Thursday, May 19, 2016

KRISIS KEPIMPINAN MIC DIJANGKA BERTERUSAN KERANA KONTROVERSI DALAM TAFSIRAN PERLEMBAGAAN MIC

Krisis kepimpinan MIC yang tercetus mengenai pemilihan parti  pada tahun 2013 didapati belum selesai  secara  muktamad kerana lapan orang penyokong bekas  presiden MIC  Dato Seri G.Palanivel dilaporkan  memfailkan saman di Mahkamah Sivil Baharu (NCvC), terhadap Dato  Seri Dr Subramaniam, yang juga  menjawat jawatan menteri  Kesihatan Malaysia. Kumpulan tersebut mendakwa kononya DS Dr.Subramaniam telah ‘mengeliru dan rasuah’  pegawai-pegawai ROS  agar mempercayai hujah-hujahnya dalam menyinggir DS G.Palanivel daripada kepimpinannya.
Kemelut  MIC tercetus  apaila  Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarah MIC mengadakan semula pemilihan parti yang diadakan pada 1 Disember 2013 kerana ROS   didapati  pemilihan  tersebut tidak sah kerana terbukti wujudnnya    ‘irregularities’ atau penyelewengan dalam pemilihan tersebut. ROS menjelaskan  bahawa tindakan terhadap MIC  adalah  diambil berdasarkan  syarat yang terkandung dalam Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966.  Namun, G.Palanivel yang tidak menerima keputusan ROS, buat permohonan ‘Semakan Kehakiman’ bersama penyokongnya terhadap arahan tersebut di Mahkamah Tinggi,Kuala Lumpur. Namun,  permohonan  G.Palanivel  telah ditolak oleh Mahkamah, malah   Mahkamah Persekutuan  yang mendengar kes tersebut  mengekalkan keputusan ROS sambil  Peguam Kanan Persekutuan membuat kenyataan memperakui DS Dr.Subramaniam, yang dipilih dalam pemilihan baharu   sebagai Presiden MIC yang sah. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang dijangka akan menamatkan kesangsian  terhadap Dr.S. Subramanian dilantik  sebagai  presiden  MIC didapati tidak  menamatkan kemelut MIC, malah kemelut dalaman MIC  terus berpanjangan sehingga hari ini.
Persoalan yang masih timbul dan berlegar dalam media malah dalam pemikiran sebahagian ahli-ahli MIC adalah apakah sahnya G.Palanivel hilang keahlian parti  dibawah perkara 91 perlembagaan MIC  dan apakah pemilihan Dr.Subramniam  sebagai  Presiden MIC  yang baharu  diterima  baik oleh majoriti ahli MIC? Isu kehilangan G.Palanivel sebagai ahli MIC dalam konteks ‘Ipso facto’ kerana  mohon semakan kehakiman terhadap arahan ROS di mahkmah didapati menimbulkan pelbagai tafsiran dan respon malah perasaan  tidak kepuasan hati dikalangan sebahagian ahli-ahli MIC. Kumpulan yang menyokong G.Palanivel  berpendapat bahawa semakan kehakiman yang dipohon oleh G.Palanivel dan rakan-rakannya tidak bercanggah dengan perlembagaan MIC kerana prosiding semakan kehakiman adalah terhadap Pendaftar Pertubuhan dan bukan prosiding mahkamah terhadap keputusan dibuat CWC berhubung hak, kewajipan, tugas dan hak istimewa kami sebagai  ahli MIC. Kontroversi tafsiran perlembagaan MIC  ini didapati terus   menjadi  halangan kepada usaha-usaha menyatupadukan    ahli-ahli MIC. 

Pada hemat saya  keputusan mahkamah sivil nanti tidak  akan menjamin penyelesaian yang muktamad kepada kemelut kepimpinan  MIC. Apa yang  perlukan  untuk menyelesai kemelulut MIC  adalah sikap mendahului kepentingan parti lebih daripada kepentingan agenda politik oleh kedua-dua  kumpulan yang berselisih faham dan bertelagah. Berpanjangan kemelut MIC dijangka akan bukan sahaja membosankan sebahagian besar ahli MIC malah akan mengagalkan usaha-usaha Dr.Subramaniam untuk meraikan sokongan ahli-ahli MIC terhadap BN dalam PRU14 .

No comments: