Friday, November 21, 2008

PELBAGAI KAUM MENYAMBUT BAIK TITAH UCAPAN DR NAZRIN SHAH

Rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum di Malaysia amat menyokong dan menyambut baik titah ucapan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini bahawa masyarakat imigiran di sesebuah negara perlu menghormati dan menerima tradisi, sejarah serta sistem kerajaan yang wujud di negara yang menerima mereka.

Titah baginda juga merupakan lanjutan kepada kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu baru-baru ini berhubung hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang kita memahami dan mempelajari daripada titah baginda Raja Dr Nazrin Shah , Raja Muda Perak, adalah bahawa kaum imigiran yang menjadi warga negara Malaysia harus menghormati dan mematuhi sistem kerajaan negara ini yang berteraskan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan, iaitu satu sistem kerajaan yang di warisi dari sistem kerajaan Melayu sabelum merdeka.

Sehubungan ini, dalam konteks Malaysia, rakyat Malaysia harus menyedari bahawa sistem kerajaan yang diterima pakai pada masa sekarang adalah satu sistem kerajaan yang dibentuk mencerminkan semangat ‘kontrak sosial’ yang di persetujui antara masyarakat pribumi dan masyarakat imigiran.

Sehubungan ini tidak harus timbul isu atau dakwaan bahawa masyarakat imigiran yang menjadi warga negara Malaysia kurang setia atau menyoal kesahihan atau validiti kontrak sosial yang mengikat semua kaum di negara ini.

Sebahagian besar kaum bukan Melayu berpendapat bahawa isu kontrak sosial bukan dibangkitkan oleh orang biasa atau samaritan,malah kerap kali dibangkitkan oleh ahli-ahli politik yang pemikiran sempit dan perkauman dalam masyarakat majmuk.
Malah, masih terdapat segelintir ahli-ahli politik dan NGO yang masih membangkitkan isu kontrak sosial dalam meraihkan sokongan daripada kaum dan pengikut masing--masing .

Justeru itu, adalah dicadangkan ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin NGO yang tidak bertanggungjawab ,malah lebih mementingkan jawatan daripada kepentingan negara harus mengupaskan kontrak sosial di Malaysia daripada perspektif semua kaum . Pemimpin dan rakyat dikalangan semua kaum,kaum pribumi dan warga negara harus digalakkan mengelakkan sikap mementingkan kepentingan kaum sendiri dan menghiraukan kepentingan sah kaum lain atau bigotry.

Sementara itu, rakyat juga harus berwaspada terhadap pemimpin-pemimpin politik yang menghujah dan berdebat kontrak sosial semata-mata untuk membangkitkan sentimen perkauman dalam mencapai agenda politik dan tersendiri masing-masing.Rakyat harus bersedia memisahkan ,malah menarikbalik sokongan yang diberikan kepada ahli-ahli politik yang mengajukan sentimen perkauman yang mampu menghancurkan semangat kontrak sosial di negara ini.

Justeru itu, tidaklah keterlaluan sekiranya kita menyimpulkan bahawa titah ucapan Dr.Raja Nazrin Shah telah membuka minda rakyat Malaysia dalam memperkasa kontrak sosial yang masih mampu menjamin kestabilan, kesejahteraan dan keamanan rakyat Malaysia.

No comments: