Wednesday, January 22, 2014


Hutang negara Malaysia ketika ini berada dalam keadaan terkawal. Pada umumnya hutang negara dibahagikan kepada 2 kategori iaitu hutang luar negara dan hutang dalam negara. Pada umumnya, hutang luar negara yang  luar kawalan dikatakan boleh menyebabkan negara muflis. Hutang dalam negara adalah jumlah hutang yang disumbangkan  oleh hutang 3 sektor iaitu i. Kerajaan Persekutuan, ii. Hutang Sektor Awam dan iii. Hutang Berbankan dan Bukan Berbankan . Dalam konteks ini, hutang luar negara Malaysia adalah hanya 5 % daripada keseluruhan hutang negara . Manakala hutang dalam negara bagi  Kerajaan Persekutuan adalah hanya  2.2 % dan hutang dalam negara adalah 97.8 %. Hutang pembelian rumah, hutang peribadi, hutang beli kereta dan pelbagai hutang rakyat diperhitungkan sebagai hutang dalam negara.

 Namun, hutang negara adalah hanya 53.76 % daripada jumlah pendapatan negara berbanding dengan hutang negara Singapura 113.18 % . Peratusan hutang negara Malaysia adalah dalam lingkungan kawalan dan kemampuan kerajaan Persekutuan.

 Dakwaan Pakatan Pembangkang kononya negara menghadapi masalah kewangan malah kearah kemuflis adalah tidak benar sama sekali malah dilihat sebagai satu dakyah untuk mengelirukan rakyat bagi mengurangkan sokongan rakyat kepada kerajaan yang terus kini semakin meningkat. 

KESIMPULAN

 Marilah kita bersama-sama melihat rekod kejayaan Malaysia sejak merdeka sebelum dipengaruhi  dan menerima sebarang dakwaan-dakwaan yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap kerajaan kepimpinan Dato Seri  Mohd.Najib Tun Abdul Razak.

 Mohd. Najib TunAbdul  Razak  government  is giving  importance and priority to the needs and aspirations of all Malaysians particularly to improve the quality of life of the rural population. For an example: A sum of RM 6.5 billion has been allocated to implement the basic infrastructure such as water and electricity in 2013 bajet.

Mohd.Najib Tun Abdul Razak government is also providing a favourable housing loans at a 4 percent interest rate for a maximum of RM60,000 for low cost houses, government guaranteed down payments of 10 percent for houses below RM220,000 for first time buyers earning less that RM3000 a month, and 50 percent stamp duty exemption for first-time house buyers of houses not exceeding  RM350,000.

 An allocation of RM 300 million to implement the housing assistance programe to provide comfortable houses for the poor and hard core in rural areas. A total of 223 ,000 unit new  houses will be built by government and private sector in year 2014.  A sum of RM 578 million has been allocated to Jabatan Perumahan Negara to built affordable houses to middle income group.

The government has increased the allocation of subsidy for essential goods ( rice, cooking oil,sugar,flour,gas,petrol and diesel)  from RM 100 million in year 2010  to RM 200 million in year 2011 and RM 47 billion in year 2013.

 Kerajaan yang mentadbir  Malaysia sejak Merdeka telah mencipta rekod cemerlang  dalam membangunkan negara ini daripada negara pertanian kepada negara Industri yang dunia mengkagumkan. Namun, Pakatan Pembangkang  mendakwa Malaysia gagal mengurus sosial-ekonomi negara  dengan cekap.

 Malaysia berada dalam landasan yang betul untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Asas-asas ekonomi adalah kukuh dan mantap dengan stabil dan kukunya kedudukan kewangan negara . Rezeb negara adalah RM 444 bilion (2013).Manakala  Rezeb antarabangsa negara adalah RM 680 bilion dan Simpanan negara adalah 43 bilion.

 

 

ISU KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA

 
1.ADAKAH BENAR DAKWAAN BAHAWA  KERAJAAN BN MENAIKKAN HARGA BARANG  SELEPAS  PRU13?

Kenaikan harga barang dalam sesebuah negara adalah satu masalah yang berkaitan dengan harga pasaran sesuatu komoditi dalam pasaran dunia serta  sistem ekonomi yang diamalkan dalam sesebuah negara.

Malaysia mengamal sistem ekonomi terbuka dan bebas sejak merdeka. Ini bermakna,  Malaysia akan merasai kesan naik turun harga barangan dalam pasaran dunia. Namun, kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah untuk mempastikan  kos sara hidup dalam paras kemampuan rakyat berpendapatan rendah. Kos sara hidup di Malaysia adalah dilaporkan berada pada kadar yang paling rendah berbanding dengan beberapa negara lain di dunia.

Kerajaan Malaysia dilihat amat prihatin terhadap kebajikan rakyat. Malah cekap mengurus ekonomi negara untuk menjamin ekonomi negara kukuh dan berkembang secara berterusan.

Dalam usaha menjamin ekonomi negara terus, kukuh, perkembang dan mantap maka kerajaan terpaksa melaksanakan pelnagai  ’perubahan’ dalam pengurusan ekonomi dari masa ke semasa tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

Jadi, kerajaan BN bukan menaikkan harga barang  seperti didakwa oleh setengah-tengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Di sebaliknya,  masalah kenaikan harga barang di Malaysia adalah kesan perubahan yang berlaku dalam harga barang dalam pasaran dunia yang disertai oleh  impak peningkatan kos pengeluaran dalam negara.

2. ADAKAH BENAR KUASA BELI RAKYAT SEMAKIN BERKURANGAN  KERANA DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK TIDAK CEKAP MENGURUS KEWANGAN DAN EKONOMI NEGARA?

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 7.2 % bagi tahun 2010 dan pencapaian ini adalah mencecah sasaran yang ditetapkan. Pelaburan Asing Dalam Negeri (FDI ) juga telah meningkat beberapa kali ganda iaitu RM 4.2 bilion kepada RM 27 bilion pada tahun 2010 dan RM 165 bilion pada tahun 2013 dan dijangka meningkat kepada 189 bilion pada tahun 2014.

Pendapatan Per Kapita juga didapati meningkat 48% iaitu daripada US$ 6,700 (2009) kepada US$ 9,970 (2013). Kuasa beli rakyat Malaysia atau Purchasing Power Parity Index Malaysia (PPP)  juga meningkat dari RM 456.5 bilion  (2010) kepada 479.7 bilion (2011) dan kepada 506.7 bilion pada tahun 2012. Kejayaan ini jelas menunjukkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan oleh PM Najib Tun Abdul Razak  pada tahun 2010 berjaya meningkatkan tahap ekonomi negara. Malah kejayaan ini jelas membuktikan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak , selaku perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia, bijaksana dan cekap mengurus ekonomi negara.

Masalah pengangguran dapat diatasi . Kadar pengannguran Malaysia ketika ini adalah  3.0 % (2013) . Jumlah  guna tenaga pada tahun 2013 adalah 12.4 juta  berbanding 11.4 juta pada tahun 2010. Jumlah tenaga berkerja pada tahun 2000 adalah  8.1 juta. Ini jelas menunjukkan ekonomi berkembang maju, membuka dan memperluaskan peluang pekerjaan yang menghasilkan peningkatan pendapatan rakyat.

Kerajaan kepimpinan Najib menggunkan pendekatan pemberian subsidi untuk membantu meringkankan beban rakyat berpendapatan rendah membeli barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum, gas LPG, gula dan sebagainya. Namun, kerajaan terpaksa melaksanakan penstrukturan semula pemberian subsidi untuk menjamin dan mempasti  ekonomi negara terus berkembang  agar matalamat negara mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

3. APAKAH KERAJAAN TARIK BALIK SUBSIDI UNTUK GULA,PETROL  DAN DIESEL MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BARANG?

Kerajaan tidak tarik balik subsidi secara total kepada barang-barang keperlauan asas termasuk petrol,diesel, gula seperti didakwa oleh pihak-pihak  yang tidak bertanggungjawap. Malah peruntukan subsidi  untuk beberapa barang keperulan asas ditambah untuk menstabilkan harga malah meringankan beban rakyat berpendapatan rendah membeli barang-barang keperluan asas harian .

Kerajaan terpaksa menstruktur semula subsidi petrol RON 95  dan diesel untuk menjamin keadilan kepada golongan berpendapatan rendah turut dapat manfaat secara langsung. Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel yang melibatkan jumlah subsidi bahan api sejumlah RM24.8 bilion.

Dalam usaha rasionalisasi subsidi, kerajaan buat keputusan untuk mengurangkan   subsidi sebanyak 20 sen seliter untuk Petrol dan diesel.  Ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.                                           
.
Walaupun kerajaan kurangkan subsidi 20 sen seliter untuk petrol dan diesel, harga bahan api ini diMalaysia didapati terrendah sekali berbanding dengan beberapa negara jiran Malaysia.Harga  diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74; Diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93). 

Kajian –kajian yang dijalankan mengenai harga bahan api di dunia pada tahun 2013 didapati Malaysia menarwarkan harga terrendah di Asean malah lebih rendah daripada beberapa negara maju didunia.  Sebagai contoh:  Kajian yang dijalankan oleh Bloomberg bertajuk “Harga Bahan Api Tertinggi dan Terendah Mengikut Negara” (Highest and Cheapest Gas Prices by Countries') melaporkan bahawa  Malaysia berada pada kedudukan kelapan selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu, Iran dan Nigeria, dalam menawarkan harga terendah. Malaysia berada di hadapan berbanding Mexico, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia, Pakistan dan Thailand.

                                                                                             
Kerajaan belanja sejumlah
RM 24.8 bilion untuk subsidi petrol pada tahun 2013. Dengan langkah penstrukturan subsidi, kerajaan dapat jimat 1.1 bilion pada tahun 2013 dan dijangka akan menjimat sejumlah RM 3.3 bilion pada tahun 2014.

Selain itu, kerajaan juga membuat pelarasan untuk pemberian subsidi bagi komoditi gula atas prihatinan kerajaan terhadap kesihatan rakyat Malaysia. Langkah pelarasan subsidi untuk gula dilaporakan telah  mendorong harga gula naik 34 sen sekilo. Namun, pengurangan subsidi untuk komoditi gula telah menjimatkan perbelanjaan kerajaan sejumlah RM 64.02 juta pada tahun 2013 dan dijangka akan  jimat  perbelanjaan kerajaan sejumlah RM 551.25 juta pada tahun 2014.

Dengan penjimatan tersebut, kerajaan dapat melaksanakan lebih banyak projek dan program kesejahteraan rakyat  seperti membina hospital, klinik 1Malaysia, jalan raya diluar bandar, menambahkan dan memperluaskan  kemudahan jalur lebar kelajuan tinggi untuk kegunaan internet, menyediakan kemudahan dan dan fasiliti kesihatan dan perubatan. Kerajaan belanja subsidi RM 9.9  bilion untuk penjagaan kesihatan di semua klinik ,hospital. Hampir 98% kos perkhidmatan kesihatan dan perubatan disediakan oleh kerajaan. Dengan penyediaan subsidi, kerajaan dapat menanggung kos mengurus 485 pusat dialisis oleh kerajaan dan NGO dengan 5,255 mesin dialisis yang memberi rawatan dan perkhidmatan kepada hampir 17,477 pesakit buah pinggang pada tahun 2013. 

Selain itu, pelarasan subsidi juga disalurkan kepada golongan pendapatan rendah melalui skim BRIM. Sejumlah  7.9 juta rakyat menikmati faedah BRIM (pendapatan kurang daripada RM 4,000.00). Bantuan BRIM dinaikkan dari RM 500 (2013) kepada RM 650 (2014) untuk seisi keluarga  dan  daripada RM 250 kepada RM 300 untuk warga bujang (2014).

4. APAKAH PENGURANGAN SUBSIDI MENYEBABKAN PEKILANG, PENYEDIA PERKHIDMATAN ,PEKEDAI, PENGEDAR MENAIKKAN HARGA BARANG?

Pengurangan subsidi tidak seharusnya mendorong peningkatan harga barang di Malaysia. Tetapi , Malaysia selaku sebuah negara yang banyak bergantung kepada barang keimpotan, terdedah dengan fenomena kenaikan harga barang. Harga pasaran sesuatu komoditi  dalam pasaran dunia, kenaikan kos pengeluaran kerana kenaikan gaji, peningkatan perimntaan untuk sesuatu komoditi, kekurangan sesuatu komoditi yang setimbal dengan permintaan dan sikap tamak pedagang dan peniaga untuk meraih keuntungan besar dijangka akan menimbulkan masalah kenaikan haraga barang di Malaysia. 

Disebaliknya, penstrukturan semula, pelarasan dan pengurangan subsidi dijangka akan memberi impak positif kepada pembangunan dan perkembangan (growth) ekonomi negara. Pengurangan subsidi pula dapat membantu kerajaan jimat perbelanjaan.Penjimatan pula membantu kerajaan mengurangkan hutang negara, kurangkan defisit dan  mengawal inflasi. Kedudukan ekonomi yang kukuh dijangka akan  meyakinkan pelabur asing melabur dalam negara agar KDNK dapat dipertingkatkan malah membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Pembangunan ekonomi yang berterusan dan menyeluruh  dijangkan akan menjamin rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang berterusan. 

5. ADAKAH BENAR DAKWAAN HARGA BARANG KIAN NAIK KERANA KERAJAAN TIDAK CEKAP KAWAL KENAIKAN HARGA? 

Dakwaan setengah-tengah pihak bahawa kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak  kurang  mengambil langkah-langkah untuk mengawal kenaikan harga barangan keperluan rakyat adalah tidak benar malah satu pembohongan besar untuk mengelirukan rakyat.

Rakyat perlu menyedari bahawa kenaikan harga barangan ketika ini adalah satu fenomena global.
  • Secara umumnya, harga barangan adalah ditentukan oleh faktor permintaan (demand) dan penawaran(supply).
  • Sekiranya  permintaan terhadap sesuatu barangan meningkat ,maka harga barangan tertentu itu akan turut meningkat.
  • Apabila penawaran (supply)  barangan tertentu berkurangan  dalam pasaran, maka harga barangan itu juga turut naik dalam pasaran.
  • Adakalanya, faktor bukan ekonomi seperti  pemborong dan peniaga runcit menaikkan harga barang untuk menggait keuntungan besar.
  •  Sekiranya kos pengeluaran meningkat akibat peningkatan dalam kos faktor-faktor pengeluaran, seperti sumber manusia atau jumlah pekerja, gaji, kos barangan asas,pengangkutan  dan sebagainya, maka kenaikan harga  barangan  tidak dapat dielakkan dalam pasaran bebas.
Harga barangan kian naik dalam pasaran dunia pada ketika ini kerana permintaan untuk barangan tersebut kini kian meningkat. Faktor-faktor yang menyumbangkan kepada peningkatan permintaan adalah seperti berikut:
 
  •  Peningatan jumlah penduduk di dunia,
  • Kemampuan kuasa membeli  oleh bilangan besar penduduk (India dan Cina) di dunia
  •  Kejatuhan regim komunis di beberapa negara telah menyebabkan negara-negara tersebut mula amalkan sistem ekonomi kapitalis (free market).
  • Kekurangan bekalan komoditi  pertanian akibat cuaca buruk dan bencana alam.
  •  Bencana alam yang melanda dunia hari ini seperti  cuaca buruk di Eropah,  banjir di Cina dan Asia,
  •  Kekurangan hasil pertanian akibat perubahan dalam iklim dan pergolakan politik yang tidak tertentu hala, terutamanya di negara-negara Timur Tengah dan negara-negara pengeluar minyak,
  • Stabiliti politik yang tidak stabil di negara-negara yang mengeluar   komodoti utama yang menjasi bahan asas  untuk barangan keperluan asas harian,
  • Kekurangan komodoti utama dalam pasaran menyebabkan peningkatan permintaan. Apabila permintaan meningkat terhadap komoditi tertentu, maka peningkatan harga barangan keperluan asas yang menggunakan komoditi tersebut itu  tidak dapat dielakkan.
Jadi, peningkatan permintaan dan kekurangan bekalan yang setimpal malah sikap peniga yang tamak menggait keuntungan berlebihan merupakan faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kenaikan harga barangan.

6. BAGAIMANA KERAJAAN MENGATASI KENAIKAN HARGA BARANG-BARANG  KEPERLUAN ASAS DIMALAYSIA?

Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada impot barang-barang makanan, seperti gula, tepung gandum, beras, minyak masak dan lain-lain, tidak  berdiam diri malah mencari ikthiar untuk elakkan kenaikan mendadak harga barangan keperluan harian.

Kerajaan Malaysia prihatin terhadap kebajikan rakyat, terutamanya golongan pendapatan rendah. Kerajaan Malaysia menyediakan bantuan subsidi untuk menetapkan harga barangan keperluan asas agar rakyat mampu beli.

Kerajaan mengambil daya usaha untuk mempastikan rakyat mendapat bekalan barang-barang keperluan asas seperti berikut dengan harga yang berpatutan atau mampu beli dengan pembiayaan subsidi. Kerajaan sediakan peruntukan sebagai subsidi untuk pelbagai barang-barang keperluan rakyat terutamanya barang-barang keperluan asas seperti berikut: Gula, Tepung gandum, Minyak masak, Gas, Petrol, Diesel, dan Beras.     

  7. APAKAH BENAR KERAJAAN MENARIK BALIK PERUNTUKAN SUBSIDI UNTUK BARANG KEPERLUAN ASAS SELEPAS PRU13?

tidak. Kerajaan telah membelanjakan  RM 24.9  bilion sebagai subsidi untuk barangan keperluan asas bagi tahun 2010.  Jumlah ini meningkat kepada RM 46.7 bilion pada tahun 2013 . Manakala kerajaan telah memperuntukkan dalam bajet 2014 sejumlah RM 42 bilion sebagai bantuan subsidi untuk meringankan  beban rakyat membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

·         Subsidi RM 789 juta  untuk gula,
·         Subsidi RM 89 juta untuk tepung gandum,
·         Subsidi RM 813 juta untuk minyak masak,
·         Subsidi RM  486 juta untuk beras,
·         Subsidi RM 3.13 bilion untuk petrol (RON  95),
·         Subsidi RM 3.5 bilion untuk diesel,
·         Subsidi RM 1.43 bilion untuk LPG gas.
 


BARANG KEPERLUAN ASAS
HARGA DALAM PASARAN  SEBELUM SUBSIDI)
 
HARGA  SEBENAR
 
SUBSIDI
KERAJAAN
  RM

SUBSIDI KERAJAAN

GULA

 2.84   se kilo

3.18  sekilo
Subsidi-34 sen

278 juta

34 sen
TEPUNG GANDUM

1.35 sekilo

1.80 sekilo
Subsidi -0.45 sen 

89   juta

0.45 sen

MINYAK MASAK

RM 3.30 sekilo

5.40 sekilo
Subsidi -RM2.10 SEN 

RM 1.5 bilion

RM 2.10

BERAS ST15

18.00  (bag)

RM 22.00
Subsidi-RM 4.00
 

486 juta

RM 4.00

PETROL
RON 95

2.10  se liter

2.73 seliter
Subsidi-0.63 sen

3.13 bilion

O.63 SEN

DISEL


RM2.00  

RM 2.80
Subsidi-0.80 sen

3.5 bilion

0.80  SEN

LPG

RM 19.000

RM 38.30
Subsidi RM19.30 SEN

1.43 bilion

RM 19.30


Melalui pendekatan subsidi, kerajaan menanggung  sebahagian kos  harga barangan keperluan asas supaya harga barangan tersebut dalam pasaran tempatan dikurangkan agar golongan pendapatan rendah mampu beli:
·         Kerajaan belanja  34 sen bagi setiap kilo gula,
·         Kerajaan belanja  45 sen setiap kilo tepung gandum,
·         Kerajaan belanja RM 1.00 bagi setiap kilo minyak masak,
·         Kerajaan belanja RM 4.00 setiap bag beras berat 6 kilo,
·         Kerajaan belanja 63 sen setiap liter petrol RON 95,
·         Kerajaan belanja RM 19.30 sen bagi setong LPG gas.
·         Kerajaan belanja RM 0.80 sen bagi seliter diesel.

7.    APAKAH IMPAK PENDEKATAN SUBSIDI KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA?

·   Kerajaan menggunakan pendekatan subsidi dengan hemah untuk membantu rakyat mampu beli barangan keperluan asas dalam usaha menjamin kesejahteraan rakyat.  Tetapi, kerajaan juga sedar bahawa penyediaan berbilion-bilion ringgit sebagai subsidi untuk satu waktu jangka waktu panjang akan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara dengan bebas dan segar malah menjejaskan pembangunan projek-projek sosial -ekonomi  negara yang dirancang untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat ke tahap yang lebih tinggi.

·   Amalan  pendekatan membelanjakan peruntukan berbilion-bilion untuk  subsidi semata-mata untuk mengurangkan harga barang-barang adalah pendekatan kurang bijak dalam satu sistem ekonomi yang baik dan diamik.

·        Pendekatan subsidi dijangka akan menghalang kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembangunan bidang-bidang ekonomi dan sosial.

· Malaysia yang bercita-cita untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi perlu menggalakan tumbuhan sistem ekonomi yang bebas, bernas dan dinamik.

·   Pemberian subsidi yang berlebih-lebihan semata-mata untuk menjadi kerajaan popular akan mendatangkan kemudaratan kepada negara dan rakyat pada waktu jangka panjang.

·   Menyedari hakikat ini, Najib Tun Razak telah umum dan mengariskan beberapa langkah untuk menstruktur semula pendekatan subsidi pada masa akan datang.

·       Menstruktur semula pendekatan subsidi sudah pasti akan memberi impak kepada harga barang-barang keperluan asas dalam pasaran tempatan.

·  Penstrukturan semula subsidi untuk gula harus disokong oleh rakyat kerana pengunaaan gula dikalangan rakyat Malaysia kini kian meningkat  dan bilangan penyakit yang berkaitan dengan kelebihan penggunaan gula dalam makanan juga didapati semakin meningkat.

·   Rakyat didorong menggurangkan penggunaan gula dan kerajaan pula dapat menjimatkan RM  1.1 bilion (2013) dan dijangka jimat RM 3.3 bilion (2014) dengan pendekatan penstrukutaran subsidi bagi gula. Penjimatan ini dapat digunakan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan malah menjayakan projek-projek NKRA yang mendatangkan faedah kepada semua golongan masyarakat.

·  Pakar-pakar ekonomi yang tersohor berpendapat pendekatan subsidi akan melemahkan dorongan untuk meningkatkan pengeluaran malah inovasi dalam kaedah pengeluaran dalam negeri.

·   Peningkatan pengeluaran pula dijangka akan mengurangkan harga barangan secara tersendiri kerana kelebihan barang-barang keperluan dalam pasaran.


8.    APAKAH IMPAK PENINGKATAN JUMLAH SUBSIDI DAN PEMBERIAN SECARA BERTERUSAN SUBSIDI KEPADA EKONOMI SESEBUAH NEGARA?
  • Subsidi akan melambatkan pembangunan ekonomi negara malah pendapat rakyat ( No economic  growth)
  • Tidak akan wujud peluang pekerjaan baru untuk anak-anak muda yang layak berkerja (No  new employment opportunities)
  • Pendapatan Negara akan berkurangan dan projek-projel social-ekonomi serta kesejahteraan rakyat tidak dapat dilaksanakan (less revenue)
  • Timbul masalah kekurangan  sumber kewangan untuk terus membayar subsidi dan keadaan ini akan menimbulkan keresahan dikalangan rakyat khususnya dikalangan rakyat berpendapatan rendah.
9.    APAKAH KESAN NEGATIF PENERUSAN SUBSIDI KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA?
  • Hutang negara akan meningkat.
  • Kerajaan tidak dapat sediakan perkhidmatan dengan sempurna dan berkesan.
  • Huruhara dalam negara kerana timbul masalah sosial.
  • Akhirnya timbullah masalah Kehilangan Kesejahteraan Rakyat  (Happiness). Contoh :  France, Greece, Portugal, Ireland.
10. APAKAH BUDAYA DAN SIKAP RAKYAT MALAYSIA DALAM MENGHADAPI KOS SARA HIDUP MENJELANG MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU ?
 Warga negara maju  didapati sanggup dan berupaya   bayar untuk barangan dan perkhidmatan yang dibeli dan diperolehi untuk sara hidup mereka.
 Seorang pakar Ekonomi  daripada Universiti Harvard mengutarakan  definisi indeks pembangunan dan kemajuan sesebuah negara : Menurut beliau, indeks per kapita tidak akan menunjukkan rakyat puas hati dan seronok tetapi penyediaan barangan yang mencukupi dan mampu beli sesuatu barang keperluan asas akan membantu rakyat  rasa puas hati.  

   Adalah jelas bahawa pendapatan rakyat Malaysia pada  ketika ini                             membolehkan rakyat mampu beli barangan keperluan asas untuk menyara hidup dengan selesa. Tidak dapat dinafikan malah tidak keterlaluan sekiranya menyimpulkan bahawa ‘kuasa mampu beli barang keperluan asas oleh rakyat Malaysia’ adalah hasil perancangan dan pelaksanaan dasar dan program ekonomi yang cekap  oleh pentadbiran Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

          "Belanja dengan Berhemah Dalam Menghadapi Masalah  Kenaikan Harga Barang"
·         



Sunday, January 19, 2014

KEBEBASAN AGAMA TERJAMIN DIMALAYSIA



Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan, agama kebudayaan dan bahasa, malah pelbagai pemikiran politik terkenal sebagai satu kumpulan masyarakat yang amat toleran sejak merdeka. Malah diasuh menghormati adat resam, agama, kebudayaan dan pendirian politik antara mereka dalam institusi keluarga dan masyarakat masing-masing. Namun, kini, saban hari mereka disajikan dengan pelbagai  posting dalam media sosial yang meniupkan semangat benci pemimpin politik dan agama  lain . Trend ini kini sudah sampai ke satu tahap yang boleh menimbulkan impak yang amat bahaya kepada keharmoniaan dan perpaduan rakyat Malaysia. Dalam usaha mempertahankan perpaduan rakyat, kumpulan yang menyebar semangat kebencian tanpa menyedari asal usul pembentukan Perlembagaan Persekutuan , perlu didedahkan dengan semangat dan matlamat  Perkara 3 (1), Perkara 11(1) dan Perkara 11(4) yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutua atau Malaysia. Ketiga-tiga Perkara ini hendaklah dibaca dan terjemah secara bersekali dalam pelaksanaannya. Perkara 3(1) Islam sebagai agama Persekutuan sambil agama-agama lain boleh di amalkan dengan bebas dan aman. Perkara 11( 1)-setiap orang berhak menganut dan mengamal agamanya dengan bebas.Perkara 11(4) Hak untuk mengembangkan agama,selain Islam, adalah tertakluk kepada undang-undang negeri dan Persekutuan boleh digubal bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dikalangan umat Islam. Rakyat perlu sedar bahawa masing-masing negeri di Malaysia ada gubal undang-undang negeri berhubung dengan agama terutamanya mengenai pengembangan ugama dikalangan umat Islam. Sebagai contoh, Negeri Selangor telah gubal undang-undang negeri seperti : Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan bukan Islam)  Selangor 1988,  yang melarang  penggunaan 26 perkara dikalangan warga bukan Islam. 

Thursday, January 2, 2014

EKONOMI MALAYSIA KUKUH


Hutang negara juga dalam keadaan terkawal. Pada umumnya hutang negara dibahagikan kepada 2 kategori iaitu hutang luar negara dan hutang dalam negara. Pada umumnya, hutang luar negara yang  luar kawalan dikatakan boleh menyebabkan negara muflis. Hutang dalam negara adalah jumlah hutang yang disumbangkan  oleh hutang 3 sektor iaitu i. Kerajaan Persekutuan, ii. Hutang Sektor Awam dan iii. Hutang Berbankan dan Bukan Berbankan . Dalam konteks ini, hutang luar negara Malaysia adalah hanya 5 % daripada keseluruhan hutang negara . Manakala hutang dalam negara bagi  Kerajaan Persekutuan adalah hanya  2.2 % dan hutang dalam negara adalah 97.8 %. Hutang pembelian rumah, hutang peribadi, hutang beli kereta dan pelbagai hutang rakyat diperhitungkan sebagai hutang dalam negara.

Namun, hutang negara adalah hanya 53.76 % daripada jumlah pendapatan negara. Peratusan hutang negara Malaysia adalah dalam lingkungan kawalan dan kemampuan kerajaan Persekutuan.

 Dakwaan Pakatan Pembangkang kononya negara menghadapi masalah kewangan malah kearah muflis adalah tidak benar sama sekali malah dilihat sebagai satu dakyah untuk mengelirukan rakyat bagi mengurangkan sokongan rakyat kepada kerajaan kepimpinan Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak yang  kini semakin meningkat.