Monday, May 23, 2011

PENSTRUKTURAN SUBSIDI TIDAK ABAIKAN KEPENTINGAN RAKYAT

1. BAGAIMNAKAH REKOD PRESTASI EKONOMI MALAYSIA PADA TAHUN LEPAS?

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 7.2 % bagi tahun 2010 dan pencapaian ini adalah mencecah sasaran yang ditetapkan. Pelaburan Asing Dalam Negeri (FDI ) juga telah meningkat empat kali ganda iaitu RM 4.2 bilion kepada RM 27 bilion pada tahun 2010. Kejayaan ini adalah jelas membuktikan kebijaksanaan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengurus ekonomi negara selaku perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia.

· Ramai penganalisis politik dan ekonomi berpendapat bahawa latarbelakang pendidikan dan pengalaman politik Najib banyak membantu Najib mengurus ekonomi negara dengan hemah.

· Najib Tun Razak adalah anak lelaki sulung kepada Tun Abdul Razak Dato' Hussein, bekas perdana menteri yang kedua. Beliau mengikuti pendidikan tinggi dalam bidang ekonomi di universiti dan menjawat pelbagai jawatan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri , Menteri dalam kerajaan semasa beliau masih muda lagi.

· Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan yang didukung oleh pelan transformasi.

· Pelan Transformasi meliputi sektor kerajaan, ekonomi dan sosial-politik untuk menyegarkan kembali kecemerlangan Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi malah menjamin mencapai matlamat Wawasan 2020 serta negara berpendapatan tinggi.

· Pelan Transformasi Kerajaan dan Ekonomi pula sudah mula berhasil dan rakyat sudah mula menikmati hasil pendekatan NKRA, GTP dan ETP.

· Rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan etnik, wilayah dan golongan , dijangka akan menikmati hasil pendekatan pembangunan ekonomi yang diusahakan oleh Najib Tun Razak secara adil .

2. ADAKAH BENAR DAKWAAN HARGA BARANG KIAN NAIK KERANA KERAJAAN TIDAK CEKAP?

Dakwaan setengah-tengah pihak bahawa kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak kurang mengambil langkah-langkah untuk mengawal kenaikan harga barangan keperluan rakyat adalah tidak benar malah satu pembohongan besar untuk mengelirukan rakyat.

· Rakyat perlu menyedari bahawa kenaikan harga barangan ketika ini adalah satu fenomena global.


· Secara umumnya, harga barangan adalah ditentukan oleh faktor permintaan (demand) dan penawaran(supply).


· Sekiranya permintaan terhadap sesuatu barangan meningkat ,maka harga barangan tertentu itu akan turut meningkat.


· Apabila penawaran (supply) barangan tertentu berkurangan dalam pasaran, maka harga barangan itu juga turut naik dalam pasaran.


· Sekiranya kos pengeluaran meningkat akibat peningkatan dalam kos faktor-faktor pengeluaran, seperti sumber manusia atau jumlah pekerja, gaji, kos barangan asas,pengangkutan dan sebagainya, maka kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan dalam pasaran bebas.



3. PERMINTAAN DAN PENAWARAN YANG TIDAK SETIMBAL UNTUK KOMODITI ASAS DALAM PASARAN DUNIA?

Harga barangan kian naik dalam pasaran dunia pada ketika ini kerana permintaan untuk barangan tersebut kini kian meningkat. Faktor-faktor yang menyumbangkan kepada peningkatan permintaan adalah seperti berikut:

· Peningatan jumlah penduduk di dunia,
· Kemampuan kuasa membeli oleh bilangan besar penduduk (India dan Cina) di dunia
· Kejatuhan regim komunis di beberapa negara menyebabkan negara-negara tersebut mula amalkan sistem ekonomi kapitalis (free market).
· Kekurangan bekalan komoditi pertanian akibat cuaca buruk dan bencana alam.
· Bencana alam yang melanda dunia hari ini seperti cuaca buruk di Eropah, banjir di Cina dan

Asia,
· Kekurangan hasil pertanian akibat perubahan dalam iklim dan pergolakan politik yang tidak

tertentu hala, terutamanya di negara-negara Timur Tengah dan negara-negara pengeluar

minyak,
· Suasana politik yang tidak stabil di negara-negara yang mengeluar komodoti utama yang

menjadi bahan asas untuk barangan keperluan asas harian,
· Kekurangan komodoti utama dalam pasaran menyebabkan peningkatan permintaan. Apabila permintaan meningkat terhadap sesuatu komoditi tertentu, maka harga barangan yang dibuat daripada komoditi tersebut turut naik.
· Jadi, peningkatan permintaan dan kekurangan bekalan yang setimpal dikatakan menyebabkan kenaikan harga barangan.

4. BAGAIMANA KERAJAAN MENGATASI KENAIKAN HARGA BARANG-BARANG KEPERLUAN ASAS DIMALAYSIA?

Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada impot barang-barang makanan, seperti gula, tepung gandum, beras, minyak masak dan lain-lain, tidak berdiam lam mencari ikthiar untuk elakkan kenaikan mendadak harga barangan keperluan harian.
Kerajaan Malaysia prihatin terhadap kebajikan rakyat, terutamanya golongan pendapatan rendah.
Kerajaan mengambil daya usaha untuk mempastikan rakyat mendapat bekalan barang-barang keperluan asas seperti berikut dengan harga yang berpatutan atau mampu beli dengan pembiayaan subsidi. Kerajaan sediakan peruntukan sebagai subsidi untuk pelbagai barang-barang keperluan rakyat terutamanya barang-barang keperluan asas seperti berikut:

· Gula,
· Tepung gandum,
· Minyak masak,
· Gas,
· Petrol,
· Diesel,
· Beras


5. APAKAH BENAR KERAJAAN MENYEDIAKAN PERUNTUKAN YANG MENCUKUPI UNTUK SUBSIDI?

Kerajaan telah membelanjakan RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk barangan keperluan asas bagi tahun 2010. Jumlah ini dijangka akan mencecah RM 20.6 bilion pada tahun 2011.

Subsidi RM 10.32 bilion yang disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan harga barangan keperluan asas adalah seperti berikut:

· Subsidi RM 789 juta untuk gula,
· Subsidi RM 89 juta untuk tepung gandum,
· Subsidi RM 813 juta untuk minyak masak,
· Subsidi RM 486 juta untuk beras,
· Subsidi RM 3.13 bilion untuk petrol (RON 95),
· Subsidi RM 3.5 bilion untuk diesel,
· Subsidi RM 1.43 bilion untuk LPG gas.I

Melalui pendekatan subsidi, kerajaan menanggung sebahagian kos harga barangan keperluan supaya harga barangan tersebut dalam pasaran tempatan dikurangkan agar golongan pendapatan rendah mampu beli:

· Kerajaan belanja 30 sen bagi setiap kilo gula,
· Kerajaan belanja 45 sen setiap kilo tepung gandum,
· Kerajaan belanja RM 1.00 bagi setiap kilo minyak masak,
· Kerajaan belanja RM 4.00 setiap bag beras berat 6 kilo,
· Kerajaan belanja 43 sen setiap liter petrol RON 95,
· Kerajaan belanja RM 27.02 sen bagi setong LPG gas.

6. APAKAH IMPAK PENDEKATAN PEMBERIAN SUBSIDI KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA?

· Kerajaan menggunakan pendekatan subsidi untuk MENGURANG DAN MENSTABILKAN HARAGA BARANGAN KEPERLUAN ASAS dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Tetapi, kerajaan juga sedar bahawa penyediaan berbilion-bilion ringgit sebagai subsidi untuk satu waktu jangka panjang akan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara yang seharusnya bertumbuh dengan bebas dan segar malah menjejaskan pembangunan projek-projek sosial -ekonomi negara yang mampu meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut pakar-pakar ekonomi, amalan pendekatan membelanjakan peruntukan berbilion-bilion untuk subsidi semata-mata untuk mengurangkan harga barang-barang adalah pendekatan kurang bijak dalam satu sistem ekonomi yang baik dan diamik.

· Pendekatan subsidi dijangka akan menghalang kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembangunan bidang-bidang ekonomi dan sosial.

· Malaysia yang bercita-cita untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi perlu menggalakan tumbuhan sistem ekonomi yang bebas, bernas dan dinamik.

· Pemberian subsidi yang berlebih-lebihan semata-mata untuk menjadi kerajaan popular akan mendatangkan kemudaratan kepada negara dan rakyat pada waktu jangka panjang.

· Menyedari hakikat ini, Najib Tun Razak telah umum dan mengariskan beberapa langkah untuk menstruktur semula pendekatan subsidi pada masa akan datang.

· Menstruktur semula pendekatan subsidi sudah pasti akan memberi impak kepada harga barang-barang keperluan asas dalam pasaran tempatan.


· Penstrukturan semula subsidi untuk gula harus disokong oleh rakyat kerana pengunaaan gula dikalangan rakyat Malaysia kini kian meningkat dan bilangan penyakit yang berkaitan dengan kelebihan penggunaan gula dalam makanan juga didapati semakin meningkat.


· Rakyat didorong menggurangkan penggunaan gula dan kerajaan pula dapat menjimatkan RM 111.6 juta dengan pendekatan penstrukutaran subsidi bagi gula. Penjimatan ini dapat digunakan untuk menjayakan projek-projek NKRA yang mendatangkan faedah kepada semua golongan masyarakat.


· Pakar-pakar ekonomi yang tersohor berpendapat pendekatan subsidi akan melemahkan dorongan untuk meningkatkan pengeluaran malah inovasi dalam kaedah pengeluaran dalam negeri.

· Peningkatan pengeluaran pula dijangka akan mengurangkan harga barangan secara tersendiri kerana kelebihan barang-barang keperluan dalam pasaran.

· Rakyat perlu yakin bahawa kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak yang mendukung prinsip RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN tidak akan membelakangkan kepentingan rakyat terutamanya golongan pendapatan rendah dalam soal menghadapi kenaikan harga barang-barang keperluan asas.

Saturday, May 7, 2011

INDIAN VOTERS HAS RESOLVED TO SUPPORT MOHD.NAJIB TUN RAZAK IN 13TH GENERAL ELECTION





In year 2007-2008, the Indian community felt hurt by many alleged irresponsible and untimely moves by the BN government. Even though the Indian community are divided on many issues, but they pulled together to exibit their anger towards the BN government when an Hindu temple in Selangor state was demolished by the state government authorities .


The demolition of the Hindu temple sparked anger among the Indians, which let to the birth of an anti government movement throughout the country, irrespective of their political affiliations.

Najib Tun Razak, then as a Deputy Prime Minister , condemned the Selangor state government’s move to demolish the temple prior to the Deepavali celebration. He also rendered an apology on behalf of the Federal Government.


The Indian community were moved by Najib Tun Razak’s apology. But his statement of apology came a little late because by then the opposition parties (DAP & PKR) has already exploited this situation to fan hatred among the Indians. The CD , made specially featuring the demolition of the Hindu Temple reached every Indian home, even in remote areas. The opposition party ask the Indian community, regardless of their political affliations, to vote against BN in 2008 General Election to show their anger and frustration. Many Indian took the heed of the opposition's appeal and voted against BN without any hesitation. The opposition strategy and manoeuvre to provoke the Indian voters against BN worked very well. The opposition succeded in garnering the Indian votes in huge numbers.

This was sentiment prevailed among Indians in year 2007-2008. But perceptions of Indian community regards to BN government has changed tremendously ever since Mohd.Najib Tun Razak took over the leadership of BN and government and introduced an inclusive, caring vision and mission for Malaysia-1Malaysia Plan.


Presently, Najib Tun Razak has taken great pain and efforts to settle many issues among the Indians. Najib Tun Razak goverment is also working tediously on Government & Economic Tranformation Plan (GTP & ETP). The GTP & ETP plan is designed to ensure government institutions provide an excellence service to people and make Malaysian economy as a high-income economy by 2020.


At the same time, Najib Tun Razak, also exibit his genuine and sincerity in attending to the grievances of the rakyat. In this regards, Najib Tun Razak leave no stone unturned to make sure that the grievances and complaints of the Indian community are attended swiftly and effectively.


Najib Tun Razak has undertaken a lot of initiatives and programs to further the progress of Indian community. He is constantly engaging himself with all groups of people from all walks of life . He conduct walk-about programs all over Malaysia to keep in touch with grassroot people. He read the pulse of the rakyat and lend his ears to their opinions and suggestions and attend to them without fail. Thus far, no group among the Indian community is left behind from engaging with Najib Tun Razak!.

Now, the Indian community strongly believe and convinced that ONLY the BN government under the leadership of Najib Tun Razak could provide a better future for them and their future generations.


The opposition pact (PKR,DAP & PAS) find no real issue among the Indian community to harp on to turn their sentiments against BN. There is no religious issue to exploit as a rallying point to turn Indian voters against BN. The opposition party is expected to exploit racial sentiment to woo support for them in the near future. The recent Sarawak State election is the testimony to these forth coming trend.


The DAP is also seen working with some politically frustrated individuals and groups using NGO as pretext to meet their political agenda. Eventhough the Interlok issue has already been settled amicably by the government, the opposition party leaders, particularly some DAP leaders of Indian origin are raising the Interlok Novel issue to rally the Indian community to go against BN.


So, the opposition pact is getting panic and alarmed to learn that the Najib Tun Razak has made inroads in Indians mind and heart. There is no major issue available for opposition parties to use as a bait for them to allure the Indian voters to support them as they did in year 2008.


The opposition parties who garnered considerable amount support from the Indian voters in year 2008 failed to deliver what they promised to them. Even, Mr.Uthayakumar, the former HINDRAF leader who was detained under ISA , earned a wrath from Prof. Dr. Ramasamy, the DY.CM II of Penang DAP, for alleging DAP failed the Penang Indians.


With this background, Indians who want to see a better and bright future for Indians will believe the opposition party anymore, particularly the DAP government of Penang. Many Indian and Malay voters who supported the DAP and PAS in year 2008 General Election has resolved not to support the Opposition Pact (PKR, DAP & PAS) in the 13th general election, who failed desperately to honour their promises, once beaten twice shy.


Rakyat have realized that the opposition parties are more interested in gaining political power to put their leaders in Putrajaya and to become Chief Ministers and Menteri Besars but not to serve the rakyat.

Wednesday, March 30, 2011

LARANGAN JUAL MINUMAN KERAS DAN BIG SWEEP


Apakah rakyat Sarawak tahu sandiwara politik pihak pakatan pembangkang? Pakatan Pembangkang pandai mengkaburi mata warga bukan Islam dengan adengan-adengan politik mereka untuk mencapai agenda politik mereka?

Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat undang-undang untuk melarang penjualan minuman keras di Selangor pada 2010. Kerajaan Pakatan Pembangkang Negeri Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melaksanakan peraturan baru melarang penjualan minuman keras di pasaraya dan kedai serbaneka sekitar Sek.17 Shah Alam,Selangor termasuk kedai-kedai 7Eleven.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua pasaraya dan kedai serbaneka akan diberikan keutamaan terhadap larangan tersebut. Datuk Bandar Shah Alam pula berkata sebanyak 17 pasaraya dan kedai serbaneka yang terletak di Seksyen 1 hingga 24,Shah Alam akan terlibat dalam larangan ini.

Arahan melarang penjualan minuman keras di Shah Alam , Selangor adalah diputuskan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor,Datuk Dr.Hasan Ali yang mewakili PAS dan disokong oleh ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Seterusnya, pegawai penguatkuasa Majlis Berbandaran Subang Jaya , Selangor merampas minuman keras daripada kedai-kedai yang terletak di Seksyen 8, Shah Alam. Dr.Hassan Ali menegaskan, PAS bertanggungjawab melaksanakan peraturan ini untuk memelihara dan melindungi akhlak penduduk beragama Islam selepas Pakatan Pembangkang (PR) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008.

Begitu juga, Kerajaan negeri Kelantan dibawah kepimpinan PAS telah melarang penjualan loteri Big Sweep yang menjadi gemaran kaum Cina di Kelantan. Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi J/Kuasa MMK bagi Kerajaan Tempatan,kebudayaan, Seni dan Pelancongan, membuat pengumuman bahawa kerajaan negeri tidak akan tarik balik larangan ini.

Tindakan kerajaan PAS Kelantan jelas menujukkan kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS tidak menghirau tentang budaya dan amalan masyarakat bukan Islam malah tidak mengambil kira perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai hak –hak kaum bukan Islam. Pengerusi DAP ,Karpal Singh, dan MCA yang mewakili sebahagian besar kaum Cina di Malaysia membantah tindakan PAS Negeri Kelantan.

Peraturan melarang penjualan minuman keras dan larangan penjualan Big Sweep telah menimbulkan kemarahan dikalangan orang ramai terutamanya warga bukan bukan Islam di Selangor dan Kelantan. Warga bukan Islam melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap larangan penjualan minuman keras dan penjualan tiket loteri malah bimbang terhadap masa depan mereka dibawah kerajaan negeri Selangor dan Kelantan yang dipimpin oleh Pakatan Pembangkang (PKR,DAP,PAS). PKR dan PAS jelas campur tangan malah mencabuli kebebasan dan amalan budaya warga bukan Islam. Peniaga-peniaga kaum Tiongwa juga melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap larangan tersebut kerana ianya menjejas perniagaan mereka.

Apakah rakyat di Sarawak, terutamanya penduduk yang beragama Kristian ingin melihat Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada PKR,DAP dan PAS memperkenalkan peraturan-peraturan seperti tersebut di Sarawak?

LARANGAN JUAL MINUMAN KERAS DAN BIG SWEEP


Apakah rakyat Sarawak tahu sandiwara politik pihak pakatan pembangkang? Pakatan Pembangkang pandai mengkaburi mata warga bukan Islam dengan adengan-adengan politik mereka untuk mencapai agenda politik mereka?

Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat undang-undang untuk melarang penjualan minuman keras di Selangor pada 2010. Kerajaan Pakatan Pembangkang Negeri Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melaksanakan peraturan baru melarang penjualan minuman keras di pasaraya dan kedai serbaneka sekitar Sek.17 Shah Alam,Selangor termasuk kedai-kedai 7Eleven.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua pasaraya dan kedai serbaneka akan diberikan keutamaan terhadap larangan tersebut. Datuk Bandar Shah Alam pula berkata sebanyak 17 pasaraya dan kedai serbaneka yang terletak di Seksyen 1 hingga 24,Shah Alam akan terlibat dalam larangan ini.

Arahan melarang penjualan minuman keras di Shah Alam , Selangor adalah diputuskan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor,Datuk Dr.Hasan Ali yang mewakili PAS dan disokong oleh ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Seterusnya, pegawai penguatkuasa Majlis Berbandaran Subang Jaya , Selangor merampas minuman keras daripada kedai-kedai yang terletak di Seksyen 8, Shah Alam. Dr.Hassan Ali menegaskan, PAS bertanggungjawab melaksanakan peraturan ini untuk memelihara dan melindungi akhlak penduduk beragama Islam selepas Pakatan Pembangkang (PR) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008.

Begitu juga, Kerajaan negeri Kelantan dibawah kepimpinan PAS telah melarang penjualan loteri Big Sweep yang menjadi gemaran kaum Cina di Kelantan. Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi J/Kuasa MMK bagi Kerajaan Tempatan,kebudayaan, Seni dan Pelancongan, membuat pengumuman bahawa kerajaan negeri tidak akan tarik balik larangan ini.

Tindakan kerajaan PAS Kelantan jelas menujukkan kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS tidak menghirau tentang budaya dan amalan masyarakat bukan Islam malah tidak mengambil kira perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai hak –hak kaum bukan Islam. Pengerusi DAP ,Karpal Singh, dan MCA yang mewakili sebahagian besar kaum Cina di Malaysia membantah tindakan PAS Negeri Kelantan.

Peraturan melarang penjualan minuman keras dan larangan penjualan Big Sweep telah menimbulkan kemarahan dikalangan orang ramai terutamanya warga bukan bukan Islam di Selangor dan Kelantan. Warga bukan Islam melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap larangan penjualan minuman keras dan penjualan tiket loteri malah bimbang terhadap masa depan mereka dibawah kerajaan negeri Selangor dan Kelantan yang dipimpin oleh Pakatan Pembangkang (PKR,DAP,PAS). PKR dan PAS jelas campur tangan malah mencabuli kebebasan dan amalan budaya warga bukan Islam. Peniaga-peniaga kaum Tiongwa juga melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap larangan tersebut kerana ianya menjejas perniagaan mereka.

Apakah rakyat di Sarawak, terutamanya penduduk yang beragama Kristian ingin melihat Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada PKR,DAP dan PAS memperkenalkan peraturan-peraturan seperti tersebut di Sarawak?

Sunday, March 27, 2011

POLITIK PEMBANGUNAN TRADISI RAKYAT SARAWAK



Kerajaan Negeri Sarawak, sejak menyertai dalam Gagasan Malaysia pada tahun 1963, telah mencipta rekod yang cemerlang dalam menukar landskap ekonomi negeri Sarawak, terutamanya dalam usaha meningkatkan kualiti hidup penduduk di luar bandar.

Kerajaan negeri Sarawak memperkenalkan pelbagai dasar dan program untuk memodenkan industri pertanian di Sarawak supaya pendapatan golongan petani dapat dipertingkatan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna dan baik seperti yang dinikmati oleh masyarakat dibandar.

Rancangan Malayaia ke10 telah menggariskan pelbagai program untuk memastikan kumpulan petani diberi peluang untuk mempertingkatkan kualiti hidup supaya mengalih daripada kumpulan pendapatan pertengahan kepada kumpulan pendapatan tinggi menjelang tahun 2010.

Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur juga memperuntukan peruntukkan bajet yang agak besar untuk membantu negeri Sarawak dalam memodenkan sektor pertanian selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Program (ETP) yang diumumkan oleh YAB Dato' Seri Mohd.Najib Tun Razak, Perdana Menteri.

Keseluruhan dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan program-program pertanian dibawah penyeliaan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, selaku menteri yang bertanggungjawap bagi kemodenan sektor pertanian, telah banyak membantu mengurangkan kadar kemiskinan daripada 32 % pada tahun 1985 kepada 5.3 % pada tahun 2011.

Secara umumnya, hampir 30 % rakyat Sarawak didapati masih terlibat dalam sektor pertanian, termasuk hampir 160,000 orang dalam sektor estate dan 180,000 orang dalam sektor pekebun kecil.

Dengan adanya program pembangunan pertanian, ekspot prodak pertanian dan makanan telah meningkat daripada RM 1.1. billion kepada RM 6 bilion dalam 10 tahun kebelakangan ini. Namun, pengimpotan prodak makanan dari luar masih meningkat daripada RM 600 juta pada tahun 1990 kepada RM 2.8 bilion pada 2010. Ini jelas menunjukkan bahawa sektor pertanian masih mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan dibangunkan bagi mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada rakyat Sarawak.

Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri sedang berusaha untuk membangunkan sektor pertanian dan pengeluaran prodak pertanian berteraskan teknologi bio-tech. Menyedari permintaan untuk prodak makanan halal meningkat dalam pasaran dunia, kerajaan negeri Sarawak ingin menjadikan Sarawak sebagai pengeluar prodak makanan halal yang terutama didunia.

Dengan ini, kawasan Tanjung Manis dikenalpasti untuk dijadikan sebagai hab halal untuk mengeluarkan prodak makanan halal dibawah Projek SCORE, yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sarawak. Prodak-prodak pertanian yang lain, terutamanya prodak perikanan, juga akan dikeluarkan dalam hab halal di Tanjung Manis untuk diekspot ke pasaran dunia .

Pada masa yang sama kerajaan negeri Sarawak juga sedang menjalankan penyelidikan untuk mengeluarkan prodak-prodak yang menggunakan bahan kelapa sawit untuk pasaran dunia. Ladang-ladang kelapa sawit yang dimajukan sekitar kawasan Suai, Niah, Betong dan Sri Aman akan digunakan sebagai bahan mentah untuk industri prodak kelapa sawit bagi tujuan ekspot ke pasaran dunia.

Memandangkan negeri Sarawak merupakan negeri yang mendahului dalam penggunaan teknologi bio-tech untuk memproses prodak pertanian, maka sektor pertanian di Sarawak dijangka akan mendatangkan keuntungan besar kepada golongan petani, sekaligus rakyat Sarawak.

Sehubungan ini, sejumlah 77,000 hectar tanah telah diperuntukkan untuk pertanian organik di Tanjung Manis. Sejumlah 40,000 hectar tanah juga telah dikhaskan untuk membina kilang-kilang oleh syarikat-syarikat tempatan dan luar negara dalam usaha menggerakkan industri berasaskan bahan pertanian. Pembukaan kilan-kilang dikawasan ini pula dijangka akan menyediakan berpuluh-puluh ribu peluang pekerjaan kepada golongan anak muda Sarawak.

Pada peringkat awalnya, penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Tanjung Manis akan mendapat faedah dan seterusnya penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan ini dan sekitar kawasan ini, seperti kawasan Paloh, Tanjung Sirik, Sarikei, Selalang, Kabong, Tunoh dan Roban juga dijangka akan mendapat faedah limpahan daripada projek-projek pembanguan dan industri di Tanjung Manis.

Pada masa yang sama, model hab halal yang didirikan di Tanjung Manis juga akan dikembangkan ke kawasan-kawasan lain seperti Kanowit, Kapit, Betong, Stumbin dan lain-lain tempat dalam usaha memodenkan sektor pertanian dikawasan tersebut supaya pendapatan golongan petani di kawasan tersebut juga turut dipertingkatkan.

Program- program yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri kepimpinan BN, dengan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur, dijangka akan meningkatkan kualiti hidup sebahagian besar penduduk di luar bandar. Malah, pendapatan komuniti pertanian di luar bandar, terutamanya golongan pekebun, petani, penternak, nelayan dan lain-lain kumpulan yang berkaitannya juga dijangka akan meningkat dan mereka dapat mengalih status ekonomi mereka daripada kumpulan golongan pendapatan pertengahan kepada golongan pendapat tinggi menjelang tahun 2010.

Pendekatan pembangunan ini yang dimaksudkan sebagai politik pembangunan. Kuasa politik yang diperolehi daripada rakyat di gunakan dengan bijak untuk menjamin pembangunan ekonomi rakyat supaya rakyat dapat menikmati kehiduapan yang aman, damai dan sejahtera.

Dengan itu, tradisi rakyat Sarawak yang menyokong politik pembangunan yang diperintiskan oleh Barisan National sejak tahun 1963 dijangka akan menyerlah dalam pilihan raya DUN Sarawak yang ke 10 nanti.

Saturday, March 26, 2011

KEBEBASAN AGAMA TERJAMIN UNTUK RAKYAT SARAWAK

Kebebasan beragama untuk rakyat Malaysia, termasuk penduduk Sarawak, adalah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan menetapkan dalam Artikel 3 bahawa Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan.Namun, agama-gama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Rakyat di Sarawak bukan sahaja boleh mengamal agama masing-masing dengan bebas malah boleh mengembangkan agama mereka dikalangan mereka dengan aman dan bebas. Kerajaan BN tidak pernah menghalang kebebasan dan amalan agama Kristian di Sarawak seperti didakwa oleh pihak-pihak yang tertentu.

Malah, penubuhan dan pengakuan oleh kerajaan BN terhadap pelbagai pertubuhan agama, termasuk pertubuhan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Christian Federation of Malaysia (CFM), jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN mengamalkan dasar kebebasan agama di Malaysia.

Selain itu, pembinaan dan bertaburan pusat ibadat bukan Islam seperti Kuil dan Gereja di seluruh Malaysia, malah saban hari peningkatan jumlah pusat-pusat ibadat bukan Islam diseluruh Malaysia juga jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak menghalang perkembangan agama-agama bukan Islam di Malaysia,khususnya perkembangan dan pembangunan agama Kristian di Sarawak.

Berdasarkan kajian Inventori tempat ibadat bukan Islam yang di jalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2008, jumlah rumah ibadat yang dikenalpasti samada berdaftar dan tidak berdaftar di seluruh Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 4,244 buah. Ianya terdiri daripada Tokong Cina/Buddha/Watt Siam sebanyak 2,117 buah, Gereja 524 buah, Kuil Hindu 1,466 buah, Gurdwara Sikh 78 buah dan lain-lain tempat keagamaan selain Islam 59 buah.

Jumlah besar pusat ibadat bukan Islam di Malaysia jelas mempaparkan bahawa Kerajaan BN sejak tahun 1957 berlaku adil dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan agama bukan Islam. Malah, kerajaan Puasat dan Negeri membelanja berjuta-juta ringgit untuk membina dan membaik pulih pusat-pusat ibadat serta menghakmilikan tanah-tanah yang terletaknya Gereja kepada komuniti Kristian di seluruh Malaysia, termasuk Sarawak.

Menurut Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, bagi tempuh 2000 hingga 2010, sejumlah RM30juta (RM28,960,928.00) telah diperuntukkan bagi menaiktaraf dan membina 1,360 buah rumah ibadat bukan Islam.

Dengan itu dakwaan parti pakatan pembangkang bahawa kerajaan BN menghadkan kebebasan, terutamanya Kristian di Sarawak adalah tidak berasas dan hanya satu taktik politik untuk mengelirukan rakyat.

Baru-baru ini, parti pembangkang membangkitkan malah mempolitikkan peristiwa KDN menahan pengimpotan ‘Alkitab’ berbahasa Melayu yang didapati mengandungi kalimah ‘Allah’ untuk mengeruhkan suasana politik yang aman dan damai di Sarawak.

Rakyat Malaysia, terutamanya di Sarawak,perlu berhati-hati dalam isu yang berkaitan dengan pengimpotan kitab Injil dari luar negara supaya tidak terpedaya dengan dakyah pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda politik.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan menahan pengimpot membawa masuk 30,000 kitab Injil berbahasa Melayu di Kuching, Sarawak dan 3,100 di Pelabuhan Kelang, Selangor. Keputusan itu adalah dibuat kerana pengimpot kitab Injil tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KDN untuk membawa masuk bahan-bahan cetak yang berunsur agama.

Berhubung dengan isu ini, Rakyat Malaysia, terutamanya rakyat di Sarawak dan Sabah,perlu dijelaskan dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Artikel 3 dalam Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kebebasan agama, kebebasan itu adalah tertakluk kepada perkara 11 (4) yang membendung pengembangan agama-agama bukan Islam di kalangan masyarakat Islam.

Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan: "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya".

Artikel 11(4) seterusnya memperuntukkan bahawa "undang-undang Negeri dan di Wilayah-Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara penganut agama Islam".

Ini adalah suatu hakikat perundangan (legal reality) yang perlu diambil kira oleh rakyat Malaysia, terutamanya rakyat di Sarawak dan Sabah dimana bilangan besar penduduknya beragama Kristian demi mencapai harmoni antara kaum.

Namun, kerajaan BN, kepimpinan Najib Tun Razak yang mendukung obor 1Malaysia –Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, membuat keputusan,mengambil kira permintaan kerajaan negeri Sarawak dan badan-badan serta pertubuhan -pertubuhan agama bukan Islam di Sarawak, untuk membenarkan kitab Injil dibawa masuk dengan syarat pihak pengimpot menepati peraturan-peratuturan yang sedia ada di Malaysia.

Rakyat Sarawak kini bebas memperolehi kitab Injil dalam bahasa Malaysia yang mengandungi perkataan '“For Christianity”.Malah, pihak Gereja atau pengimpot juga dibenarkan membawa masuk kitab Injil dalam bahasa Melayu dengan perkatan '“For Christianity' pada masa-masa akan datang.

Dengan itu, kontroversi kitab Injil dianggap selesai dengan baik oleh Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri.