Dengan tarikh
pilihan raya umum ke 14 (PRU14)semakin menghampiri, parti-parti politik, sama ada parti memerintah atau
pembangkang berlumba-lumba untuk merancang strategi politik untuk menawan hati
dan minda rakyat memihak mereka dalam menjamin kemenangan. Dalam hal ini, YAB
Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, yang hadir Konvensyen
Kebangsaan JASA 2017 baru-baru ini telah
menyaran agar anggota JASA membangkit memperjelaskan kepada
rakyat terhadap dakwaan dan tohmahan yang di timbulkan
oleh pihak-pihak tertentu dalam media sosial. Antaranya dakwaan yang mampu
mengelirukan rakyat adalah kononnya GST membantu meningkatkan harga barang
keperluan asas rakyat.
Pelaksanaan GST
atau Sistem Goods & Services Tax (GST) dilaksanakan sejak 1April 2015. GST
juga membantu kerajaan meluaskan skop kutipan hasil untuk negara, malah mentransformasikan sistem pengutipan
hasil untuk negara agar dapat memperkasakan ekonomi negara dan rakyat. GST juga bantu kerajaan tidak banyak bergantung kepada cukai pendapatan yang dikutip daripada individu atas pendapatan dan daripada syarikat
atas
keuntungan. Kerajaan membuat keputusan
untuk amalkan GST Sebagai langkah untuk meluaskan skop kutipan hasil untuk
negara, seperti diamalkan oleh lebih 160
buah negara, termasuk negara-negara maju
seperti Denmark, Poland, Japan, Australia, New Zealand dan United Kingdom. Kadar
cukai GST semasa di beberapa negara
adalah dilaporkan antara 7 hingga 40 peratus. Sebagai contoh, tujuh peratus di Thailand dan Singapura, 17 peratus di China, 21 peratus di Netherlands, 20 peratus di UK,
25 peratus di Swedan, 27 peratus di Hungary, 40 peratus di Gambia.
Walaupun cukai bagi barang-barang keperluan asas dikecualikan GST di
Malysia dan hanya beberapa barangan
makanan tertentu yang telah diproses, seperti sardin dan barangan mewah sahaja dikenakan GST
pada kadar 6 peratus, kadar cukai
yang paling rendah di dunia, masih juga pengkritik GST asyik mengadu domba menimbulkan
persepsi dikalangan rakyat kononnya GST meningkatkan harga barangan keperluan
harian dan sekaligus menyusahkan rakyat. Dakwaan pihak pengkritik ini adalah
tidak berasas malah tidak benar kerana sebahagian besar barangan dan perkhidmatan termasuk makanan asas dan keperluan
harian dikecualikan cukai GST di
Malaysia, termasuk semua jenis gula, sayur-sayuran, semua jenis daging, rempah
ratus, cili, cili kering, kacang dal,
minyak masak, serbok kopi, garam, susu bayi, buku bacaan dan lain-lain bahan
makanan yang jual dipasar dan pasaraya. Malah , lebih 4115 jenis ubat-ubatan,120 jenis peralatan perubatan
termasuk peralatan dialysis, semua jenis
alat tulis, pengangkutan awam dan
beberapa perkhidmatan seperti toll
dan kemudahan pengangkutan awam juga
dikecualikan daripada GST.
Sebenarnya kenaikan harga barang-barang
pada ketika ini adalah lebih bersangkutan dengan faktor ekonomi ‘permintaan’ dan ‘penawaran’ dan bukan pada
GST seperti didakwa oleh setengah pihak. Harga barang meningkat kerana keperluan meningkat akibat bertambahan
penduduk dan tawaran pula semakin kurang
kerana perubahan dalam cuaca, disertai dengan peningkatan dalam kos pengeluaran.
Maka timbulah fenomena kenaikan harga
barang.
Pelaksanaan GST
telah membantu Malaysia memperkasakan
ekonomi negara dalam suasana kejatuhan harga minyak dan komoditi yang menjadi
sumber utama hasil negara. Malah , GST membantu
mengurangkan fiskal negara
daripada 6.7 peratus (2009) kepada 3.1 peratus (2016). Seandainya
kerajaan kepimpinan Najib tidak melaksanakan
GST pada tahun 2015, kerana bimbang
terhakisnya populariti politik, maka sudah
pasti kini kerajaan tidak mampu
menampung perbelanjaan untuk menyediakan
perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam dan lain-lain kemudahan ekonomi dan
sosial dalam
menjamin rakyat terus menikmati kehidupan yang selesa, aman
dan sejahtera.
Justeru, bersandarkan Laporan Program Transformasi Negara (NTP) 2016,
rakyat perlu yakin bahawa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan kepimpinan
Najib, termasuk GST, telah membantu meletakkan Malaysia dalam landasan ekonomi
yang betul dalam persekitaran ekonomi global yang tidak stabil,malah membuktikan
segala dakwaan pihak pengkritik kononya Malaysia akan
bersungkur muflis dan bankrap adalah
tidak benar malah satu pembohongan bermotif politik.
No comments:
Post a Comment