Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2017 yang
akan berlangsung minggu depan
bukan sahaja akan menarik perhatian kaum Melayu bahkan
juga kaum bukan Melayu. Kaum bukan Melayu secara amnya dan pengundi
India secara khususnya dijangka akan memberi tumpuan dan perhatian kepada berbahasan para perwakilan PAU2017.
PAU 2017 diadakan diambang negara menghadapi pilihan raya
umum yang ke 14 (PRU14) . Jadi, wajarlah
para perwakilan merenung kembali kekuatan dan kelemahan jentera UMNO malah
peluang-peluang terbaik dalam menjamin kemenangan calon-calon BN dalam
PRU14.
Sebahagiann besar
penganalisis politik melihat
PRU14 sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum dalam kalender politik negara
malah dijangka akan menyaksikan pertembungan hebat antara dua parti yang
mewakili orang Melayu iaitu UMNO yang dipimpin oleh Mohd.Najib Tun Abdul Razak,
yang memimpin UMNO selama 8 tahun dan PPBM yang di bawah naungan Tun Dr.Mahathir Mohamad, bekas presiden UMNO
selama 22 tahun. Jadi,, PRU14 dikatakan pertempungan
antara dua pemimpin Melayu yang mewakili
kepentingan kaum Melayu sekaligus Bumiputra. Pertembungan antara kedua-dua tokoh politik Melayu tersebut dilihat lebih sengit kerana PPBM dijangka melawan
UMNO dikawasan-kawasan majoriti pengudi Melayu. Sambil UMNO berharapkan sokongan daripada pengundi bukan
Melayu melalui komponan BN seperti MCA dan MIC di Semenanjung, PPBM
pula akan mengharapkan sokongan pengundi Cina dan Melayu melalui DAP dan
Amanah.
Dalam pada itu, PRU 13 yang lalu diadakan ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri. Namun, beliau
berjaya memimpin UMNO sekaligus BN menang majoriti tipis dan membentuk
kerajaan dengan majoriti mudah (simple majority) . Kepimpinan Najib dilaporkan membawa kejayaan besar kepada UMNO
kerana UMNO menambah kerusi parlimen
daripada 79 (PRU12) kepada 89 (PRU13). Malah BN merampas kembali Kedah daripada
Pakatan Pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.
Kejayaan BN
merampas kedah malah
memenangi beberapa kawasan parlimen yang
dimenangi oleh pembangkang sebelumnya, seperti parlimen Merbok, Sik, Baling,
Padang Terap,Pendang, Kulim -Bandar Baru, Bagan Serai, Kuala Selangor dan
Jerai jelas menunjukkan sokongan kaum Melayu dan India yang merosot pada PRU12 sudah kembali
menyokong UMNO (BN).
Malah, perkembangan terakhir dalam medan politik negara
menunjukkan pengundi Melayu kini sudah sedar
strategi dan taktik DAP, sebuah parti yang lebih mewakili orang Cina berasaskan
demokrasi sosial berpaksikan sekularisme. DAP dilaporkan mengkudakan PAS dalam menambah 10 kerusi iaitu
daripada 28 kepada 38 berbanding dengan
PAS yang hilang 2 kerusi iaitu daripada 23 kepada 21. Malah PKR juga
hilang satu kerusi daripada 31 kepada 30 kerusi parlimen. kerusi parlimen. Keputusan
PRU13 jelas menunjukkan DAP berkerjasama
dengan parti-parti politik Melayu khasnya PAS semata-mata untuk memperoleh undi Melayu.
Keputusan PRU13 harsus menjadi pengajaran malah buka mata
para pengundi Melayu. Menyedari motif politik DAP, PAS sudah memutuskan
kerjasama politik (tahaluf siyasi)
dengan DAP. Para pemimpin-pemimpin dalam
PKR juga sedar niat sebenar DAP dalam terus menjalinkan hubungan dan kerjasama
politik dengan PKR. Jadi, kesedaran untuk
menolak DAP dan sekutunya malah momentum
pemikiran politik semasa
dikalangan orang Melayu
perlu menjadi gelombang dalam PRU14.
Selain itu, memandangkan undi Melayu dijangka berpecah kepada lima parti politik
iaitu UMNO,PAS,PKR, Amanah (Parti
Amanah Negara) dan PPBM (Parti Pribumi Bersatu
Malaysia), kesan penularan pembohongan dan pelbagai dakwaan yang tidak berasas secara luas dalam media sosial, BN secara amnya
dan UMNO secara khususnya perlu memikat hati pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi India, dalam menjamin
kemenangan calon UMNO.
Dalam hal ini, PAU2017 bukan sahaja boleh menyuntik semangat
kekitaan dan perpaduan dikalangan ahli UMNO malah boleh mempengaruhi pengundi
bukan Melayu bersama UMNO dalam menjamin
kemenangan BN dalam PRU14. Memandangkan parti-parti komponan BN diSemenanjung kian rapuh, maka UMNO terdesak meraiah sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN. Dalam hal ini, sekiranya konsep ‘wasatiayah’ dan dasar inklusif menyerlah
dalam berbahasan sepanjang perjalanan PAU2017, tidak menyinggung persaan bukan Melayu, maka PAU2017
bukan sahaja akan menjadi medan terbaik
untuk memikat pengundi bukan Melayu malah
boleh menonjol UMNO sebagai sebuah parti
politik yang unggul serta tunjang
kekuatan BN.