Forum Perkembangan
Terkini Ekonomi 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini telah membayangkan bahawa nilai ringgit Malaysia yang
merosot kebelakangan ini akan kembali
pulih dalam masa yang terdekat.
Kenyataan ,pandangan dan rumusan yang dibuat oleh pakar-pakar ekonomi
yang hadir forum tersebut, termasuk
Gabenor Bank Negara Malaysia, membayangkan bahawa rakyat Malaysia tidak
perlu lagi bimbang dan gusar terhadap penyusutan nilai ringgit kerana masalah
penyusutan nilai ringgit akan berakhir. Pakar-pakar ekonomi membuat rumusan tersebut berdasarkan prestasi
ekonomi Malaysia. Ekonomi Malaysia didapati terus stabil, kukuh dan mantap. Malah
Malaysia merupakan salah satu ekonomi dunia yang mencatatkan prestasi terbaik
untuk tempoh lima tahun bertutut-turut.
Menurut penelitian
dan kajian pakar-pakar ekonomi dalam negara dan luar negara, ringgit Malaysia
yang merosot akhir-akhir ini secara mendadak berbanding dengan dolar Amerika (USA)
akan kembali pulih seperti dahulu
kala atau dalam terma ekonominya akan mencerminkan keadaan ekonomi negara yang
sebenar. Mereka membuat andaian tersebut berdasarkan kepada beberapa senario
persekitaran ekonomi global, termasuk perubahan dijangka akan berlaku dalam dasar Amerika
terhadap Rizab Persekutuan Negara dan kadar faedahnya; Kemungkinan besar
peningkatan semula harga minyak mentah dan komodit yang terjatuh akhir-akhir
ini dan Cina kembali stabil ekonominya.
Selain itu, Malaysia
juga didapati berjaya melepaskan diri daripada tekanan dan impak kejatuhan
harga minyak petrol dan komodit kerana kerajaan berjaya dalam mempelbagaikan
kegiatan ekonomi agar tidak banyak bergantung
kepada sumbangan hasil minyak dan gas .
Sektor bukan minyak dan gas didapati menyumbang lebih 80 % kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) malah lebih 70 peratus
kepada bajet kerajaan.
Dalam pada itu, walaupun
ekspot negara berkurangan kebelakangan ini, pertumbuhan negara yang dipacu oleh kuasa domestik didapati telah
banyak membantu negara mencapai pertumbuhan
sekitar lima peratus, satu kadar pertumbuhan yang memperangsang dalam suasana
ekonomi global yang tidak ketentuan. Paras hutang luar semasa negara pula jelas
menunjukkan ianya dalam paras sederhana serta boleh diuruskan tanpa sebarang
masalah kerana dasar dan strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah membantu
membina daya tahan luar dengan baik.
Umumnya, indikator
utama yang digunakan untuk mengukur
kecekapan pengurusan sesebuah negara atau governance adalah kadar pencapaian
ekonomi negara serta kualiti hidup yang dinikamati oleh rakyat. Indikator –indikator seperti
sejauhmana kerajaan berjaya menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan, peluang
untuk menambah pendapatan rakyat dan negara akan menjadi kayu ukur untuk menunjukkan
sama ada negara itu berjaya atau gagal. Persoalannya , apakah indikator-indikator
sosial-ekonomi semasa Malaysia menunjukkan prestasi yang cemerlang atau
kemunduran?
Sesungguhnya,
ketiga-tiga firma penarafan terkemuka
dunia seperti Standard & Poors, Moody’s Investors Services dan Fitch Ratings, sepakat dalam
mengeluarkan laporan mereka bahawa Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh
dan tidak menghadapi sebarang krisis walaupun berdepan persekitaran ekonomi
global yang mencabar. Malah kadar inflasi yang tidak melibihi paras dua hingga
tiga peratus juga jelas menunjukkan tidak timbul tekanan dan impak penyusutan
nilai rinngit. Malah, pelaburan asing
(FDI)didapati semakin meningkat daripada
RM 5.1 bilion pada tahun 2009 kepada RM 29.183 pada tahun 2010 dan
seterusnya meningkat kepada RM37,325 bilion pada tahun 2011. Walaupun
negara-negara membangun yang lain mengalami kemerosotan dalam FDI mereka,
Malaysia didapati terus menjadi destinasi popular bagi pelabur-pelabur dan
peniaga-peniaga asing. FDI Malaysia terus meningakat dari RM 31.118 bilion pada tahun 2012
kepada RM 38.8 bilion pada tahun 2013
dan seterusnya kepada RM 39.6 bilion pada tahun 2014.
Selain itu ,
GDP perdagangan juga didapati meningkat daripada jumlah nilai RM 400 bilion pada tahun 2009
kepada RM 700 bilion pada hari ini. Indeks semasa pasaran perdagangan saham
di Malaysia juga jelas menunjukkan bahawa keyakinan dan kepercayaan
pedagang-pedagang yang terlibat dalam
pasaran saham di Bursa Kuala Lumpur semakin meningkat dan
saham yang dipasarkan atau jual
beli bernilai RM 26 bilion pada
tahun 2006 telah mencecah RM 600 bilion
pada hari ini. Rezib Bank Negara juga
meningkat daripada RM 60 bilion
mencecah RM 360 bilion hari ini.
Dalam pada
itu, dalam konteks meningkat rakyat mampu beli, kerajaan juga berjaya mengatasi
masalah pengangguran, kadar orang yang boleh berkerja dan aktif mencari kerja
berbanding dengan jumlah tenaga berkerja, secara berkesan kebelakangan ini. Kadar
pengganguran di Malaysia ketika ini adalah hanya 3.1 % berbanding dengan 5.5 % di United States of Amerika, 5.6 %
di Japan, 5.6% di United Kingdom, 5.81 %
di Indonesia, 22.37 % di Spain dan 9.6 %
di Turki. Dengan meningkatkan peluang
pekerjaan, kadar kadar kemiskinan juga turut dikurangkan secara seimbang daripada 17.1 % pada tahun 1990 kepada 1% pada
tahun 2014. Bank Pembangunan Asia (ADB)
mengumumkan bahawa Malaysia mencatatkan penurunan 55.3 % bagi peratusan
penduduk yang hidup dibawah pendapatan garis kemiskinan,ia itu penurunan
terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN. Malah pendapatan purata bulanan
atau mean income level
sekeluarga rakyat Malaysia juga didapati
semakin meningkat iaitu daripada RM 2007 sebulan pada
tahun 2013 kepada RM 2,300 sebulan pada tahun 2015.
Selain itu,
kerajaan juga berjaya menurunkan kadar defit negara secara beransur-ansur. Menurut
statistik Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia, Kerajaan
berjaya mengurangkan peratusan defisit
daripada -6.4 % pada tahun 2009 kepada
-5.3 % pada tahun 2010, -4.7
% pada tahun 2011, -4.3 % pada 2012, - 3.8 % pada 2013, -3.4
% pada 2014 dan dijangka turun kepada -3.2 % pada tahun
2015. Negara yang defisitnya sekitar 4 peratus atau kurang adalah
dimenarafkan sebagai sebuah negara yang ekonominya kukuh dan selamat..
Selain itu,
hutang negara juga umumnya dilihat sebagai satu indikator untuk menunjukkan
‘kesihatan’ ekonomi sesebuah negara. Malaysia didapati berada dalam ‘zon selamat’
berbanding dengan beberapa negara di dunia kerana mana-mana negara yang
didapati hutang negaranya berada dibawah
75 % daripada KDNK adalah dianggap selamat. Hutang negara Malaysia adalah hanya
53.7 peratus daripada KDNK dan dengan itu diletakkan dalam kategori ‘ zon
seamat’ , yang seangkatan dengan negara-negara maju seperti USA, Australia, Switzerland, Hungary,
Jerman ,Brazil ,New Zealand, Hong Kong, Turki, Korea Selatan dan China.
Berdasarkan
indikator-indikator tersebut diatas adalah jelas bahawa Malaysia bergerak maju
ke hadapan dalam landasan ekonomi yang betul. Malah, menurut simulasi oleh
Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) di bawah Bank Dunia, terhadap
negara berpendapatan sederhara Asia terpilih, Malaysia dijangka mencapai status negara berpendapatan
tinggi mendahului lain-lain negara ekonomi gergasi seperti India, China dan
negara-negara ASEAN seperti Thailand,
Indonesia, Filipina dan Vietnam.
Sesungguhnya,
dasar-dasar yang besifat pragmatik dan progresif yang diperkenalkan oleh
kerajaan, termasuk dasar kewangan dan
dasar mempelbagaikan sumber pendapatan
negara, telah banyak membantu Malaysia menghadapIi cabaran-cabaran ekonomi yang
ditimbulkan oleh ekonomi global yang tidak stabil, termasuk fenomena kemerosotan
harga minyak dan kejatuhan harga komoditi. Kemerosotan harga minyak dan komoditi didapati tidak banyak memberi
kesan kepada pendapatan negara kita Malaysia seperti dialami oleh beberapa
negara ekspot minyak mentah seperti
Russia, Venezuela, Kanada dan Iran.
Harga
minyak mentah Brent kini jatuh hingga $40
per barel , kejatuhan 50 hingga 115 peratus telah banyak menjejaskan pendapatan
negara-negara yang banyak bergantung kepada pendapatan daripada ekspot minyak
mentah malah menimbulkan risiko tidak ketentuan ekonomi dan politik negara berkenaan.
Sebaliknya, Malaysia tidak menghadapi banyak masalah seperti diheboh-hebohkan oleh pihak-pihak berkepentingan politik yang cuba
menangguk di air keruh dengan menimbulkan persepsi negatif terhadap ekonomi negara.
Para
penganalisis ekonomi global yang biasanya keluarkan laporan penarafan ekonomi
sesebuah negara malah golongan peniaga tempatan dan antarabangsa di dapati
sepersetujuan pendapat dalam memuji keberanian kerajaan mengambil langkah-langkah
yang tidak popular seperti penyusunan
semula subsidi bahan api dan pelaksanaan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) dalam
memantapkan kedudukan ekonomi negara. Langkah bijak kerajaan telah
menyelamatkan negara daripada terjerumus
dalam krisis ekonomi seperti yang dialami oleh beberapa negara sedang membangun
yang lain malah negara maju.
Justeru, berdasarkan
statistik prestasi ekonomi negara, rakyat
Malaysia haruslah yakin bahawa Malaysia kini berada dalam landasan yang kukuh. Oleh
itu, rakyat perlu elak daripada membuat
andaian-andaian berdasarkan siaran-siaran yang bersifat spekulasi yang
dinobatkan dalam media sosial oleh kumpulan-kumpulan tidak bertanggung jawap
malah bermotif mensabotaj ekonomi negara agar kerajaan kepimpinan Najib Tun
Abdul Razak hilang popularitinya dikalangan rakyat.
Jadi,
tidaklah keterlaluan sekiranya membuat kesimpulan bahawa dasar-dasar ekonomi dan fiskal yang diperkenalkan
oleh Najib Tun Razak selaku menteri kewangan d idapati membantu negara
menghadapi cabaran –cabaran ekonomi yang tidak ketentuan malah membantu negara
menghadapi fenomena penyusutan nilai ringgit, mata wang negara, berbanding dengan dolar Amerika. Pada hemat saya , rakyat Malaysia pasti akan
melihat cahaya harapan dihujung terowong
atau “ see the light at the end of the
tunnel” tidak lama lagi. Fenomena penyusutan nilai ringgit secara keterlaluan akan berakhir dan akan diganti dengan era pemulihan nilai ringgit
agar ianya mengambarkan asas-asas struktur ekonomi Malaysia yang sebenar.
No comments:
Post a Comment