Friday, August 29, 2014

MEMPERKASA SEMANGAT CINTA NEGARA


Rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke 57 tahun ini.Menurut Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Me nteri Komunikasi dan Multimedia, sambutan kemerdekaan kali ini adalah sambutan dari 57 ke 57 bertemakan ‘MALAYSIA Di sini Lahirnya Sebuah Cinta’. Tema ini amat sesuai dan relevan bagi tahun ini kerana kebelakangan ini semangat cintakan negara didapati semakin terhakis. Malah  kajian tahap patriotik rakyat Malaysia yang dilakukan diLembah Kelang baru-baru ini menunjukkan tahap patriotisme rakyat semakin berkurangan.   Patriotisme adalah satu sentimen nasional menekan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Seseorang warga negara yang tingginya tahap patriotism dan semangat cinta kepada negara akan sanggup menggadai nyawa diri demi negara . Malah kecintaan kepada negara adalah asas utama untuk memastikan negara terus bebas dan merdeka dari sebarang bentuk penjajahan. Tema tahun ini diharapkan akan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat Malaysia.
Pemimpin-pemimpin terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan didapati  lebih mementingkan perpaduan antara kaum daripada kepentingan kaum yang mereka mewakili. Budaya yang diamalkan oleh pelopor kemerdekaan semakin terhakis dikalangan kaum muda dewasa ini  malah ada pihak yang mengasuh golongan muda menafikan perjuangan dan pengkorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam mencapai kemerdekaan.
Pemimpin dan masyarakat terdahulu rela menepikan kepentingan diri dan kaum masing-masing malah sejarah membuktikan ada sesuatu kaum tertentu  sanggup melepaskan  hak-hak  yang mereka mewarisi turun temurun kerana  lebih mementingkan  semangat   berkongsi dan hidup bersama dengan lain-lain kaum dalam negara yang tercinta ini. Cinta dan setia kepada negara  telah menjadi pertimbangan yang utama dalam mendekati sebarang isu yang dihadapi oleh rakyat.Semangat tolakansur dan kerjasama antara kaum   yang dizahirkan oleh masyarakat dan pelopor kemerdekaan harus dijadikan warisan yang   perlu diasuh dan pelihara oleh setiap warga Malaysia.  
Memandangkan pelopor kemerdekan membentuk negara ini atas premis  semangat kerjasama dan pengorbanan, maka wajarnya generasi muda menyingkap kembali sejarah kemerdekaan negara kita  agar mereka  dapat  memahami semangat kerjasama, pengkorbanan  dan pendekatan sederhanaan  malah pandangan jauh yang dizahirkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menghadapi cabaran dan halangan dalam mencapai kemerdekaan.
Sejarah mengajar kita bahawa negara ini (Tanah Melayu) pada satu ketika pernah ditakluki dan dijajah oleh Portugis, Belanda dan kemudiannya Inggeris. Empayar Inggeris didapati menakluki dan menjajah sebahagian besar negara dalam dunia dengan strategi yang tersendiri dan Tanah Melayu tidak dikecualikan.
Pihak Inggeris menggunakan pelbagai starategi untuk menjajah sesebuah negara. Inggeris mempertopengkan East India Company, sebuah syarikat perdagangan India untuk menakluki benua India. Umumnya , syarikat East India  mohon kebenaran Raja-Raja India untuk membenarkan mereka berdagang diIndia. Sekiranya permohonan mereka tidak dilayan, maka mereka berperang dengan Raja-Raja India. Peperangan Plassey pada tahun 1757 merupakan titik tolak Inggeris berperang dengan Raja-Raja India dan terus menakluki tanah jajahan Raja-Raja India. Inggeris memerintah India sehingga tahun 1947.   Pada asalnya Inggeris masuk India hanya untuk menjalankan perniagaan tetapi pada akhirnya mereka mengalah dan menghalau pemerintah pribumi dan mengambil alih India dan letak India dibawah pentadbiran  jajahan British.
British menggunakan strategi yang sama untuk menakluki  Tanah Melayu. Inggeris masuk Tanah Melayu dengan alasan membantu Raja-Raja Melayu  dalam soal melindungi mereka dan tanah jajahan mereka daripada ancaman luar.  Inggeris memujuk Raja-Raja Melayu untuk menandatangani perjanjian-perjanjian tertentu  dengan Inggeris agar Inggeris dilantik sebagai penasihat Sultan.  Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1824 antara Inggeris dan Raja Melayu yang membuka tirai untuk penjajah Inggeris campur tangan secara terus dalam pentadbiran Tanah Melayu. Akhirnya seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan British dan Tanah Melayu menjadi sebuah negara naungan British.
Penjajahan British diTanah Melayu diganggu apabila tercetusnya Perang Dunia kedua dan kemasukan tentera Jepun.   Jepun membuka mata rakyat Asia bahawa British bukanlah satu kuasa besar yang tidak boleh dikalahkan oleh orang Asia. Namun, kekalahan Jepun dalam Perang Dunia kedua  boleh dikatakan telah mengubah corak pemikiran dan politik Tanah Melayu.
Tamatnya Perang Dunia Kedua, pihak Inggeris kembali ke Tanah Melayu bersama satu sistem pentadbiran baru. Inggeris cuba memperkenalkan satu sistem kerajaan baru yang dikenali sebagai ‘Malayan Union (MU)’. Pihak Inggeris menghantar Sir Harold Mac Michael pada 20.10.1945 untuk mendapat persetujuan daripada Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan MU. Raja-Raja Melayu dilaporkan dipaksa oleh Inggersi untuk menandatangani MU.
MU dikuatkuasakan oleh Inggeri di Tanah Melayu pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor. MU mainkan peranan penting dalam sejarah Tanah Melayu kerana pelaksanaan MU oleh Inggeris  telah membangkitkan orang Melayu bersatu dan  mempertahankan kuasa politik mereka dan Institusi Raja-Raja Melayu di Tanah Melayu.  Kaum Melayu melihat MU sebagai satu usaha Inggeris untuk  menghakis kuasa politik orang Melayu ditanah mereka sendiri. Menurut MU, Raja-Raja Melayu dihendaki serah kuasa  politik mereka kepada British. Negeri-negeri yang tiada Raja Melayu, seperti negeri Melaka, Pulau Pinang digabungkan dengan negeri –negeri Tanah Melayu dan diletakkan dibawah seorang Gabenor British. Raja-Raja Melayu hanya menjadi Raja-Raja ke Hormat dan jaga hal ehwal agama Islam.  Status orang Melayu adalah sama taraf dengan status kaum bukan Melayu atau kaum yang dibawa masuk oleh British ke Tanah Melayu. Kaum Melayu hilang  hak keistimewaan, hak sebagai anak pribumi atau bumiputra yang mereka mewarisi sejak zaman kesultanan Melayu iaitu sebelum zaman penjajahan British. 
Apakah kaum Melayu pada ketika itu berdiam diri melihat status keistimewaan dan hak  kuasa politik mereka hilang begitu sahaja atau kaum Melayu diletak samataraf dengan orang bukan Melayu? Orang Melayu tidak berdiam diri malah bersatu apabila mereka sedar kepentingan dan hak mereka diancam oleh orang luar atau kuasa luar. Orang Melayu yang pecahbelah  dengan pelbagai sentimen kenegerian sabelum itu bersatu apabila melihat realiti didepan mata mereka. Mereka sedar MU merampas kuasa Raja-Raja Melayu dan hak politik orang Melayu.
Dengan itu, pengisytiharaan MU telah membakar semangat nasionalisme dikalangan orang Melayu dan orang Melayu dari Utara ke Selatan Tanah Melayu telah bersatu bangit memprotes pelaksanaan MU. Mereka mendesak Inggeris menarik balik sistem MU dan digantikan dengan satu sistem yang boleh memartabatkan status keistimewaan  dan hak politik orang Melayu sambil menobatkan semula kuasa Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah  di negeri mereka masing-masing.
Melihat bantahan hebat dan sentimen kemarahan yang membakar dikalangan orang Melayu terhadap MU, penjajah British menarik balik MU dan menggantikan MU dengan satu sistem pemerintahan yang dikenali sebagai pentadbiran “Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu” pada 21 Januari 1948. Sistem ini mengembalikan status keistimewaan orang Melayu yang mereka mewarisi sebelum datangnya pihak Inggeris ke Tanah Melayu.  Semangat nasionalisme  dikalangan orang Melayu yang jitu didapati menyatupadukan  kaum Melayu dan gterus memperjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British.
Dalam pada itu, kaum India yang dibawa masuk Ke Tanah Melayu oleh penjajah British dipengaruhi oleh semangat perjuangan kemerdekaan di negara asal mereka. Orang  India di negara asal mereka berjuang untuk kemerdekaan India daripada Empayar Bitish. Kaum Cina di Tanh Melayu  pula lebih berhasrat untuk menetap di Malaya kerana mereka kurang senang dan selesa dengan sistem  politik Komisnis di Tanah besar Cina, negara asal mereka. Faktor orang India terpengaruh dengan perjuangan menentang British di India dan faktor penolakan Cina terhadap sistem kerajaan Kominis di Tanah besar Cina telah mendorong  mereka bersama orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Semangat kemerdekaan yang meniup kencang dikalangan kaum Melayu, Cina dan India pada ketika itu telah mendorong pemimpin-pemimpin kaum Melayu dan bukan Melayu bersepakat merancang strategi untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.
Walaupun pelbagai halangan dan rintangan dihadapi oleh pemimpin-pemimpin kaum dalam menuntut kemerdekaan, termasuk pemberontakan bersenjata oleh parti kominis Malaya, kepimpinan YTM Tunku Abdul Rahman yang mewakili kaum Melayu telah memujuk  Tan Cheng Lock yang mewakili kaum Cina dan V.T.Sambantan yang mewakili kaum India untuk berunding mengenai syarat-syarat kemerdekaan antara mereka dengan stau hati. Mereka bersatupadu  dan mengadakan rundingan demi rundingan dengan pihak Inggeris dan Raja-Raja Melayu untuk menyediakan Perlembagaan Kemerdekaan  sebagai syarat asas mencapai kemerdekaan. 
Perlembagaan kemerdekaan yang disediakan oleh Pesuruhjaya Reid, satu jawatankuasa Khas yang dibentuk oleh British dalam proses memenuhi tuntutan kemerdekaan telah masukkan beberapa perkara penting dalam draf Perlembagaan Kemerdekaan, terutamanya hak keitimewaan orang Melayu/Bumiputra  seperti terdapat dalam Undang-undang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang dikuatkluasakan pada tahun 1948. Kepentingan sah kaum bukan Melayu pada pertama kalinya disertakan dalam satu dokumen resmi kerajaan di Tanah Melayu yang dirujuk sebagai Perlembagaan Kemerdekaan.   Perlembagaan Kemerdekaan yang mendukung hak istimewa kaum Melayu dan kepentingan sah bukan Melayu dibawah ke meja rundingan yang disertai oleh wakil-wakil kaum, Raja-Raja Melayu dan penjajah British. Perlembagaan Kemerdekaan dapat  persetujuan daripada semua pihak terutamanya Raja-Raja Melayu.  
Dengan itu, lahirlah Perlembagaan Kemerdekaan yang dipersetujui oleh orang Melayu,Cina,India, British dan Raja-Raja Melayu. Kaum Melayu rela dan sanggup menerima kaum Cina dan India yang membanjiri Tanah Melayu ketika itu sebagai warga negara Persekutuan Tanah Melayu. Sijil warga negara dikeluarkan kepada  orang India dan Cina dengan mudahnya. Dokumen kerakyaatan  merupakan dokumen yang menobatkan kaum bukan Melayu dengan hak mengundi dalam pilihan raya untuk memilih wakil rakyat dalam membentuk sebuah kerajaan yang demokratik . Perlu diingatkan  bahawa hak mengundi membentuk kerajaan adalah merupakan satu-satunya  hak istimewa yang tidak mudah diperolehi dimana-mana negara dalam dunia dengan begitu mudah. Persetujuan kaum Melayu untuk anugerahkan status kerakyataan dan terusnya hak mengundi untuk bukan Melayu mendapat sanjungan tinggi daripada dunia khususnya pemimpin-pemimpin teragung dari negara India seperti Perdana Menteri pertama India, Jawaharlal Nehru.
Perlembagaan yang dipersetujui oleh pelbagai kaum pada ketika itu telah membebaskan ‘Tanah Melayu’ daripada cengkaman penjajah British pada 31Ogos 1957. Dengan itu, Orang Cina dan India yang menjadi warga negara Persekutuan Tanah Melayu  dirujuk sebagai warga negara Persekutuan Tanah Melayu dan bukan lagi dirujuk sebagai bangsa  asing di Tanah Melayu. Malah , status orang Cina dan India telah berubah daripada ‘bangsa imigiran’ kepada ‘Rakyat Tanah Melayu’. Ini bermakna, kemerdekaan pada tahun 1957 telah bantu mengubah identiti  orang Cina dan India kepada identiti yang lebih  mulia dan  membanggakan.
Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa kemerdekaan sahaja tidak akan menjamin perpaduan dan kejayaan sesebuah negara terutamanya negara yang penduduknya bersifat  majmuk. Petelingahan antara kaum, menyiksa dan membunuh malah menghapus kaum minoriti kerana  berbezaan  agama dan etnik  masih berlaku dibeberapa negara-negara di dunia yang merdeka terutamanya negara-negara yang berbilang etnik dan agama.  Dunia pernah menyaksikan kes genocide atau penghapusan bangsa  di Rwanda,Afrika  dan Bosnia Herzegovina. Kumpulan masyarakat majoriti etnik Hutu (85%) yang tertinggalan dalam bidang ekonomi membunuh lebih setengah juta orang kumpulan masyarakat minoriti etnik Tutsi (15%) yang menguasai ekonomi negara di Rwanda. Di Serbiapula, etnik Serb yang beragama Kristian membunuh  etnik Bosniak Bosnia dan Herzego  yang beragama Islam kerana berbezaan agama. Adalah dilaporkan hampir 200,00 orang Bosnia betragama Islam dibunuh, hampir 50,000 wanita Islam diperkosa dan hampir 2 juta orang Islam diusir dari Serbia oleh etnik majoriti di Serbia antara tahun 1992-1995.   Di Sri Lanka pula masih terdapat konflik antara kaum Majoriti Singalese dan Minoriti Tamil dan dilaporkan hampir setengah juta orang Tamil terkorban dalam perang saudara. Peristiwa pengapusan kaum minoriti oleh kaum majoriti tersebut jelas  membuktikan faktor pencapaian kemerdekaan sahaja tidak akan   menjamin rakyat pelbagai kaum dan agama  hidup barsatu am,an dan damai. Apa yang penting adalah semangat hidup bersama, membantu sesama, menghormati berbezaan antara kaum, mengambil pendekatan sederhana dalam menyelesai sebarang masalah yang timbul dikalangan rakyat  dan menolak sebarang bentuk fanatisme adalah asas perpaduan sesebuah negara.

Sehubungan ini, Malaysia menjadi  negara contoh yang  berjaya   memelihara keharmonian dan perpaduan antara rakyat yang pelbagai kaum dan agama sejak merdeka pada tahun 1957. Walaupun kaum Melayu merupakan kaum paling besar iaitu 66.7% berbanding dengan kaum Cina 24.6% dan kaum India 7.4%,  hubungan harmoni  antara  berbilang kaum masih subur dan perbezaan antara kaum terus menjadi kekuatan kepada Malaysia. Boleh dikatakan kejayaan Malaysia adalah hasil pengurusan perbezaan yang cekap oleh kerajaan  yang memerintah sejak merdeka pada tahun 1957. Kerajaan Malaysia sentiasa mendukung prinsip Kepelbagaian dan kesederhanaan  atau wasatiyah dan lebih mementingkan keadilan sosial. Kepelbagaian  menjadi asas dan teras kekuatan dalam membentuk sebuah negara dan bangsa Malaysia malah warisan yang perlu ditahan oleh generasi paska kemerdekaan.
Perlu ditekan di sini bahawa perpaduan antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia bukanlah  diwujudkan dengan proses asimilasi  seperti terdapat di kebanyakan negara-negara lain  tetapi melalui proses integrasi. Dalam konsep integrasi nasional, tidak timbul masalah mana-mana  kaum atau etnik gugur atau meninggalkan identiti  mereka dalam membentuk bangsa Malaysia.
Sehubungan ini, Malaysia membenarkan rakyat kebebasan mengamalkan agama masing-masing kaum seperti tercatit  dalam Perlembagaan, menawarkan peluang kepada rakyat memiliki kekayaan tanpa batas, membuka peluang kepada warga bukan Melayu mempelajari Bahasa ibunda masing-masing dengan bantuan kerajaan, bebas mengamalkan budaya masing-masing. Hidup bersatupadu, bersatu menghadapi sebarang ancaman dari luar,, menolak sebarang bentuk keganasan, perkauman  dan fanatisme, mementingkan konsep hidup bersama atau coexist   adalah  merupakan warisan rakyat Malaysia .
Malaysia adalah bumi yang tercinta kita mewarisi. Disinilah pelbagai kaum,pelbagai agama, pelbagai budaya dapat hidup aman dan damai .  Malaysia merupakan tanah tumpah darah kita dan ini lah tanah yang kita harus menabur bakti. Inilah negeri ibupertiwi kita. 

Oleh itu,  tanpa mengira perbezaan kaum, agama, budaya dan ideologi politik, marilah kita bersatu  mempertahankan  warisan kita agar  bukan sahaja kita dapat hidup aman, damai ,sejahtera  malah dapat menjamin masa depan yang sejahtera dan cemerlang  bagi generasi akan datang. Malaysia disinilah lahirnya sebuah Cinta. Marilah kita mengkibarkan  jalur gemilang dalam menzahirkan  rasa cinta dan patriotik kita kepada negara yang diwariskan oleh pelopor-pelopor kemerdekan. 

Wednesday, August 27, 2014

NUSANTARA YOUTHS WERE URGED TO BUILD BRIDGES AMONG THE PEOPLE.

Minister of Communication and Multimedia of Malaysia, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, urge the participants of the Nusantara Leadership Camp in Hotel Shangrila  Putra Jaya to enhance their capabilities to command the digital facilities invented by the West. He went further and ask the youth participants from Malaysia, Brunei, Thailand and Indonesia to develop a  networking among themselves. He also gave some cardinal points to the youth who aspire to become leaders  of tomorrow.   To become a leader in a digital world,  one must develop the following skills: 1. Build communication 2.Convey information and 3. Shape perception. Leaders must have the skill, the  interest and the commitment to built bridges among the  various communities in their  country  regardless of colour ,creed and language. 

Tuesday, August 26, 2014

CURFEW DI PERAIRAN PANTAI TIMUR SABAH BERJAYA MENAWAN PENCEROBOHAN BERSENJATA

Perdana Menteri Malaysia pada 7 Mac 2013 telah melancar ‘Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)’  yang  meliputi  1,400 km dalam usaha menjamin keselamatan maritime di Pantai  Timur Sabah. Kawasan ESSCOM  meliputi  10 Daerah, 12 kawasan Parlimen , 30 Dewan Undangan Negeri dan 480,050 pengundi dan 1,661,106 orang penduduk yang terdiri daripada  pelbagai kaum dan etnik. Kawasan ini juga menjadi tempat mencari pendapatan bagi 16,323 orang nelayan.

Seterusnya, pada 25 Mac 2013, Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) di lancar untuk memudahkan pasukan keselamatan memberi tumpuan  dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di kawasan Timur Sabah. Dalam  menjayakan usaha –usaha kerajaan mengatasi  ancaman keselamatan dalam kawasan ESSCOM,  perintah berkurung diisytiharkan untuk memudahkan pasukan keselamatan melaksanakan tindakan penguatkuasaan dengan lebih berkesan di kawasan Esscom. Perintah berkurung dikuatkuasakan daripada jam 06:00 petang hingga jam 06:00 pagi di perairan timur sabah.

Ada pihak yang menyoal terhadap kewajaran perintah berkurung dikuatkuasakan di Sabah. Adapula pihak yang mendakwa perintah berkurung menyusahkan orang ramai malah tidak dapat menghalang penyeludupan barang-barang haram?

Orang ramai perlu sedar bahawa tujuan perintah berkurung dikuatkuasakan bukanlah semata-mata untuk menawan malasah penyeludupan. Tetapi curfew dikuatkuasakan untuk pasukan keselamatan menumpukan perhatian kepada usaha menawan  pencerobohan  bersenjata api dalam meningkatkan tahap keselamatan orang awam dan negara.

Sejak curfew dikuatkuasakan (mulai  17 Julai 2014 sehingga sekarang (15.8.2014),  belum kesan  sebarang pencerobohan daripada pihak gerombolan pengganas di kawasan perairan Timur Sabah. Sejak curfew dikuatkuasakan,  ESSCOM telah menahan 46 nelayan berusia antara 19 dan 50 tahun serta 11 buah bot dalam lapan kes berasingan kerana didapati melanggar arahan curfew.Penyeludupan minyak diesel juga didapati amat berkurangan.


Curfew dilihat berkesan dalam mencapai matlamat curfew dikuatkuasakan. Ia itu mencegah kejadian pencerobohan bersenjata. Curfew tidak dapat  mengurangkan aktiviti keluar masuk pendatang tanpa izin malah penyeludupan barang-barang kegemaran publik seperti rokok, telor penyu dan sebagainya. 

MEDIA SOSIAL BOLEH MENIMBULKAN ANARKI DALAM MASYARAKAT?


Dato Fuad Hassan, seorang yang dianggap sebagai  intelek Melayu di Malaysia, memberi amaran kepada generasi muda supaya berhati-hati terhadap pengaruh globalisasi yang melanda duni kini. Menurut pandangan beliau, pemuda hari ini menentukan masa depan negara. Perledakan teknologi maklumat atau IT yang memungkinkan hubungan komunikasi yang cepat merentasi jarak jauh tanpa mengira sempadan kian menyeludup  pelbagai unsur atau gaya hidup  yang boleh menggugat nilai-nilai nasional sesebuah negara. Kita melihat  pergolakan politik di negara –negara Timur Tengah dan Asia seperti Tunisia, Egypt Libya,Syria, Iran, Afrika, Thailand dan sebagainya akibat kesan pengaruh Barat . Tidak dapat dinafikan rakyat berkuasa menentukan kerajaan  dalam satu sistem politik demokrasi. Tetapi apakah rakyat menjadi  Tuhan dalam menentukan nasib sesebuah negara?. Apakah pemimpin-pemimpin kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat tidak berupaya lagi untuk membela kepentingan rakyat dan mengurus kerajan dengan cekap dan adil? Media sosial pada dewasa ini didapati menjadi segala-galanya kepada rakyat terutamanya kepada golongan muda. Media sosial seperti facebook,twitter,Youtube dan lain-lain yang dicipta oleh orang Barat  mempengaruhi dan menentukan hala tuju atau mencorakkan pola pemikiran dan budaya rakyat secara amnya dan golongan muda  secara khususnya. Pengaruh media sosial dalam masyarakat kini dilaporkan sudah mencapai satu tahap yang boleh  memporak- perandakan masyarakat yang hidup aman dan damai dan menimbulkan permusuhan antara kaum yang terdiri daripada pelbagai kaum,etnik dan agama. Sekiranya budaya  mempercayai dan menTuhankan  media sosial  tanpa periksa kesahihan maklumat yang disajikan dalam media sosial menular dikalangan masyarakat majmuk seperti Malayaia, maka akan lahirlah satu keadaan anarki dalam masyarakat . Oleh yang demikian, generasi muda perlu berhati-hati  dalam memikat hati dengan media sosial . 

Monday, August 18, 2014

BAGINDA SULTAN SELANGOR BERKUASA MELANTIK MB

Perkara 53 (2) (a)  Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 memberi kuasa kepada Baginda Sultan Selangor melantik seorang anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai Menteri Besar  pada pandangan Baginda  beliau mendapat keyakinan majoriti anggota DUN.Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang Menteri Besar. Sehubungan ini, rakyat Selangor yang bosan dengan kemelut politik yang ditimbulkan oleh PKR mengharapkan Baginda Sultan Selangor membuat pertimbangan dan keputusan yang bijak terhadap pelantikan seorang MB agar tidak ada pihak yang  menyalahgunakan konsep majoriti dalam sistem demokrasi untuk mencapai agenda politik seorang individu.

Sunday, August 17, 2014

PENDAPATAN RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT!

Menurut Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) tahun 2012, pendapatan isi rumah bulanan negara telah meningkat  kepada RM5,000. Pendapatan isi rumah bandar telah meningkat kepada RM5,742.Manakala pendapatan isi rumah luar bandar kepada RM3,080. Pendapatan isi rumah bulanan bumiputera meningkat kepada RM4,457 sebulan manakala Cina kepada RM 6,366 dan dan India RM5,233. Walupun jurang (Pekali Gini) pendapatan antara kaum didapati bertambah baik, jurang pendapatan dikalangan kaum India mencerminkan kurangseimbang. Apakah rich getting richer, poor remain poor? Fikir-fikirkanlah!

PAS LEBIH MEMENTINGKAN POLITIK DARIPADA KEADIALAN RAKYAT?

PAS buat keputusan untuk bersama PKR atas dasar ‘Tahaluf Siyasi’  walaupun PKR laku tidak adil kepada TS Khalid. Saya difahamkan ‘Thaluf Siyasi’ dalam konteks politik Islam adalah kerjasama dengan mana-mana pihak  yang tidak menentang harakah Islam. Dalam konteks ini, PAS yakin DAP, selaku sebuah ahli  dalam  Pakatan Pembangkang, tidak menentang syariah Islam dikuatkuasakan di Malaysia? Apakah Rakyat Malaysia sudah lupa DAP mati-matian menentang perundangan Hudud  dilaksanakan di MalaysiA? Sokongan PAS untuk Pakatan Pembangkang  dalam  hal gugur TS Khalid sebagai Menteri Besar Selangor jelas menunjukkan PAS cuba memasarkan partinya  untuk mendahului kepentingan politik semata-mata sambil membelakangkan ideologi Islam yang menjadi asas perjuangan parti PAS  sejak didaftar sebagai parti Islam pada tahun 1955.

Monday, August 4, 2014

MENGURAI JARINGAN PENIPUAN TERANCANG OLEH KUASA BESAR TERHADAP RAKYAT PALESTIN

Nyawa penduduk Gaza  kini di  hujung tanduk kerana saban hari dihujani dengan peluru berpandu   dan letusan bom daripada Israel. Saban hari,  bangunan, sekolah, hospital, masjid dan  tempat awam seperti pusat  beli-belah menjadi sasaran bedilan regim Israel. Malah, kem pelarian yang diurus tadbir oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)  yang menjadi tempat perlindungan bagi 240,000 orang pelarian Palestin juga tidak lepas dari serangan bom  regim Zionis.

Serangan Israel ke atas Gaza yang tercetus  pada  8 Julai 2014  dijangka tidak akan berakhir  dalam masa yang terdekat malah akan berterusan  sehingga  satu masa yang tidak dapat diramalkan. Kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Nethanyahu bukan sahaja membayangkan bahawa Israel tidak akan berhenti serangan mereka terhadap Gaza malah akan berterusan, kononnya untuk menyelamatkan  rakyat Israel  dari serangan Gaza. Israel mendakwa HAMAS telah  pasukan bersenjata, Briged Al-Qassam, untuk menceroboh wilayah Israel dan membunuh rakyat Israel. Pemimpin-pemimpin Israel cuba menanam dalam pemikiran warga dunia bahawa sasaran tentera Israel bukanlah orang awam     tetapi  sasaran sebenar adalah  tentera Israel termasuk  pemimpin-pemimpin utama HAMAS yang melancar serangan terhadap Israel daripada sarang-sarang pengganas yang mereka membina bawah tanah dengan tujuan  membunuh orang Israel.

Menurut laporan media, sejak bermulanya serangan Israel ke atas Gaza, jumlah rakyat Palestin yang terkorban  adalah  lebih 1270 orang sementara  7,100 orang  cedera. Rakyat Israel yang terkorban adalah  lebih kurang 50 orang. Hampir 75 %  mangsa Palestin adalah terdiri daripada orang awam dan dalam pada itu hampir 85 % adalah kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa. Disebaliknya sebahagian besar rakyat Israel yang terkorban adalah tentera rejim Israel.
Dunia menyaksikan perang antara Palestin dan Israel  sejak tertubuhnya negara Israel oleh Zionis pada tahun 1948. Berpuluh –puluh trajedi menimpa rakyat  Rakyat Palestin   dalam mempertahan  wilayah  mereka yang  dianggap kepunyaan sah mereka.
Sehubungan ini, rakyat Malaysia perlu sedar terhadap asal usul pergolakan politik di Palestin malah peranan yang dimainkan oleh kuasa besar dalam membenarkan Zionis menubuhkan sebuah negara untuk mewakili mereka  di dunia.  Rakyat Malaysia juga perlu berhati-hati dengan siaran media asing dan tidak mudah dipengaruhi oleh  propaganda perangsaraf media pro- Israel.

Media Barat dilihat cuba menimbulkan  persepsi bahawa Palestin selaku sebuah negara yang penduduknya beragama Islam menyediakan  pengganas atau militant  untuk menceroboh wilayah Israel yang diasaskan oleh Zionis.

Tidak dapat dinafikan bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pernah melancar serangan terhadap Israel dalam usaha mengambil balik wilayah mereka yang ditakluki oleh pihak Zionis.  Rakyat Palestin percaya kaum Zionis telah merampas negara ibunda atau negara nenek moyang mereka untuk menjadikan  sebuah negara Zionis.

Bagaimanakah  kaum Zionis, satu  kaum yang rata-rata  diusir keluar oleh negara-negara yang mereka duduki, termasuk  hampir 6 juta kaum Yahudi yang dibunuh beramai-ramai dalam peristiwa Holocaust oleh pemerintah Nazi German, pimpinan Hitler, berjaya menubuhkan sebuah negara untuk mewakili mereka di dunia?

Wilayah Palestine pada asalnya adalah hak milik  sebuah Empayar Khilafah Uthmaniayah (Ottoman), sebuah Empayar Islam, sehingga perang Dunia Pertama. Apabila tamatnya Perang Dunia 1, Empayar Islam Khilafah Uthmaniyyah terjatuh ke tangan  kuasa barat secara amnya  dan Empayar British secara khususnya. Tentera British mengalahkan tentera Empayar Khilafah Uthmaniyyah dan menubuhkan ‘pentadbiran tentera British’  di seluruh wilayah yang ditakluki  daripada Empayar Khilafah Uthmaniyyah.

Tamatnya Perang Dunia Pertama, Liga Negara-Negara (League Of Nations) ditubuhkan untuk mengurus  kesan Perang Dunia Pertama. Liga  Negara-Negara atau League Of Nations di pertanggungjawabkan mengurus pentadbiran wilayah ‘Palestin’ yang ketika itu sebagai  ‘Mandatory Palestine’ pada tahun 1920. Sistem ‘Mandate’’ adalah satu sistem pengagihan kuasa kepada kuasa-kuasa besar untuk mengurus wilayah-wilayah yang dimenangi dalam Perang Dunia Pertama. Sistem ini adalah hasil persidangan ‘Versailles Treaty’  pada tahun 1919.

Dengan pengenalan sistem Mandate, negara-negara Islam Khalifah Uthmania jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat. Wilayah Palestin diletak dibawah pentadbiran tentera Britain. Kuasa-kuasa Barat  yang dipertanggungjawapkan negara mandate adalah dipertanggungjawabkan untuk mengalih kuasa tadbir negara kepada rakyat yang menduduki  wilayah berkenaan dengan adil agar kerajaan  baru dibentuk dengan sempadan-sempadan tertentu.
Namun, apabila tamatnya Perang Dunia Kedua, Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations (UN) ditubuhkan pada tahun 1945 menggantikan League Of Nations’.  UN menubuhkan Jawatankuasa Khas Palestin ( (UNSCOP) yang dianggotai oleh 11 negara pada bulan Mei tahun 1947 untuk mengkaji dan mengemukakan laporan mengenai masalah Palestin. UNSCOP bertemu komuniti Yahudi, termasuk pelarian Yahudi   di Eropah yang pindah-randah dan terletak di kem-kem palarian. Komuniti Arab Palestin pula pada asalnya tidak ditemui kerana mereka tidak terima penubuhan UNSCOP. Namun, UNSCOP dilaporkan kemudian hari menemui komuniti Arab Palestin di Lubnan.

UNSCOP mengemukakan laporan kepada UN pada 31 Ogos 1947. UNSCOP mencadang pentadbiran Britain di Palestin tamat dan tentera Britain berundur dari wilayah Palestin pada tahun 1948. Berhubung dengan masalah Palestin, UNSCOP mengemukakan dua laporan  iaitu  (i) Laporan minoriti dan (ii) Laporan majoriti. Laporan minoriti mensyor penubuhan  dua wilayah masing-masing untuk  kaum Arab dan kaum  Yahudi dan letak Jerusalam sebagai Ibu Kota. Manakala, laporan majoriti pula mensyor penubuhan dua negeri berasingan. Pada 29 November 1947 , UN lulus Resolusi 181 iaitu menerima laporan majoriti dengan  33 menyokong dan 13 tidak menyokong dan 10 tidak hadir. Komun iti Yahudi menerima keputusan UN tersebut manakala komuniti Arab Palestin menolak keputusan UN tersebut untuk menubuh dua negeri berasingan. 

Namun, David Ben-Gurion, Pemimpin  Persatuan Zionis SeDunia, yang diasaskan pada tahun 1946, isytihar  secara tersendiri penubuhan negara Israel di Wilayah Palestin pada 14 Mei 1948 tanpa runding dengan rakyat tempatan yang majoritinya masyarakat Arab Islam.
Adalah dilaporkan kemudian hari bahawa seorang paderi bernama John Stanley Graul, pemimpin American Christian Zionist,  seorang pejuang hak kaum Zionis sedunia,  yang berlayar dalam kapal laut ‘SS Exodus’  yang membawa lebih 4515 orang pelarian yahudi secara haram ke HAIFA dan sampai  Haifa pada 20 Mac 1947 , merupakan seorang utama yang mempengaruhi UNSCOP untuk bersetuju mensyor resolusi ‘Partition Resolution of November 1947’ , penubuhan sebuah negara khas Israel untuk kaum Yahudi Zionis.

PBB didapati berdiam diri  melihat rakyat Palestin kehilangan tanah asal   mereka kepada kaum Yahudi Zionis malah mempedulikan pandangan dan seruan negara-negara Arab. Keputusan UN tersebut telah mengundang   konflik dan peperangan menentang penubuhan Israel oleh Palestin dan pertikaian mengenai sempadan antara Israel dan Palestin berterusan dalam tahun-tahun berikutnya.

Dunia pernah menyaksikan penjajah British pernah membahagikan India kepada dua negara yang  berasingan iaitu ‘Pakistan’ dan ‘India’ dimana wilayah Kashmir masih menjadi pertikaian antara India dan Pakistan.  Persoalannya apakah rakyat Palestin terpedaya oleh kuasa –kuasa besar dalam memenuhi cita-cita kaum Zionis?.  
   
Sejak tertubuhnya negara Israel dengan kerjasama kuasa British dan Perancis, Israel bersama Britain dan Perancis pada tahun 1956  menyerang Mesir, apabila Mesir membuat keputusan untuk memilik negarakan Terusan Suez.  

Sementara itu, Yasser Arafat menubuhkan Pertubuhan FATAH  sebagai sebuah organisasi untuk memperjuangkan ‘pembebasan Palestin’. Seterusnya Palestinian Liberation Organisation (PLO) ditubuhkan pada tahun 1964.

Pejuang Palestin yang menyertai Palestinian Liberation Organization (PLO) gunakan  Lubnon sebagai pusat untuk menyerang Israel apabila PLO diusir keluar dari Jordan.  Malangnya, PLO menghadapi kesulitan kerana Lubnan turut  bergelora dengan perang saudara pada tahun 1975-1990. Israel mengambil kesempatan menyerang Lubnan pada tahun 1978 dan pada tahun 1982. Ketika itu, lahirnya kumpulan pejuang Hizbullah yang menyerang Israel dan berjaya mengusir tentera Israel dari wilayah Lubnan. Akhirnya Israel bersedia runding dengan Lubnan untuk berdamai pada tahun 2006.Israel tidak jemu melancar serangan ganas dan tidak perikemanusiaan terhadap Palestin khususnya terhadap  pelarian Palestin.

 Tragedi ‘Shabra’ dan ‘Syatila’ merupakan kepentasan kebinatangan manusia yang tidak berhati perut dimana antara 2000-3,000 orang Palestin yang menetap dalam kem pelarian  terbunuh oleh serangan Zionis di Beirut,Lubnan pada 15 September 1982. Tragedi pembinasaan kemanusiaan menyayat hati  rakyat di seluruh dunia  merentasi sempadan.

Pada tahun 1967, Negara-negara Arab seperti Mesir , Syria dan Jordan menyerang Israel dibawah pimpinan Mesir, Jamal Abdul Nasser.  Peperangan ini dikenali sebagai “6 day  War” atau Perang Enam Hari kerana perang itu berlangsung selama enam hari dan Israel berjaya mengalahkan negara-negara Arab tersebut  malah menakluki Gaza dan Semenanjung Sinai  daripada Mesir , Tebing Barat dan Jerusalem Timur daripada Jordan  dan Golan Heights daripada Syria.

Pada tahun 1972, Anwar Sadat, President Egypt yang mengganti Jamal Abdul Nasser, menyerang Israel . Israel hampir kalah. Tentera Israel dilumpuhkan oleh tentera Arab. Kekalahan teruk tentera Arab ditangan Israel pada tahun 1967 dibalas dengan kemenangan besar pihak tentera Arab pada tahun 1972.

Namun perjanjian damai, Camp David, yang diusahakan oleh Amerika berlangsung dan Anwar Sadat menandatangani ‘penjanjian perdamaian’ dengan Israel. Dengan perjanjian ini, Mesir mula menjauhkan diri daripada perjuangan PLO. Pada hakikatnya, Mesir adalah  penyokong dan perintis penubuhan PLO semasa pentadbiran Presiden Nasser.

Walaupun PLO melancar serangan berkali-kali terhadap Israel, matlamat PLO tidak tercapai kerana sokongan daripada negara-negara Arab untuk PLO didapati semakin merosot. Dengan itu, Yasser Arafat tidak ada pilihan selain mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara Zionis pada tahun 1993.


Sejak tahun 2006, Pihak Berkuasa National Palestin mentadbir wilayah Palestin. Namun, perselisihan faham antara HAMAS dan FATAH menjejaskan  perjuangan terhadap matlamat asal mereka iaitu membebas Palestin daripada genggaman Zionis.

Sementara itu, HAMAS ditubuhkan pada tahun 1987 untuk menentang Zionis dengan bersenjata. Arafat, pemimpin PLO  meninggal dunia pada tahun 2004. HAMAS menyertai pilihan raya parlimen Palestin pada tahun 2006. HAMAS mengaut bilangan besar kerusi parlimen dan Haniyeh dilantik sebagai Perdana Menteri.

 Dengan itu, Pentadbiran Palestin  dibahagi kepada dua kumpulan pejuang Palestin iaitu kumpulan PLO mentadbir Tebing Barat dan Kumpulan HAMAS mentadbir wilayah Gaza. Kumpulan FATAH dilihat sebagai kumpulan yang berjuang berpaksikan kepada perbincangan dan diplomasi manakala  kumpulan HAMAS dianggap sebagai kumpulan militan Islam  yang menentang  keras Zionis dengan senjata. HAMAS bantu menawan Tebing Barat,Gaza dan Sinai  daripada kuasa Israel.
Sementara itu, pengasas HAMAS, As-Syahid Sheik Ahmad Yassin, dibunuh oleh Zionis dan  Ismail Haniyeh, seorang kelahiran kem pelarian Palestin, mengambil alih kepimpinan HAMAS.

Pada tahun 2011  Perjanjian damai antara HAMAS dan Fatah dimeterikan dan semangat pejuang Palestin  dijangka meningkat untuk menyerang Israel Zionis. Dalam latarbelakang inilah tercetusnya serangan Israel terhadap Gaza. Persoalannya apakah Gaza mampu menahan serangan Israel Zionis yang bertubi-tubi? Apakah negara-negara Arab akan membantu Gaza dalam mencapai impian Palestin?
Secara umumnya , isu Israel-Palestin  adalah mengenai pengiktirafan penub uhan negara Israel dan Palestin. Emmett Barcalow, seorang pemikir politik, dalam bukunya “Justice, Equality & Rights”  menyimpulkan punca  isu konflik seperti berikut:  “Plastinians plat bombs in public places in Israel to kill and injure as many people as possible in order to force Israel to change its policies, most importantly by agreeing to the creation of a Palestinian state on land once owned by Palestinians Arabs before the creation of Israel in 1948. By the same token, Israeli security forces assassinate Palestinian leaders believed to be responsible for attacks on Israel.( However, most Israelis consider these leaders to be legitimate military targets rather than civilians).

Apakah pemimpin-pemimpin HAMAS dan  FATAH akan lebih mementingkan keselamatan dan keamanan rakyat Palestin daripada kepentingan politik masing-masing? Apakah pejuang Palestin sanggup mengubah strategi mereka dalam mencapai impian mereka untuk membentuk sebuah negara Palestin yang aman damai dan rakyatnya tidak lagi bimbang terhadap nyawa mereka?   Sehubung dengan ini, Dato Fuad Tan S ri Hassan, seorang pemimpin masyarakat dan politik yang harapkan keadilan kepada rakyat Palestin berpendapat bahawa  “sudah sampai masanya pemimpin Palestin memikirkan semula strategi baru bagi menyelamatkan bangsa mereka”.