Siaran berita Datuk
Seri Najib Razak, Perdana Menteri, akan
menyusun semula kabinetnya baru-baru
ini menggembirakan pihak pemimpin-pemimpin tinggi MIC yang bercita-cita tinggi.
Menurut kenyataan Najib, penyusunan semula
adalah diperlukan menyusuli perletakan jawatan Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Unggah untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak
dan kekosongan jawatan seorang Timbalan Menteri, Datuk Noriah Kasnon, meninggal
dunia dalam nahas helikopter pada 5
Mei lalu.
Persoalannya apakah MIC akan
dipertimbangkan dalam rompakan kabinet
kali ini? Dalam era kepimpinan YTM
Tunku Abdul Rahman, MIC yang
berjuang untuk kemerdekaan negara ini bersama UMNO dan MCA, diperuntukkan satu jawatan kabinet yang diisi
oleh Presiden parti, Tun V.T.Sambanthan. Seterusnya, Tun Hussein Onn yang mengambil alih kepimpinan
kerajaan melantik seorang lagi daripada MIC
menyertai kabinet pada tahun 1976. Presiden, Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Presiden, Dato Athi Nahappan menyertai
cabinet Tun Hussein Onn. Apabila Athi
Nahappan meninggal dunia pada tahun 1976, jawatan menteri yang disandang oleh beliau dibiar kosong. Dato
Seri S.Samy Vellu, yang mengambil alih kepimpinan MIC daripada Tan Sri Manickavasagam pada tahu 1979 dilantik sebagai
wakil MIC dalam kabinet.Beliau menjadi wakil tunggal
MIC dalam kabinet selama 29 tahun. Apabila DS Samy Vellu undur daripada politik, DS Dr. Subramaniam, Timbalan presiden MIC
ketika itu, dilantik
sebagai menteri penuh pada
tahun 2008. Walaupun prestasi MIC
dikesan semakin merosot dalam pilihan raya umum, Najib besar hati melantik
seorang lagi daripada MIC menyertai kabinet beliau. Dengan itu, MIC dikembalikan jawatan
menteri kabinet yang hilang hampir
37 tahun pada tahun 2013. MIC diperuntukkan dua jawatan dalam kabinet
Najib pada tahun 2013.
Namun, MIC hilang satu jawatan kabinet daripada dua jawatan yang diperuntukkan apabila DS
G.Palanivel gugur daripada kabinet pada tahun 2015. Dengan itu, MIC tinggal dengan hanya satu jawatan kabinet sahaja sehingga kini. Apakah Najib
akan mengembalikan jawatan kabinet yang hilang itu kepada MIC dalam
rombakan kabinet kali ini untuk memikat
hati para ahli MIC dalam usaha memulihkan keyakinan mereka terhadap
kepimpinan beliau menjelang PRU14?
Dalam hubungan ini, ada yang berpendapat krisis
kepimpinan MIC yang masih belum
selesai secara muktamad mungkin mempengaruhi
pemikiran Najib untuk menambah jawatan kabinet untuk MIC dalam rompakan kabinet nanti. Namun, Najib dijangka akan melantik
seorang ahli akademik sebagai Timbalan
Menteri dalam pentadbirannya mewakili kaum India seperti beliau melantik seorang pemimpin de facto Hindraf dalam pentadbiran
beliau pada tahun 2013. Kaum India berharap Najib akan membuat keputusan yang bijak dalam memenuhi
harapan komuniti India.
No comments:
Post a Comment