTY IN MALAYSIA-MEASUAREMENT
AND DECOMPOSITION,OXFORD UNIVERSITY PRESS,1983,M.S.30
5.EMMETT BARCALAW,JUSTICE
EQUALITY & RIGHTS, THOMSON WADSWORTH, CANADA , 2004, M.S.102
6.RAWLS, JOHN. A THEORY OF JUSTICE.
REV. ED. CAMBRIDGE, MASS.: HARVARD UNIVERSITY PRESS, 1999.
7. JUST
FAALAND, JACK PARKINSON AND RAIS B.SANIMAN,” GROWTH AND ETNNIC INEQUALITY, MALAYSIA’S NEW ECONOMIC POLICY (NEB”),
CHR.MICHELSEN INSTITUTE, BERGEN,NORWAY,1990