Hutang negara juga dalam
keadaan terkawal. Pada umumnya hutang negara dibahagikan kepada 2 kategori
iaitu hutang luar negara dan hutang dalam negara. Pada umumnya, hutang luar
negara yang luar kawalan dikatakan boleh
menyebabkan negara muflis. Hutang dalam negara adalah jumlah hutang yang
disumbangkan oleh hutang 3 sektor iaitu
i. Kerajaan Persekutuan, ii. Hutang Sektor Awam dan iii. Hutang Berbankan dan Bukan
Berbankan . Dalam konteks ini, hutang luar negara Malaysia adalah hanya 5 %
daripada keseluruhan hutang negara . Manakala hutang dalam negara bagi Kerajaan Persekutuan adalah hanya 2.2 % dan hutang dalam negara adalah 97.8 %.
Hutang pembelian rumah, hutang peribadi, hutang beli kereta dan pelbagai hutang
rakyat diperhitungkan sebagai hutang dalam negara.
Namun,
hutang negara adalah hanya 53.76 % daripada jumlah pendapatan negara. Peratusan hutang negara Malaysia
adalah dalam lingkungan kawalan dan kemampuan kerajaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment