Friday, June 9, 2017

SARAWAK REPORT MENGELIRUKAN RAKYAT MALAYSIA MALAH TIDAK MASUK AKAL

Siaran laman sesawang Sarawak Report baru-baru ini yang mendakwa Najib membayar RM 9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah  menjadi perbualan dikalangan aktivis  politik malah menjadi berita utama dalam media sosial pro-pembangkang. Menurut bekas Ketua Polis  Negara, Tan Sri Musa Hassan,  adalah mustahil bagi  akaun  yang ditutup pada Ogos 2013  boleh  membuat pengaliran wang  keluar pada September 2013dan 17 Februari 2014 seperti didakwa oleh Sarawak  Report.   Manakala, Raja Petra Kamarudin, dalam blognya  “No Holds Barred”, bertarikh 7 Jun 2017, mendakwa  Sarawak  Report sengaja  membuat tuduhan  liar     untuk membantu kes  Anwar Ibrahim, yang dijangka memfailkan kes  bagi melepaskan  beliau daripada tahanan. Anwar dijangka gunakan laporan ini  sebagai bukti untuk menimbulkan keraguan terhadap keputusan Mahkamah  Rayuan   mengekalkan  hukuman penjara  kepada Anwar pada 7 Mac 2014.  Menurut peguam Anwar, Mahkamah didakwa  bertindak bertentangan  dengan Artikel  5 (1) Perlembagaan Persekutuan. Menurut Artikel 5 (1),  Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.  Persoalanya, apakah  mahkamah  tidak  beri peluang dan ruang bagi  Anwar  mempertahankan  diri  atau membela diri  daripada  mensabitkan  kesalahan?

Pada masa yang sama,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS juga dilaporkan mengheret pengarang Sarawak Report,  Clare Brown dan Sarawak Report ke mahkamah London kerana   Sarawak Reports  menyiar   tuduhan  liar  kononnnya Abdul Hadi Awang menerima wang ringgit  daripada Najib untuk  bertolak ansur atau  compromise  dengan Najib. Apakah ini satu tipu helah  untuk menjatuhkan imej PAS yang kebelakangan  ini kelihatan lebih dekat dengan Najib atas dasar perpaduan  ummah .

Sehubungan ini, rakyat Malaysia, terutamanya kaum India sedia maklum bahawa Anwar dijatuhkan hukuman kerana mahkamah mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut undang-undang  negara  yang  sedia ada dan bukan   kerana pendakwa raya, Shaffe Abdullah. Shafee Abdulah hanya menjalankan tugas sebagai pendakwa raya  dilantik oleh Peguam Negara ,Abdul Gani Patail pada 11 Julai 2013.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia juga tahu, Clare Brown   biasa berkerjasama dengan pemimpin-pemimpin utama  PKR di Sabah menjelang pilihan raya Negeri Sarawak tahun 2011 untuk menjatuhkan kerajaan kepimpinan ketua Menteri Sabah , (Tun Pehin  Sri)  Haji Abdul Taib bin Mahmud , dengan  menyiar  dakwaan  yang tidak berasas kononya Taib  mempunyai kekayaan luar biasa melalui  menggondol hutan di Sarawak atau   pembalakan yang berleluasa di Sarawak, untuk menimbulkan persepsi agar rakyat Sarawak membenci dan menolak Taib. Namun  keputusan pilihan raya   negeri menunjukkan rakyat Sarawak tidak mudah dibohongi. Parti yang dipimpin oleh Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPBB) ,  mencatkan  kemenangan  100 peratus iaitu  semua calon yang bertanding mewakili  PPBB,  35 calon,  menang dan membuktikan  rakyat  Sarawak menolak dakwaan Sarawak  Report. Malah BN yang dipimpin oleh Taib menang 55 kerusi daripada 71 kerusi dan mengekalkan  2/3 kerusi  dalam Dewan  Undangan Negeri Sarawak(DUN). 

Malah, akhbar  ‘The  Telegraph’ di  London pernah dakwa pada tahun 2009  bahawa   suami  Clare ,  Andrew Brown,  pernah dibayar  duit  kerajaan  untuk  ‘perkhidmatan  cuci’ dari  akaun peruntukan parlimen abangnya, James Golden Brown, perdana menteri  United Kingdom . Pendedahan  Telegrah itu dikenali sebagai ‘Expenses Scandal May 2009’  dikatakan menyebabkan Golden Brown  undur daripada politik kerana siaran tersebut  telah menimbulkan  persepsi negatif  terhadap integriti Golden Brown.  


Justeru, rakyat Malaysia yang celik undang-undang  dan mengikuti perkembangan politik semasa  dunia akan sedar bahawa laporan Sarawak Report,  pemilikan  Clare  Rewcastle Brown,  terang-terang bertindak memihak  pembangkang dalam menjatuhkan imej kepimpinan negara. Rakyat Malaysia  juga   sedar dan beranggapan bahawa pihak pembangkang  kini terdesak menggunakan  pelbagai teknik propaganda, termasuk teknik  ‘big lie’ atau pembohongan besar, malah sumber luar negara  dalam mengelirukan  rakyat   bagi  mencapai agenda  politik   mereka. 

No comments: