Akhir-akhir ini
rata-rata orang  bertanya sama ada Barisan
Nasional (BN) boleh bertahan daripada serangan hebat pembangkang dan menang
pilihan raya ke 14 (PRU14) dengan gemilang? Malah ada pemimpin tertinggi UMNO   menyangkal BN mampu menang malah menzahirkan
perasaan kebimbangan kononya BN akan menemui kekalahan dalam PRU14 sekiranya isu
1MDB yang  menarik perhatian rakyat tidak
diurus dengan baik. Perhimpunan haram Bersih 4.0 yang terlangsung baru-baru ini
di KualaLumpur yang  dilaporkan 90 %
hadirinya terdiri daripada kaum Cina jelas menunjukkan pengundi Cina akan tetap  mencondong  memihak pembangkang, manakala pengundi Melayu
pula tidak pasti sama ada mereka akan bersama BN atau tidak kerana UMNO juga
turut bergolak akibat timbalan presiden UMNO gugur daripada kabinet.
Persoalanya, bagaimana pula sokongan pengundi India terhadap kerajaan BN ketika
ini, satu kumpulan pengundi yang terbukti berpotensi menentukan menangh-kalah
BN?  
Prestasi BN dalam PRU12  jelas menunjukkan betapa mudahnya sokongan
pengundi India terhadap MIC sekaligus BN boleh terhakis. MIC hampir tersungkur
dalam PRU12  kerana hampir 60% pengundi
India mengalih menyokong pembangkang. Prestasi MIC pada PRU12 adalah merupakan
prestasi yang  paling buruk dalam sejarah
MIC. Komuniti India yag secara umumnya 
bersifat emotional dikesan merajuk dengan BN secara amnya dan UMNO
secara khususnya kerana beberapa insiden yang mengguris hati mereka termasuk
robohan sebuah kuil Hindu di Shah Alam,Selangor. Perhimpunan HINDRAF yang
berlangsung di Kuala Lumpur pada akhir tahun 2007, untuk menzakirkan perasaan
tidak puas hati komuniti India terhadap kerajaan BN, yang disertai oleh hampir
50,000 orang India, telah  mempengaruhi
pemikiran politik pengundi India menolak BN dalam PRU12 malah menukar corak landskap
politik Malaysia. Penganalisis politik juga didapati gagal mentafsir ‘mood’
pengundi India menjelang PRU12. MIC yang mencatatkan rekod menang 100 %
berturut-turut sejak tahun 1982 telah 
menemui kekalahan luar jangka dalam PRU12.  Semua pemimpin utama MIC, termasuk presiden
,timbalan Presiden ,dua naib presiden, ketua Wanita, ketua pemuda dan  beberapa ahli jawatankuasa tertinggi  kalah dengan majoriti besar. MIC hanya
memenangi 3 kerusi Parlimen daripada 9 kerusi yang ditandingi dan memenangi 7
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 19 kerusi yang ditandingi. MIC
kalah semua kerusi DUN yang ditandingi di Negeri Pulau Pinang, Perak dan
Selangor. 
Dalam pada itu, 
DS Mohd.Najib Tun Abdul Razak yang mengambil alih kepimpinan kerajaan dan
BN pada tahun 2009  berjaya
memulihkan dan mengalihkan sokongan kaum India terhadap BN secara
beransur-ansur melalui pendekatan inklusif 
dibawah slogan ‘Nambikai’.
Namun, pemilihan seorang calon yang kotroversial pada saat-saat akhir untuk
bertanding di Shah Alam, seorang yang didakwa pernah membuat kenyataan menentang
agama Hindu malah berjanji akan meroboh kuil Hindu sekiranya parti beliau berkuasa,
telah dikesan membangkitkan semula perasaan kemarahan pengundi India  terhadap BN dalam PRU13. Kesannya,  prestasi BN dalam PRU14  tidak seperti dijangkakan kerana kehilangan
sokongan pengundi India.
Menurut satu
analisa komposisi pengundi mengikut kaum di Semenanjung, didapati  hampir 65 kawasan parlimen mempunyai pengundi
India antara 10-30 % daripada jumlah pengundi. Dalam pada itu, hampir 35
kawasan parlimen dilaporkan mempuyai 20-30 % pengundi India. Keputusan PRU12
dan PRU13 jelas menunjukkan bahawa calon BN yang bertanding dalam kawasan yang
mempunyai 20-30 % pengundi India kalah kepada calon pembangkang. Persoalanya, apakah MIC yang kini berada dalam kedudukan  ‘hidup segan mati tak mau’, seperti
digambarkan oleh Tun Dr.Ismail, Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu,
mampu meraikan sokongan pengundi India di 65 kawasan parlimen tersebut  menyokong BN dalam PRU14? 
Pada hemat saya ,
krisis kepimpinan MIC yang tercetus pada akhir tahun 2013 belum selesai dengan
muktamad. Memandangkan DS G.Palanivel dan DS Dr.S.Subramaniam masing-masing diumum
sebagai presiden MIC,malah  menang tanpa
bertanding, maka  merata-rata ahli MIC
masih bertanya-tanya siapakah presiden MIC yang sah dan diakui oleh MIC dan ROS
?  Walaupun pemilihan sudah dibuat
seperti diarah oleh ROS, tetapi keputusannya masih  menjadi kontroversi  kerana ada pihak yang masih bertikai terhadap
pemilihan yang dijalankan oleh kedua-dua pihak seperti kata orang ‘rumah siap
pahat berbunyi’.   
Krisis MIC tercetus
apabila ROS,  yang dilaporkan menerima
aduan kononya berlaku penyelewengan dalam 
pemilihan  parti pada tahun 2013,
membuat keputusan  agar MIC mengadakan
pemilihan semula kerana pemilihan  presiden dan ahli jawatankuasa kerja pusat
(CWC) yang di lantik semasa pemilihan pada tahun  2013 adalah tidak sah. Maka,  ROS menggesa CWC yang menyandang jawatan bagi
tempoh 2009-2013, yang dirujuk sebagai interim
committee,  mengadakan  semula pemilihan parti. Sekiranya MIC gagal  pendaftaran MIC berkemungkinan akan
dibatalkan. 
Namun, Presiden
MIC,DS G.Palanivel dan Timbalan Presiden MIC, DS Dr.S.Subramanian didapati
tidak sehaluan dalam melaksanakan arahan ROS. Kedua-dua pemimpin ini didapati
bertelagah kerana mempunyai pendekatan yang berbeza-beza untuk menyelesai
kekusutan yang melanda parti. Malah, Presiden MIC mencabar kesahihan arahan ROS
dengan membuat pemohonan  ‘semakan
kehakiman’di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Malangnya, Mahkamah Tinggi
KualaLumpur bukan sahaja menolak pemohonan semakan G.Palanivel malah memutuskan
bahawa tiada sebab untuk mahkamah campurtangan dalam keputusan ROS memandangkan
ia adalah munasabah dan rasional, sejajar dengan seksyen 16(1) dan Seksyen
18(b)(1) Akta Pertrubuhan 1966. Namun, langkah
G.Palanivel mengheret ROS ke mahkamah telah menjadi alasan bagi  beliau hilang keanggotaannya kerana Perkara
91 Perlembagaan MIC menyatakan bahawa seorang ahli MIC hilang keangotaanya
sekiranya mengheret  MIC ke mahkamah
tanpa rujuk kepada CWC terlebih dahulu(ipso facto).  
Rentetan itu, kedua-dua pemimpin utama MIC,
G.Palanivel dan Dr.Subramaniam, 
masing-masing cuba menepati arahan ROS dengan mengadakan pemilihan
semula . Majlis penamaan calon bagi pemilihan jawatan presiden baharu MIC  dilaporkan diadakan secara  berasingan 
dengan sokongan hebat pengikut masing-masing. Apabila selesainya majlis
pencalonan, kedua-dua pemimpin tersebut membuat kenyataan akhbar bahawa
masing-masing pemimpin itu menang tanpa bertanding dengan  70 % sokongan daripada keseluruhan ahli MIC.
G.Palanivel umum pada 9 Ogos 2015 bahawa beliau dapat 2004  pencalonan daripada  2,241 cawangan MIC.  Manakala, Dr.Subramaniam pula umum pada 21
Ogos 2015 bahawa beliau mendapat  450
pencalonan merangkumi 2,700 cawangan daripada jumlah 2,843 cawangan MIC  yang didaftarkan. Persoalanya, apakah
G.Palanivel yang didakwa hilang keanggotaannya 
berhak  bertanding untuk menjawat
jawatan presiden MIC? Apakah Dr.Subramaniam, yang diumum menang tanpa
bertanding sebagai presiden baharu MIC 
sejajar dengan perlembagaan parti MIC? 
Perebutan kuasa
dalam parti politik adalah  asam garam
politik seperti diajukan dalam falsafah politik Machiavelli. Jadi, ahli-ahli MIC berharap  agar MIC, dibawah kepimpinan DS
Dr.S.Subramaniam, dapat memfokuskan kepada usaha-usaha memberikan nafas baru
kepada parti  yang sudah tenat akibat krisis
dalaman yang berpanjangan. Kedua-dua pihak yang bertelagah sesama sendiri perlu
mendahului kepentingan parti daripada memajukan kepentingan politik
masing-masing. Sudah sampai masanya bagi pemimpin-pemimpin utama MIC duduk semeja  membincang  pendekatan mengahadapi cabaran yang bakal
dihadapi oleh MIC dengan semangat keakraban dan bersatupadu. Memandangkan sayap
pemuda dan wanita dalam sesuatu parti politik dianggap sebagai nadi kekuatan kepada
parti, sayap wanita MIC yang kini kelihatan sungguh lemah dan lembab perlu
disuntik dengan semangat baru untuk menggerak  mempempengaruhi kumpulan wanita , yang
dianggarkan hampir 50 %  ahli MIC,  untuk bersama MIC sekaligus BN. Sayap pemuda
pula yang kelihatan sentiasa aktif, malah banyak memfokuskan kepada pelbagai
aktiviti –aktiviti pembangunan masyarakat, termasuk penubuhan Youth Squad,
Program Pendidikan English Untuk SRJK(T) dan sebagainya,  perlu diberi galakan dan sokongan malah
tanggungjawab untuk terus mendampingi kumpulan golongan muda yang kini dilihat
sebagai satu kuasa politik yang 
berpotensi tinggi  untuk menenentuhkan
jatuh- bangun MIC  sekaligus BN. Pada
masa yang sama kepimpinan BN harus memastikan tidak membangkitkan sebarang isu
melibatkan sensitiviti kaum India, termasuk agama Hindu, yang boleh mengguris
hati penganut Hindu. Sekiranya kepimpinan baharu MIC sanggup menyesuaikan diri
dengan paradigma baru dalam memenuhi aspirasi kaum India maka MIC sudah pasti mampu
membantu BN dalam menjamin kemenangan dalam PRU14. BN sudah pasti tidak
akan  suka melihat MIC dalam BN macam
melukut ditepi gantang;Masuk tak menambah keluar tak meluak!



No comments:
Post a Comment