Saturday, October 11, 2014

BAJET 2015 DISANJUNG SEBAGAI BAJET PRO-RAKYAT

Sesungguhnya Bajet 2015 mengambarkan tradisi kerajaan BN membangunkan negara sambil membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pendekatan bajet 2015 menekankan kepada aspek keseimbangan antara ekonomi modal dan ekonomi keperluan rakyat. Ekonomi modal(capital) merujuk kepada perbelanjaan mikro untuk faedah jangka panjang kepada rakyat dan negara seperti projek-projek pembangunan, mengurangkan defisit bajet dan sebagainya,  manakala ekonomi keperluan rakat pula menekankan kepada perbelanjaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat seperti perbelanjaan untuk bidang pendidikan, kesihatan, peluang pekerjaan, meringankan kos sara hidup dan sebagainya.

Sejak Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak  ambil alih  pimpinan kerajaan pada bulan April tahun 2009, pembangunan masyarakat India  tidak terlepas daripada pertimbangan beliau malah menjadi tumpuan dalam pertimbangan belaiu agar kumpulan masyarakat India jua turut  menyertai  dalam arus kemajuan negara supaya mereka juga bersama-sama menikmati kekayaan negara. Malah, peruntukan  yang disediakan untuk  menggerakkan pembangunan masyarakat India disebut secara khusus  dalam pembentangan bajet-bajet  yang disediakan oleh kerajaan pimpinan Najib.

Bajet 2015 akan menyediakan peruntukan sebanyak RM273.9 bilion ringgit  bagi melaksanakan program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Jumlah ini adalah peningkatan 9.8 bilion berbanding dengan jumlah peruntukan Bajet 2014. Bajet 2014  menyediakan peruntukan sebanyak 264.2 bilion ringgit  bagi melaksanakan program pembangunan dan kesesahteraan rakyat. Bajet 2013 pula menyediakan peruntukkan sebanyak 251.6 bilion dan Bajet 2012 menyediakan RM 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan dan projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum.
Dalam mengagih-agihkan peruntukan untuk projek pembangunan dan program kesejahteraan rakyat dalam bajet-bajet yang dibentangkan oleh Mohd. Najib Tun Abdul Razak selaku menteri kewangan, masyarakat India dikesan  mendapat perhatian dan pertimbangan khas terutamasekali dalam  Bajet  2012 dan seterusnya.

Dalam Bajet 2012, RM 100 juta diperuntukkan secara khusus untuk membina, membaiki dan menyelenggara Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJK(T) dan peruntukan sebanyak RM 50 juta untuk meningkatkan kemudahan bekalan air minum  di ladang-ladang yang mana menjadi penempatan    masyarakat India.
Pada masa yang sama, Bajet 2013 juga dilaporkan menyediakan RM 100 juta untuk pembangunan Sekolah Tamil, RM 50 juta ringgit untuk kemudahan pinjaman dibawah skim Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dalam usaha melahirkan usahawan muda dikalangan masyarakat India.  Sejumlah  224,175 usahawan kecil telah menikmati kemudahan pinjaman TEKUN  termasuk sejumlah 34.5 juta ringgit kepada 4,212 usahawan kecil masyarakat India di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.

Masalah sosial kian menular dikalangan golongan muda kaum India kerana masalah kemiskinan dan masalah keciciran daripada sekolah rendah dan menengah. Kumpulan ini juga menghadapi masalah dalam mencari pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang mencukupi bagi menyara hidup mereka. Menyedari hakikat ini,  pada pertamakalinya Bajet 2013 menyediakan peruntukan khas untuk membantu kumpulan pelajar-pelajar tersebut, terutamanya pelajar miskin dari estet-estet yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk  mendapat pekerjaan. Bajet 2013  menyediakan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran, selaras permintaan pasaran. Latihan ini dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dan kolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional.

Seterusnya, Bajet 2014  juga dikesan terus  menyediakan peruntukkan  sebanyak RM 100 juta ringgit  untuk meningkatkan pencapaian pelajaran dan latihan kemahiran kepada masyarakat India , termasuk 28 juta ringgit bagi program pendidikan awal melibatkan 176 prasekolah  Tamil dan program i-Sinar. Pelajar-pelajar daripada 45 sekolah Tamil yang terletak diladang-ladang menikmati kemudahan peruntukkan ini. Pada waktu yang sama,  RM 50 juta ringgit di sediakan untuk Skim Pembiayaan Usahawan Muda India atau SPUMI  dibawah TEKUN. Usahawan India juga disaran dan diberi peluang  memohon bantuan pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia yang berjumlah RM 300 juta  dan  TEKUN sejumlah 700 juta yang dikhaskan dalam Bajet 2014.  
  
Selain daripada peruntukan yang disebut khas dalam bajet, sejumlah besar peruntukan untuk memelihara kepentingan masyarakat India juga disediakan daripada peruntukkan yang dikhaskan dibawah peruntukkan khas Perdana Menteri. Berjuta-juta ringgit disediakan sebagai peruntukan khas  dan disalurkan  kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) India, Pusat-pusat Ibadat , bantuan kebajikan golongan miskin India dan sebagainya.

Selain itu, dalam usaha mengekal dan membangunkan  usahawan tradisi kaum India , Koperasi Suria ditubuhkan dengan peruntukkan RM 8 juta ringgit bagi mentransformasikan kedai-kedai  runcit  dan bengkel automotif yang dimikili oleh masyarakat India. Setakat ini dilaporkan 69 program transformasi telah dilaksanakan dibawah program ini. Pada masa yang sama, RM 150 juta ringgit di sediakan dalam bentuk pinjaman SME untuk usahan SME masyarakat India dan RM 100 juta disediakan pinjaman Mikro-Kredit kepada usahawan wanita India melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.  

Seterusnya, dalam bajet 2015 , RM 50 juta disediakan untuk maksud penyelenggara SRJK(T), peruntukan TEKUN sebanyak RM 50 juta ringgit  disediakan untuk membantu 5,000 usahawan India, peruntukan sejumlah RM 30 juta ringgit disediakan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia untuk  membantu usahawan wanita India dan peruntukan sejumlah RM 50 juta ringgit  disediakan untuk pembangunan kemahiran belia India.
Disamping itu, sebahagian besar masyarakat India juga terus diberi peluang  menikmati bantuan BRIM dalam usaha meringkankan beban sara hidup mereka. Isi rumah masyarakat India yang sebahagian besarnya berada dalam lingkungan pendapatan dibawah RM 3,000 sebulan akan menikmati bantuan BRIM sebanyak RM 950, isi keluarga yang pendapatannya antara RM3,000-RM 4000 akan mendapat RM 750 dan bujang yang berpendapatan RM 2000 ke bawah dan berumur 21 keatas akan mendapat bantuan sebanyak RM350. Bantuan awal persekolahan RM 100 seorang pelajar sekolah rendah dan menengah.  
  

Walaupun populasi kaum India merupakan tidak lebih daripada 8 % daripada jumlah populasi Malaysia, peruntukan yang agak besar disediakan dalam bajet-bajet yang diumumkan oleh kerajaan ,terutamanya sejak bajet 2012, jelas menunjukkan kepentingan masyarakat India tidak diabaikan malah dipelihara oleh kerajaan( BN ) agar masyarakat India bersama-sama menikmati kekayaan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa bajet 2015 jelas kelihatan kerajaan berlumba-lumba untuk membantu membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat , termasuk masyarakat India kearah mencapai matlamat negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sebahagian besar rakyat Malaysia menganggap Bajet 2015 adalah bajet pro-rakyat atau banyak membantu meringkankan beban golongan pendapatan rendah menghadapi fenomena kenaikan harga barang .

No comments: