IS (ISLAMIC STATE) kini menjadi topik berita utama dalam pelbagai media yang
dikuasai oleh Barat malah menjadi bahan berbualan
harian sebahagian besar umat Islam diseluruh dunia termasuk Malaysia. IS
menarik perhatian dunia secara amnya dan
masyarakat bukan Islam secara khusus nya apabila peristiwa IS memenggal kepala dua orang
tebusan yang terdiri daripada orang bukan Islam disiar dalam internet secara
bersiri untuk tontonan kuasa Barat secara amnya dan kuasa Amerika
Syarikat secara khususnya. Internet
mempaparkan IS memenggal kepala seorang petugas media bernama, James Foleh, pada 19 Ogos 2014 dan seorang bernama
Steven Sotloff pada 2 September 2014. Selain itu, IS juga
mengugut akan memenggal kepala seorang lagi tebusan warga British
bernama David C.Hain sekiranya
pihak USA tidak berhenti serangannya terhadap IS.
IS
juga dilaporkan cuba melakulan jenayah penghapusan etnik - etnik seperti Assyria, Chaldesan, Yazidis, Druzw,
Shabak dan Mandeans yang
kebanyakannya terdiri daripada agma
Kristian dan puak Shia. Umat
Islam yang tidak sealiran dengan puak Sunni juga menjadi sasaran serangan IS. Persoalanya apakah yang disebut sebagai IS
dan apakah matlamat perjuangan IS?
IS
yang disebut-sebut oleh media dan orang awam adalah dirujuk kepada Islamic State (al-Dawlah al-Islamiyah) atau
Negara Islam yang diisytiharkan
oleh IS sebagai sebuah kerajaan Islam
(Khalifah) di Syria dan Iraq, Timur
Tengah dan diurus berasaskan syariah Islam. Walaupun pada dewasa ini, IS beroperasi di Iraq dan
Syria, IS telah berjanji akan memperluaskan jajahannya ke Jordan dan Lebanon serta membebaskan
Palestin.
Pemikiran
Negara Islam atau IS dicetuskan oleh
satu kumpulan kecil militant, Jama’at
al-Tawhid wal-Jihad, yang diketuai oleh Abu Musab al-Zarqawi di
Iraq pada tahun 1999, bercita-cita
untuk membentuk sebuah kerajaan
berteraskan Syariah Islam. Kumpulan ini
dapat sokongan daripada kumpulan
radikal Islam yang lain apa bila Amerika
menyerang Iraq dengan alasan Saddam Hussein, Presiden Iraq memiliki
senjata secara besar-besaran yang mampu menggugat keselamatan dunia. Kumpulan
ini menyokong perjuangan Osama Bin Laden
(al-Qaeda) dan menubuhkan AL-Qaeda di Iraq
(AQI) dan melancar serangan menentang
tentera bersekutu yang menyerang Iraq
pada tahun 2003 dibawah pimpinan Amerika.
Seterusnya
kumpulan AQI dilaporkan bergabung dengan
enam kumpulan militant Sunni yang yang
lain dan menubuhkan ‘Mujahidden Shura Council’
pada Januari 2006 dibawah pimpinan Abu Musab al-Zawqawi dan terus
melancar serangan menentang tentera Amerika . Apabila Zarqawi, pemimpin AQI terkorban dalam pertempuran, Abu Bakr
al-Baghdadi ambil alih pimpinan dan terus mengketuai pemberontakan menentang
dengan lebih hebat penceroboh Amerika di
Iraq . Kepimpinan Zarqawi didapati memulihkan semangat dan kekuatan kumpulan
militant diIraq dalam menyerang tentera
bersekutu malah menyatukan semua kumpulan militant Islam yang bergerak diIraq dalam satu gabungan yang dikenali sebagai Negara Islamic State of Iraq and the Levant
(ISIL) atau Negara Islam di Iraq dan
Jajahannya. Levant rujuk kepada negarap-negara jajahan yang terletak
bersekitarnya. Penubuhan ISIL mendorong puak
Sunni memberi sokongan hebat kepada kumpulan radikal Islam yang memberontak
kerana pemimpin-pemimpin ISIL juga merupakan terdiri daripada puak Sunni.
Pada
masa yang sama, ‘Jabhat al-Nusrali Ahl-Sham’ , sebuah kumpulan militant ditubuhkan dibawah pimpinan Abu Muhammad al-Jawlani untuk
menentang Presiden Syria, Bashar AL-Assad, apabila pergolakan politik tercetus
di Syria. Kumpulan ini umumnya dikenali sebagai Barisan Al-Nusra. ISI dibawah pimpinan Abu Bakr
al-Baghdadi, telah hantar
pejuang-pejuang untuk membantu kumpulan
yang memberontak menentang Bashar al-Assad dan menguasai wilayah-wilah yang
majoritinya diduduki oleh puak Sunni.
Kepimpinan Al-Bakr yang dilohat menghebatkan perjuangan kumpulan militant dalam
menubuhkan sebuah kerajaan Islam dan
aklhirnya pada 29 Jun 2014 Islamic State (IS) atau Negara Islam diisytiharkan oleh kumpulan militant dengan
Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah atau
Amir al-Mu'minin Caliph Ibrahim.
IS
mendakwa umat Islam termasuk pemerintah –pemerintah
negara Islam kini telah banyak
menyimpang daripada menepati syariat Islam. Malah Kuasa politik Islam
merosot selepas terjatuhnya Empayar Ottoman kepada Pasukan
Tentera Bersekutu (British) pada tahun 1920. Oleh yang demikian, IS berpendapat wajar IS gunakan kekerasan dan keganasan untuk memulihkan kuasa politik
Islam seperti dahulu kala.
Sehubungan
dengan penambahan ahli pejuang untuk IS,
media sosial yang kini popular dikalangan generasi muda menjadi saluran utama merekrut ahli baru menyertai gerakan IS. Kontent propaganda IS
adalah banyak berteraskan kepada Al- Quran dan Ayat-ayat
dalam Al-Quan yang seiring dan secocok dengan perjuangan IS dan diterjemahkan dalam memujuk orang muda menyertai IS.
Menurut
laporan media, beberapa kumpulan yang bergerak di seluruh dunia berlandaskan
Islam didapati menyokong perjuangan IS.
Antaranya adalah kumpulan Boko Haram di
Negeria, Bangsa Moro Islamic Freedom Fighters di Fipina, Jemaah Islamiayah di
Asia Tengara (South East Asia), Tehrik I-Taliban di Pakistan, Islamic
Movement Uzbekistan di Uzbekistan, kumpulan-kumpulan operative pejuang Islam daripada Egypt, Gaza,Tunisia dan Libya
Kumpulan Abu Sayyaf ( yang beropersai di Filipina dan Malaysia) dan tidak
ketinggalan juga Kumpulan Mujahideen Malaysia
(KMM) daripada Malaysia.
Namun,
negara-negara Barat saperti USA, Canada,
Belgium, France, Russia, Kumpulan Kurdish Di Iraq, Tentera Lebonan, Hezbollah malah
United Nations dan negara-negara Arab menentang penubuhan IS.
Menurut
laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Antarabangsa bagi Penyelidikan Radikal yang berpusat di London, IS dianggarkan lebih
31,000 orang termasuk 12 ,000 orang
rakyat asing daripada 74 buah negara, termasuk Malysia kini berjuang bersama IS di Syria.
Sehubung dengan penyertaan rakyat Malaysia pula, Kementerian
Dalam Negeri (KDN) mendedahkan bahawa sejumlah
22 orang rakyat Malaysia dikesan
berada di Syria dan 23 orang ditahan,
termasuk empat orang wanita,
kerana menyertai IS di Syria
dan lain-lain kumpulan militan seperti Jabhat Al-Nusra dan Ajnad Al Sham. Dalam pada itu, media laporkan sehingga kini (9 Oktober 2014) lima orang
warga Malaysia terkorban dalam pertempuran
ketika menyertai IS di Syria.
Sebahagian
besar warga Malaysia yang menyertai IS adalah terdiri daripada pelajar-pelajar
institusi tinggi, golongan professional
termasuk doktor perubatan, Jurutera, Pegawai Kerajaan yang berada dalam lingkungan umur 14-48 tahun.
Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis, Bukit Aman mendedahkan bahawa media sosial (Facebook dan
Twitter ) telah digunakan oleh penggerak IS untuk merekrut
ahli baru bagi menyertai IS daripada Malaysia.
Menyertai gerakkan IS adalah satu kesalahan dari sisi
undang-undang Malaysia dan sesiapa yang di tangkap untuk kesalahan ini boleh
didakwa dibawah Akta 574 Keseksaan dan boleh disiasat mengikut prosedur dibawah
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.
Pihak Polis melalui unit
pencegahan keganasan kini giat memantau mereka yang berpotensi direkrut,
tidak kira sama ada berada di sekolah
pondok, di institusi pengajian tinggi awam atau swasta, parti politik dan
lain-lain dan tidak akan teragak-agak untuk tangkap dan dakwa mereka dibawah
SOSMA supaya Malaysia tidak dipandang
negatif serta dianggap sebagai lubuk melatih militant Islam.
Malaysia merupakan sebuah
negara yang banyak membantu organisasi dan umat Islam dipentas dunia yang
menghadapi tekanan politik atas alasan agama.
Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu menyediakan kerangka kerja
Kesepakatan antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)
di Mindanao dan perjanjian Kesepakatan ditandatangani dengan jayanya pada 15 Oktober 2012. Malaysia menjadi orang tengah dalam proses
menyedia kerangka Perjanjian Konsensus menyeluruh antara Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional( BRN) dan Perjanjian kesefahaman antara Kerajaan Thai
dan BRN di tandatangani pada 28.2.2013
di Kuala Lumpur. Malaysia juga membantu
rakyat Islam yang menderita di Palestin dan Gaza yang banyak terkorban dalam konflik antara mereka dengan regim yang menggugat ketenteraman hidup aman
dan damai rakyat Palestin..
Malaysia selaku negara perintis ‘Gerakan Kesederhanaan Global
(GMM)’ yang berpaksikan pendekatan wasatiyyah, mengutuk
sekeras-kerasnya sebarang bentuk extremism
atau fahaman melampau agama termasuk kumpulan
Negara Islam (IS) yang dilihat sebagai sebuah pertubuhan pengganas kerana aktiviti IS
tidak mencerminkan kemurniaan Islam yang sebenar. Dalam hal ini, Malaysia
menyokong penuh Resolusi 2170 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
yang menentang sebarang bentuk sokongan
dan bantuan kepada IS.
Menurut para ulama
sedunia, golongan muda kini tertarik
untuk menyertai IS kononnya
berperang jihad untuk menegakkan
Negara Islam yang berteraskan syariat Islam. Kumpulan IS yang menggelar
diri sebagai pejuang Islam dilaporakan memenggal kepala orang tebusan diapati
amat menjengkel malah bertentangan dengan syariat Islam. Perbuatan membunuh dan
memenggal kepala orang atas nama Islam bukan sahaja tidak bertamadun malah
menjejas imej Islam di kaca mata dunia lebih-lebih lagi ketika dunia Barat yang kian beranggapan bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan
keganasan.
Memandang pihak yang terlibat dalam pergerakan IS daripada Malaysia adalah terdiri daripada
golongan muda yang terdiri daripada kumpulan
professional yang berpotensi menjadi
aset penting negara, maka Malaysia perlu
mengambil tindakan tegas dalam usaha membendung mereka daripada terjatuh dalam kancah kecelaruan yang timbul
dengan takrifan dan prinsip jihad yang kini menjadi alat propaganda utama IS. Golongan muda perlu diberi penjelasan dan
pemahaman mengenai takrif jihad kerana mereka seharusnya dapat membolehkan diri untuk mengenalpasti kumpulan-kumpulan
yang berselindung di sebalik seruan
jihad sedangkan apa yang di perjuangkan itu bukan memenuhi tuntutan Islam sebenar. Perjuangan
dan pengorbananyang diajarkan Islam bukan seperti perbuatan menjadi pengebom
berani mati dan memenggal kepala orang yang tidak berdosa atas alasan agama
kerana ia dilarang keras disisi Islam.
Malaysia
selaku sebuah negara majmuk perlu berwaspada terhadap sebarang ideologi
berpaksikan fanatisme, perkauman atau
keganasan bersifat militant tidak
menyusup masuk dalam pemikiran anak
muda Islam kerana penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai keturunan, agama dan budaya seperti
terjamin oleh Perlembagaan Malaysia. Malaysia
menghargai dan menghormati identiti etnik setiap kaum di negara ini dan
menganggapnya sebagai satu aset yang dibanggakan.
Dalam
hal ini, Kerajaan dan rakyat , malah parti-parti politik memerintah dan
pembangkang , tanpa mengira perbezaan politik perlu bersatu berdamping bahu
dalam membendung penyebaran ideologi IS yang tidak secocok dengan struktur
masyarakat dan sistem politik Malaysia. Perjuangan IS didapati lebih memiripkan
semangat perjuangan yang dicetuskan oleh kumpulan ‘muslim brotherhood’ pada tahun 1920’an atau
semangat ‘ wahhabism’ yang terang-terang tidak secocok dengan sistem
politik rakyat majmuk
Malaysia. Rakyat Malaysia perlu
buktikan kepada dunia bahawa Malaysia selaku negara pelopor pendekatan Kesederhanaan
atau Wasatiyyah tetap menolak sebarang
bentuk keganasan dan ideologi extremisme
dalam membina sebuah masyakat yang peradaban
dan progresif.
2 comments:
Fahaman awak yang salah rasanya.
Fahaman siapa?.
Post a Comment