Monday, November 10, 2008

Peringatan Majlis Raja- Raja Mengenai Kontrak Sosial Malaysia

Pada mutakhir ini topik ‘Kontrak Sosial’ semakin hangat diperdebatkan di Malaysia,malah, Majlis Raja-Raja Melayu Ke -215 yang bersidang di Istana Maziah,Kuala Trengganu,Trengganu telah mengeluarkan kenyataan akhbar khas pada 17 Oktober 2008 melalui pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, selaras dengan perkara 38 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, mengenai kontrak Sosial Malaysia.

Kenyataan akhbar Majlis Raj-Raja tersebut mengingatkan rakyat agar tidak mempertikaikan ‘kontrak sosial’,malah memahami ,menghormati dan mematuhi serta akur pada segala perjanjian yang di tercapai oleh pelopolor-pelopor kemerdekaan semasa usaha membentuk negara Malaysia .

Saya amat bersetuju dengan kenyataan akhbar tersebut malah berpendapat bahawa rakyat Malaysia,khususnya golongan muda, hendaklah memahami,menghayati dan mengamal serta memelihara kontrak sosial supaya rakyat yang berbilang keturunan,agama,budaya dan fahaman politik dapat hidup secara aman dan damai sebagai satu bangsa Malaysia.

Dalam pada itu apakah golongan muda,lebih-lebih lagi pemimpin muda politik menyedari asal usul atau semangat kontrak sosial yang terikat semua kaum di Malaysia?

Istilah "Kontrak sosial" adalah merujuk kepada satu persefahaman atau perjanjian kerjasama antara individu dalam sesebuah masyarakat untuk hidup bersama secara aman dan damai dengan menghormati hak masing masing.

Dalam konteks Malaysia, kontrak sosial adalah merujuk kepada satu persefahaman, persetujuan dan perjanjian antara pelopor-pelopor kemerdekaan, Raja-Raja Melayu dan Penjajah British mengenai hak dan kepentingan kaum masing-masing dalam membentuk sebuah negara merdeka,demokratik berlandaskan Raja Berperlembagaan.

Ia juga merupakan satu perjanjian kompromi politik antara kaum yang menjadi asas dalam mencapai kemerdekaan negara ini pada tahun 1957. Perkara-perakara yang berkaitan dengan kepentingan kaum masing-masing saperti hak politik, agama, ekonomi, sosial,budaya dan lain-lain kepentingan sah kaum masing-masing telah dirunding dan dibincang hati ke hati antara pemimpin-pemimpin kaum sebelum termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Dengan itu, jelas bahawa Perlembagaan Malaysia adalah dianggap sebagai satu dokumen kontrak sosial yang tercapai antara kaum di Malaysia.

Kontrak sosial di Malaysia juga dianggap sebagai satu persetujuan berkongsi kuasa politik antara kaum Melayu dan bukan Melayu dalam rangka demokrasi berparlimen. Perkara-perkara yang telah dipersetujui antara pelbagai kaum dan Raja-Raja Melayu mengenai kaedah pengurusan negara dan hak -hak sesuatu kaum tertentu telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang menjadi asas dokumen pemerintahan negara ini.

Antara perkara-perkara penting yang terkandung dalam kontrak sosial didapati berkisar adat dan cara hidup gugusan pulau-pulau Melayu seperti berikut:

• kedudukan Raja-Raja Melayu,
• Islam sebagai Agama Persekutuan dan hak-hak yang sah bagi kaum-kaum bukan
Melayu, termasuklah hak kerakyatan yang merangkumi hak-hak politik, ekonomi,
budaya dan agama.
• Kedudukan istimewa kaum Melayu
• Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
• Islam sebagai agama resmi Persekutuan
• Peruntukan mengenai Tanah simpanan Melayu
• Ketua kerajaan bagi 9 ‘negeri-negeri Melayu’ adalah terdiri daripada
seorang warga Melayu-Islam
• Warga bukan Islam bebas mengamal agama-agama masing-masing
• Warga bukan Melayu bebas untuk mempelajari bahasa ibunda kaum bukan Melayu-
Cina dan Tamil


Justeru itu, tidaklah timbul soal sama ada kontrak sosial itu masih relevan atau tidak. Kerajaan dan rakyat hendaklah pastikan bahawa semangat kontrak sosial itu menyerlah dalam semua dasar-dasar dan program-program kerajaan supaya rakyat merasa bangga dan menghayati kontrak sosial tersebut, malah menganggap kontrak sosial antara kaum sebagai perisai melindungi hak-hak sah kaum masing-masing di Malayaia.

Rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan kaum dan fahaman politik harus memahami kontrak sosial dalam semangat yang benar supaya kontrak sosial terus memberi kekuatan kepada masyarakat pelbagai kaum untuk terus hidup aman dan damai.
Rakyat tidak wajar mempertikai atau menyoal kontrak sosial kerana ianya adalah perjanjian persefahaman berteraskan tolak ansur antara kaum dalam mencapai kemerdekaan,malah merupakan mercu rukun hidup rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia harus berusaha mengambil langkah-langkah untuk memartabatkan ‘Kontrak Sosial’ yang telah membukti menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sejak merdeka.

Perlu diingatkan bahawa sebarang usaha untuk menyoal, mengkritik atau menolak kontrak sosial akan memudaratkan,malah memusnahkan tiang-tiang asas yang membentuk negara ini yang kita semua membentuk sejak merdeka.

Sehubungan ini, peringatan Majlis Raja-Raja kepada rakyat Malaysia mengenai kontrak sosial adalah wajar dan berpatutan pada masa ini supaya kontrak sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar oleh mana-mana pihak.

Apakah ahli-ahli politik yang ingin menggunakan kontrak sosial sebagai modal meraih sokongan politik parti masing-masing menyedari akan bahayanya salah guna istilah kontrak sosial di Malaysia.?

2 comments:

bungaraya said...

Kepada mereka yang tak minat membaca surat khabar, berita on line adalah satu cara alternatif yang sangat baik untuk dipilih. Belajarlah mengetahui apa itu kontrak sosial. Penulisan dalam blog ini dan juga blog yang lain banyak menceritakan kontrak sosial ala Malaysia yang sangat berguna khasnya bagi yang meminati lapangan politik tanah air.

Dan juga...silalah layari chilliriver.blogspot.com dan saya sangat memerlukan komen sdr blogger semua.

raktamrittika said...

salam
seronok baca tajuk ni,lagipunsaya tengah cari bahan untuk tugasan.hayati kontrak sosial untuk malaysia yang aman selama-lamanya