Calon PKR, Dato Seri Dr.Wan Azizah mendapat 16,741
undi berbanding dengan 19,571 undi yang diperolehi oleh calon PKR dalam PRU13.
Manakala, calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi berbanding
dengan 12,747 undi yang diperolehi oleh calon BN dalam PRU13.
Jumlah keluar
undi dalam PRK Kajang adalah 28,314 (72%) berbanding dengan 34,430 (88%) pada
PRU12. Ini bermakna PKR hilang
2,830 undi sambil BN hilang 1385 undi.
Namun, BN meningkat 2.7 % peratus
sokongan dalam PRK Kajang berbanding dengan keputusan PRU 13. Keputusan ini
jelas menunjukkan Anwar Ibrahim bukan sahaja gagal dalam strategi ‘Kajang Move’
untuk memenuhi impian beliau menjadi Menteri Besar Selangor bahkan juga gagal
meraih sokongan hebat daripada rakyat khususnya pengundi Cina dan India.
Hampir
17 % pengundi tidak keluar mengundi dalam PRK Kajang juga jelas menunjukkan pengundi Kajang khususnya pengundi Cina menolak sikap
Anwar Ibrahim mempermain-mainkan sistem demokrasi untuk kepentingan politik
beliau.
Malah hasrat DS Anwar Ibrahim mengeksploit sistem demokrasi yang amal
diMalaysia untuk mengadakan pilihan raya kecil N25 Kajang juga didapati sia-sia sahaja.
Lim Kit Siang, pemimpin utama DAP, yang bergaung
BN akan hilang deposit juga tidak menjadi kenyataan. Malah, ramalan dan impian
DS Anwar Ibrahim dan pakar-pakar strategi PKR yang meramalkan PKR akan memperolehi
kemenangan besar dengan majoriti lebih 10,000 undi juga tidak menjadi kenyataan.
Kesimpulannya, walaupun PKR
menang dalam PRK Kajang yang berlangsung pada 23.3.2014, rakyat sudah bagi isyarat bahawa mereka tidak bersama
Anwar Ibrahim dalam perjalanan beliau menuju Putrajaya!
No comments:
Post a Comment