Friday, August 29, 2014

MEMPERKASA SEMANGAT CINTA NEGARA


Rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke 57 tahun ini.Menurut Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Me nteri Komunikasi dan Multimedia, sambutan kemerdekaan kali ini adalah sambutan dari 57 ke 57 bertemakan ‘MALAYSIA Di sini Lahirnya Sebuah Cinta’. Tema ini amat sesuai dan relevan bagi tahun ini kerana kebelakangan ini semangat cintakan negara didapati semakin terhakis. Malah  kajian tahap patriotik rakyat Malaysia yang dilakukan diLembah Kelang baru-baru ini menunjukkan tahap patriotisme rakyat semakin berkurangan.   Patriotisme adalah satu sentimen nasional menekan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Seseorang warga negara yang tingginya tahap patriotism dan semangat cinta kepada negara akan sanggup menggadai nyawa diri demi negara . Malah kecintaan kepada negara adalah asas utama untuk memastikan negara terus bebas dan merdeka dari sebarang bentuk penjajahan. Tema tahun ini diharapkan akan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat Malaysia.
Pemimpin-pemimpin terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan didapati  lebih mementingkan perpaduan antara kaum daripada kepentingan kaum yang mereka mewakili. Budaya yang diamalkan oleh pelopor kemerdekaan semakin terhakis dikalangan kaum muda dewasa ini  malah ada pihak yang mengasuh golongan muda menafikan perjuangan dan pengkorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam mencapai kemerdekaan.
Pemimpin dan masyarakat terdahulu rela menepikan kepentingan diri dan kaum masing-masing malah sejarah membuktikan ada sesuatu kaum tertentu  sanggup melepaskan  hak-hak  yang mereka mewarisi turun temurun kerana  lebih mementingkan  semangat   berkongsi dan hidup bersama dengan lain-lain kaum dalam negara yang tercinta ini. Cinta dan setia kepada negara  telah menjadi pertimbangan yang utama dalam mendekati sebarang isu yang dihadapi oleh rakyat.Semangat tolakansur dan kerjasama antara kaum   yang dizahirkan oleh masyarakat dan pelopor kemerdekaan harus dijadikan warisan yang   perlu diasuh dan pelihara oleh setiap warga Malaysia.  
Memandangkan pelopor kemerdekan membentuk negara ini atas premis  semangat kerjasama dan pengorbanan, maka wajarnya generasi muda menyingkap kembali sejarah kemerdekaan negara kita  agar mereka  dapat  memahami semangat kerjasama, pengkorbanan  dan pendekatan sederhanaan  malah pandangan jauh yang dizahirkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menghadapi cabaran dan halangan dalam mencapai kemerdekaan.
Sejarah mengajar kita bahawa negara ini (Tanah Melayu) pada satu ketika pernah ditakluki dan dijajah oleh Portugis, Belanda dan kemudiannya Inggeris. Empayar Inggeris didapati menakluki dan menjajah sebahagian besar negara dalam dunia dengan strategi yang tersendiri dan Tanah Melayu tidak dikecualikan.
Pihak Inggeris menggunakan pelbagai starategi untuk menjajah sesebuah negara. Inggeris mempertopengkan East India Company, sebuah syarikat perdagangan India untuk menakluki benua India. Umumnya , syarikat East India  mohon kebenaran Raja-Raja India untuk membenarkan mereka berdagang diIndia. Sekiranya permohonan mereka tidak dilayan, maka mereka berperang dengan Raja-Raja India. Peperangan Plassey pada tahun 1757 merupakan titik tolak Inggeris berperang dengan Raja-Raja India dan terus menakluki tanah jajahan Raja-Raja India. Inggeris memerintah India sehingga tahun 1947.   Pada asalnya Inggeris masuk India hanya untuk menjalankan perniagaan tetapi pada akhirnya mereka mengalah dan menghalau pemerintah pribumi dan mengambil alih India dan letak India dibawah pentadbiran  jajahan British.
British menggunakan strategi yang sama untuk menakluki  Tanah Melayu. Inggeris masuk Tanah Melayu dengan alasan membantu Raja-Raja Melayu  dalam soal melindungi mereka dan tanah jajahan mereka daripada ancaman luar.  Inggeris memujuk Raja-Raja Melayu untuk menandatangani perjanjian-perjanjian tertentu  dengan Inggeris agar Inggeris dilantik sebagai penasihat Sultan.  Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1824 antara Inggeris dan Raja Melayu yang membuka tirai untuk penjajah Inggeris campur tangan secara terus dalam pentadbiran Tanah Melayu. Akhirnya seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan British dan Tanah Melayu menjadi sebuah negara naungan British.
Penjajahan British diTanah Melayu diganggu apabila tercetusnya Perang Dunia kedua dan kemasukan tentera Jepun.   Jepun membuka mata rakyat Asia bahawa British bukanlah satu kuasa besar yang tidak boleh dikalahkan oleh orang Asia. Namun, kekalahan Jepun dalam Perang Dunia kedua  boleh dikatakan telah mengubah corak pemikiran dan politik Tanah Melayu.
Tamatnya Perang Dunia Kedua, pihak Inggeris kembali ke Tanah Melayu bersama satu sistem pentadbiran baru. Inggeris cuba memperkenalkan satu sistem kerajaan baru yang dikenali sebagai ‘Malayan Union (MU)’. Pihak Inggeris menghantar Sir Harold Mac Michael pada 20.10.1945 untuk mendapat persetujuan daripada Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan MU. Raja-Raja Melayu dilaporkan dipaksa oleh Inggersi untuk menandatangani MU.
MU dikuatkuasakan oleh Inggeri di Tanah Melayu pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor. MU mainkan peranan penting dalam sejarah Tanah Melayu kerana pelaksanaan MU oleh Inggeris  telah membangkitkan orang Melayu bersatu dan  mempertahankan kuasa politik mereka dan Institusi Raja-Raja Melayu di Tanah Melayu.  Kaum Melayu melihat MU sebagai satu usaha Inggeris untuk  menghakis kuasa politik orang Melayu ditanah mereka sendiri. Menurut MU, Raja-Raja Melayu dihendaki serah kuasa  politik mereka kepada British. Negeri-negeri yang tiada Raja Melayu, seperti negeri Melaka, Pulau Pinang digabungkan dengan negeri –negeri Tanah Melayu dan diletakkan dibawah seorang Gabenor British. Raja-Raja Melayu hanya menjadi Raja-Raja ke Hormat dan jaga hal ehwal agama Islam.  Status orang Melayu adalah sama taraf dengan status kaum bukan Melayu atau kaum yang dibawa masuk oleh British ke Tanah Melayu. Kaum Melayu hilang  hak keistimewaan, hak sebagai anak pribumi atau bumiputra yang mereka mewarisi sejak zaman kesultanan Melayu iaitu sebelum zaman penjajahan British. 
Apakah kaum Melayu pada ketika itu berdiam diri melihat status keistimewaan dan hak  kuasa politik mereka hilang begitu sahaja atau kaum Melayu diletak samataraf dengan orang bukan Melayu? Orang Melayu tidak berdiam diri malah bersatu apabila mereka sedar kepentingan dan hak mereka diancam oleh orang luar atau kuasa luar. Orang Melayu yang pecahbelah  dengan pelbagai sentimen kenegerian sabelum itu bersatu apabila melihat realiti didepan mata mereka. Mereka sedar MU merampas kuasa Raja-Raja Melayu dan hak politik orang Melayu.
Dengan itu, pengisytiharaan MU telah membakar semangat nasionalisme dikalangan orang Melayu dan orang Melayu dari Utara ke Selatan Tanah Melayu telah bersatu bangit memprotes pelaksanaan MU. Mereka mendesak Inggeris menarik balik sistem MU dan digantikan dengan satu sistem yang boleh memartabatkan status keistimewaan  dan hak politik orang Melayu sambil menobatkan semula kuasa Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah  di negeri mereka masing-masing.
Melihat bantahan hebat dan sentimen kemarahan yang membakar dikalangan orang Melayu terhadap MU, penjajah British menarik balik MU dan menggantikan MU dengan satu sistem pemerintahan yang dikenali sebagai pentadbiran “Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu” pada 21 Januari 1948. Sistem ini mengembalikan status keistimewaan orang Melayu yang mereka mewarisi sebelum datangnya pihak Inggeris ke Tanah Melayu.  Semangat nasionalisme  dikalangan orang Melayu yang jitu didapati menyatupadukan  kaum Melayu dan gterus memperjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British.
Dalam pada itu, kaum India yang dibawa masuk Ke Tanah Melayu oleh penjajah British dipengaruhi oleh semangat perjuangan kemerdekaan di negara asal mereka. Orang  India di negara asal mereka berjuang untuk kemerdekaan India daripada Empayar Bitish. Kaum Cina di Tanh Melayu  pula lebih berhasrat untuk menetap di Malaya kerana mereka kurang senang dan selesa dengan sistem  politik Komisnis di Tanah besar Cina, negara asal mereka. Faktor orang India terpengaruh dengan perjuangan menentang British di India dan faktor penolakan Cina terhadap sistem kerajaan Kominis di Tanah besar Cina telah mendorong  mereka bersama orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Semangat kemerdekaan yang meniup kencang dikalangan kaum Melayu, Cina dan India pada ketika itu telah mendorong pemimpin-pemimpin kaum Melayu dan bukan Melayu bersepakat merancang strategi untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.
Walaupun pelbagai halangan dan rintangan dihadapi oleh pemimpin-pemimpin kaum dalam menuntut kemerdekaan, termasuk pemberontakan bersenjata oleh parti kominis Malaya, kepimpinan YTM Tunku Abdul Rahman yang mewakili kaum Melayu telah memujuk  Tan Cheng Lock yang mewakili kaum Cina dan V.T.Sambantan yang mewakili kaum India untuk berunding mengenai syarat-syarat kemerdekaan antara mereka dengan stau hati. Mereka bersatupadu  dan mengadakan rundingan demi rundingan dengan pihak Inggeris dan Raja-Raja Melayu untuk menyediakan Perlembagaan Kemerdekaan  sebagai syarat asas mencapai kemerdekaan. 
Perlembagaan kemerdekaan yang disediakan oleh Pesuruhjaya Reid, satu jawatankuasa Khas yang dibentuk oleh British dalam proses memenuhi tuntutan kemerdekaan telah masukkan beberapa perkara penting dalam draf Perlembagaan Kemerdekaan, terutamanya hak keitimewaan orang Melayu/Bumiputra  seperti terdapat dalam Undang-undang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang dikuatkluasakan pada tahun 1948. Kepentingan sah kaum bukan Melayu pada pertama kalinya disertakan dalam satu dokumen resmi kerajaan di Tanah Melayu yang dirujuk sebagai Perlembagaan Kemerdekaan.   Perlembagaan Kemerdekaan yang mendukung hak istimewa kaum Melayu dan kepentingan sah bukan Melayu dibawah ke meja rundingan yang disertai oleh wakil-wakil kaum, Raja-Raja Melayu dan penjajah British. Perlembagaan Kemerdekaan dapat  persetujuan daripada semua pihak terutamanya Raja-Raja Melayu.  
Dengan itu, lahirlah Perlembagaan Kemerdekaan yang dipersetujui oleh orang Melayu,Cina,India, British dan Raja-Raja Melayu. Kaum Melayu rela dan sanggup menerima kaum Cina dan India yang membanjiri Tanah Melayu ketika itu sebagai warga negara Persekutuan Tanah Melayu. Sijil warga negara dikeluarkan kepada  orang India dan Cina dengan mudahnya. Dokumen kerakyaatan  merupakan dokumen yang menobatkan kaum bukan Melayu dengan hak mengundi dalam pilihan raya untuk memilih wakil rakyat dalam membentuk sebuah kerajaan yang demokratik . Perlu diingatkan  bahawa hak mengundi membentuk kerajaan adalah merupakan satu-satunya  hak istimewa yang tidak mudah diperolehi dimana-mana negara dalam dunia dengan begitu mudah. Persetujuan kaum Melayu untuk anugerahkan status kerakyataan dan terusnya hak mengundi untuk bukan Melayu mendapat sanjungan tinggi daripada dunia khususnya pemimpin-pemimpin teragung dari negara India seperti Perdana Menteri pertama India, Jawaharlal Nehru.
Perlembagaan yang dipersetujui oleh pelbagai kaum pada ketika itu telah membebaskan ‘Tanah Melayu’ daripada cengkaman penjajah British pada 31Ogos 1957. Dengan itu, Orang Cina dan India yang menjadi warga negara Persekutuan Tanah Melayu  dirujuk sebagai warga negara Persekutuan Tanah Melayu dan bukan lagi dirujuk sebagai bangsa  asing di Tanah Melayu. Malah , status orang Cina dan India telah berubah daripada ‘bangsa imigiran’ kepada ‘Rakyat Tanah Melayu’. Ini bermakna, kemerdekaan pada tahun 1957 telah bantu mengubah identiti  orang Cina dan India kepada identiti yang lebih  mulia dan  membanggakan.
Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa kemerdekaan sahaja tidak akan menjamin perpaduan dan kejayaan sesebuah negara terutamanya negara yang penduduknya bersifat  majmuk. Petelingahan antara kaum, menyiksa dan membunuh malah menghapus kaum minoriti kerana  berbezaan  agama dan etnik  masih berlaku dibeberapa negara-negara di dunia yang merdeka terutamanya negara-negara yang berbilang etnik dan agama.  Dunia pernah menyaksikan kes genocide atau penghapusan bangsa  di Rwanda,Afrika  dan Bosnia Herzegovina. Kumpulan masyarakat majoriti etnik Hutu (85%) yang tertinggalan dalam bidang ekonomi membunuh lebih setengah juta orang kumpulan masyarakat minoriti etnik Tutsi (15%) yang menguasai ekonomi negara di Rwanda. Di Serbiapula, etnik Serb yang beragama Kristian membunuh  etnik Bosniak Bosnia dan Herzego  yang beragama Islam kerana berbezaan agama. Adalah dilaporkan hampir 200,00 orang Bosnia betragama Islam dibunuh, hampir 50,000 wanita Islam diperkosa dan hampir 2 juta orang Islam diusir dari Serbia oleh etnik majoriti di Serbia antara tahun 1992-1995.   Di Sri Lanka pula masih terdapat konflik antara kaum Majoriti Singalese dan Minoriti Tamil dan dilaporkan hampir setengah juta orang Tamil terkorban dalam perang saudara. Peristiwa pengapusan kaum minoriti oleh kaum majoriti tersebut jelas  membuktikan faktor pencapaian kemerdekaan sahaja tidak akan   menjamin rakyat pelbagai kaum dan agama  hidup barsatu am,an dan damai. Apa yang penting adalah semangat hidup bersama, membantu sesama, menghormati berbezaan antara kaum, mengambil pendekatan sederhana dalam menyelesai sebarang masalah yang timbul dikalangan rakyat  dan menolak sebarang bentuk fanatisme adalah asas perpaduan sesebuah negara.

Sehubungan ini, Malaysia menjadi  negara contoh yang  berjaya   memelihara keharmonian dan perpaduan antara rakyat yang pelbagai kaum dan agama sejak merdeka pada tahun 1957. Walaupun kaum Melayu merupakan kaum paling besar iaitu 66.7% berbanding dengan kaum Cina 24.6% dan kaum India 7.4%,  hubungan harmoni  antara  berbilang kaum masih subur dan perbezaan antara kaum terus menjadi kekuatan kepada Malaysia. Boleh dikatakan kejayaan Malaysia adalah hasil pengurusan perbezaan yang cekap oleh kerajaan  yang memerintah sejak merdeka pada tahun 1957. Kerajaan Malaysia sentiasa mendukung prinsip Kepelbagaian dan kesederhanaan  atau wasatiyah dan lebih mementingkan keadilan sosial. Kepelbagaian  menjadi asas dan teras kekuatan dalam membentuk sebuah negara dan bangsa Malaysia malah warisan yang perlu ditahan oleh generasi paska kemerdekaan.
Perlu ditekan di sini bahawa perpaduan antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia bukanlah  diwujudkan dengan proses asimilasi  seperti terdapat di kebanyakan negara-negara lain  tetapi melalui proses integrasi. Dalam konsep integrasi nasional, tidak timbul masalah mana-mana  kaum atau etnik gugur atau meninggalkan identiti  mereka dalam membentuk bangsa Malaysia.
Sehubungan ini, Malaysia membenarkan rakyat kebebasan mengamalkan agama masing-masing kaum seperti tercatit  dalam Perlembagaan, menawarkan peluang kepada rakyat memiliki kekayaan tanpa batas, membuka peluang kepada warga bukan Melayu mempelajari Bahasa ibunda masing-masing dengan bantuan kerajaan, bebas mengamalkan budaya masing-masing. Hidup bersatupadu, bersatu menghadapi sebarang ancaman dari luar,, menolak sebarang bentuk keganasan, perkauman  dan fanatisme, mementingkan konsep hidup bersama atau coexist   adalah  merupakan warisan rakyat Malaysia .
Malaysia adalah bumi yang tercinta kita mewarisi. Disinilah pelbagai kaum,pelbagai agama, pelbagai budaya dapat hidup aman dan damai .  Malaysia merupakan tanah tumpah darah kita dan ini lah tanah yang kita harus menabur bakti. Inilah negeri ibupertiwi kita. 

Oleh itu,  tanpa mengira perbezaan kaum, agama, budaya dan ideologi politik, marilah kita bersatu  mempertahankan  warisan kita agar  bukan sahaja kita dapat hidup aman, damai ,sejahtera  malah dapat menjamin masa depan yang sejahtera dan cemerlang  bagi generasi akan datang. Malaysia disinilah lahirnya sebuah Cinta. Marilah kita mengkibarkan  jalur gemilang dalam menzahirkan  rasa cinta dan patriotik kita kepada negara yang diwariskan oleh pelopor-pelopor kemerdekan. 

No comments: