Friday, October 31, 2014

MEMAHAMI IS DAN MENOLAK FAHAMAN RADIKAL DAN EKSTREMISME!

   
IS (ISLAMIC STATE)  kini menjadi topik  berita utama dalam pelbagai media yang dikuasai oleh Barat malah menjadi  bahan berbualan harian sebahagian besar umat Islam diseluruh dunia termasuk Malaysia. IS menarik perhatian dunia  secara amnya dan masyarakat bukan Islam secara khusus nya apabila  peristiwa IS memenggal kepala dua orang tebusan yang terdiri daripada orang bukan Islam disiar dalam internet secara bersiri untuk  tontonan  kuasa Barat secara amnya dan kuasa Amerika Syarikat secara khususnya.   Internet mempaparkan IS memenggal kepala seorang petugas media  bernama, James Foleh,  pada 19 Ogos 2014 dan seorang bernama Steven  Sotloff  pada 2 September 2014. Selain itu,  IS juga  mengugut akan memenggal kepala seorang lagi tebusan  warga British  bernama David C.Hain  sekiranya pihak USA tidak berhenti  serangannya   terhadap IS.

IS juga dilaporkan cuba  melakulan  jenayah penghapusan etnik - etnik  seperti Assyria, Chaldesan, Yazidis, Druzw, Shabak dan Mandeans yang  kebanyakannya  terdiri daripada  agma   Kristian  dan puak Shia. Umat Islam yang tidak sealiran dengan puak Sunni juga menjadi sasaran serangan IS.  Persoalanya apakah yang disebut sebagai IS dan apakah matlamat perjuangan IS?

IS yang disebut-sebut oleh media dan orang awam adalah dirujuk kepada Islamic State (al-Dawlah al-Islamiyah) atau  Negara Islam  yang diisytiharkan oleh IS  sebagai sebuah kerajaan Islam (Khalifah)  di Syria dan Iraq, Timur Tengah dan diurus berasaskan syariah Islam. Walaupun  pada dewasa ini, IS beroperasi di Iraq dan Syria, IS telah berjanji akan memperluaskan jajahannya  ke Jordan dan Lebanon serta membebaskan Palestin.

Pemikiran Negara Islam atau IS  dicetuskan oleh satu kumpulan  kecil  militant, Jama’at al-Tawhid  wal-Jihad,  yang diketuai oleh Abu Musab al-Zarqawi di Iraq pada tahun 1999,  bercita-cita untuk  membentuk sebuah kerajaan berteraskan Syariah  Islam.  Kumpulan ini  dapat sokongan  daripada kumpulan radikal Islam yang lain apa bila Amerika  menyerang Iraq dengan alasan Saddam Hussein, Presiden Iraq memiliki senjata secara besar-besaran yang mampu menggugat keselamatan dunia. Kumpulan ini  menyokong perjuangan Osama Bin Laden (al-Qaeda) dan menubuhkan  AL-Qaeda  di Iraq  (AQI)  dan melancar serangan  menentang   tentera bersekutu yang  menyerang   Iraq pada tahun 2003 dibawah pimpinan Amerika.

Seterusnya kumpulan AQI  dilaporkan bergabung dengan enam kumpulan militant  Sunni yang yang lain dan menubuhkan ‘Mujahidden Shura Council’  pada Januari 2006 dibawah pimpinan Abu Musab al-Zawqawi dan terus melancar serangan menentang tentera Amerika . Apabila  Zarqawi, pemimpin AQI  terkorban dalam pertempuran, Abu Bakr al-Baghdadi ambil alih pimpinan dan terus mengketuai pemberontakan menentang dengan lebih hebat  penceroboh Amerika di Iraq . Kepimpinan Zarqawi didapati memulihkan semangat dan kekuatan kumpulan militant diIraq  dalam menyerang tentera bersekutu malah menyatukan semua kumpulan militant Islam yang bergerak diIraq  dalam satu gabungan yang dikenali sebagai Negara Islamic State of Iraq and the Levant  (ISIL) atau Negara Islam di Iraq dan Jajahannya. Levant rujuk kepada negarap-negara jajahan yang terletak bersekitarnya. Penubuhan ISIL mendorong  puak Sunni memberi sokongan hebat kepada kumpulan radikal Islam yang memberontak kerana pemimpin-pemimpin ISIL juga merupakan terdiri daripada puak Sunni.    

Pada masa yang sama, ‘Jabhat al-Nusrali Ahl-Sham’ , sebuah kumpulan militant  ditubuhkan dibawah  pimpinan Abu Muhammad al-Jawlani untuk menentang Presiden Syria, Bashar AL-Assad, apabila pergolakan politik tercetus di Syria. Kumpulan ini umumnya dikenali sebagai Barisan Al-Nusra.  ISI dibawah pimpinan Abu Bakr al-Baghdadi,  telah hantar pejuang-pejuang untuk membantu  kumpulan yang memberontak menentang Bashar al-Assad dan menguasai wilayah-wilah yang majoritinya diduduki oleh puak  Sunni. Kepimpinan Al-Bakr yang dilohat menghebatkan perjuangan kumpulan militant dalam menubuhkan  sebuah kerajaan Islam dan aklhirnya pada 29 Jun 2014 Islamic State (IS) atau   Negara Islam diisytiharkan  oleh kumpulan militant  dengan  Abu Bakr al-Baghdadi  sebagai  khalifah atau  Amir al-Mu'minin Caliph Ibrahim.

IS mendakwa  umat Islam termasuk pemerintah –pemerintah negara  Islam kini telah banyak menyimpang daripada  menepati  syariat Islam. Malah Kuasa politik Islam merosot  selepas  terjatuhnya Empayar Ottoman kepada Pasukan Tentera Bersekutu (British) pada tahun 1920.  Oleh yang demikian, IS  berpendapat wajar IS  gunakan kekerasan  dan keganasan untuk memulihkan kuasa politik Islam seperti dahulu kala.

Sehubungan dengan penambahan ahli pejuang untuk IS,  media sosial yang kini popular dikalangan generasi muda  menjadi saluran utama merekrut  ahli baru menyertai  gerakan IS. Kontent  propaganda  IS adalah  banyak  berteraskan kepada  Al- Quran dan  Ayat-ayat  dalam Al-Quan yang seiring dan secocok dengan perjuangan IS  dan diterjemahkan   dalam memujuk  orang muda  menyertai IS. 

Menurut laporan media,  beberapa kumpulan  yang bergerak di seluruh dunia berlandaskan Islam didapati menyokong  perjuangan IS. Antaranya adalah kumpulan   Boko Haram di Negeria, Bangsa Moro Islamic Freedom Fighters di Fipina, Jemaah Islamiayah di Asia Tengara (South East Asia), Tehrik I-Taliban di Pakistan, Islamic Movement  Uzbekistan di Uzbekistan, kumpulan-kumpulan  operative pejuang  Islam daripada Egypt, Gaza,Tunisia dan Libya Kumpulan Abu Sayyaf ( yang beropersai di Filipina dan Malaysia) dan tidak ketinggalan juga  Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM) daripada Malaysia.

Namun, negara-negara Barat saperti  USA, Canada, Belgium, France, Russia, Kumpulan Kurdish Di Iraq, Tentera Lebonan, Hezbollah  malah  United Nations dan negara-negara Arab menentang penubuhan IS.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Antarabangsa bagi Penyelidikan Radikal  yang berpusat di London, IS dianggarkan lebih 31,000 orang  termasuk 12 ,000 orang rakyat asing daripada  74 buah  negara, termasuk Malysia   kini berjuang bersama IS di Syria. 

Sehubung  dengan penyertaan rakyat Malaysia pula, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan  bahawa  sejumlah  22 orang rakyat Malaysia dikesan  berada di Syria dan 23 orang ditahan,  termasuk empat orang wanita,  kerana menyertai  IS  di Syria  dan lain-lain   kumpulan  militan seperti  Jabhat Al-Nusra dan Ajnad Al Sham.  Dalam pada itu, media laporkan  sehingga kini (9 Oktober 2014) lima orang warga Malaysia terkorban dalam pertempuran  ketika menyertai  IS di Syria.  

Sebahagian besar warga Malaysia yang menyertai IS adalah terdiri daripada pelajar-pelajar institusi tinggi, golongan  professional termasuk doktor perubatan, Jurutera, Pegawai Kerajaan  yang berada dalam lingkungan umur 14-48 tahun. Bahagian  Counter Terrorism,  Cawangan Khas Polis, Bukit Aman  mendedahkan bahawa media sosial (Facebook dan Twitter ) telah digunakan oleh penggerak  IS  untuk  merekrut  ahli baru bagi menyertai IS daripada Malaysia.

Menyertai gerakkan IS adalah satu kesalahan dari sisi undang-undang Malaysia dan sesiapa yang di tangkap untuk kesalahan ini boleh didakwa  dibawah Akta 574 Keseksaan  dan boleh disiasat mengikut prosedur dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Pihak Polis melalui unit pencegahan keganasan  kini  giat memantau mereka yang berpotensi direkrut,  tidak kira sama ada berada di sekolah pondok, di institusi pengajian tinggi awam atau swasta, parti politik dan lain-lain dan tidak akan teragak-agak untuk tangkap dan dakwa mereka dibawah SOSMA  supaya Malaysia tidak dipandang negatif serta dianggap sebagai lubuk melatih militant Islam.

Malaysia merupakan sebuah negara yang banyak membantu organisasi dan umat Islam dipentas dunia yang menghadapi tekanan  politik atas alasan agama. Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu menyediakan kerangka kerja Kesepakatan antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao dan perjanjian Kesepakatan ditandatangani dengan jayanya  pada 15 Oktober 2012.  Malaysia menjadi orang tengah dalam proses menyedia kerangka Perjanjian Konsensus menyeluruh antara Kerajaan Thailand  dan Barisan Revolusi Nasional( BRN) dan  Perjanjian kesefahaman antara Kerajaan Thai dan BRN  di tandatangani pada 28.2.2013 di Kuala Lumpur. Malaysia juga  membantu rakyat Islam yang menderita di Palestin dan Gaza yang  banyak  terkorban dalam konflik antara mereka dengan  regim yang menggugat ketenteraman hidup aman dan damai rakyat Palestin..

Malaysia selaku negara perintis ‘Gerakan Kesederhanaan Global (GMM)’ yang berpaksikan pendekatan wasatiyyah, mengutuk  sekeras-kerasnya sebarang bentuk extremism atau fahaman melampau agama  termasuk kumpulan Negara Islam (IS) yang dilihat sebagai sebuah pertubuhan pengganas  kerana aktiviti  IS  tidak mencerminkan kemurniaan Islam yang sebenar. Dalam hal ini, Malaysia menyokong penuh  Resolusi  2170 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menentang  sebarang bentuk sokongan dan bantuan kepada  IS.

Menurut  para ulama  sedunia,  golongan muda  kini tertarik  untuk menyertai  IS  kononnya  berperang jihad untuk menegakkan  Negara Islam yang berteraskan syariat Islam. Kumpulan IS yang menggelar diri sebagai pejuang Islam dilaporakan memenggal kepala orang tebusan diapati amat menjengkel malah bertentangan dengan syariat Islam. Perbuatan membunuh dan memenggal kepala orang atas nama Islam bukan sahaja tidak bertamadun malah menjejas imej Islam di kaca mata dunia lebih-lebih lagi ketika dunia  Barat yang kian beranggapan bahawa  Islam adalah agama yang menganjurkan keganasan. 

Memandang  pihak yang terlibat dalam pergerakan IS  daripada Malaysia adalah terdiri daripada golongan muda yang terdiri daripada kumpulan   professional yang berpotensi menjadi aset penting negara, maka  Malaysia perlu mengambil tindakan tegas dalam usaha membendung  mereka  daripada  terjatuh dalam kancah kecelaruan yang timbul dengan takrifan dan prinsip jihad yang kini menjadi alat propaganda utama  IS. Golongan muda perlu diberi penjelasan dan pemahaman mengenai takrif jihad kerana mereka seharusnya dapat  membolehkan diri untuk mengenalpasti kumpulan-kumpulan yang berselindung di sebalik seruan  jihad sedangkan apa yang di perjuangkan itu  bukan  memenuhi tuntutan Islam sebenar. Perjuangan dan pengorbananyang diajarkan Islam bukan seperti perbuatan menjadi pengebom berani mati dan memenggal kepala orang yang tidak berdosa atas alasan agama kerana ia dilarang keras disisi Islam.

Malaysia selaku sebuah negara majmuk perlu berwaspada terhadap sebarang ideologi berpaksikan  fanatisme, perkauman atau keganasan  bersifat militant tidak menyusup masuk  dalam pemikiran anak muda  Islam kerana penduduk Malaysia  terdiri daripada  pelbagai keturunan, agama dan budaya seperti terjamin oleh  Perlembagaan Malaysia. Malaysia menghargai dan menghormati identiti etnik setiap kaum di negara ini dan menganggapnya sebagai satu aset yang dibanggakan.


Dalam hal ini, Kerajaan dan rakyat , malah parti-parti politik memerintah dan pembangkang , tanpa mengira perbezaan politik perlu bersatu berdamping bahu dalam membendung  penyebaran ideologi  IS yang tidak secocok dengan struktur masyarakat dan sistem politik Malaysia. Perjuangan IS didapati lebih memiripkan semangat perjuangan yang  dicetuskan  oleh kumpulan ‘muslim brotherhood’ pada tahun 1920’an  atau   semangat  ‘ wahhabism’ yang terang-terang tidak secocok dengan sistem politik  rakyat  majmuk  Malaysia. Rakyat  Malaysia perlu buktikan kepada dunia bahawa Malaysia selaku negara pelopor pendekatan Kesederhanaan atau Wasatiyyah tetap  menolak sebarang bentuk keganasan dan ideologi  extremisme  dalam membina sebuah masyakat yang peradaban dan progresif.

2 comments: