Krisis kepimpinan MIC yang tercetus
mengenai pemilihan parti pada tahun 2013
didapati belum selesai secara muktamad kerana lapan orang penyokong
bekas presiden MIC Dato Seri G.Palanivel dilaporkan
memfailkan saman di Mahkamah Sivil
Baharu (NCvC), terhadap Dato Seri Dr
Subramaniam, yang juga menjawat
jawatan menteri Kesihatan Malaysia.
Kumpulan tersebut mendakwa kononya DS Dr.Subramaniam telah ‘mengeliru dan
rasuah’ pegawai-pegawai ROS agar mempercayai hujah-hujahnya dalam menyinggir
DS G.Palanivel daripada kepimpinannya.
Kemelut MIC tercetus
apaila Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarah MIC
mengadakan semula pemilihan parti yang diadakan pada 1 Disember 2013 kerana
ROS didapati pemilihan
tersebut tidak sah kerana terbukti wujudnnya ‘irregularities’
atau penyelewengan dalam pemilihan tersebut. ROS menjelaskan bahawa tindakan terhadap MIC adalah diambil berdasarkan syarat yang terkandung dalam Akta Pendaftaran
Pertubuhan 1966. Namun, G.Palanivel yang
tidak menerima keputusan ROS, buat permohonan ‘Semakan
Kehakiman’ bersama penyokongnya terhadap arahan tersebut di Mahkamah Tinggi,Kuala
Lumpur. Namun, permohonan G.Palanivel
telah ditolak oleh
Mahkamah, malah Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes tersebut mengekalkan keputusan ROS sambil Peguam Kanan Persekutuan membuat kenyataan memperakui
DS Dr.Subramaniam, yang dipilih dalam pemilihan baharu sebagai
Presiden MIC yang sah. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang dijangka akan menamatkan
kesangsian terhadap Dr.S. Subramanian dilantik
sebagai
presiden MIC didapati tidak menamatkan kemelut MIC, malah kemelut dalaman
MIC terus berpanjangan sehingga hari
ini.
Persoalan
yang masih timbul dan berlegar dalam media malah dalam pemikiran sebahagian
ahli-ahli MIC adalah apakah sahnya G.Palanivel hilang keahlian parti dibawah perkara 91 perlembagaan MIC dan apakah pemilihan Dr.Subramniam sebagai
Presiden MIC yang baharu diterima baik oleh majoriti ahli MIC? Isu kehilangan G.Palanivel
sebagai ahli MIC dalam konteks ‘Ipso facto’ kerana mohon semakan kehakiman terhadap arahan ROS di
mahkmah didapati menimbulkan pelbagai tafsiran dan respon malah perasaan tidak kepuasan hati dikalangan sebahagian
ahli-ahli MIC. Kumpulan yang menyokong G.Palanivel berpendapat bahawa semakan kehakiman yang dipohon oleh G.Palanivel dan
rakan-rakannya tidak bercanggah dengan perlembagaan MIC kerana prosiding
semakan kehakiman adalah terhadap Pendaftar Pertubuhan dan bukan prosiding
mahkamah terhadap keputusan dibuat CWC berhubung hak, kewajipan, tugas dan hak
istimewa kami sebagai ahli MIC. Kontroversi tafsiran perlembagaan
MIC ini didapati terus menjadi
halangan kepada usaha-usaha menyatupadukan ahli-ahli MIC.
Pada hemat saya keputusan mahkamah sivil nanti tidak akan menjamin penyelesaian yang muktamad kepada
kemelut kepimpinan MIC. Apa yang perlukan untuk menyelesai kemelulut MIC adalah sikap mendahului kepentingan parti lebih
daripada kepentingan agenda politik oleh kedua-dua kumpulan yang berselisih faham dan
bertelagah. Berpanjangan kemelut MIC dijangka akan bukan sahaja membosankan
sebahagian besar ahli MIC malah akan mengagalkan usaha-usaha Dr.Subramaniam
untuk meraikan sokongan ahli-ahli MIC terhadap BN dalam PRU14 .