Laporan Tahunan
Program Transformasi Negara (NTP) 2016 yangdiumumkan aru-aru ini menunjukkan langkah-langkah yang diambil oleh Najib Tun
Abdul Razak, sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara,
telah membantu meletakkan Malaysia di landasan ekonomi yang betul, malah
prestasinya dilaporkan lebih baik
daripada dunia. Purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang
dihitungkan bagi tempoh 2010 hingga 2016
berada pada kadar 5.1 peratus
atau dua kali ganda daripada purata pertumbuhan ekonomi dunia.
Dalam pada itu,
laporan terbaru terhadap hutang
dan simpanan negara menunjukkan bahawa
hutang negara
adalah RM 908.7 bilion dan
simpanan pula adalah sebanyak
……..Hutang negara adalah didapati
mampu terurus kerana
ianya masih di bawah 55 perastus
daripada KDNK, kadar yang munasabah malah lebih baik berbanding dengan negara-negara
maju yang keberhutangannya tinggi iaitu antara 90-130 peratus daripada KDNK negara mereka.
Umumnya, kerajaan
pinjam atau berhutang dalam bentuk
bon dan sukuk kerana kekurangan hasil kerajaan (defisit fiskal) untuk
menampung perbelanjaan opersi negara, termasuk perbelanjaan membiayai projek-projek pertumbuhan ekonomi yang menafaatkan rakyat seperti pembinaan
sekolah, hospital, jalan raya dan empangan dan lain-lain. Dalam pada itu, jumlah
hutang negara semasa didapati
meningkat dua kali ganda daripada sebelumnya bukan kerana pinjaman dan
perbelanjaan meningkat, tetapi kerana
pendefinisian semula hutang negara megikut IMF.
Pada masa yang
sama, ada pihak tertentu mendakwa kononya Malaysia terjatuh dua tangga dalam Indeks Persepsi Rasuah pada
tahun 2016. Sebenarnya, Malaysia berkongsi dengan negara Croatia menduduki tangga 55
dengan skor 49, kurang 1 skor
sahaja daripada skor tahun 2015. Namun, Transperancy International (TI) dalam laporan Corruption
Perception Indeks (CPI) tahun 2016
merekodkan bahawa kadar persepsi rasuah Malaysia adalah
lebih baik daripada kebanyakan
negara –negara maju, temasuk negara-negara ASEAN kecuali Singapura,
negara-negara Islam, negara-negara
Kominis dan kapitalis malah
negara-negara yang ditadbir oleh junta atau militari.
Sebagai bandinganya,
Malaysia berada
dalam tangga 55 dengan skor 49 berbanding dengan negara -negara lain seperti Indonesia ditangga 90 dengan skor 37, Filipina di tangga 101 dengan skor 35, Vietnam ditangga 113 dengan skor 33 .
Negara –negara Islam seperti Pakistan
ditangga 116 dengan skor 32, Iran ditangga 131 dengan skor 29, Turki di tangga 75
dengan skor 41, negara-negara kominis
seperti Russia di tangga 131 dengan skor 29, China di tangga 79 dengan skor 40,Korea
Utara di tangga 176 dengan skor 8 dan Cuba ditangga 60 dengan skor 47. Malah
negara yang ditadbir oleh junta tentera seperti Myanmar berada dalam tangga 136
dengan skor 28. Negara ekonomi gergasi
seperti India juga didapati berada
ditangga 79 dengan skor 40, negara yang dianggap sebagai kuku besi seperti
Israel juga didapati berada ditangga 28
dengan skor 64.
Baru-baru ini
siaran media menunjukkan SPRM meningkatkan
penguatkuasaan pencegahan rasuah terutamanya dalam sektor awam. Menurut kenyataan SPRM, seramai
2,329 orang telah ditahan dalam
tahun 2014 hingga 2016 dan 414
orang pada tahun 2017. Seramai 191 orang atau 46 peratus daripada tangkapan pada
tahun 2017 adalah terdiri daripada pegawai kerajaan kategori pengurusan tinggi. Penangkapan tersebut jelas menunjukkan kerajaan
komited mencegah rasuah dalam sektor awam
yang menjadi fokus kajian TI .
Justeru, rakyat tidak perlu kelam –kabut, bimbang dan gusar
terhadap kehidupan dan masa depan
mereka, malah perlu sedar
bahawa kerajaan kepimpinan Najib bukan membuang
masa asyik retorik politik seperti
setengah-tengah pihak,
tetapi bersungguh-sungguh
berusaha memperkasakan ekonomi
negara agar rakyat terus dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Kejayaan cemerlang program
Transformasi Nasional yang
dilaksanakan lapan tahun
kebelakangan ini dijangka
akan bukan sahaja meningkatkan sokongan
rakyat kepada kepimpinan beliau
malah dijangka akan menyebabkan
perjalanan pihak pembangkang menuju ke putrajaya tergelincir
separuh jalan.
No comments:
Post a Comment