Sunday, October 11, 2015

RAKYAT BERTANGGUNGJAWAB BERSAMA DALAM MEMULIHKAN KEYAKINAN DAN MEMBENDUNG SPEKULASI


Rakyat Malaysia saban hari dihujani dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan kononya Malaysia kini menuju kearah kemelesatan ekonomi  malah  bakal disenaraikan sebagai sebuah negara bankrap,munkin dalam masa 100 hari lagi mulai sekarang kerana rizab Bank Negara  semakin berkurangan dan rizab semasa adalah hanya RM 101 bilion, manakala hutang negara kian melambung meningkat mencecah RM 847 bilion atau hampir 64 % daripada KDNK, satu paras  bahaya bagi sebuah negara yang banyak bergantung kepada ekonomi luar. Mereka juga meramal bahawa pasaran saham (KLSE)  akan jatuh menjuman tidak lama lagi.Malah, menurut nujuman mereka ,mata wang Malaysia akan terus menyusut ke kadar RM4.50-5.00 bagi 1 USD menjelang bulan September 2015. Mereka mendakwa Malaysia bakal menenui kejatuhan ekonomi kerana nilai ringgit kian menyusut. Menurut hujah-hujah mereka, masalah penyusutan nilai ringgit  yang dihadapai oleh Malaysia  adalah disebabkan oleh faktor orang luar tidak percaya dan yakin terhadap kerajaan semasa yang menganggap sebagai sebuah negara yang paling korup atau negara  nombor 1  berasuah dalam dunia, pemimpin   dan institusi-institusi kerajaan menyalah guna kuasa dan tidak telus dalam pengurusan kerajaan (governance).Mereka menunjukkan jari telunjuk mereka kearah intergriti dan kredibiliti  pemimpin  kerajaan semasa sebagai punca yang menyebabkan masalah kejatuhan nilai mata wang Malaysia! Apa kah benar dakwaan mereka ini?Apakah  dakwaan mereka itu tidak mengambarkan fakta sebenar tetapi lebih merupakan satu ‘skrip’  dakyah bermotif politik untuk  menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan semasa?

Penyusutan nila mata wang adalah dilihat sebagai   satu gejala global yang landa pada masa kini dimana sebahagian besar negara di Eropah, Latin Amerika dan Asia  turut merasainya. Gejala kemerosotan nilai mata wang  adalah dikatakan disebabkan oleh  peningkatan nilai dolar US dalam pasaran dunia. Peningkatan nilai dolar memberi kesan kepada mata wang negara lain kerana transaksi business di peringkat antarabangsa adalah bersandarkan dolar US. Malaysia, sebagai sebuah negara yang bersandarkan dolar US tidak dapat dikecualikan daripada impak fenomena global ini. Namun, ringgit Malaysia dikesan hanya mengalami penyusutan 24 % berbanding dengan dolar US sejak mulanya penyusutan nilai ringgit pada awal tahun ini. Manakala mata wang negara-negara lain seperti Russia dikesan  lebih teruk daripada ringgit Malaysia. Mata wang Russia menyusut 52 %, Colombia 41 %, Brazil 37 %,Turki 28 %, Norway 25 %, Mexico 24 %,Australia 24 %, South Africa 19 %, Sweden 19 %, Canada 19 %,Indonesia 16 %, Japan 15 %, Singapore 12 %, India 10 %,Thailand 10 %, Taiwan 9 %,United Kingdom (UK) 8 %, Switzerland 5 % dan Cina 3 %. Penganalisaan tersebut ini jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar negara dalam dunia menghadapi masalah penyusutan nilai mata wang negara mereka dan perbezaan antara negara-negara tersebut adalah pada kadar penyusutannya. Malaysia dikesan terlepas daripada kerugian besar berbanding dengan beberapa negara besar yang lebih maju seperti Russia, Turki ,Norway dan lain-lain.

Persoalanya, apakah benar dakwaan bahawa penyusutan nilai ringgit Malaysia adalah disebabkan oleh faktor orang luar menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang paling berasuah dan tingginya kadar hutang negara? Apakah negara –negara yang dianggap bersih daripada gejala rasuh terlepas daripada masalah penyusutan nilai mata wang negara mereka? Apakah negara-negara yang tingginya kadar hutang negara terlepas terhimpit oleh masalah penyusutan nilai mata wang negara mereka?  Menurut Laporan Bank Dunia, negara-negara  yang duduk dalam tangga teratas dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah atau CPI (Coruption Perceception Indeks) yang disediakan oleh Tranparency International juga turut mengalami masalah penyusutan nilai mata wang negara mereka.

Tranparency International telah mengkaji 175 buah negara  dan meletakkan Malaysia ditangga 50 dengan skor 52 (Skor: Mata 100- tidak berasuah, mata 0- berasuah) .Negara Somalia adalah adalah diletak pada tangga dibawah sekali iaitu negara yang dianggap paling rasuah dengan skor 8 mata. Namun, negara-negara yang terletak di tangga atas dalam Indeks CPI sebagai negara yang bersih dan kurang rasuah juga didapati tidak lepas daripada dilanda gejala penyusutan nilai mata wang negara mereka berbanding dengan dolar US. Singapura, negara jiran kita yang duduk dalam tangga ke 7 dalam CPI juga tidak terlepas daripada kemerosotan nilai mata wangnya berbanding dengan dolar US.

Berhubung dengan kemerosotan prestasi pasaran saham Malaysia (KLSE) pula adalah didapati semua pasaran saham Asia dan Cina turut  merosot kebelakangan ini. Nilai mata wang negara-negara Asian dan Cina hanya merosot dalam lingkungan 3-16 %. Malah negara yang direkodkan tinggi hutangnya didapati tidak banyak terlepas daripada masalah penyusutan nilai mata wang negara mereka. Sebagai contoh, Negara Japan , hutang dalam negara adalah 200 % dan hutang luar negara lebih 45%  daripada KDNK, hutang luar negara USA  adalah lebih 103 % , hutang luar negara Sepanyol sudah mencecah 80 % daripada KDNK, hutang UK dalah 390 % daripada KDNK, Belanda 344 %, Belgium 266 % dan  Turki 40 %. Apakah negara-negara tersebut yang peratusan hutang negara lebih tinggi daripada Malaysia, adakalanya 2-6 kali ganda lebih tinggi daripada Malaysia merupakan bakal bankrap? Tidak ada negara yang berjaya membangun negara mereka tanpa hutang. Hutang adalah diperlukan, sekiranya hasil negara tidak mencukupi,  untuk menampung perbelanjaan pembangunan dan kebajikan rakyat negara masing-masing. Malaysia tidak terkecuali dari amalan meminjam untuk mengurus pembangunan dan kebajikan rakyat. Malaysia didapati amat cekap dalam mengurus hutang negara supaya hutangnya tidak mencecah had yang selesa dan selamat,  selaras dengan KDNK. Hutang semasa  kerajaan pusat adalah RM 582 bilion atau 54.5 % daripada GDP dan peningktan yang drastik dalam jumlah hutang negara adalah bukan disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah pinjaman  pihak kerajaan persekutuan tetapi adalah pinjaman oleh orang asing untuk membeli bon Malaysia. Statistik Bank Negara Malaysia menunjukkan  dua pertiga jumlah hutang negara adalah akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia yang kini di  takrifkan sebagai hutang negara.

Kegelisahan rakyat terhadap isu semakin hari semakin menyusut nilai ringgit berbanding dengan dolar US, malah nilai ringgit tidak mencerminkan asas-asas ekonopmi Malaysia, maka kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) sebagai satu langkah yang proaktif, responsif dan tegas  untuk menimbang dan mencadang kepada kerajaan langkah-langkah segera bagi terus mengkuhkan asas-asas ekonomi , termasuk langkah-langkah untuk menangani dan mengurangkan sebarang impak penyusutan ringgit  kepada ekonomi sebenar negara . Langkah ini diharapkan akan membantu melindungi kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah dalam mengahadapi fenomena penyusutan nilai ringgit. Dalam pada itu, kerajaan juga telah membuat keputusan bahawa Malaysia tidak akan melaksanakan tambatan ringgit kepada dolar US dan mengenakan kawalam modal seperti dilakukan pada waktu Malaysia menghadapi krisis kewangan Asia pada tahun 1998.

Pada hemat saya, walaupun kerajaan  telah menubuhkan JKE yang disertai oleh tokoh-tokoh ekonomi yang berpengalaman daripada pelbagai sektor untuk menimbang dan mencadang langkah-langkah untuk mengukuhkan eknomi sekali gus membantu rakyat, peranan pelbagai kumpulan masyarakat  juga penting dalam menjayakan hasrat kerajaan dalam menubuhkan JKE. Rakyat perlu menolak budaya mendengar, mempercayai dan menyebar  tohmahan dan fitnah yang tidak berasas terhadap ekonomi negara. Pemikiran politik yang mampu mengancurkan ekonomi negara, seperti  melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang boleh menjejaskan imej sekali gus merosotkan keyakinan orang luar terhadap negara kita harus ditepikan kerana persepsi negatif orang luar terhadap kerajaan boleh menyumbang kepada  penerusan masalah  kemerosotan nilai ringgit Malaysia. Rakyat yang berfikiran waras dan pandangan jauh, yang lebih mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, harus melihat isu penyusutan ringgit Malaysia dalam perspektif yang lebih luas, termasuk peranan kerajaan dan rakyat. Gabungan usaha kerajaan dan rakyat secara sepada mampu  mengahadpi gejala penyusutan nilai ringgit secara berterusan.  





No comments: