Monday, August 4, 2014

MENGURAI JARINGAN PENIPUAN TERANCANG OLEH KUASA BESAR TERHADAP RAKYAT PALESTIN

Nyawa penduduk Gaza  kini di  hujung tanduk kerana saban hari dihujani dengan peluru berpandu   dan letusan bom daripada Israel. Saban hari,  bangunan, sekolah, hospital, masjid dan  tempat awam seperti pusat  beli-belah menjadi sasaran bedilan regim Israel. Malah, kem pelarian yang diurus tadbir oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)  yang menjadi tempat perlindungan bagi 240,000 orang pelarian Palestin juga tidak lepas dari serangan bom  regim Zionis.

Serangan Israel ke atas Gaza yang tercetus  pada  8 Julai 2014  dijangka tidak akan berakhir  dalam masa yang terdekat malah akan berterusan  sehingga  satu masa yang tidak dapat diramalkan. Kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Nethanyahu bukan sahaja membayangkan bahawa Israel tidak akan berhenti serangan mereka terhadap Gaza malah akan berterusan, kononnya untuk menyelamatkan  rakyat Israel  dari serangan Gaza. Israel mendakwa HAMAS telah  pasukan bersenjata, Briged Al-Qassam, untuk menceroboh wilayah Israel dan membunuh rakyat Israel. Pemimpin-pemimpin Israel cuba menanam dalam pemikiran warga dunia bahawa sasaran tentera Israel bukanlah orang awam     tetapi  sasaran sebenar adalah  tentera Israel termasuk  pemimpin-pemimpin utama HAMAS yang melancar serangan terhadap Israel daripada sarang-sarang pengganas yang mereka membina bawah tanah dengan tujuan  membunuh orang Israel.

Menurut laporan media, sejak bermulanya serangan Israel ke atas Gaza, jumlah rakyat Palestin yang terkorban  adalah  lebih 1270 orang sementara  7,100 orang  cedera. Rakyat Israel yang terkorban adalah  lebih kurang 50 orang. Hampir 75 %  mangsa Palestin adalah terdiri daripada orang awam dan dalam pada itu hampir 85 % adalah kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa. Disebaliknya sebahagian besar rakyat Israel yang terkorban adalah tentera rejim Israel.
Dunia menyaksikan perang antara Palestin dan Israel  sejak tertubuhnya negara Israel oleh Zionis pada tahun 1948. Berpuluh –puluh trajedi menimpa rakyat  Rakyat Palestin   dalam mempertahan  wilayah  mereka yang  dianggap kepunyaan sah mereka.
Sehubungan ini, rakyat Malaysia perlu sedar terhadap asal usul pergolakan politik di Palestin malah peranan yang dimainkan oleh kuasa besar dalam membenarkan Zionis menubuhkan sebuah negara untuk mewakili mereka  di dunia.  Rakyat Malaysia juga perlu berhati-hati dengan siaran media asing dan tidak mudah dipengaruhi oleh  propaganda perangsaraf media pro- Israel.

Media Barat dilihat cuba menimbulkan  persepsi bahawa Palestin selaku sebuah negara yang penduduknya beragama Islam menyediakan  pengganas atau militant  untuk menceroboh wilayah Israel yang diasaskan oleh Zionis.

Tidak dapat dinafikan bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pernah melancar serangan terhadap Israel dalam usaha mengambil balik wilayah mereka yang ditakluki oleh pihak Zionis.  Rakyat Palestin percaya kaum Zionis telah merampas negara ibunda atau negara nenek moyang mereka untuk menjadikan  sebuah negara Zionis.

Bagaimanakah  kaum Zionis, satu  kaum yang rata-rata  diusir keluar oleh negara-negara yang mereka duduki, termasuk  hampir 6 juta kaum Yahudi yang dibunuh beramai-ramai dalam peristiwa Holocaust oleh pemerintah Nazi German, pimpinan Hitler, berjaya menubuhkan sebuah negara untuk mewakili mereka di dunia?

Wilayah Palestine pada asalnya adalah hak milik  sebuah Empayar Khilafah Uthmaniayah (Ottoman), sebuah Empayar Islam, sehingga perang Dunia Pertama. Apabila tamatnya Perang Dunia 1, Empayar Islam Khilafah Uthmaniyyah terjatuh ke tangan  kuasa barat secara amnya  dan Empayar British secara khususnya. Tentera British mengalahkan tentera Empayar Khilafah Uthmaniyyah dan menubuhkan ‘pentadbiran tentera British’  di seluruh wilayah yang ditakluki  daripada Empayar Khilafah Uthmaniyyah.

Tamatnya Perang Dunia Pertama, Liga Negara-Negara (League Of Nations) ditubuhkan untuk mengurus  kesan Perang Dunia Pertama. Liga  Negara-Negara atau League Of Nations di pertanggungjawabkan mengurus pentadbiran wilayah ‘Palestin’ yang ketika itu sebagai  ‘Mandatory Palestine’ pada tahun 1920. Sistem ‘Mandate’’ adalah satu sistem pengagihan kuasa kepada kuasa-kuasa besar untuk mengurus wilayah-wilayah yang dimenangi dalam Perang Dunia Pertama. Sistem ini adalah hasil persidangan ‘Versailles Treaty’  pada tahun 1919.

Dengan pengenalan sistem Mandate, negara-negara Islam Khalifah Uthmania jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat. Wilayah Palestin diletak dibawah pentadbiran tentera Britain. Kuasa-kuasa Barat  yang dipertanggungjawapkan negara mandate adalah dipertanggungjawabkan untuk mengalih kuasa tadbir negara kepada rakyat yang menduduki  wilayah berkenaan dengan adil agar kerajaan  baru dibentuk dengan sempadan-sempadan tertentu.
Namun, apabila tamatnya Perang Dunia Kedua, Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations (UN) ditubuhkan pada tahun 1945 menggantikan League Of Nations’.  UN menubuhkan Jawatankuasa Khas Palestin ( (UNSCOP) yang dianggotai oleh 11 negara pada bulan Mei tahun 1947 untuk mengkaji dan mengemukakan laporan mengenai masalah Palestin. UNSCOP bertemu komuniti Yahudi, termasuk pelarian Yahudi   di Eropah yang pindah-randah dan terletak di kem-kem palarian. Komuniti Arab Palestin pula pada asalnya tidak ditemui kerana mereka tidak terima penubuhan UNSCOP. Namun, UNSCOP dilaporkan kemudian hari menemui komuniti Arab Palestin di Lubnan.

UNSCOP mengemukakan laporan kepada UN pada 31 Ogos 1947. UNSCOP mencadang pentadbiran Britain di Palestin tamat dan tentera Britain berundur dari wilayah Palestin pada tahun 1948. Berhubung dengan masalah Palestin, UNSCOP mengemukakan dua laporan  iaitu  (i) Laporan minoriti dan (ii) Laporan majoriti. Laporan minoriti mensyor penubuhan  dua wilayah masing-masing untuk  kaum Arab dan kaum  Yahudi dan letak Jerusalam sebagai Ibu Kota. Manakala, laporan majoriti pula mensyor penubuhan dua negeri berasingan. Pada 29 November 1947 , UN lulus Resolusi 181 iaitu menerima laporan majoriti dengan  33 menyokong dan 13 tidak menyokong dan 10 tidak hadir. Komun iti Yahudi menerima keputusan UN tersebut manakala komuniti Arab Palestin menolak keputusan UN tersebut untuk menubuh dua negeri berasingan. 

Namun, David Ben-Gurion, Pemimpin  Persatuan Zionis SeDunia, yang diasaskan pada tahun 1946, isytihar  secara tersendiri penubuhan negara Israel di Wilayah Palestin pada 14 Mei 1948 tanpa runding dengan rakyat tempatan yang majoritinya masyarakat Arab Islam.
Adalah dilaporkan kemudian hari bahawa seorang paderi bernama John Stanley Graul, pemimpin American Christian Zionist,  seorang pejuang hak kaum Zionis sedunia,  yang berlayar dalam kapal laut ‘SS Exodus’  yang membawa lebih 4515 orang pelarian yahudi secara haram ke HAIFA dan sampai  Haifa pada 20 Mac 1947 , merupakan seorang utama yang mempengaruhi UNSCOP untuk bersetuju mensyor resolusi ‘Partition Resolution of November 1947’ , penubuhan sebuah negara khas Israel untuk kaum Yahudi Zionis.

PBB didapati berdiam diri  melihat rakyat Palestin kehilangan tanah asal   mereka kepada kaum Yahudi Zionis malah mempedulikan pandangan dan seruan negara-negara Arab. Keputusan UN tersebut telah mengundang   konflik dan peperangan menentang penubuhan Israel oleh Palestin dan pertikaian mengenai sempadan antara Israel dan Palestin berterusan dalam tahun-tahun berikutnya.

Dunia pernah menyaksikan penjajah British pernah membahagikan India kepada dua negara yang  berasingan iaitu ‘Pakistan’ dan ‘India’ dimana wilayah Kashmir masih menjadi pertikaian antara India dan Pakistan.  Persoalannya apakah rakyat Palestin terpedaya oleh kuasa –kuasa besar dalam memenuhi cita-cita kaum Zionis?.  
   
Sejak tertubuhnya negara Israel dengan kerjasama kuasa British dan Perancis, Israel bersama Britain dan Perancis pada tahun 1956  menyerang Mesir, apabila Mesir membuat keputusan untuk memilik negarakan Terusan Suez.  

Sementara itu, Yasser Arafat menubuhkan Pertubuhan FATAH  sebagai sebuah organisasi untuk memperjuangkan ‘pembebasan Palestin’. Seterusnya Palestinian Liberation Organisation (PLO) ditubuhkan pada tahun 1964.

Pejuang Palestin yang menyertai Palestinian Liberation Organization (PLO) gunakan  Lubnon sebagai pusat untuk menyerang Israel apabila PLO diusir keluar dari Jordan.  Malangnya, PLO menghadapi kesulitan kerana Lubnan turut  bergelora dengan perang saudara pada tahun 1975-1990. Israel mengambil kesempatan menyerang Lubnan pada tahun 1978 dan pada tahun 1982. Ketika itu, lahirnya kumpulan pejuang Hizbullah yang menyerang Israel dan berjaya mengusir tentera Israel dari wilayah Lubnan. Akhirnya Israel bersedia runding dengan Lubnan untuk berdamai pada tahun 2006.Israel tidak jemu melancar serangan ganas dan tidak perikemanusiaan terhadap Palestin khususnya terhadap  pelarian Palestin.

 Tragedi ‘Shabra’ dan ‘Syatila’ merupakan kepentasan kebinatangan manusia yang tidak berhati perut dimana antara 2000-3,000 orang Palestin yang menetap dalam kem pelarian  terbunuh oleh serangan Zionis di Beirut,Lubnan pada 15 September 1982. Tragedi pembinasaan kemanusiaan menyayat hati  rakyat di seluruh dunia  merentasi sempadan.

Pada tahun 1967, Negara-negara Arab seperti Mesir , Syria dan Jordan menyerang Israel dibawah pimpinan Mesir, Jamal Abdul Nasser.  Peperangan ini dikenali sebagai “6 day  War” atau Perang Enam Hari kerana perang itu berlangsung selama enam hari dan Israel berjaya mengalahkan negara-negara Arab tersebut  malah menakluki Gaza dan Semenanjung Sinai  daripada Mesir , Tebing Barat dan Jerusalem Timur daripada Jordan  dan Golan Heights daripada Syria.

Pada tahun 1972, Anwar Sadat, President Egypt yang mengganti Jamal Abdul Nasser, menyerang Israel . Israel hampir kalah. Tentera Israel dilumpuhkan oleh tentera Arab. Kekalahan teruk tentera Arab ditangan Israel pada tahun 1967 dibalas dengan kemenangan besar pihak tentera Arab pada tahun 1972.

Namun perjanjian damai, Camp David, yang diusahakan oleh Amerika berlangsung dan Anwar Sadat menandatangani ‘penjanjian perdamaian’ dengan Israel. Dengan perjanjian ini, Mesir mula menjauhkan diri daripada perjuangan PLO. Pada hakikatnya, Mesir adalah  penyokong dan perintis penubuhan PLO semasa pentadbiran Presiden Nasser.

Walaupun PLO melancar serangan berkali-kali terhadap Israel, matlamat PLO tidak tercapai kerana sokongan daripada negara-negara Arab untuk PLO didapati semakin merosot. Dengan itu, Yasser Arafat tidak ada pilihan selain mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara Zionis pada tahun 1993.


Sejak tahun 2006, Pihak Berkuasa National Palestin mentadbir wilayah Palestin. Namun, perselisihan faham antara HAMAS dan FATAH menjejaskan  perjuangan terhadap matlamat asal mereka iaitu membebas Palestin daripada genggaman Zionis.

Sementara itu, HAMAS ditubuhkan pada tahun 1987 untuk menentang Zionis dengan bersenjata. Arafat, pemimpin PLO  meninggal dunia pada tahun 2004. HAMAS menyertai pilihan raya parlimen Palestin pada tahun 2006. HAMAS mengaut bilangan besar kerusi parlimen dan Haniyeh dilantik sebagai Perdana Menteri.

 Dengan itu, Pentadbiran Palestin  dibahagi kepada dua kumpulan pejuang Palestin iaitu kumpulan PLO mentadbir Tebing Barat dan Kumpulan HAMAS mentadbir wilayah Gaza. Kumpulan FATAH dilihat sebagai kumpulan yang berjuang berpaksikan kepada perbincangan dan diplomasi manakala  kumpulan HAMAS dianggap sebagai kumpulan militan Islam  yang menentang  keras Zionis dengan senjata. HAMAS bantu menawan Tebing Barat,Gaza dan Sinai  daripada kuasa Israel.
Sementara itu, pengasas HAMAS, As-Syahid Sheik Ahmad Yassin, dibunuh oleh Zionis dan  Ismail Haniyeh, seorang kelahiran kem pelarian Palestin, mengambil alih kepimpinan HAMAS.

Pada tahun 2011  Perjanjian damai antara HAMAS dan Fatah dimeterikan dan semangat pejuang Palestin  dijangka meningkat untuk menyerang Israel Zionis. Dalam latarbelakang inilah tercetusnya serangan Israel terhadap Gaza. Persoalannya apakah Gaza mampu menahan serangan Israel Zionis yang bertubi-tubi? Apakah negara-negara Arab akan membantu Gaza dalam mencapai impian Palestin?
Secara umumnya , isu Israel-Palestin  adalah mengenai pengiktirafan penub uhan negara Israel dan Palestin. Emmett Barcalow, seorang pemikir politik, dalam bukunya “Justice, Equality & Rights”  menyimpulkan punca  isu konflik seperti berikut:  “Plastinians plat bombs in public places in Israel to kill and injure as many people as possible in order to force Israel to change its policies, most importantly by agreeing to the creation of a Palestinian state on land once owned by Palestinians Arabs before the creation of Israel in 1948. By the same token, Israeli security forces assassinate Palestinian leaders believed to be responsible for attacks on Israel.( However, most Israelis consider these leaders to be legitimate military targets rather than civilians).

Apakah pemimpin-pemimpin HAMAS dan  FATAH akan lebih mementingkan keselamatan dan keamanan rakyat Palestin daripada kepentingan politik masing-masing? Apakah pejuang Palestin sanggup mengubah strategi mereka dalam mencapai impian mereka untuk membentuk sebuah negara Palestin yang aman damai dan rakyatnya tidak lagi bimbang terhadap nyawa mereka?   Sehubung dengan ini, Dato Fuad Tan S ri Hassan, seorang pemimpin masyarakat dan politik yang harapkan keadilan kepada rakyat Palestin berpendapat bahawa  “sudah sampai masanya pemimpin Palestin memikirkan semula strategi baru bagi menyelamatkan bangsa mereka”.


No comments: