Sunday, October 11, 2015

RAKYAT BERTANGGUNGJAWAB BERSAMA DALAM MEMULIHKAN KEYAKINAN DAN MEMBENDUNG SPEKULASI


Rakyat Malaysia saban hari dihujani dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan kononya Malaysia kini menuju kearah kemelesatan ekonomi  malah  bakal disenaraikan sebagai sebuah negara bankrap,munkin dalam masa 100 hari lagi mulai sekarang kerana rizab Bank Negara  semakin berkurangan dan rizab semasa adalah hanya RM 101 bilion, manakala hutang negara kian melambung meningkat mencecah RM 847 bilion atau hampir 64 % daripada KDNK, satu paras  bahaya bagi sebuah negara yang banyak bergantung kepada ekonomi luar. Mereka juga meramal bahawa pasaran saham (KLSE)  akan jatuh menjuman tidak lama lagi.Malah, menurut nujuman mereka ,mata wang Malaysia akan terus menyusut ke kadar RM4.50-5.00 bagi 1 USD menjelang bulan September 2015. Mereka mendakwa Malaysia bakal menenui kejatuhan ekonomi kerana nilai ringgit kian menyusut. Menurut hujah-hujah mereka, masalah penyusutan nilai ringgit  yang dihadapai oleh Malaysia  adalah disebabkan oleh faktor orang luar tidak percaya dan yakin terhadap kerajaan semasa yang menganggap sebagai sebuah negara yang paling korup atau negara  nombor 1  berasuah dalam dunia, pemimpin   dan institusi-institusi kerajaan menyalah guna kuasa dan tidak telus dalam pengurusan kerajaan (governance).Mereka menunjukkan jari telunjuk mereka kearah intergriti dan kredibiliti  pemimpin  kerajaan semasa sebagai punca yang menyebabkan masalah kejatuhan nilai mata wang Malaysia! Apa kah benar dakwaan mereka ini?Apakah  dakwaan mereka itu tidak mengambarkan fakta sebenar tetapi lebih merupakan satu ‘skrip’  dakyah bermotif politik untuk  menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan semasa?

Penyusutan nila mata wang adalah dilihat sebagai   satu gejala global yang landa pada masa kini dimana sebahagian besar negara di Eropah, Latin Amerika dan Asia  turut merasainya. Gejala kemerosotan nilai mata wang  adalah dikatakan disebabkan oleh  peningkatan nilai dolar US dalam pasaran dunia. Peningkatan nilai dolar memberi kesan kepada mata wang negara lain kerana transaksi business di peringkat antarabangsa adalah bersandarkan dolar US. Malaysia, sebagai sebuah negara yang bersandarkan dolar US tidak dapat dikecualikan daripada impak fenomena global ini. Namun, ringgit Malaysia dikesan hanya mengalami penyusutan 24 % berbanding dengan dolar US sejak mulanya penyusutan nilai ringgit pada awal tahun ini. Manakala mata wang negara-negara lain seperti Russia dikesan  lebih teruk daripada ringgit Malaysia. Mata wang Russia menyusut 52 %, Colombia 41 %, Brazil 37 %,Turki 28 %, Norway 25 %, Mexico 24 %,Australia 24 %, South Africa 19 %, Sweden 19 %, Canada 19 %,Indonesia 16 %, Japan 15 %, Singapore 12 %, India 10 %,Thailand 10 %, Taiwan 9 %,United Kingdom (UK) 8 %, Switzerland 5 % dan Cina 3 %. Penganalisaan tersebut ini jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar negara dalam dunia menghadapi masalah penyusutan nilai mata wang negara mereka dan perbezaan antara negara-negara tersebut adalah pada kadar penyusutannya. Malaysia dikesan terlepas daripada kerugian besar berbanding dengan beberapa negara besar yang lebih maju seperti Russia, Turki ,Norway dan lain-lain.

Persoalanya, apakah benar dakwaan bahawa penyusutan nilai ringgit Malaysia adalah disebabkan oleh faktor orang luar menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang paling berasuah dan tingginya kadar hutang negara? Apakah negara –negara yang dianggap bersih daripada gejala rasuh terlepas daripada masalah penyusutan nilai mata wang negara mereka? Apakah negara-negara yang tingginya kadar hutang negara terlepas terhimpit oleh masalah penyusutan nilai mata wang negara mereka?  Menurut Laporan Bank Dunia, negara-negara  yang duduk dalam tangga teratas dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah atau CPI (Coruption Perceception Indeks) yang disediakan oleh Tranparency International juga turut mengalami masalah penyusutan nilai mata wang negara mereka.

Tranparency International telah mengkaji 175 buah negara  dan meletakkan Malaysia ditangga 50 dengan skor 52 (Skor: Mata 100- tidak berasuah, mata 0- berasuah) .Negara Somalia adalah adalah diletak pada tangga dibawah sekali iaitu negara yang dianggap paling rasuah dengan skor 8 mata. Namun, negara-negara yang terletak di tangga atas dalam Indeks CPI sebagai negara yang bersih dan kurang rasuah juga didapati tidak lepas daripada dilanda gejala penyusutan nilai mata wang negara mereka berbanding dengan dolar US. Singapura, negara jiran kita yang duduk dalam tangga ke 7 dalam CPI juga tidak terlepas daripada kemerosotan nilai mata wangnya berbanding dengan dolar US.

Berhubung dengan kemerosotan prestasi pasaran saham Malaysia (KLSE) pula adalah didapati semua pasaran saham Asia dan Cina turut  merosot kebelakangan ini. Nilai mata wang negara-negara Asian dan Cina hanya merosot dalam lingkungan 3-16 %. Malah negara yang direkodkan tinggi hutangnya didapati tidak banyak terlepas daripada masalah penyusutan nilai mata wang negara mereka. Sebagai contoh, Negara Japan , hutang dalam negara adalah 200 % dan hutang luar negara lebih 45%  daripada KDNK, hutang luar negara USA  adalah lebih 103 % , hutang luar negara Sepanyol sudah mencecah 80 % daripada KDNK, hutang UK dalah 390 % daripada KDNK, Belanda 344 %, Belgium 266 % dan  Turki 40 %. Apakah negara-negara tersebut yang peratusan hutang negara lebih tinggi daripada Malaysia, adakalanya 2-6 kali ganda lebih tinggi daripada Malaysia merupakan bakal bankrap? Tidak ada negara yang berjaya membangun negara mereka tanpa hutang. Hutang adalah diperlukan, sekiranya hasil negara tidak mencukupi,  untuk menampung perbelanjaan pembangunan dan kebajikan rakyat negara masing-masing. Malaysia tidak terkecuali dari amalan meminjam untuk mengurus pembangunan dan kebajikan rakyat. Malaysia didapati amat cekap dalam mengurus hutang negara supaya hutangnya tidak mencecah had yang selesa dan selamat,  selaras dengan KDNK. Hutang semasa  kerajaan pusat adalah RM 582 bilion atau 54.5 % daripada GDP dan peningktan yang drastik dalam jumlah hutang negara adalah bukan disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah pinjaman  pihak kerajaan persekutuan tetapi adalah pinjaman oleh orang asing untuk membeli bon Malaysia. Statistik Bank Negara Malaysia menunjukkan  dua pertiga jumlah hutang negara adalah akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia yang kini di  takrifkan sebagai hutang negara.

Kegelisahan rakyat terhadap isu semakin hari semakin menyusut nilai ringgit berbanding dengan dolar US, malah nilai ringgit tidak mencerminkan asas-asas ekonopmi Malaysia, maka kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) sebagai satu langkah yang proaktif, responsif dan tegas  untuk menimbang dan mencadang kepada kerajaan langkah-langkah segera bagi terus mengkuhkan asas-asas ekonomi , termasuk langkah-langkah untuk menangani dan mengurangkan sebarang impak penyusutan ringgit  kepada ekonomi sebenar negara . Langkah ini diharapkan akan membantu melindungi kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah dalam mengahadapi fenomena penyusutan nilai ringgit. Dalam pada itu, kerajaan juga telah membuat keputusan bahawa Malaysia tidak akan melaksanakan tambatan ringgit kepada dolar US dan mengenakan kawalam modal seperti dilakukan pada waktu Malaysia menghadapi krisis kewangan Asia pada tahun 1998.

Pada hemat saya, walaupun kerajaan  telah menubuhkan JKE yang disertai oleh tokoh-tokoh ekonomi yang berpengalaman daripada pelbagai sektor untuk menimbang dan mencadang langkah-langkah untuk mengukuhkan eknomi sekali gus membantu rakyat, peranan pelbagai kumpulan masyarakat  juga penting dalam menjayakan hasrat kerajaan dalam menubuhkan JKE. Rakyat perlu menolak budaya mendengar, mempercayai dan menyebar  tohmahan dan fitnah yang tidak berasas terhadap ekonomi negara. Pemikiran politik yang mampu mengancurkan ekonomi negara, seperti  melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang boleh menjejaskan imej sekali gus merosotkan keyakinan orang luar terhadap negara kita harus ditepikan kerana persepsi negatif orang luar terhadap kerajaan boleh menyumbang kepada  penerusan masalah  kemerosotan nilai ringgit Malaysia. Rakyat yang berfikiran waras dan pandangan jauh, yang lebih mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, harus melihat isu penyusutan ringgit Malaysia dalam perspektif yang lebih luas, termasuk peranan kerajaan dan rakyat. Gabungan usaha kerajaan dan rakyat secara sepada mampu  mengahadpi gejala penyusutan nilai ringgit secara berterusan.  





APAKAH MIC MAMPU MERAIH SOKONGAN KAUM INDIA MEMPERTAHANKAN KERAJAAN BN DALAM PRU14?


Akhir-akhir ini rata-rata orang  bertanya sama ada Barisan Nasional (BN) boleh bertahan daripada serangan hebat pembangkang dan menang pilihan raya ke 14 (PRU14) dengan gemilang? Malah ada pemimpin tertinggi UMNO   menyangkal BN mampu menang malah menzahirkan perasaan kebimbangan kononya BN akan menemui kekalahan dalam PRU14 sekiranya isu 1MDB yang  menarik perhatian rakyat tidak diurus dengan baik. Perhimpunan haram Bersih 4.0 yang terlangsung baru-baru ini di KualaLumpur yang  dilaporkan 90 % hadirinya terdiri daripada kaum Cina jelas menunjukkan pengundi Cina akan tetap  mencondong  memihak pembangkang, manakala pengundi Melayu pula tidak pasti sama ada mereka akan bersama BN atau tidak kerana UMNO juga turut bergolak akibat timbalan presiden UMNO gugur daripada kabinet. Persoalanya, bagaimana pula sokongan pengundi India terhadap kerajaan BN ketika ini, satu kumpulan pengundi yang terbukti berpotensi menentukan menangh-kalah BN?  
Prestasi BN dalam PRU12  jelas menunjukkan betapa mudahnya sokongan pengundi India terhadap MIC sekaligus BN boleh terhakis. MIC hampir tersungkur dalam PRU12  kerana hampir 60% pengundi India mengalih menyokong pembangkang. Prestasi MIC pada PRU12 adalah merupakan prestasi yang  paling buruk dalam sejarah MIC. Komuniti India yag secara umumnya  bersifat emotional dikesan merajuk dengan BN secara amnya dan UMNO secara khususnya kerana beberapa insiden yang mengguris hati mereka termasuk robohan sebuah kuil Hindu di Shah Alam,Selangor. Perhimpunan HINDRAF yang berlangsung di Kuala Lumpur pada akhir tahun 2007, untuk menzakirkan perasaan tidak puas hati komuniti India terhadap kerajaan BN, yang disertai oleh hampir 50,000 orang India, telah  mempengaruhi pemikiran politik pengundi India menolak BN dalam PRU12 malah menukar corak landskap politik Malaysia. Penganalisis politik juga didapati gagal mentafsir ‘mood’ pengundi India menjelang PRU12. MIC yang mencatatkan rekod menang 100 % berturut-turut sejak tahun 1982 telah  menemui kekalahan luar jangka dalam PRU12.  Semua pemimpin utama MIC, termasuk presiden ,timbalan Presiden ,dua naib presiden, ketua Wanita, ketua pemuda dan  beberapa ahli jawatankuasa tertinggi  kalah dengan majoriti besar. MIC hanya memenangi 3 kerusi Parlimen daripada 9 kerusi yang ditandingi dan memenangi 7 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 19 kerusi yang ditandingi. MIC kalah semua kerusi DUN yang ditandingi di Negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Dalam pada itu,  DS Mohd.Najib Tun Abdul Razak yang mengambil alih kepimpinan kerajaan dan BN pada tahun 2009  berjaya memulihkan dan mengalihkan sokongan kaum India terhadap BN secara beransur-ansur melalui pendekatan inklusif  dibawah slogan ‘Nambikai’. Namun, pemilihan seorang calon yang kotroversial pada saat-saat akhir untuk bertanding di Shah Alam, seorang yang didakwa pernah membuat kenyataan menentang agama Hindu malah berjanji akan meroboh kuil Hindu sekiranya parti beliau berkuasa, telah dikesan membangkitkan semula perasaan kemarahan pengundi India  terhadap BN dalam PRU13. Kesannya,  prestasi BN dalam PRU14  tidak seperti dijangkakan kerana kehilangan sokongan pengundi India.

Menurut satu analisa komposisi pengundi mengikut kaum di Semenanjung, didapati  hampir 65 kawasan parlimen mempunyai pengundi India antara 10-30 % daripada jumlah pengundi. Dalam pada itu, hampir 35 kawasan parlimen dilaporkan mempuyai 20-30 % pengundi India. Keputusan PRU12 dan PRU13 jelas menunjukkan bahawa calon BN yang bertanding dalam kawasan yang mempunyai 20-30 % pengundi India kalah kepada calon pembangkang. Persoalanya, apakah MIC yang kini berada dalam kedudukan  ‘hidup segan mati tak mau’, seperti digambarkan oleh Tun Dr.Ismail, Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu, mampu meraikan sokongan pengundi India di 65 kawasan parlimen tersebut  menyokong BN dalam PRU14?

Pada hemat saya , krisis kepimpinan MIC yang tercetus pada akhir tahun 2013 belum selesai dengan muktamad. Memandangkan DS G.Palanivel dan DS Dr.S.Subramaniam masing-masing diumum sebagai presiden MIC,malah  menang tanpa bertanding, maka  merata-rata ahli MIC masih bertanya-tanya siapakah presiden MIC yang sah dan diakui oleh MIC dan ROS ?  Walaupun pemilihan sudah dibuat seperti diarah oleh ROS, tetapi keputusannya masih  menjadi kontroversi  kerana ada pihak yang masih bertikai terhadap pemilihan yang dijalankan oleh kedua-dua pihak seperti kata orang ‘rumah siap pahat berbunyi’.  

Krisis MIC tercetus apabila ROS,  yang dilaporkan menerima aduan kononya berlaku penyelewengan dalam  pemilihan  parti pada tahun 2013, membuat keputusan  agar MIC mengadakan pemilihan semula kerana pemilihan  presiden dan ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang di lantik semasa pemilihan pada tahun  2013 adalah tidak sah. Maka,  ROS menggesa CWC yang menyandang jawatan bagi tempoh 2009-2013, yang dirujuk sebagai interim committee,  mengadakan  semula pemilihan parti. Sekiranya MIC gagal  pendaftaran MIC berkemungkinan akan dibatalkan.

Namun, Presiden MIC,DS G.Palanivel dan Timbalan Presiden MIC, DS Dr.S.Subramanian didapati tidak sehaluan dalam melaksanakan arahan ROS. Kedua-dua pemimpin ini didapati bertelagah kerana mempunyai pendekatan yang berbeza-beza untuk menyelesai kekusutan yang melanda parti. Malah, Presiden MIC mencabar kesahihan arahan ROS dengan membuat pemohonan  ‘semakan kehakiman’di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Malangnya, Mahkamah Tinggi KualaLumpur bukan sahaja menolak pemohonan semakan G.Palanivel malah memutuskan bahawa tiada sebab untuk mahkamah campurtangan dalam keputusan ROS memandangkan ia adalah munasabah dan rasional, sejajar dengan seksyen 16(1) dan Seksyen 18(b)(1) Akta Pertrubuhan 1966. Namun, langkah G.Palanivel mengheret ROS ke mahkamah telah menjadi alasan bagi  beliau hilang keanggotaannya kerana Perkara 91 Perlembagaan MIC menyatakan bahawa seorang ahli MIC hilang keangotaanya sekiranya mengheret  MIC ke mahkamah tanpa rujuk kepada CWC terlebih dahulu(ipso facto).  
Rentetan itu, kedua-dua pemimpin utama MIC, G.Palanivel dan Dr.Subramaniam,  masing-masing cuba menepati arahan ROS dengan mengadakan pemilihan semula . Majlis penamaan calon bagi pemilihan jawatan presiden baharu MIC  dilaporkan diadakan secara  berasingan  dengan sokongan hebat pengikut masing-masing. Apabila selesainya majlis pencalonan, kedua-dua pemimpin tersebut membuat kenyataan akhbar bahawa masing-masing pemimpin itu menang tanpa bertanding dengan  70 % sokongan daripada keseluruhan ahli MIC. G.Palanivel umum pada 9 Ogos 2015 bahawa beliau dapat 2004  pencalonan daripada  2,241 cawangan MIC.  Manakala, Dr.Subramaniam pula umum pada 21 Ogos 2015 bahawa beliau mendapat  450 pencalonan merangkumi 2,700 cawangan daripada jumlah 2,843 cawangan MIC  yang didaftarkan. Persoalanya, apakah G.Palanivel yang didakwa hilang keanggotaannya  berhak  bertanding untuk menjawat jawatan presiden MIC? Apakah Dr.Subramaniam, yang diumum menang tanpa bertanding sebagai presiden baharu MIC  sejajar dengan perlembagaan parti MIC? 

Perebutan kuasa dalam parti politik adalah  asam garam politik seperti diajukan dalam falsafah politik Machiavelli. Jadi, ahli-ahli MIC berharap  agar MIC, dibawah kepimpinan DS Dr.S.Subramaniam, dapat memfokuskan kepada usaha-usaha memberikan nafas baru kepada parti  yang sudah tenat akibat krisis dalaman yang berpanjangan. Kedua-dua pihak yang bertelagah sesama sendiri perlu mendahului kepentingan parti daripada memajukan kepentingan politik masing-masing. Sudah sampai masanya bagi pemimpin-pemimpin utama MIC duduk semeja  membincang  pendekatan mengahadapi cabaran yang bakal dihadapi oleh MIC dengan semangat keakraban dan bersatupadu. Memandangkan sayap pemuda dan wanita dalam sesuatu parti politik dianggap sebagai nadi kekuatan kepada parti, sayap wanita MIC yang kini kelihatan sungguh lemah dan lembab perlu disuntik dengan semangat baru untuk menggerak  mempempengaruhi kumpulan wanita , yang dianggarkan hampir 50 %  ahli MIC,  untuk bersama MIC sekaligus BN. Sayap pemuda pula yang kelihatan sentiasa aktif, malah banyak memfokuskan kepada pelbagai aktiviti –aktiviti pembangunan masyarakat, termasuk penubuhan Youth Squad, Program Pendidikan English Untuk SRJK(T) dan sebagainya,  perlu diberi galakan dan sokongan malah tanggungjawab untuk terus mendampingi kumpulan golongan muda yang kini dilihat sebagai satu kuasa politik yang  berpotensi tinggi  untuk menenentuhkan jatuh- bangun MIC  sekaligus BN. Pada masa yang sama kepimpinan BN harus memastikan tidak membangkitkan sebarang isu melibatkan sensitiviti kaum India, termasuk agama Hindu, yang boleh mengguris hati penganut Hindu. Sekiranya kepimpinan baharu MIC sanggup menyesuaikan diri dengan paradigma baru dalam memenuhi aspirasi kaum India maka MIC sudah pasti mampu membantu BN dalam menjamin kemenangan dalam PRU14. BN sudah pasti tidak akan  suka melihat MIC dalam BN macam melukut ditepi gantang;Masuk tak menambah keluar tak meluak!




PRESTASI EKONOMI NEGARA DIJANGKA AKAN MENDORONG NILAI RINGGIT PULIH DALAM MASA TERDEKAT

Forum Perkembangan Terkini Ekonomi 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini telah  membayangkan bahawa nilai ringgit Malaysia yang merosot  kebelakangan ini akan kembali pulih dalam masa yang terdekat.  Kenyataan ,pandangan dan rumusan yang dibuat oleh pakar-pakar ekonomi yang hadir forum tersebut,  termasuk Gabenor Bank Negara Malaysia,    membayangkan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dan gusar terhadap penyusutan nilai ringgit kerana masalah penyusutan nilai ringgit  akan berakhir.  Pakar-pakar ekonomi  membuat rumusan tersebut berdasarkan prestasi ekonomi Malaysia. Ekonomi Malaysia didapati terus stabil, kukuh dan mantap. Malah Malaysia merupakan salah satu ekonomi dunia yang mencatatkan prestasi terbaik untuk tempoh lima tahun bertutut-turut.

Menurut penelitian dan kajian pakar-pakar ekonomi dalam negara dan luar negara, ringgit Malaysia yang merosot akhir-akhir ini secara mendadak berbanding dengan dolar Amerika (USA) akan kembali pulih seperti  dahulu kala  atau dalam terma ekonominya  akan mencerminkan keadaan ekonomi negara yang sebenar. Mereka membuat andaian tersebut berdasarkan kepada beberapa senario persekitaran ekonomi global, termasuk perubahan dijangka akan berlaku dalam dasar  Amerika  terhadap Rizab Persekutuan Negara dan kadar faedahnya; Kemungkinan besar peningkatan semula harga minyak mentah dan komodit yang terjatuh akhir-akhir ini dan Cina kembali stabil ekonominya.

Selain itu, Malaysia juga didapati berjaya melepaskan diri daripada tekanan dan impak kejatuhan harga minyak petrol dan komodit kerana kerajaan berjaya dalam mempelbagaikan kegiatan ekonomi agar tidak banyak  bergantung kepada sumbangan hasil  minyak dan gas . Sektor bukan minyak dan gas didapati  menyumbang lebih 80 % kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) malah  lebih 70 peratus kepada bajet kerajaan.
Dalam pada itu, walaupun ekspot negara berkurangan kebelakangan ini, pertumbuhan negara  yang dipacu oleh kuasa domestik didapati telah banyak membantu negara  mencapai pertumbuhan sekitar lima peratus, satu kadar pertumbuhan yang memperangsang dalam suasana ekonomi global yang tidak ketentuan. Paras hutang luar semasa negara pula jelas menunjukkan ianya dalam paras sederhana serta boleh diuruskan tanpa sebarang masalah kerana dasar dan strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah membantu membina daya tahan luar dengan baik. 
Umumnya, indikator utama yang digunakan untuk mengukur  kecekapan pengurusan sesebuah negara atau governance adalah kadar pencapaian  ekonomi negara  serta   kualiti hidup yang dinikamati oleh  rakyat. Indikator –indikator seperti sejauhmana kerajaan berjaya menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan, peluang untuk menambah pendapatan rakyat dan negara akan menjadi kayu ukur untuk menunjukkan sama ada negara itu berjaya atau gagal.  Persoalannya , apakah indikator-indikator sosial-ekonomi semasa Malaysia menunjukkan prestasi yang cemerlang atau kemunduran?

Sesungguhnya,  ketiga-tiga firma penarafan terkemuka dunia seperti Standard & Poors, Moody’s Investors Services dan Fitch Ratings, sepakat dalam mengeluarkan laporan mereka bahawa Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan tidak menghadapi sebarang krisis walaupun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar. Malah kadar inflasi yang tidak melibihi paras dua hingga tiga peratus juga jelas menunjukkan tidak timbul tekanan dan impak penyusutan nilai rinngit. Malah,  pelaburan asing (FDI)didapati  semakin meningkat daripada RM 5.1 bilion pada tahun 2009 kepada RM 29.183 pada tahun 2010 dan seterusnya meningkat kepada RM37,325 bilion pada tahun 2011. Walaupun negara-negara membangun yang lain mengalami kemerosotan dalam FDI mereka, Malaysia didapati terus menjadi destinasi popular bagi pelabur-pelabur dan peniaga-peniaga asing. FDI Malaysia terus meningakat  dari RM 31.118 bilion pada tahun 2012 kepada  RM 38.8 bilion pada tahun 2013 dan seterusnya kepada RM 39.6 bilion pada tahun 2014.

Selain itu , GDP perdagangan juga didapati meningkat daripada  jumlah nilai RM 400 bilion pada tahun  2009  kepada RM 700 bilion pada hari ini. Indeks semasa pasaran perdagangan saham di Malaysia juga jelas menunjukkan bahawa keyakinan dan kepercayaan pedagang-pedagang  yang terlibat dalam pasaran saham di Bursa Kuala Lumpur  semakin  meningkat dan  saham yang dipasarkan atau jual  beli bernilai   RM 26 bilion pada tahun 2006  telah mencecah RM 600 bilion pada hari ini.  Rezib Bank Negara juga meningkat daripada  RM  60 bilion  mencecah RM 360 bilion hari ini.

Dalam pada itu, dalam konteks meningkat rakyat mampu beli, kerajaan juga berjaya mengatasi masalah pengangguran, kadar orang yang boleh berkerja dan aktif mencari kerja berbanding dengan jumlah tenaga berkerja,  secara berkesan kebelakangan ini. Kadar pengganguran di Malaysia ketika ini adalah  hanya 3.1  % berbanding dengan 5.5 %  di United States of Amerika,  5.6  % di Japan, 5.6% di United Kingdom,  5.81 % di Indonesia, 22.37 % di Spain  dan 9.6 % di Turki.  Dengan meningkatkan peluang pekerjaan, kadar kadar kemiskinan juga turut dikurangkan secara seimbang  daripada 17.1 % pada tahun 1990 kepada 1% pada tahun 2014.  Bank Pembangunan Asia (ADB) mengumumkan bahawa Malaysia mencatatkan penurunan 55.3 % bagi peratusan penduduk yang hidup dibawah pendapatan garis kemiskinan,ia itu penurunan terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN. Malah pendapatan purata bulanan atau mean income level sekeluarga  rakyat Malaysia juga didapati semakin meningkat  iaitu daripada RM 2007 sebulan  pada tahun  2013  kepada RM 2,300 sebulan pada tahun  2015.

Selain itu, kerajaan juga berjaya menurunkan kadar defit negara secara beransur-ansur. Menurut statistik Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia, Kerajaan berjaya mengurangkan peratusan defisit  daripada -6.4 % pada tahun 2009 kepada  -5.3 % pada tahun 2010,  -4.7 %   pada tahun 2011,  -4.3 % pada 2012, - 3.8 % pada 2013, -3.4 %  pada 2014  dan dijangka turun kepada -3.2 % pada tahun 2015. Negara yang  defisitnya  sekitar 4 peratus atau kurang adalah dimenarafkan sebagai sebuah negara yang ekonominya  kukuh dan selamat..

Selain itu, hutang negara juga umumnya dilihat sebagai satu indikator untuk menunjukkan ‘kesihatan’  ekonomi sesebuah negara. Malaysia  didapati berada dalam ‘zon selamat’ berbanding dengan beberapa negara di dunia kerana mana-mana negara yang didapati hutang negaranya  berada dibawah 75 % daripada KDNK adalah dianggap selamat. Hutang negara Malaysia adalah hanya 53.7 peratus daripada KDNK dan dengan itu diletakkan dalam kategori ‘ zon seamat’ , yang seangkatan dengan negara-negara maju  seperti USA, Australia, Switzerland, Hungary, Jerman ,Brazil ,New Zealand, Hong Kong, Turki, Korea Selatan dan China.

Berdasarkan indikator-indikator tersebut diatas adalah jelas bahawa Malaysia bergerak maju ke hadapan dalam landasan ekonomi yang betul. Malah, menurut simulasi oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) di bawah Bank Dunia, terhadap negara berpendapatan sederhara Asia terpilih, Malaysia   dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi mendahului lain-lain negara ekonomi gergasi seperti India, China dan negara-negara ASEAN seperti  Thailand, Indonesia, Filipina dan  Vietnam.

Sesungguhnya, dasar-dasar yang besifat pragmatik dan progresif yang diperkenalkan oleh kerajaan, termasuk  dasar kewangan dan dasar  mempelbagaikan sumber pendapatan negara, telah banyak membantu Malaysia menghadapIi cabaran-cabaran ekonomi yang ditimbulkan oleh ekonomi global yang tidak stabil, termasuk fenomena kemerosotan harga minyak dan kejatuhan harga komoditi. Kemerosotan harga minyak  dan komoditi didapati tidak banyak memberi kesan kepada pendapatan negara kita Malaysia seperti dialami oleh beberapa negara ekspot minyak mentah  seperti Russia, Venezuela, Kanada dan Iran.
                                                                                                                              
Harga minyak  mentah Brent kini jatuh hingga $40 per barel , kejatuhan 50 hingga 115 peratus telah banyak menjejaskan pendapatan negara-negara yang banyak bergantung kepada pendapatan daripada ekspot minyak mentah malah menimbulkan risiko tidak ketentuan ekonomi dan politik negara berkenaan. Sebaliknya, Malaysia tidak menghadapi banyak masalah seperti diheboh-hebohkan  oleh pihak-pihak berkepentingan politik yang cuba menangguk di air keruh dengan menimbulkan persepsi  negatif terhadap ekonomi negara.
   
Para penganalisis ekonomi global yang biasanya keluarkan laporan penarafan ekonomi sesebuah negara malah golongan peniaga tempatan dan antarabangsa di dapati sepersetujuan pendapat dalam memuji keberanian kerajaan mengambil langkah-langkah yang  tidak popular seperti penyusunan semula subsidi bahan api dan pelaksanaan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) dalam memantapkan kedudukan ekonomi negara. Langkah bijak kerajaan telah menyelamatkan negara daripada  terjerumus dalam krisis ekonomi seperti yang dialami oleh beberapa negara sedang membangun yang lain malah negara maju.

Justeru, berdasarkan statistik prestasi ekonomi negara,  rakyat Malaysia haruslah yakin bahawa Malaysia kini berada dalam landasan yang kukuh. Oleh itu, rakyat perlu  elak daripada membuat andaian-andaian berdasarkan siaran-siaran yang bersifat spekulasi yang dinobatkan dalam media sosial oleh kumpulan-kumpulan tidak bertanggung jawap malah bermotif mensabotaj ekonomi negara agar kerajaan kepimpinan Najib Tun Abdul Razak hilang popularitinya dikalangan rakyat.


Jadi, tidaklah keterlaluan sekiranya  membuat  kesimpulan bahawa  dasar-dasar ekonomi dan fiskal yang diperkenalkan oleh Najib Tun Razak selaku menteri kewangan d idapati membantu negara menghadapi cabaran –cabaran ekonomi yang tidak ketentuan malah membantu negara menghadapi fenomena penyusutan nilai ringgit,  mata wang negara,  berbanding dengan dolar Amerika.  Pada hemat saya , rakyat Malaysia pasti akan melihat  cahaya harapan dihujung terowong atau “ see the light at the end of the tunnel” tidak lama lagi. Fenomena penyusutan nilai  ringgit secara keterlaluan akan berakhir dan  akan diganti dengan era pemulihan nilai ringgit agar ianya mengambarkan asas-asas struktur ekonomi Malaysia yang sebenar.

ANDAIAN PENGUNDI CINA BERSAMA PEMBANGKANG WAJAR DI TOLAK DEMI KEPENTINGAN PERPADUAN ANTARA KAUM


Kehadiran hampir 90 peratus kaum Cina dalam Perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur  baru-baru ini ketika negara buat persiapan untuk menyambut Hari Kebangsaan yang ke 58  telah menimbulkan pelbagai andaian terhadap masa depan landskap politik Malaysia secara amnya dan masa depan Barisan Nasional (BN) secara khususnya. Malah ada yang menzahirkan kebimbangan  bahawa masa depan BN tidak  terjamin kerana sebahagian besar pengundi Cina dijangka akan memihak pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke 14.  Persoalannya, apakah andaian tersebut berasaskan fakta atau merupakan satu strategi politik pembangkang untuk menimbulkan kesengetaan antara kaum agar melemahkan kekuatan BN? 

Sekiranya kita mengimbau kembali keputusan pilihan raya umum yang lepas dan pola pemikiran politik pengundi pelbagai kaum, kita mendapati pendirian politik pengundi Melayu,Cina dan India di Semenanjung dan pengundi Bumiputra di Sabah dan Sarawak  didapati  tidak kekal sama  malah berbeza-beza setiap kali pilihan raya diadakan. Mereka dikesan membuat pendirian politik  berdasarkan kepada emosi yang timbul sebagai tindak balas kepada kejadian atau peristiwa yang berlaku dalam negara dan diluar negara  menjelang pilihan raya umum. Ini bermakna faktor psikologi lebih berkesan dalam mempengaruhi pemikiran politik pengundi khususnya pengundi Cina berbanding dengan lain-lain faktor seperti isu-isu nasional yang dibangkitkan oleh parti pembangkang menjelang pilihan raya.

Sebagai contoh,  kita lihat bagaimana pemikiran politik pengundi Cina apabila  UMNO menghadapi krisis politik menjelang BN menghadapi pilihan raya umum yang ke 8,9 dan 10 pada tahun 1990,1995 dan 1999? Apabila krisis kepimpinan tercetus  dalam UMNO pada tahun 1987, ketika Tun Dr.Mahathir Mohamad dicabar oleh YM Tengku Razaleih Hamzah,hampir separuh ahli UMNO  dikesan bersama Tengku Razaleih Hamzah. Tengku Razaleigh Hamzah yang tewas tipis kepada Dr.Mahathir dalam perebutan jawatan presiden UMNO terus menubuhkan sebuah parti serpihan, Semangat 46 (S46), pada tahun 1987. S46 berkerjasama dengan PAS dan menubuhkan gabungan parti pembangkang, Gagasan Rakyat, untuk menumbang UMNO  sekaligus BN. Walaupun sebahagian besar pengundi Melayu menyokong S46, BN berjaya merangkul kemenangan kerana pengundi Cina dan India yang diharapkan menyokong S46 didapati menolak calon-calon S46 dan disebaliknya menyokong BN  pada saat-saat terakhir. BN menang 127 kerusi  dan S46 menang 8 kerusi daripada jumlah 180 kerusi parlimen.  Walaupun BN kalah 21 kerusi berbanding dengan PRU ke 7, pilihan raya yang sebelumnya, BN dengan mudahnya mematahkan tentangan hebat daripada parti S46  kepimpinan Tengku Razaleigh kerana pengundi Cina dan India  menyokong BN. 
   
Dalam pada itu,  pengundi Melayu yang umumnya dianggap sebagai benteng BN didapati memihak parti pembangkang  apabila mereka  merajuk  dengan UMNO kepimpinan Dr.Mahathir   Mohamad. UMNO  memecat dan menyingkir Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada partinya malah jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Anwar lucutkan. Peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim, seorang  tokoh politik pujaan sebahagian besar ahli UMNO , telah menimbul gelombang anti- Mahathir dikalangan kaum Melayu secara umumnya dan dikalangan ahli UMNO secara khususnya. Anwar yang menyedari  sentimen  anti-Mahathir timbul dikalangan kaum Melayu telah menubuh sebauah parti politik serpihan , KeAdilan , dan berkerjasama dengan  PAS dan DAP untuk menumbang UMNO sekaligus BN dalam PRU ke 10 pada tahun 1999. Namun, BN sekali lagi diselamatkan daripada ditumbang kerana pengundi Cina dan India yang dijangka  akan menyokong KeAdilan telah terus bersama dengan BN tanpa mempedulikan terhadap  krisis  politik yang tercetus dikalangan ahli UMNO. Pengundi Cina  yang dianggap sebagai penyokong kuat  parti pembangkang, malah diandaikan akan memihak  parti yang ditubuhkan oleh Anwar, didapati  mencondong  memihak  BN pada saat-saat terakhir dalam PRU 10   pada tahun 1999. Walaupun sebahagian besar pengundi Melayu bersama Anwar  malah menolak kepimpinan Dr.Mahathir, BN masih  menang 148 kerusi daripada jumlah 193 kerusi berbanding dengan 162 kerusi daripada jumlah 192 kerusi pada PRU  sebelumnya kerana sokongan pengundi bukan Melayu.  DAP yang diandaikan akan dapat sokongan hebat pengundi Cina hanya dapat menang 10 kerusi di kawasan bandar yang dianggap kubu DAP.Keputusan ini jelas menunjukkan sebahagian besar pengundi Cina menolak parti pembangkang yang dipimpin oleh Anwar dan sekutunya.  Seterusnya,  apabila parti S46 dibubar dan parti KeAdilan juga didapati tidak berjaya  mempengaruhi pengundi bukan Melayu,  maka BN berpeluang mencapai kemenangan gemilang dalam PRU12. BN menang 199 kerusi daripada jumlah 219 kerusi parlimen. DAP  yang diandaikan akan menang besar berdasarkan kehadiran hebat kaum Cina dalam ceramah-ceramah anjuran DAP didapati   hanya menang 9 kerusi dalam PRU ke 9, 10 kerusi dalam PRU 10 dan 12 kerusi dalam PRU 11. Andaian pengundi Cina bersama DAP berdasarkan jumlah besar kaum Cina hadir  dalam ceramah-ceramah DAP tidak  diterjemahkan dalam undi malah andaian kaum Cina bersama DAP telah  menjadi  satu anggapan salah.

Komuniti Cina adalah satu komuniti yang lebih mementingkan kepentingan  ekonomi berbanding dengan kepentingan politik, malah bijak buat keputusan politik pada masa-masa genting. Justeru menjadikan  kehadiran  jumlah besar kaum Cina dalam perhimpunan Bersih 4.0 sebagai petunjuk pengundi Cina bersama parti pembangkang  adalah  satu andaian  terlalu awal atau premature dan tidak mengambarkan realiti politik yang sebenar. Berdasarkan pengalaman lalu, ada kemungkinan besar  pengundi Cina  akan menimbulkan kejutan dalam PRU 14 dengan  tiba-tiba mencondong memihak BN pada saat –saat terakhir  seperti berlaku pada PRU 10  tahun 1999. Tinjauan saya secara kasarnya  dikalangan komuniti Cina didapati  hanya sebilangan kecil, terutamanya golongan muda  yang terlibat dalam politik aliran pembangkang, malah  yang terpengaruh dengan media sosial,  sahaja dijangka akan bersama parti pembangkang. Manakala, sebahagian besar komuniti Cina atau  the silent majority, yang hidup selesa dan sejahtera malah menikmati hasil pembangunan dan kekayaan negara, didapati akan bersama BN kepimpinan Najib  Tun Abdul Razak kerana   mereka yakin  kerajaan kepimpinan Najib berjaya  dan mampu mengurus  ekonomi negara dengan baik dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar.
Pada hemat saya, tidak dapat dinafikan bahawa pengundi Cina dan India pernah membantu BN memenangi pilihan raya  seketika BN menghadapai masalah kemerosotan  sokongan pengundi  Melayu. Oleh yang demikian,   andaian kononya  pengundi Cina sudah buat ketetapan untuk menolak BN dalam PRU14  wajar ditolak demi kepentingan kekuatan BN menjelang PRU14.