Thursday, January 5, 2017

MIDDLE GROUND MAMPU MENENTUKAN KEPUTUSAN PRU14


Meskipun tempoh urus tadbir Kerajaan Barisann Nasional (BN) sekarang hanya akan berakhir pada bulan Jun 2018, ramai penganalisis  dan  aktivis politik malah wartawan berpengalaman   tempatan meramal Pilihan raya Umum ke 14 (PRU14) akan  di adakan  dalam tahun ini (2017). Ramalan ini menimbulkan pelbagai tanggapan malah   masing-masing parti politik  menggerakakan   jentera pilihan raya  parti masing-masing  untuk menghadapi PRU14.
  
Sehubungan ini BN dilihat menumpukan  perhatian  kepada merapatkan hubungan dan kerjasama  antara parti-parti komponannya.  Manakala, parti-parti pembangkang  pula dilihat masing-masing mengambil langkah untuk menjalin hubungan  dikalangan  parti yang sehaluannya. Parti yang bergabunng  dalam ‘pakatan  harapan’  seperti  DAP,PKR , parti serpihan  PAS,  Amanah  Negara dan parti serpihan UMNO,   Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)merangka strategi untuk  bukan sahaja mengekalkan sokogandalam kalangan penyokong setia malah meraih  sokongan tambahan dikalangan  kumpulan  ‘atas  pagar ’  yang tidak memihak kepada mana-mana parti secara ekstreme. Mereka  dilihat  berpotensi besar  dalam  menentukan  keputusan PRU 14  nanti.  PAS pula berseorangan disebabkan kegagalan  ‘tahaluf siyasi’ dengan DAP  yang dimeterai pada  tahun  2008. DAP didakwa   menjadi penghalang kepada  PAS meneruskan agenda   memartabatkan ideologi asal penubuhan parti PAS.
  
Apa pun, parti politik  pembangkang  kelihatan lebih  ghairah merancang strategi untuk menandatangi perjanjian ‘blok pembangkang’  dalam  memastikan  PRU 14  menjadi  medan taruhan antara calon BN  dan  calon ‘blok pembangkang’  ataupun  meletak satu  calon mewakili gandingan  parti pembangkang iaitu calon PKR,DAP,AMANAH dan PPBM lawan calon BN, satu  lawan satu . 

Keputusan pilihan raya kecil  malah kajian sosial terbaru jelas menunjukkan sokongan untuk BN kian meningkat dan sokongan untuk parti pembangkang merudum.  Kajian Merdeka Centre tahun lalu menunjukkan hampir 60 peratus rakyat  menerima dan menyokong usaha-usaha kerajaan kepimpinan  Najib. Sokongan  pelbagai kaum pula  meningkat  35 peratus merentasi semua kaum, peningkatan 15 peratus berbanding dengan tahap sokongan pada awal tahun 2016. Dalam  kalangan kaum Melayu pula  penerimaan kepimpinan Najib meningkat kepada 52 peratus iaitu peningkatan  31 peratus . Sokongan  kaum Cina pula meningkat  kepada 30 peratus, peningkatan 11 peratus. Dalam kalangan  kaum India pula dilaporkan sokongan meningkat dengan drastik iaitu lebih 60 peratus.

Dengan perkembangan trend ini, sekiranya  BN berjaya mempengaruhi minda hingga 5-10 peratus kumpulan atas pagar ’ di semua kawasan ditandingi,   maka  undi  populariti  BN yang diperoleh pada PRU13   dijangka meningkat dari   48.7  peratus ( 5.220  juta) kepada   lebih tinggi , mungkin 55  peratus iaitu peningkatan 6 peratus, manakala undi populariti gabungan parti pembangkang  pula dijangka merudum dari  51.3 peratus (5.489  juta) kepada 45 peratus dalam PRU14.
Gabungan  parti   pembangkang  mendapat kepercayaan yang begitu besar dan hebat dalam PRU12  kerana pengundi bukan Melayu dikesan menolak calon BN , terutamanya  pengundi India. Namun, selepas enam tahun berlalu,  persekitaran  medan  politik berubah,  malah   kelihatan  terbalik apabila  kepercayaan rakyat , terutamanya kaum India diberikan kembali kepada BN.

Mereka  tidak yakin  parti pembangkang mampu memerintah negeri  yang  dimenanginya malah beraggapan  pakatan  pembangkang gagal menepati janji  politik  manifesto pilihan raya  mereka    seperti program bantuan untuk  ibu  tunggal , air percuma, bantuan kepada warga emas dan bantuan  kepada ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah tadika di  Selangor  dan penghapusan toll di  Pulau Pinang. Rakyat di negeri  ditadbir  pakatan pembangkang masih berhadapan  pelbagai masalah seperti  masalah  air  di Selangor dan rumah mampu milik  di Pulau Pinang.

Atas semua ini, kumpulan pertengahan atas pagar dijangka penentu keputusan PRU14. Parti yang berjaya menawan minda dan pemikikran politik mereka akan menang dalam PRU-14.  Sebagai contoh, kemenangan Narendra  Modi  dalam pilihan raya  India pada tahun 2014 dan kemenangan Donald  Trump pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 2016  dikatakan berpunca daripada kejayaan menawan minda dan sokongan kumpulan atas pagar. Dengan hampir 60 peratus menerima urus tadbir kerajaan   dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib untuk  meningkatkan kualiti hidup rakyat terutamanya rakyat berpendapatan rendah atau B40, maka kumpulan atas pagar di jangka akan  mengalih sokongan mereka kepada BN dalam menjamin BN menang dengan gayanya dalam PRU14.



No comments: