1.ADAKAH BENAR
DAKWAAN BAHAWA KERAJAAN BN MENAIKKAN
HARGA BARANG SELEPAS PRU13?
Kenaikan harga barang dalam sesebuah negara adalah satu
masalah yang berkaitan dengan harga pasaran
sesuatu komoditi dalam pasaran dunia
serta sistem ekonomi yang diamalkan
dalam sesebuah negara.
Malaysia mengamal sistem ekonomi terbuka dan bebas sejak
merdeka. Ini bermakna, Malaysia akan
merasai kesan naik turun harga barangan
dalam pasaran dunia. Namun, kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah untuk
mempastikan kos sara hidup dalam paras kemampuan rakyat berpendapatan rendah. Kos
sara hidup di Malaysia adalah dilaporkan berada pada kadar yang paling
rendah berbanding dengan beberapa negara lain di dunia.
Kerajaan Malaysia dilihat amat prihatin terhadap
kebajikan rakyat. Malah cekap mengurus ekonomi negara untuk menjamin ekonomi
negara kukuh dan berkembang secara berterusan.
Dalam usaha menjamin ekonomi negara terus, kukuh,
perkembang dan mantap maka kerajaan terpaksa melaksanakan pelnagai ’perubahan’
dalam pengurusan ekonomi dari masa ke semasa tanpa menjejaskan kebajikan
rakyat.
Jadi, kerajaan BN bukan menaikkan harga barang seperti didakwa oleh setengah-tengah pihak
yang tidak bertanggungjawab. Di sebaliknya,
masalah kenaikan harga barang di Malaysia adalah kesan perubahan yang
berlaku dalam harga barang dalam pasaran dunia yang disertai oleh impak peningkatan kos pengeluaran dalam
negara.
2. ADAKAH BENAR KUASA
BELI RAKYAT SEMAKIN BERKURANGAN KERANA DATO
SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK TIDAK CEKAP MENGURUS KEWANGAN DAN EKONOMI NEGARA?
Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 7.2 % bagi tahun 2010 dan pencapaian
ini adalah mencecah sasaran yang ditetapkan. Pelaburan Asing Dalam Negeri (FDI
) juga telah meningkat beberapa kali ganda iaitu RM 4.2 bilion kepada RM 27
bilion pada tahun 2010 dan RM 165 bilion
pada tahun 2013 dan dijangka meningkat kepada 189 bilion pada tahun 2014.
Pendapatan Per Kapita juga didapati meningkat 48% iaitu daripada US$ 6,700 (2009) kepada US$ 9,970 (2013). Kuasa beli rakyat
Malaysia atau Purchasing Power Parity
Index Malaysia (PPP) juga meningkat
dari RM 456.5 bilion (2010) kepada 479.7
bilion (2011) dan kepada 506.7 bilion pada tahun 2012. Kejayaan ini jelas menunjukkan
Pelan Transformasi Ekonomi (ETP)
yang dilaksanakan oleh PM Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2010 berjaya meningkatkan tahap
ekonomi negara. Malah kejayaan ini jelas membuktikan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun
Razak , selaku perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia, bijaksana dan
cekap mengurus ekonomi negara.
Masalah pengangguran
dapat diatasi . Kadar pengannguran Malaysia ketika ini adalah 3.0 % (2013) .
Jumlah guna tenaga pada tahun 2013
adalah 12.4 juta berbanding 11.4 juta pada tahun 2010. Jumlah
tenaga berkerja pada tahun 2000 adalah 8.1
juta. Ini jelas menunjukkan ekonomi berkembang maju, membuka dan memperluaskan
peluang pekerjaan yang menghasilkan peningkatan pendapatan rakyat.
Kerajaan kepimpinan Najib menggunkan pendekatan pemberian
subsidi untuk membantu meringkankan
beban rakyat berpendapatan rendah membeli barang keperluan asas seperti beras,
minyak masak, tepung gandum, gas LPG, gula dan sebagainya. Namun, kerajaan
terpaksa melaksanakan penstrukturan semula pemberian subsidi untuk menjamin dan
mempasti ekonomi negara terus
berkembang agar matalamat negara
mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
3. APAKAH KERAJAAN TARIK
BALIK SUBSIDI UNTUK GULA,PETROL DAN
DIESEL MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BARANG?
Kerajaan tidak tarik balik
subsidi secara total kepada barang-barang keperlauan asas termasuk
petrol,diesel, gula seperti didakwa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Malah peruntukan subsidi untuk beberapa barang keperulan asas ditambah
untuk menstabilkan harga malah meringankan beban rakyat berpendapatan rendah
membeli barang-barang keperluan asas harian .
Kerajaan terpaksa menstruktur semula subsidi petrol RON
95 dan diesel untuk menjamin keadilan
kepada golongan berpendapatan rendah turut dapat manfaat secara langsung. Pada masa ini
kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83
sen seliter bagi RON95 dan RM1
seliter bagi diesel yang melibatkan jumlah subsidi bahan api sejumlah RM24.8 bilion.
Dalam usaha rasionalisasi subsidi, kerajaan buat keputusan untuk mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter untuk Petrol dan diesel. Ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel. .
Walaupun kerajaan kurangkan subsidi 20 sen seliter untuk petrol dan diesel, harga bahan api ini diMalaysia didapati terrendah sekali berbanding dengan beberapa negara jiran Malaysia.Harga diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74; Diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93).
Dalam usaha rasionalisasi subsidi, kerajaan buat keputusan untuk mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter untuk Petrol dan diesel. Ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel. .
Walaupun kerajaan kurangkan subsidi 20 sen seliter untuk petrol dan diesel, harga bahan api ini diMalaysia didapati terrendah sekali berbanding dengan beberapa negara jiran Malaysia.Harga diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74; Diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93).
Kajian –kajian yang dijalankan mengenai harga bahan api di dunia pada tahun
2013 didapati Malaysia menarwarkan harga terrendah di Asean malah lebih rendah
daripada beberapa negara maju didunia.
Sebagai contoh: Kajian yang
dijalankan oleh Bloomberg bertajuk “Harga Bahan Api Tertinggi dan Terendah
Mengikut Negara” (Highest and Cheapest
Gas Prices by Countries') melaporkan bahawa
Malaysia berada pada kedudukan kelapan
selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu, Iran dan
Nigeria, dalam menawarkan harga terendah. Malaysia berada di hadapan berbanding
Mexico, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia, Pakistan dan Thailand.
Kerajaan belanja sejumlah RM 24.8 bilion untuk subsidi petrol pada tahun 2013. Dengan langkah penstrukturan subsidi, kerajaan dapat jimat 1.1 bilion pada tahun 2013 dan dijangka akan menjimat sejumlah RM 3.3 bilion pada tahun 2014.
Selain itu, kerajaan juga membuat pelarasan untuk
pemberian subsidi bagi komoditi gula atas prihatinan kerajaan terhadap
kesihatan rakyat Malaysia. Langkah pelarasan subsidi untuk gula dilaporakan telah
mendorong harga gula naik 34 sen sekilo.
Namun, pengurangan subsidi untuk komoditi gula telah menjimatkan perbelanjaan
kerajaan sejumlah RM 64.02 juta pada tahun 2013 dan dijangka akan jimat perbelanjaan kerajaan sejumlah RM 551.25 juta
pada tahun 2014.
Dengan penjimatan tersebut, kerajaan dapat melaksanakan
lebih banyak projek dan program kesejahteraan rakyat seperti membina hospital, klinik 1Malaysia,
jalan raya diluar bandar, menambahkan dan memperluaskan kemudahan jalur lebar kelajuan tinggi untuk
kegunaan internet, menyediakan kemudahan dan dan fasiliti kesihatan dan perubatan.
Kerajaan belanja subsidi RM 9.9 bilion untuk penjagaan kesihatan di semua
klinik ,hospital. Hampir 98% kos
perkhidmatan kesihatan dan perubatan disediakan oleh kerajaan. Dengan
penyediaan subsidi, kerajaan dapat menanggung kos mengurus 485 pusat dialisis
oleh kerajaan dan NGO dengan 5,255 mesin dialisis yang memberi rawatan dan
perkhidmatan kepada hampir 17,477 pesakit buah pinggang pada tahun 2013.
Selain itu, pelarasan subsidi juga disalurkan kepada
golongan pendapatan rendah melalui skim BRIM. Sejumlah 7.9 juta rakyat menikmati faedah BRIM
(pendapatan kurang daripada RM 4,000.00). Bantuan BRIM dinaikkan dari RM 500
(2013) kepada RM 650 (2014) untuk seisi keluarga dan daripada RM 250 kepada RM 300 untuk warga bujang
(2014).
4. APAKAH PENGURANGAN
SUBSIDI MENYEBABKAN PEKILANG, PENYEDIA PERKHIDMATAN ,PEKEDAI, PENGEDAR
MENAIKKAN HARGA BARANG?
Pengurangan subsidi tidak seharusnya mendorong
peningkatan harga barang di Malaysia. Tetapi , Malaysia selaku sebuah negara
yang banyak bergantung kepada barang keimpotan, terdedah dengan fenomena
kenaikan harga barang. Harga pasaran sesuatu komoditi dalam pasaran dunia, kenaikan kos pengeluaran
kerana kenaikan gaji, peningkatan perimntaan untuk sesuatu komoditi, kekurangan
sesuatu komoditi yang setimbal dengan permintaan dan sikap tamak pedagang dan
peniaga untuk meraih keuntungan besar dijangka akan menimbulkan masalah kenaikan
haraga barang di Malaysia.
Disebaliknya, penstrukturan semula, pelarasan dan
pengurangan subsidi dijangka akan memberi impak
positif kepada pembangunan dan perkembangan (growth) ekonomi negara. Pengurangan subsidi pula dapat membantu
kerajaan jimat perbelanjaan.Penjimatan pula membantu kerajaan mengurangkan
hutang negara, kurangkan defisit dan
mengawal inflasi. Kedudukan ekonomi yang kukuh dijangka akan meyakinkan pelabur asing melabur dalam negara
agar KDNK dapat dipertingkatkan malah membuka peluang pekerjaan untuk rakyat
Malaysia. Pembangunan ekonomi yang berterusan dan menyeluruh dijangkan akan menjamin rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang berterusan.
5. ADAKAH BENAR DAKWAAN
HARGA BARANG KIAN NAIK KERANA KERAJAAN TIDAK CEKAP KAWAL KENAIKAN HARGA?
Dakwaan setengah-tengah pihak bahawa kerajaan kepimpinan
Najib Tun Razak kurang mengambil langkah-langkah untuk mengawal
kenaikan harga barangan keperluan rakyat adalah tidak benar malah satu pembohongan besar untuk mengelirukan rakyat.
Rakyat perlu menyedari bahawa
kenaikan harga barangan ketika ini adalah satu fenomena global.
- Secara umumnya, harga barangan adalah ditentukan oleh faktor permintaan (demand) dan penawaran(supply).
- Sekiranya permintaan terhadap sesuatu barangan meningkat ,maka harga barangan tertentu itu akan turut meningkat.
- Apabila penawaran (supply) barangan tertentu berkurangan dalam pasaran, maka harga barangan itu juga turut naik dalam pasaran.
- Adakalanya, faktor bukan ekonomi seperti pemborong dan peniaga runcit menaikkan harga barang untuk menggait keuntungan besar.
- Sekiranya kos pengeluaran meningkat akibat peningkatan dalam kos faktor-faktor pengeluaran, seperti sumber manusia atau jumlah pekerja, gaji, kos barangan asas,pengangkutan dan sebagainya, maka kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan dalam pasaran bebas.
- Peningatan jumlah penduduk di dunia,
- Kemampuan kuasa membeli oleh bilangan besar penduduk (India dan Cina) di dunia
- Kejatuhan regim komunis di beberapa negara telah menyebabkan negara-negara tersebut mula amalkan sistem ekonomi kapitalis (free market).
- Kekurangan bekalan komoditi pertanian akibat cuaca buruk dan bencana alam.
- Bencana alam yang melanda dunia hari ini seperti cuaca buruk di Eropah, banjir di Cina dan Asia,
- Kekurangan hasil pertanian akibat perubahan dalam iklim dan pergolakan politik yang tidak tertentu hala, terutamanya di negara-negara Timur Tengah dan negara-negara pengeluar minyak,
- Stabiliti politik yang tidak stabil di negara-negara yang mengeluar komodoti utama yang menjasi bahan asas untuk barangan keperluan asas harian,
- Kekurangan komodoti utama dalam pasaran menyebabkan peningkatan permintaan. Apabila permintaan meningkat terhadap komoditi tertentu, maka peningkatan harga barangan keperluan asas yang menggunakan komoditi tersebut itu tidak dapat dielakkan.
6. BAGAIMANA KERAJAAN
MENGATASI KENAIKAN HARGA BARANG-BARANG KEPERLUAN ASAS DIMALAYSIA?
Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak bergantung
kepada impot barang-barang makanan, seperti gula, tepung gandum, beras, minyak
masak dan lain-lain, tidak berdiam diri
malah mencari ikthiar untuk elakkan kenaikan mendadak harga barangan keperluan
harian.
Kerajaan Malaysia prihatin terhadap kebajikan rakyat,
terutamanya golongan pendapatan rendah. Kerajaan Malaysia menyediakan
bantuan subsidi untuk menetapkan
harga barangan keperluan asas agar rakyat mampu beli.
Kerajaan mengambil daya usaha untuk mempastikan rakyat
mendapat bekalan barang-barang keperluan asas seperti berikut dengan harga yang
berpatutan atau mampu beli dengan pembiayaan subsidi. Kerajaan sediakan peruntukan sebagai subsidi untuk
pelbagai barang-barang keperluan rakyat terutamanya barang-barang keperluan
asas seperti berikut: Gula, Tepung gandum, Minyak masak, Gas, Petrol, Diesel, dan
Beras.
7. APAKAH BENAR
KERAJAAN MENARIK BALIK PERUNTUKAN SUBSIDI UNTUK BARANG KEPERLUAN ASAS SELEPAS
PRU13?
tidak. Kerajaan telah membelanjakan RM 24.9
bilion sebagai subsidi untuk barangan keperluan asas bagi tahun
2010. Jumlah ini meningkat kepada RM
46.7 bilion pada tahun 2013 . Manakala kerajaan telah memperuntukkan dalam
bajet 2014 sejumlah RM 42 bilion
sebagai bantuan subsidi untuk meringankan beban rakyat membeli barangan keperluan asas
seperti berikut:
·
Subsidi RM 789 juta untuk gula,
·
Subsidi RM 89 juta untuk
tepung gandum,
·
Subsidi RM 813 juta untuk
minyak masak,
·
Subsidi RM 486 juta untuk beras,
·
Subsidi RM 3.13 bilion untuk
petrol (RON 95),
·
Subsidi RM 3.5 bilion untuk
diesel,
·
Subsidi RM 1.43 bilion untuk
LPG gas.
BARANG
KEPERLUAN ASAS
|
HARGA DALAM PASARAN SEBELUM SUBSIDI)
|
HARGA SEBENAR
|
SUBSIDI
KERAJAAN
RM
|
SUBSIDI KERAJAAN
|
GULA
|
2.84 se kilo
|
3.18 sekilo
Subsidi-34 sen
|
278 juta
|
34 sen
|
TEPUNG GANDUM
|
1.35
sekilo
|
1.80 sekilo
Subsidi -0.45 sen
|
89 juta
|
0.45 sen
|
MINYAK MASAK
|
RM
3.30 sekilo
|
5.40 sekilo
Subsidi -RM2.10 SEN
|
RM
1.5 bilion
|
RM 2.10
|
BERAS ST15
|
18.00 (bag)
|
RM 22.00
Subsidi-RM 4.00
|
486
juta
|
RM 4.00
|
PETROL
RON 95
|
2.10
se liter
|
2.73 seliter
Subsidi-0.63 sen
|
3.13
bilion
|
O.63 SEN
|
DISEL
|
RM2.00
|
RM 2.80
Subsidi-0.80 sen
|
3.5
bilion
|
0.80 SEN
|
LPG
|
RM
19.000
|
RM 38.30
Subsidi RM19.30 SEN
|
1.43
bilion
|
RM 19.30
|
Melalui pendekatan subsidi, kerajaan menanggung sebahagian kos harga barangan keperluan asas supaya harga
barangan tersebut dalam pasaran tempatan dikurangkan agar golongan pendapatan
rendah mampu beli:
·
Kerajaan belanja 34 sen bagi setiap kilo gula,
·
Kerajaan belanja 45 sen setiap kilo tepung gandum,
·
Kerajaan belanja RM 1.00 bagi
setiap kilo minyak masak,
·
Kerajaan belanja RM 4.00
setiap bag beras berat 6 kilo,
·
Kerajaan belanja 63 sen setiap
liter petrol RON 95,
·
Kerajaan belanja RM 19.30 sen
bagi setong LPG gas.
·
Kerajaan belanja RM 0.80 sen
bagi seliter diesel.
7. APAKAH IMPAK
PENDEKATAN SUBSIDI KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA?
· Kerajaan menggunakan
pendekatan subsidi dengan hemah untuk membantu rakyat mampu beli barangan
keperluan asas dalam usaha menjamin kesejahteraan rakyat. Tetapi, kerajaan juga sedar bahawa penyediaan
berbilion-bilion ringgit sebagai subsidi untuk satu waktu jangka waktu panjang
akan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara dengan bebas dan segar malah
menjejaskan pembangunan projek-projek sosial -ekonomi negara yang dirancang untuk meningkatkan
kesejahteraan rakyat ke tahap yang lebih tinggi.
· Amalan pendekatan membelanjakan peruntukan
berbilion-bilion untuk subsidi
semata-mata untuk mengurangkan harga barang-barang adalah pendekatan kurang
bijak dalam satu sistem ekonomi yang baik dan diamik.
· Pendekatan subsidi dijangka akan
menghalang kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembangunan bidang-bidang
ekonomi dan sosial.
· Malaysia yang bercita-cita
untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi perlu menggalakan
tumbuhan sistem ekonomi yang bebas, bernas dan dinamik.
· Pemberian subsidi yang
berlebih-lebihan semata-mata untuk menjadi kerajaan popular akan mendatangkan kemudaratan
kepada negara dan rakyat pada waktu jangka panjang.
· Menyedari hakikat ini, Najib
Tun Razak telah umum dan mengariskan beberapa langkah untuk menstruktur semula pendekatan
subsidi pada masa akan datang.
· Menstruktur semula pendekatan subsidi
sudah pasti akan memberi impak kepada harga barang-barang keperluan asas dalam
pasaran tempatan.
· Penstrukturan semula subsidi
untuk gula harus disokong oleh rakyat kerana pengunaaan gula dikalangan rakyat
Malaysia kini kian meningkat dan
bilangan penyakit yang berkaitan dengan kelebihan penggunaan gula dalam makanan
juga didapati semakin meningkat.
· Rakyat didorong menggurangkan
penggunaan gula dan kerajaan pula dapat menjimatkan RM 1.1 bilion (2013) dan
dijangka jimat RM 3.3 bilion (2014) dengan
pendekatan penstrukutaran subsidi bagi gula. Penjimatan ini dapat digunakan
untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan malah menjayakan projek-projek
NKRA yang mendatangkan faedah kepada semua golongan masyarakat.
· Pakar-pakar ekonomi yang
tersohor berpendapat pendekatan subsidi akan melemahkan dorongan untuk
meningkatkan pengeluaran malah inovasi dalam kaedah pengeluaran dalam negeri.
· Peningkatan pengeluaran pula
dijangka akan mengurangkan harga barangan secara tersendiri kerana kelebihan barang-barang
keperluan dalam pasaran.
8. APAKAH IMPAK PENINGKATAN JUMLAH SUBSIDI DAN PEMBERIAN SECARA BERTERUSAN SUBSIDI KEPADA EKONOMI SESEBUAH NEGARA?
- Subsidi akan melambatkan pembangunan ekonomi negara malah pendapat
rakyat ( No economic growth)
- Tidak akan wujud peluang pekerjaan baru untuk anak-anak muda yang
layak berkerja (No new employment opportunities)
- Pendapatan Negara akan berkurangan dan projek-projel social-ekonomi
serta kesejahteraan rakyat tidak dapat dilaksanakan (less revenue)
- Timbul masalah kekurangan sumber kewangan untuk terus membayar
subsidi dan keadaan ini akan menimbulkan keresahan dikalangan rakyat
khususnya dikalangan rakyat berpendapatan rendah.
9. APAKAH KESAN NEGATIF PENERUSAN SUBSIDI
KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA?
- Hutang negara akan meningkat.
- Kerajaan tidak dapat sediakan perkhidmatan dengan sempurna dan
berkesan.
- Huruhara dalam negara kerana timbul masalah sosial.
- Akhirnya timbullah masalah Kehilangan Kesejahteraan Rakyat (Happiness).
Contoh : France, Greece, Portugal,
Ireland.
10. APAKAH BUDAYA DAN SIKAP RAKYAT MALAYSIA DALAM
MENGHADAPI KOS SARA HIDUP MENJELANG MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU ?
Warga negara maju didapati sanggup dan berupaya bayar untuk
barangan dan perkhidmatan yang dibeli dan diperolehi untuk sara hidup mereka.
Seorang pakar Ekonomi daripada Universiti Harvard mengutarakan definisi indeks pembangunan dan kemajuan
sesebuah negara : Menurut beliau, indeks per kapita tidak akan menunjukkan
rakyat puas hati dan seronok tetapi penyediaan barangan yang mencukupi dan
mampu beli sesuatu barang keperluan asas akan membantu rakyat rasa puas hati.
Adalah jelas bahawa pendapatan rakyat Malaysia pada
ketika ini membolehkan rakyat mampu beli
barangan keperluan asas untuk menyara hidup dengan selesa. Tidak dapat
dinafikan malah tidak keterlaluan sekiranya menyimpulkan bahawa ‘kuasa mampu beli barang keperluan asas oleh rakyat Malaysia’ adalah hasil perancangan dan pelaksanaan dasar dan
program ekonomi yang cekap oleh pentadbiran Najib Tun Abdul Razak selaku
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
"Belanja dengan Berhemah Dalam Menghadapi Masalah Kenaikan Harga Barang"
·
No comments:
Post a Comment