Kehadiran hampir 90
peratus kaum Cina dalam Perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur  baru-baru ini ketika negara buat persiapan untuk
menyambut Hari Kebangsaan yang ke 58  telah
menimbulkan pelbagai andaian terhadap masa depan landskap politik Malaysia
secara amnya dan masa depan Barisan Nasional (BN) secara khususnya. Malah ada
yang menzahirkan kebimbangan  bahawa masa
depan BN tidak  terjamin kerana sebahagian
besar pengundi Cina dijangka akan memihak pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke
14.  Persoalannya, apakah andaian
tersebut berasaskan fakta atau merupakan satu strategi
politik pembangkang untuk menimbulkan kesengetaan antara kaum agar melemahkan kekuatan BN? 
Sekiranya kita
mengimbau kembali keputusan pilihan raya umum yang lepas dan pola pemikiran
politik pengundi pelbagai kaum, kita mendapati pendirian politik pengundi
Melayu,Cina dan India di Semenanjung dan pengundi Bumiputra di Sabah dan
Sarawak  didapati  tidak kekal sama  malah berbeza-beza setiap kali pilihan raya
diadakan. Mereka dikesan membuat pendirian politik  berdasarkan kepada emosi yang timbul sebagai
tindak balas kepada kejadian atau peristiwa yang berlaku dalam negara dan
diluar negara  menjelang pilihan raya
umum. Ini bermakna faktor psikologi lebih berkesan dalam mempengaruhi pemikiran
politik pengundi khususnya pengundi Cina berbanding dengan lain-lain faktor
seperti isu-isu nasional yang dibangkitkan oleh parti pembangkang menjelang
pilihan raya.
Sebagai contoh,  kita lihat bagaimana pemikiran politik
pengundi Cina apabila  UMNO menghadapi
krisis politik menjelang BN menghadapi pilihan raya umum yang ke 8,9 dan 10 pada
tahun 1990,1995 dan 1999? Apabila krisis kepimpinan tercetus  dalam UMNO pada tahun 1987, ketika Tun
Dr.Mahathir Mohamad dicabar oleh YM Tengku Razaleih Hamzah,hampir separuh ahli
UMNO  dikesan bersama Tengku Razaleih
Hamzah. Tengku Razaleigh Hamzah yang tewas tipis kepada Dr.Mahathir dalam
perebutan jawatan presiden UMNO terus menubuhkan sebuah parti serpihan, Semangat
46 (S46), pada tahun 1987. S46 berkerjasama dengan PAS dan menubuhkan gabungan
parti pembangkang, Gagasan Rakyat, untuk menumbang UMNO  sekaligus BN. Walaupun sebahagian besar
pengundi Melayu menyokong S46, BN berjaya merangkul kemenangan kerana pengundi
Cina dan India yang diharapkan menyokong S46 didapati menolak calon-calon S46
dan disebaliknya menyokong BN  pada
saat-saat terakhir. BN menang 127 kerusi  dan S46 menang 8 kerusi daripada jumlah 180
kerusi parlimen.  Walaupun BN kalah 21
kerusi berbanding dengan PRU ke 7, pilihan raya yang sebelumnya, BN dengan
mudahnya mematahkan tentangan hebat daripada parti S46  kepimpinan Tengku Razaleigh kerana pengundi
Cina dan India  menyokong BN. 
Dalam pada
itu,  pengundi Melayu yang umumnya
dianggap sebagai benteng BN didapati memihak parti pembangkang  apabila mereka  merajuk  dengan UMNO kepimpinan Dr.Mahathir   Mohamad. UMNO  memecat dan menyingkir Dato’ Seri Anwar
Ibrahim daripada partinya malah jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang
oleh Anwar lucutkan. Peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim, seorang  tokoh politik pujaan sebahagian besar ahli
UMNO , telah menimbul gelombang anti- Mahathir dikalangan kaum Melayu secara
umumnya dan dikalangan ahli UMNO secara khususnya. Anwar yang menyedari  sentimen  anti-Mahathir timbul dikalangan kaum Melayu
telah menubuh sebauah parti politik serpihan , KeAdilan , dan berkerjasama
dengan  PAS dan DAP untuk menumbang UMNO sekaligus
BN dalam PRU ke 10 pada tahun 1999. Namun, BN sekali lagi diselamatkan daripada
ditumbang kerana pengundi Cina dan India yang dijangka  akan menyokong KeAdilan telah terus bersama dengan
BN tanpa mempedulikan terhadap  krisis  politik yang tercetus dikalangan ahli UMNO. Pengundi
Cina  yang dianggap sebagai penyokong
kuat  parti pembangkang, malah diandaikan
akan memihak  parti yang ditubuhkan oleh
Anwar, didapati  mencondong  memihak 
BN pada saat-saat terakhir dalam PRU 10   pada tahun 1999. Walaupun sebahagian besar pengundi
Melayu bersama Anwar  malah menolak
kepimpinan Dr.Mahathir, BN masih  menang
148 kerusi daripada jumlah 193 kerusi berbanding dengan 162 kerusi daripada
jumlah 192 kerusi pada PRU  sebelumnya
kerana sokongan pengundi bukan Melayu.  DAP yang diandaikan akan dapat sokongan hebat
pengundi Cina hanya dapat menang 10 kerusi di kawasan bandar yang dianggap kubu
DAP.Keputusan ini jelas menunjukkan sebahagian besar pengundi Cina menolak parti
pembangkang yang dipimpin oleh Anwar dan sekutunya.  Seterusnya,  apabila parti S46 dibubar dan parti KeAdilan
juga didapati tidak berjaya  mempengaruhi
pengundi bukan Melayu,  maka BN berpeluang
mencapai kemenangan gemilang dalam PRU12. BN menang 199 kerusi daripada jumlah 219 kerusi
parlimen. DAP  yang diandaikan akan menang
besar berdasarkan kehadiran hebat kaum Cina dalam ceramah-ceramah anjuran DAP
didapati   hanya menang 9 kerusi dalam PRU ke 9, 10
kerusi dalam PRU 10 dan 12 kerusi dalam PRU 11. Andaian pengundi Cina bersama
DAP berdasarkan jumlah besar kaum Cina hadir  dalam ceramah-ceramah DAP tidak  diterjemahkan dalam undi malah andaian kaum
Cina bersama DAP telah  menjadi  satu anggapan salah.
Komuniti Cina
adalah satu komuniti yang lebih mementingkan kepentingan  ekonomi berbanding dengan kepentingan politik,
malah bijak buat keputusan politik pada masa-masa genting. Justeru menjadikan  kehadiran 
jumlah besar kaum Cina dalam perhimpunan Bersih 4.0 sebagai petunjuk
pengundi Cina bersama parti pembangkang 
adalah  satu andaian  terlalu awal atau premature dan tidak mengambarkan realiti politik yang sebenar.
Berdasarkan pengalaman lalu, ada kemungkinan besar  pengundi Cina 
akan menimbulkan kejutan dalam PRU 14 dengan  tiba-tiba mencondong memihak BN pada saat
–saat terakhir  seperti berlaku pada PRU
10  tahun 1999. Tinjauan saya secara
kasarnya  dikalangan komuniti Cina
didapati  hanya sebilangan kecil, terutamanya
golongan muda  yang terlibat dalam
politik aliran pembangkang, malah  yang
terpengaruh dengan media sosial,  sahaja
dijangka akan bersama parti pembangkang. Manakala, sebahagian besar komuniti
Cina atau  the silent majority, yang hidup selesa dan sejahtera malah
menikmati hasil pembangunan dan kekayaan negara, didapati akan bersama BN
kepimpinan Najib  Tun Abdul Razak
kerana   mereka yakin  kerajaan kepimpinan Najib berjaya  dan mampu mengurus  ekonomi negara dengan baik dalam persekitaran
ekonomi global yang mencabar. 
Pada hemat saya,
tidak dapat dinafikan bahawa pengundi Cina dan India pernah membantu BN
memenangi pilihan raya  seketika BN
menghadapai masalah kemerosotan  sokongan
pengundi  Melayu. Oleh yang demikian,   andaian kononya  pengundi Cina sudah buat ketetapan untuk
menolak BN dalam PRU14  wajar ditolak
demi kepentingan kekuatan BN menjelang PRU14. 



No comments:
Post a Comment