Baru-baru ini akhbar Tamil melaporkan bahawa menteri penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek, telah berdailog dengan beberapa kumpulan yang mewakili artis-artis, penerbit dan pengeluar filem dan drama tempatan Tamil di pejabatnya,Angkasapuri.Tujuan dialog tersebut itu adalah untuk mendengar dan membincang mengenai masalah dan ketidakpuasaan yang dihadapi oleh kumpulan tersebut sejak kebelakangan ini.
Dalam perbincangan tersebut , Dato’ Ahmad Shabery Cheek difahamkan memberi perhatian yang serius dan kesungguhan dalam mengenalpasti dan menyelesai masalah utama yang dihadapi oleh pengeluar filem dan drama Tamil . Antara masalah utama yang dikenalpasti adalah kumpulan tersebut menghadapi masalah dalam mendapat slot atau ‘air time’ bagi filem dan drama Tamil yang disediakan dalam negeri .
Apabila selesainya perbincangan tersebut, menteri penerangan , yang amat memahami punca permasalahannya, tampil hadapan dan membuat pengumuman dengan tabahnya bahawa TV Malaysia akan menambahkan jumlah waktu siaran program Tamil tempatan (Filem / Drama Tempatan) dari satu setengah jam kepada 5 jam seminggu pada masa-masa akan datang.
Pengumuman tersebut sudah tentu akan mengembirakan para pengusaha yang terlibat dalam bidang tersebut ,malah keseluruhan kaum Tamil di Malaysia yang kini telah menjauhkan diri dari RTM.
Dalam pada itu, apakah dasar yang ditetapkan oleh Dato’ Menteri Penerangan itu disedari dan di fahami oleh para pegawai atasan kementerian penerangan , yang kerapkali di dakwa sebagai ‘little napoleons’ ? Apakah pegawai-pegawai atasan yang bertanggungjawab dalam TV Malaysia akan memastikan dasar menteri itu dilaksanakan tanpa meminda atau menundakan waktu mengikut budibicara dan tafsiran tersendiri.
Sehubungan ini, adalah dicadangkan bahawa sudahlah sampai masanya bagi RTM secara amnya dan TV Malaysia secara khususnnya menilai semula program-program Tamil yang disediakan oleh penguasaha tempatan untuk disiarkan dalam saluran TV2 pada dewasa ini . Kebanyakan program tersebut itu didapati berunsur hiburan yang bersifat carbon-copy atau cedukan iaitu program hiburan yang mengandungi adengan artis dan penyanyi tempatan menyanyi lagu-lagu filem Tamil..
Tidaklah keterlaluan sekiranya membuat rumusan bahawa program-program yang disediakan oleh pengusaha tempatan untuk siaran dalam TV2 pada masa sekarang didapati kurang berkesan dalam menjadikan kaum India sebagai satu kaum yang bermaklumat ataupun satu kaum Tamil yang menghayati usaha-usaha pembangunan yang dianjurkan oleh kerajaan demi kepentingan kaum India.Malah,program-program yang bersifat bosan itu menjauhkan kaum Tamil dari mendekati RTM, sekaligus kerajaan.Apa yang menghairankan kita ialah ramai pendengar dan penonton (Minnal dan TV2 ) RTM adalah pada dewasa ini adalah terdiri dari pekerja asing keturunan Tamil yang tidak berkuasa memilih kerajaan dalam pilihanraya umum.
Namun, keikhlasan dan usaha yang diambil oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek untuk mendengar rintihan pengusaha Tamil adalah amat dihargai ,malah akan merintis jalan untuk meraihakan semula sokongan kaum India terhadap kerajaan kerana sokongan politik kaum India terhadap kerajaan dikesan merosot dalam pilihan raya umum ke 12. Apakaha langkah-langkah yang bersifat mesra dan prihatin menteri penerangan itu dijadikan sebagai tauladan oleh lain-lain kementerian dalam usaha meningkatkan sokongan kaum India terhadap kerajaan pada masa-masa akan datang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tindakan Menteri Penerangan itu sememanglah satu tindakan yang murni dan berperikemanusiaan. Dan tahu dengan sejelas-jelasnya bahawa masyarakat India juga adalah salah satu kaum di Malaysia.
Walaupun hanya yang berstatus warganegara sahaja yang merupakan rakyat Malaysia. Ramai lagi di Tanah Besar India yang merupakan kaum India juga, tetapi bukan berstatuskan warganegara Malaysia. Maka mereka mungkin tidak akan mendapat layanan samarata oleh Menteri Penerangan kita. Tindakan sebegini bukan sahaja pernah dilakukan oleh Menteri Penerangan kita, malah juga Menteri=Menteri Melayu yang lain juga. Seperti kebenaran untu menubuhkan institusi pendidikan oleh MIC adalah diberikan kebenarannya oleh Menteri Pendidikan yang juga pemimpin Melayu. Dan Banyak Lagilah.
Terimakasih di atas pandangan yang terbuka. Jasa meneteri-menteri melayu terhadap kaum India di Malysia tidak di nafikan.Namun, menteri-menteri yang menjalankan amanat RAKYAT MALAYSIA, perlu terus berusaha dan mengambil tindakan terhadap ketidakpuasan dikalangan kaum India selepas PRU12,supaya rakyat beranggapan bahawa menteri yang terdiri dari kaum Melayu adala menteri untuk semua kaum.
Post a Comment