Sunday, January 1, 2017

PRESTASI PENTADBIRAN NEGARA TAHUN 2016 MENUNJUKKAN CEMERLANG .


Badan-badan penarafan atau rating antarabangsa memperakui malah mempersahihkan rating  kewibaan ekonomi negara berada dalam kumpulan A.Penarafan oleh badan antarabangsa ini  jelas menunjukkan dakwaan pihak-pihak tertentu kononya Malaysia menuju kea rah kebangkarapan adalah bersifat dangkal malah bermotif politik.

Negara kita hanya berusia 60 tahun. Namun rekod pertumbuhan negara mengatasi beberapa negara lain yang merdeka sezaman dengan negara kita malah dihormati di dunia. Pergantungan ekonomi negara kepada sektor komoditi  tertentu seperti getah dan minyak telah berubah dan kini tumpuannya telah dipelbagaikan. Pada tahun 2009, kebergantungan pendapatan negara kepada sektor  minyak dan gas adalah 41 peratus. Tetapi kadar ini telah turun kepada 14 peratus pada masa sekarang. Strukutur ekonomi yang pelbagai dan tidak bergantung semata-mata kepada komoditi, pengurusan makroekonomi yang lebih efisien dan polisi  fiskal yang lebih cermat didapati membantu memastikan ekonomi negara berdaya tahan. Malaysia berada ditangga ke 19 daripada 61 buah negara paling berdaya saing di dunia mengikut senarai Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2016 yang dikeluarkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pengurusan Pembangunan(IMD).

Malaysia bakal menyertai kelompok negara-negara maju menjelang tahun 2021, apabila pendapatan perkapita setiap penduduk negara ini diramal mencecah AS$15,000 (RM61,200) setahun daripada AS$9,900 (RM40,392) pada tahun 2016. Dengan jumlah  pendapatan  ini, Malaysia dijangka akan menyertai kelompok-negara maju pada tahun 2021 seperti dirancangkan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka mencecah AS$500 bilion (RM2.04 trilion) pada tahun 2021 berbanding AS$300 bilion (RM1.124 tri­lion) pada tahun 2016. Menurut  ramalan makro firma penyelidikan IHS Global Insight, pendapatan perkapita itu dijangka mencecah AS$30,000 (RM122,400) setahun pada tahun 2030, apabila KDNK Malaysia mencapai nilai AS$1 trilion (RM4.08 trilion). Apabila pendapatan perkapita  mencecah RM61,200 pada tahun 2021  dan  ini bermakna pendapatan bulanan purata rakyat Malaysia pada 2021 dijangka mencecah RM5,100 dan RM10,200 sebulan pada 2030.

Mengikut Laporan  Penyiasatan Isi Rumah 2014 , yang dikeluarkan oleh Jabatan  Perangkaan Malaysia, pendapatan bulanan purata isi rumah untuk seluruh Malaysia semakin meningkat iaitu telah meningkat daripada RM5000 pada tahun 2012 kepada RM6,141 pada tahun 2014. Manakala mengikut kumpulan etnik pula,isi rumah Bumiputera mempunyai purata pendapatan  RM5,548 sebulan berbanding dengan RM7,666 untuk kaum Cina dan RM6,246 untuk kaum India. Namun, purata pendapatan isi rumah di bandar adalah RM6,833 sebulan berbanding dengan RM3,831 untuk luar bandar. Pada masa  yang sama purata pendapatan bulanan isi rumah T20 adalah RM14,305, M40 sebanyak RM 5662 dan B40 adalah RM2,537.

Namun, pakar—pakar  ekonomi perbankan berpendapat Malaysia  mencatatkan peningkatan pesat  dalam pendapatan negara kasar per kapita daripada hanya US$300 pada 1963 kepada US$10,808  pada tahun 2014 berbanding dengan sasaran sekitar US$15,000 menjelang 2020.

Namun, persoalanya  apakah kadar pertumbuhan ini mencerminkan kadar peningkatan pendapatan bagi golongan B40 yang kini menjadi fokus kerajaan? Menurut Laporan  Ekonomi 2015/2016,  B40 adalah ditakrifkan sebagai kumpulan isi  rumah yang berpendapatan bulanan sehingga RM3,855. Perlu sedar bahawa pendapatan minimum golongan B40 pada tahun 2009 adalah berada pada tahap RM1400 dan M2500 pada tahun 2014. Tetapi kerajaan kepimpinann Najib mengambil beberapa langkah-langkah  untuk membantu  Golongan B40 dalam bidang-bidang seperti bidang  keusahawanan (Mobilepreneur, Agropreneur,i-Kit,i-Keunita,TEKUN,AIM,KOJADI) dan Program penjanaan pendapatan (Program eRezeki , eUsahawan , UBER, MySuria) agar pendapatan golongan B40 dipertingkatkan kepada RM5200 bagi setiap keluarga menjelang 2020. Malah Bajet tahun 2017  yang dibentang dalam parlimen pada tahun 2016 juga  didapati beri tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan pendapatan rakyat khususnya  B40.Selain itu,  projek  Keretapi Kelajuan Tinggi (HSR)Kuala Lumpur-Singapura yang dijangka siap pada akhir tahun 2026  iaiitu 10 tahun dari sekarang  dan Projek Aliran Transit Massa (MRT) dan rancangan membina  Sistem Transit Rapid (RTS) menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dalam usaha menggurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor, Projek Pan Borneo Highway sepanjang 1236 km yang menghubungi  dan melintasi kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak  dijangka akan banyak membantu meningkatkan kualiti hidup  rakyat secara amnya dan golongan pendapatan sederhana dan rendah secara khususnya. 

Sehubungan ini, kajian-kajian sosial terbaru, terutamanya Kajian Merdeka Centre tahun 2016 ,  menunjukkan hampir 60 peratus rakyat  menerima dan menyokong usaha-usaha kerajaan kepimopinan  Najib. Sokongan dikalangan pelbagai kaum didapati meningkat  35 peratus merentas semua kaum, peningkatan 15 peratus berbanding dengan tahap sokongan pada awal tahun 2016. Dikalangan kaum Melayu pula didapati meningkat kepada 52 peratus iaitu peningkatan  31 peratus . Manakala,  dikalangan kaum Cina pula sokongan  meningkat  kepada 30 peratus, peningkatan 11 peratus. Dikalangan kaum India pula dilaporkan sokongan meningkat dengan drastic iaiotu lebih 60 peratus.Malah kajian Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) menunjukkan ketakutan rakyat tentang jenayah dikalangan rakyat menurun daripada 80 peratus  pada tahun 2015 kepada 61 peratus tahun 2016.

Sekiranya momentum pembangunan  ini terus  dilestarikan di masa akan datang , maka  Dasar Tansformasi Nasional 2050 (TN50) yang bakal diumumkan dijangka akan menjamin pembangunan negara yang lebih  cemerlang. Kualiti hidup rakyat pula dapat dipertingkatkan ke tahap  yang lebih baik kepada penduduka Malaysia  yang dijangka akan mencapai 50 juta  pada tahun 2050.

Justeru rakyat, terutamanya golongan muda perlu bijak nilai maklumat di media sosial yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan menghasut  pemikiran rakyat membenci kerajaan  untuk mencapai agenda politiknya yang berkepentingan. Disebaliknya, rakyat pelbagai kaum  perlu bertekad terus bersama dengan kerajaan kepimpinan Najib dalam melestarikan pembangunan ekonomi negara dan rakyat. Pada hemat saya,  buku prestasi pengurusan negara tahun 2016  oleh Najib menunjukkan rekod ‘cemerlang’ atau ‘excellent’.



No comments: