Dato Fuad Hassan, seorang yang dianggap sebagai intelek Melayu di Malaysia, memberi
amaran kepada generasi muda supaya berhati-hati terhadap pengaruh globalisasi
yang melanda duni kini. Menurut pandangan beliau, pemuda hari ini menentukan masa depan negara. Perledakan teknologi maklumat atau IT yang memungkinkan hubungan
komunikasi yang cepat merentasi jarak jauh tanpa mengira sempadan kian menyeludup
pelbagai unsur atau gaya hidup
yang boleh menggugat nilai-nilai nasional sesebuah negara. Kita melihat pergolakan politik di negara –negara Timur
Tengah dan Asia seperti Tunisia, Egypt Libya,Syria, Iran, Afrika, Thailand dan
sebagainya akibat kesan pengaruh Barat . Tidak dapat dinafikan rakyat berkuasa menentukan kerajaan dalam satu sistem politik demokrasi. Tetapi
apakah rakyat menjadi Tuhan dalam
menentukan nasib sesebuah negara?. Apakah pemimpin-pemimpin kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat tidak berupaya
lagi untuk membela kepentingan rakyat dan mengurus kerajan dengan cekap dan adil?
Media sosial pada dewasa ini didapati menjadi segala-galanya kepada rakyat terutamanya kepada golongan muda.
Media sosial seperti facebook,twitter,Youtube dan lain-lain yang dicipta oleh orang Barat mempengaruhi dan menentukan hala tuju atau mencorakkan
pola pemikiran dan budaya rakyat secara amnya dan golongan muda secara khususnya. Pengaruh media sosial dalam
masyarakat kini dilaporkan sudah mencapai satu tahap yang boleh memporak- perandakan masyarakat yang hidup
aman dan damai dan menimbulkan permusuhan antara kaum yang terdiri daripada
pelbagai kaum,etnik dan agama. Sekiranya budaya mempercayai dan menTuhankan media sosial tanpa periksa kesahihan maklumat yang disajikan dalam media sosial menular dikalangan
masyarakat majmuk seperti Malayaia, maka akan lahirlah satu keadaan anarki
dalam masyarakat . Oleh yang demikian, generasi muda perlu berhati-hati dalam memikat hati dengan media sosial .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment