Saturday, June 10, 2017

kumpulan Middle Ground mampu menentukan keputusan PRU14


Meskipun tempoh pentadbiran Kerajaan Barisann Nasional (BN) sekarang hanya akan berakhir pada bulan Jun 2018, ramai penganalisis  dan  aktivis politik malah wartawan berpengalaman   tempatan meramalkan  Pilihan raya Umum ke 14 (PRU14) akan  di adakan  dalam tahun ini (2017). Ramalan ini menimbulkan pelbagai tanggapan malah   masing-masing parti politik  menggerakakan   jentera pilihan raya  parti masing-masing  untuk menghadapi PRU14. 
 
Sehubungan ini BN dilihat menumpukan  perhatian  kepada merapatkan hubungan dan kerjasama  antara parti-parti komponannya.  Manakala, parti-parti pembangkang  pula dilihat masing-masing mengambil langkah untuk menjalin hubungan  dikalangan  parti yang sehaluannya. Parti yang bergabunng  dalam ‘pakatan  harapan’  seperti  DAP,PKR , parti serpihan  PAS,  Amanah Negara dan parti serpihan UMNO,   Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)merangka strategi untuk  bukan sahaja mengekalkan sokogan dikalangan  penyokong setia malah meraih  sokongan tambahan daripada kumpulan  ‘atas  pagar ’ atau middle ground,  yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik secara ekstreme. Mereka dilihat  berpotensi besar  dalam  menentukan  keputusan PRU 14  nanti.  PAS pula tinggal berseorangan disebabkan kegagalan  ‘tahaluf siyasi’ dengan DAP  yang dimeterai pada  tahun  2008  kerana DAP didakwa  menjadi penghalang kepada  PAS meneruskan agenda   memartabatkan ideologi asal penubuhan parti PAS.  

Apa pun, parti politik  pembangkang  kelihatan lebih  ghairah merancang strategi untuk menandatangi perjanjian ‘blok pembangkang’  dalam  memastikan  PRU 14  menjadi  medan taruhan antara  calon BN  dan  calon ‘blok pembangkang’  ataupun  satu lawan satu iaitu pertandingan antara calon mewakili gabungan   parti pembangkang iaitu PKR,DAP,AMANAH dan PPBM lawan calon BN.
  
Keputusan pilihan raya kecil  malah kajian sosial terbaru jelas menunjukkan sokongan untuk BN kian meningkat dan sokongan untuk parti pembangkang  merudum.  Kajian Merdeka Centre tahun lalu menunjukkan hampir 60 peratus rakyat  menerima dan menyokong usaha-usaha kerajaan kepimpinan  Najib. Sokongan  pelbagai kaum pula  meningkat  35 peratus merentasi semua kaum, peningkatan 15 peratus berbanding dengan tahap sokongan pada awal tahun 2016. Dalam  kalangan kaum Melayu pula  penerimaan kepimpinan Najib meningkat kepada 52 peratus iaitu peningkatan  31 peratus . Sokongan kaum Cina pula meningkat  kepada 30 peratus, peningkatan 11 peratus. Dalam kalangan  kaum India pula dilaporkan sokongan meningkat dengan drastik iaitu lebih 60 peratus.

Dengan perkembangan trend ini, sekiranya  BN berjaya mempengaruhi minda hingga 5-10 peratus kumpulan atas pagar ’ di semua kawasan ditandingi,   maka  undi  populariti  BN yang diperoleh pada PRU13   dijangka meningkat dari   48.7  peratus ( 5.220  juta) kepada   lebih tinggi , mungkin 55  peratus iaitu peningkatan 6 peratus, manakala undi populariti gabungan parti pembangkang  pula dijangka merudum dari  51.3 peratus (5.489  juta) kepada 45 peratus dalam PRU14.

Gabungan  parti   pembangkang  mendapat kepercayaan yang begitu besar dan hebat dalam PRU12  kerana pengundi bukan Melayu dikesan menolak calon BN , terutamanya  pengundi India. Namun, selepas enam tahun berlalu,  persekitaran  medan  politik berubah, malah   kelihatan  terbalik apabila  kepercayaan rakyat , terutamanya kaum India diberikan kembali kepada BN.

Mereka  tidak yakin  parti pembangkang mampu memerintah negeri  yang  dimenanginya malah beraggapan  pakatan  pembangkang gagal menepati janji  politik  manifesto pilihan raya  mereka    seperti program bantuan untuk  ibu  tunggal, air percuma, bantuan kepada warga emas dan bantuan  kepada ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah tadika di  Selangor  dan penghapusan toll di  Pulau Pinang. Rakyat di negeri  ditadbir  pakatan pembangkang masih berhadapan  pelbagai masalah seperti  masalah  air  di Selangor dan rumah  mampu milik  di Pulau Pinang. 

Atas semua ini, kumpulan 'pertengahan' atau atas pagar dijangka penentu keputusan PRU14. Parti yang berjaya menawan minda dan pemikikran politik mereka akan menang dalam PRU-14.  Sebagai contoh, kemenangan Narendra  Modi  dalam pilihan raya  India pada tahun 2014 dan kemenangan Donald  Trump pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 2016, malah kemelesetan pengarauh parti memerintah di United Kingdom (UK) dalam pilihan raya baru-baru ini adalah dikatakan ditentukan oleh pengaliran undi atas  pagar.



Friday, June 9, 2017

MIC MASIH GAGAH PERKASA MERAIH SOKONGAN KAUM INDIA


Meskipun MIC kini berusia 71 tahun, ianya masih kuat, gagah dan perkasa memperjuang hak-hak legitimasi kaum India. Sejak ditubuhkann pada tahun 1946, MIC telah menyaksikan   9  presiden parti dan kerajaan kepimpinan enam perdana  menteri. Antara yang memimpin  MIC adalah pengasas MIC  John A.Thivy (1946-47), Sardar Budh Singh(1947-50), K. Ramanathan ( 1950-51), K.L.Devasar    (1951-1955), V.T.Sambanthan (1955-1973),  V. Manickavasagam (1973-79), S.Samy Vellu (1979-2010), G.Palanivel (2010-15) dan kini Dr.S.Subramaniam. Manakala, perdana menteri pula termasuk YTM Tunku Abdul Rahman Alhaj,  Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir Mohamad, Abdullah  Ahmad  Badawi dan  kini Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

MIC telah melalui perjalanan  politik yang berliku-lliku, menempuh pelbagai cabaran ,  rintangan,   dan kekalutan, termasuk  kemelut kepimpinan yang hampir  melumpuhkan MIC. Malah pada satu ketika,  Dr. Ismail Abdul Rahman , Timbalan Perdana menteri,  pernah menyifatkan  MIC “hidup segan mati  tak mau”. 

Namun, MIC  kembali pulih meneruskan perjuanganya selepas  menyelesai  kemelut  yang dihadapi setiap  kali   dengan bijak dan cara tersendiri. MIC yang ditubuhkan  pada tahun 1946, membuat keputusan untuk meyertai Perikatan, parti gabungan UMNO dan MCA,  pada tahun 1954.  Perikatan bukan sahaja menjamin kemenangan  calon-calon MIC malah bersetuju berkonngsi kuasa mentadbir negara ini. Keputusan MIC menyertai Perikatan atau  Gabungan parti UMNO dan MCA pada  ketika  itu, dilihat sebagai satu langkah yang  bijak, strategik malah berpandangan jauh kepimpinan MIC.

MIC  teruskan perjuanganya melalui wadah politik berkongsi kuasa dengan UMNO-MCA . V.T Sambanthan yang  bertanding dan menang di kawasan Parlimen Kinta Utara, mewakili Perikatan,   dilantik sebagai menteri tunggal Kaum India dalam kabinet pertama yang ditubuhkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman. Walaupun Sambanthan  mewakili suara kaum India dalam Kabinet, beliau   didakwa kurang berkesan  menuntut hak-hak legitimasi  kaum India kerana beliau banyak menghabiskan masa dalam penubuhan  koperasi Kebangsaan Pemodalan Tanah Berhad (NFLCS) bagi menangani masalah pekerja ladang. Dengan itu, Sambantan yang menyandang jawatan Presiden MIC selama 18 tahun  undur  bagi  V.Manickavasagam  mengambil alih  kepimpinan  parti  pada 30 Jun 1973.

V.Manickavasagam, selaku presiden  MIC,   menubuhkan koperasi NESA, malah  menghasilkan ‘Pelan Tindakan Blue Print MIC’ untuk membantu  kaum India  menceburi  dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Perdana menteri ketika  itu, Abdul Razak, dilaporkan  masukan beberapa syor  MIC dalam Rancangan Malaysia  Kedua.   

Namun, program NESA tergendala separuh jalan  kerana Manickavasagam   meninggal dunia secara terkejut pada tahun 1979. Dengan itu, syor-syor Blue Print MIC juga  didapati  kurang ditekan dalam  racangan  kerajaan.  Walaupun MIC bergelora  kerana  rebutan  kuasa antara pemimpinn-pemimpin  tertentu  dan  perpaduan  dalam parti berkecai, S.Samy Vellu yang  dilantik sebagai presiden MIC pada tahun 1981 terus  melancar beberapa program pembangunan, seperti Maika Holdings, Koperasi Pekerja Jaya Berhad, Maju Institute of Education & Development dan Kolej Tafe. Maika Holdings yang dilancar dengan modal lebih RM 100 juta pada tahun 1985 adalah hasil dana yang  di kutip dari 66,000 pencarum, kebanyakannya ahli MIC.

Medan politik kaum India juga tidak terlepas daripada kemunculan pelbagai parti serpihan seperti parti ‘Malaysia Democratic Indian Congress  (DMIP) pada tahun 1985, Parti Indian Progressive Front (IPF) pada tahun 1991, parti  ‘Malaysia Indian Democratic United Party’ pada tahun  2007.  Namun,  kemunculan  parti serpihan  tersebut didapati tidak mampu mengoncang kekuatan  MIC, malah  MIC dicatatkan menang 100 peratus dalam  pilihan raya  umum pada tahun 1999,1995 dan  2004.   

Namun,  kaum India yang terpengaruh dengan dakwaan HINDRAF, kononya dasar –dasar yang diamalkan oleh kerajaan sejak tahun 1981 adalah tidak adil   malah kaum India dipinggirkan  dalam arus perdana,  telah  mendorong pengundi India  menolak MIC sekaligus BN dalam pilihan raya tahun 2008 (PRU12).

Namun, suasana politik kini berubah. Kaum India, terutamanya golongan muda yang menyokong pihak pembangkang   pada masa lalu kini beransur-ansur kembali memihak MIC keraa mereka percaya dan  yakin kerajaan  kepimpinan Najib lebih  prihatin  dan ikhlas dalam membangunkan sosio-ekonomi  kaum India. Malah Najib lancer Malaysian Indian Blue Print untuk meningkatkan kualiti hidup kaum India  dalam jangka masa 10 tahun.  Peralihan  sokongan  kaum India kepada MIC dijangka akan mengagalkan    agenda pihak  Pakatan Harapan mengusai putrajaya dalam PRU14.  



PAKATAN HARAPAN DIJANGKA AKAN GAGAL MENGUASAI PUTRAJAYA DALAM PRU14


Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016 yangdiumumkan aru-aru ini menunjukkan  langkah-langkah yang diambil oleh Najib Tun Abdul Razak,  sejak  beliau mengambil alih pentadbiran negara, telah membantu meletakkan Malaysia di landasan ekonomi yang betul, malah prestasinya dilaporkan  lebih baik daripada  dunia. Purata  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dihitungkan bagi tempoh  2010  hingga 2016   berada pada kadar 5.1 peratus atau dua kali ganda daripada purata pertumbuhan ekonomi dunia.

Dalam  pada itu,  laporan terbaru  terhadap hutang dan simpanan negara menunjukkan   bahawa  hutang  negara  adalah  RM 908.7 bilion dan simpanan pula adalah  sebanyak ……..Hutang  negara adalah  didapati  mampu  terurus  kerana  ianya  masih di bawah 55 perastus daripada KDNK, kadar yang munasabah  malah lebih baik berbanding dengan  negara-negara   maju yang  keberhutangannya tinggi iaitu antara  90-130 peratus daripada KDNK negara mereka.

Umumnya,  kerajaan  pinjam atau  berhutang dalam bentuk bon dan sukuk kerana kekurangan hasil kerajaan (defisit  fiskal) untuk  menampung  perbelanjaan opersi negara,  termasuk perbelanjaan membiayai projek-projek pertumbuhan ekonomi  yang menafaatkan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan empangan dan lain-lain. Dalam pada itu, jumlah hutang negara  semasa  didapati   meningkat dua kali ganda daripada sebelumnya bukan kerana pinjaman dan perbelanjaan meningkat, tetapi  kerana   pendefinisian semula hutang negara megikut IMF.

Pada masa yang sama, ada  pihak tertentu  mendakwa kononya Malaysia terjatuh  dua tangga dalam Indeks Persepsi Rasuah pada tahun 2016. Sebenarnya, Malaysia berkongsi dengan  negara Croatia menduduki tangga  55  dengan skor 49, kurang  1 skor sahaja daripada skor tahun 2015. Namun,  Transperancy International (TI)  dalam laporan  Corruption Perception Indeks (CPI) tahun 2016  merekodkan  bahawa kadar persepsi  rasuah Malaysia  adalah  lebih baik daripada kebanyakan  negara –negara maju, temasuk negara-negara ASEAN kecuali Singapura, negara-negara Islam, negara-negara  Kominis dan kapitalis  malah negara-negara yang ditadbir oleh junta atau militari. 

Sebagai bandinganya,  Malaysia berada dalam tangga 55  dengan skor 49   berbanding dengan negara -negara  lain seperti  Indonesia ditangga  90 dengan  skor 37, Filipina di tangga 101 dengan  skor 35, Vietnam ditangga 113 dengan skor 33 . Negara –negara Islam seperti  Pakistan ditangga 116 dengan skor 32, Iran ditangga 131 dengan skor 29, Turki di tangga 75 dengan skor 41,  negara-negara kominis seperti Russia di tangga 131 dengan skor 29, China di tangga 79 dengan skor 40,Korea Utara di tangga 176  dengan skor 8  dan Cuba ditangga 60 dengan skor 47. Malah negara yang ditadbir oleh junta tentera seperti Myanmar berada dalam tangga 136 dengan skor 28.  Negara ekonomi gergasi seperti India  juga didapati berada ditangga 79 dengan skor 40, negara yang dianggap sebagai kuku besi seperti Israel juga didapati  berada ditangga 28 dengan skor 64.

Baru-baru ini siaran media menunjukkan  SPRM meningkatkan penguatkuasaan  pencegahan rasuah terutamanya  dalam sektor awam. Menurut kenyataan  SPRM, seramai  2,329 orang  telah ditahan dalam tahun  2014 hingga 2016  dan  414   orang pada tahun 2017.  Seramai 191 orang atau 46  peratus daripada tangkapan   pada tahun 2017   adalah  terdiri daripada pegawai kerajaan  kategori pengurusan tinggi.  Penangkapan tersebut jelas menunjukkan kerajaan komited mencegah rasuah dalam sektor awam  yang menjadi  fokus kajian   TI .  

Justeru, rakyat  tidak  perlu  kelam –kabut, bimbang dan  gusar  terhadap  kehidupan dan masa depan mereka,  malah perlu   sedar bahawa kerajaan kepimpinan Najib  bukan membuang masa asyik retorik politik seperti  setengah-tengah pihak,  tetapi  bersungguh-sungguh berusaha memperkasakan  ekonomi negara  agar rakyat terus dapat menikmati  kualiti hidup yang  lebih baik. Kejayaan cemerlang program Transformasi Nasional yang  dilaksanakan   lapan tahun kebelakangan   ini  dijangka akan bukan sahaja  meningkatkan  sokongan  rakyat  kepada kepimpinan beliau malah    dijangka akan menyebabkan perjalanan pihak pembangkang menuju ke putrajaya tergelincir  separuh  jalan.  

GST MEMBANTU MENYELAMAT NEGARA, TIDAK WAJAR DIPOLITIKKAN


Dengan tarikh pilihan raya umum ke 14 (PRU14)semakin menghampiri, parti-parti  politik, sama ada parti memerintah atau pembangkang berlumba-lumba untuk merancang strategi politik untuk menawan hati dan minda  rakyat memihak mereka  dalam menjamin kemenangan. Dalam hal ini, YAB Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, yang  hadir  Konvensyen  Kebangsaan JASA 2017 baru-baru ini telah  menyaran  agar  anggota JASA membangkit memperjelaskan kepada rakyat   terhadap dakwaan dan tohmahan yang di timbulkan oleh pihak-pihak tertentu dalam media sosial. Antaranya dakwaan yang mampu mengelirukan rakyat adalah kononnya GST membantu meningkatkan harga barang keperluan asas rakyat.

Pelaksanaan GST atau Sistem Goods & Services Tax (GST) dilaksanakan sejak 1April  2015.  GST  juga membantu kerajaan meluaskan skop kutipan hasil untuk negara,  malah mentransformasikan sistem pengutipan hasil untuk negara agar dapat memperkasakan ekonomi negara dan rakyat.  GST juga bantu kerajaan tidak banyak bergantung  kepada cukai pendapatan yang dikutip  daripada individu atas pendapatan dan daripada syarikat  atas  keuntungan. Kerajaan membuat keputusan untuk amalkan GST Sebagai langkah untuk meluaskan skop kutipan hasil untuk negara, seperti diamalkan oleh  lebih 160 buah negara,  termasuk negara-negara maju seperti Denmark, Poland, Japan, Australia, New Zealand dan United Kingdom. Kadar cukai  GST semasa di beberapa negara adalah dilaporkan antara  7   hingga 40 peratus. Sebagai contoh, tujuh  peratus di Thailand dan Singapura,  17 peratus di China,  21 peratus di Netherlands,  20 peratus di UK, 25 peratus di Swedan, 27 peratus di Hungary, 40 peratus di Gambia.  

Negara yang paling awal melaksanakan GST ialah France pada tahun 1954. Negara yang paling awal laksanakan  GST di ASEAN adalah Indonesia,  iaitu  pada 1984.  Singapura pula  pada tahun 1994. Kini tujuh  negara ASEAN telah pun melaksanakan GST.   Baru-baru ini, India, sebuah negara yang dianggap sebagai bapa demokrasi, yang mempunyai jumlah penduduk 1.3 bilion (negara kedua terbesar penduduknya) yang dipimpin oleh Narendra Modi, Perdana Menteri yang  menang besar dalam  pilihan raya umum negara tersebut, malah popular dikalangan rakyat India, dilaporkan buat pengumuman   bahawa India akan melaksanakan GST mulai bulan Julai 2017. GST di India dilaporkan akan berteraskan kepada empat kadar cukai  iaitu daripada 5 peratus hingga 28 peratus. Bahan –bahan  makanan utama harian rakyat India  seperti dal dan   rempah  dilaporkan  akan dikenakan   cukai   5 peratus, makanan yang telah diproses 12 peratus, barang-keperluan harian  seperti sabun , telepon bimbit dan sebagainya  18 peratus dan lain-lain barangan yang digolongkan sebagai barangan tahan lama (durable goods) dikenakan cukai  sebanyak 28 peratus. Apakah Modi, seorang pemimpin yang dapat sokongan hebat daripada rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah,  berani amal  GST sekiranya GST  menyusahkan rakyat  seperti didakwa oleh setengah pihak di Malaysia?

Walaupun  cukai bagi barang-barang keperluan asas  dikecualikan GST  di Malysia  dan hanya  beberapa  barangan  makanan  tertentu yang telah  diproses, seperti sardin dan  barangan mewah sahaja dikenakan  GST  pada  kadar 6 peratus,  kadar cukai  yang paling rendah di dunia, masih juga pengkritik GST asyik   mengadu domba menimbulkan persepsi dikalangan rakyat kononnya GST meningkatkan harga barangan keperluan harian dan sekaligus menyusahkan rakyat. Dakwaan pihak pengkritik ini adalah tidak berasas malah tidak benar kerana  sebahagian besar barangan  dan perkhidmatan termasuk makanan asas dan   keperluan harian  dikecualikan cukai GST di Malaysia, termasuk semua jenis gula, sayur-sayuran, semua jenis daging, rempah ratus, cili, cili kering,  kacang dal, minyak masak, serbok kopi, garam, susu bayi, buku bacaan dan lain-lain bahan makanan yang jual dipasar dan pasaraya. Malah , lebih 4115 jenis  ubat-ubatan,120 jenis peralatan perubatan termasuk peralatan dialysis, semua jenis  alat  tulis, pengangkutan awam dan beberapa perkhidmatan  seperti toll dan  kemudahan pengangkutan awam juga dikecualikan daripada GST.

Sebenarnya kenaikan harga barang-barang pada ketika ini adalah  lebih  bersangkutan dengan faktor ekonomi ‘permintaan’ dan ‘penawaran’ dan bukan pada GST seperti didakwa oleh setengah pihak. Harga barang meningkat kerana keperluan meningkat akibat bertambahan penduduk dan tawaran pula  semakin kurang kerana perubahan dalam cuaca, disertai dengan peningkatan dalam kos pengeluaran. Maka timbulah  fenomena kenaikan harga barang.

Pelaksanaan GST telah membantu  Malaysia memperkasakan ekonomi negara dalam suasana kejatuhan harga minyak dan komoditi yang menjadi sumber utama hasil negara. Malah , GST  membantu  mengurangkan  fiskal  negara  daripada  6.7 peratus (2009)  kepada 3.1 peratus (2016). Seandainya kerajaan  kepimpinan Najib tidak melaksanakan GST pada tahun 2015,   kerana bimbang terhakisnya populariti politik, maka  sudah  pasti  kini kerajaan tidak mampu menampung  perbelanjaan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan pengangkutan  awam dan lain-lain kemudahan ekonomi dan sosial   dalam  menjamin  rakyat terus menikmati kehidupan yang  selesa, aman  dan sejahtera.


Justeru, bersandarkan  Laporan Program Transformasi Negara (NTP) 2016, rakyat perlu yakin bahawa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan kepimpinan Najib, termasuk GST, telah membantu meletakkan Malaysia dalam landasan ekonomi yang betul dalam persekitaran ekonomi global yang tidak stabil,malah     membuktikan  segala  dakwaan  pihak pengkritik  kononya Malaysia  akan  bersungkur muflis dan bankrap adalah  tidak benar malah satu pembohongan bermotif politik.  

SARAWAK REPORT MENGELIRUKAN RAKYAT MALAYSIA MALAH TIDAK MASUK AKAL

Siaran laman sesawang Sarawak Report baru-baru ini yang mendakwa Najib membayar RM 9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah  menjadi perbualan dikalangan aktivis  politik malah menjadi berita utama dalam media sosial pro-pembangkang. Menurut bekas Ketua Polis  Negara, Tan Sri Musa Hassan,  adalah mustahil bagi  akaun  yang ditutup pada Ogos 2013  boleh  membuat pengaliran wang  keluar pada September 2013dan 17 Februari 2014 seperti didakwa oleh Sarawak  Report.   Manakala, Raja Petra Kamarudin, dalam blognya  “No Holds Barred”, bertarikh 7 Jun 2017, mendakwa  Sarawak  Report sengaja  membuat tuduhan  liar     untuk membantu kes  Anwar Ibrahim, yang dijangka memfailkan kes  bagi melepaskan  beliau daripada tahanan. Anwar dijangka gunakan laporan ini  sebagai bukti untuk menimbulkan keraguan terhadap keputusan Mahkamah  Rayuan   mengekalkan  hukuman penjara  kepada Anwar pada 7 Mac 2014.  Menurut peguam Anwar, Mahkamah didakwa  bertindak bertentangan  dengan Artikel  5 (1) Perlembagaan Persekutuan. Menurut Artikel 5 (1),  Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.  Persoalanya, apakah  mahkamah  tidak  beri peluang dan ruang bagi  Anwar  mempertahankan  diri  atau membela diri  daripada  mensabitkan  kesalahan?

Pada masa yang sama,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS juga dilaporkan mengheret pengarang Sarawak Report,  Clare Brown dan Sarawak Report ke mahkamah London kerana   Sarawak Reports  menyiar   tuduhan  liar  kononnnya Abdul Hadi Awang menerima wang ringgit  daripada Najib untuk  bertolak ansur atau  compromise  dengan Najib. Apakah ini satu tipu helah  untuk menjatuhkan imej PAS yang kebelakangan  ini kelihatan lebih dekat dengan Najib atas dasar perpaduan  ummah .

Sehubungan ini, rakyat Malaysia, terutamanya kaum India sedia maklum bahawa Anwar dijatuhkan hukuman kerana mahkamah mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut undang-undang  negara  yang  sedia ada dan bukan   kerana pendakwa raya, Shaffe Abdullah. Shafee Abdulah hanya menjalankan tugas sebagai pendakwa raya  dilantik oleh Peguam Negara ,Abdul Gani Patail pada 11 Julai 2013.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia juga tahu, Clare Brown   biasa berkerjasama dengan pemimpin-pemimpin utama  PKR di Sabah menjelang pilihan raya Negeri Sarawak tahun 2011 untuk menjatuhkan kerajaan kepimpinan ketua Menteri Sabah , (Tun Pehin  Sri)  Haji Abdul Taib bin Mahmud , dengan  menyiar  dakwaan  yang tidak berasas kononya Taib  mempunyai kekayaan luar biasa melalui  menggondol hutan di Sarawak atau   pembalakan yang berleluasa di Sarawak, untuk menimbulkan persepsi agar rakyat Sarawak membenci dan menolak Taib. Namun  keputusan pilihan raya   negeri menunjukkan rakyat Sarawak tidak mudah dibohongi. Parti yang dipimpin oleh Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPBB) ,  mencatkan  kemenangan  100 peratus iaitu  semua calon yang bertanding mewakili  PPBB,  35 calon,  menang dan membuktikan  rakyat  Sarawak menolak dakwaan Sarawak  Report. Malah BN yang dipimpin oleh Taib menang 55 kerusi daripada 71 kerusi dan mengekalkan  2/3 kerusi  dalam Dewan  Undangan Negeri Sarawak(DUN). 

Malah, akhbar  ‘The  Telegraph’ di  London pernah dakwa pada tahun 2009  bahawa   suami  Clare ,  Andrew Brown,  pernah dibayar  duit  kerajaan  untuk  ‘perkhidmatan  cuci’ dari  akaun peruntukan parlimen abangnya, James Golden Brown, perdana menteri  United Kingdom . Pendedahan  Telegrah itu dikenali sebagai ‘Expenses Scandal May 2009’  dikatakan menyebabkan Golden Brown  undur daripada politik kerana siaran tersebut  telah menimbulkan  persepsi negatif  terhadap integriti Golden Brown.  


Justeru, rakyat Malaysia yang celik undang-undang  dan mengikuti perkembangan politik semasa  dunia akan sedar bahawa laporan Sarawak Report,  pemilikan  Clare  Rewcastle Brown,  terang-terang bertindak memihak  pembangkang dalam menjatuhkan imej kepimpinan negara. Rakyat Malaysia  juga   sedar dan beranggapan bahawa pihak pembangkang  kini terdesak menggunakan  pelbagai teknik propaganda, termasuk teknik  ‘big lie’ atau pembohongan besar, malah sumber luar negara  dalam mengelirukan  rakyat   bagi  mencapai agenda  politik   mereka.