Kita kini dilaporkan ada pihak yang cuba menghasut rakyat Sabah dan Sarawak keluar
daripada Persekutuan Malaysia malah mengadakan referendum untuk mengetahui sama
ada rakyat Sabah dan Sarawak ingin keluar daripada Persekutuan Malaysia. Adalah wajar kita mengimbas kembali sejarah pembentukan Malaysia sebelum
membincang hal-hal yang berkaitan dengan
isu ini.
Menurut Perkara
1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak adalah merupakan negeri-negeri yang sah dalam Persekutuan dan dengan itu
tidak boleh keluar dari Persekutuan . Malah
langkah memisah Sabah daripada Malaysia adalah bertentangan dengan
Perkara 7 dalam senarai
Perjanjian 20 perkara yang
menjadi asas pembentukan Malaysia.
Kumpulan yang
mendakwa bahawa Semenanjung Malaysia
(Malaya) telah menakluki Sabah dan Sarawak
perlu megimbas kembali
senario geo-politik paska Perang
Dunia kedua dan perkembangan politik
seterusnya yang mendorong rakyat
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ,Sabah dan Sarawak bersetuju
untuk bersama -sama
membentuk Malaysia berteraskan
konsep federalisme.
Tamatnya Perang
Dunia Kedua, Empayar British yang menguasai Singapura, Brunei , Borneo Utara
dan Sarawak bercadang untuk lakukan sesuatu
dalam menentukan hala tuju masa
depan negeri-negeri tersebut. Pegawai-Pegawai British yang pernah berkhidmat di
Sabah dan Sarawak mengeluarkan kenyataan bahawa keunduran kuasa British dari
rantau ini akan mendedahkan Sabah dan
Sarawak kepada ancaman dari Cina, Indonesia dan Filipina malah akan menjadi
mangsa kepada ideologi komunisme yang sebar luas ketika itu. Seorang pentadbir British pernah
menyatakan bahawa “If the British moved
out, it was likely that both North Borneo and Sarawak would not survive as
viable states on their own and the political vacuum would inevitably invite
intervention for these neighbouring powers”.
Dengan
laterbelakang geo-politik inilah Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961, selaku Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu ,membayangkan bahawa ada kemungkinan besar Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei , Borneo Utara dan
Sarawak akan bersatu dalam satu Gagasan
yang lebih besar untuk menjamin keselamatan dan pembangunan ekonomi rantau ini.
Pihak British, yang
menjajah negeri-negeri seperti Singapura
, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak sambut baik
ide Tunku dan seterusnya bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Cobbold pada 16.1.1962 , yang
diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, untuk mengkaji
pendapat awam rakyat Sabah dan
Sarawak mengenai sama ada rakyat di kedua-dua negeri tersebut bersetuju
atau tidak untuk bersama Persekutuan
Tanah Melayu menubuhkan Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold dilaporkan bertemu hampir 4,000 orang rakyat Sabah dan Sarawak
secara langsung dan menerima 2,200
surat dan memorandum daripada
parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan,
pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin-pemimpin kaum, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan
sekerja dan orang ramai . Hasil kajian
menunjukkan hampir 80% penduduk Sabah
dan Sarawak bersetuju dan menyokong cadangan untuk bersama Persekutuan Tanah Melayu menubuh Malaysia.
Namun, pemimpin-pemimpin yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak mencadang agar Kerajaan Persekutuan Malaysia yang bakal ditubuhkan perlu mengambil kira hak dan kepentingan-kepentingan rakyat Sabah
dan Sarawak, terutamanya kaum pribumi Sabah dan Sarawak dalam merangka Perlembagaan yang akan menjadi
asas dan teras pembentukan Malaysia.
Maka dengan itu, Suruhanjaya Cobbold
yang dipertanggungjawabkan oleh British terhadap pembentukan Malaysia engesyorkan agar
Perlembagaan Persekjutuan Tanah Melayu yang disediakan pada tahun 1957
dijadikan sebagai asas bagi membentuk Perlembagaan Malaysia dengan beberapa pindaan dan memasukkan
beberapa perkara yang melibatkan kepentingan
rakyat negeri Sabah dan Sarawak.
.
Cadangan Suruhanjaya Cobbold diatas diterima baik oleh
pemimpin-pemimpin yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak dan dengan itu mereka
bersetuju menyediakan satu laporan khas
yang mengandungi beberapa tuntutan untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia agar kepen
tingan rakyat Sabah dan Sarawak terjamin. Beberapa kumpulan yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak ,
termasuk parti-parti politik seperti
USNO, UNKO United Party, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation
telah menyediakan beberapa memorandam
dan sebahagian besar tuntutannya
berkisar kepada hal-hal kebebasan
ugama, Bahasa, migrasi dan lain-lain
kepentingan khas kaum pribumi Sabah dan Sarawak.
Sehubungan ini, Sabah menyediakan 20 usul dan
Sarawak pula menyediakan 18 usul
untuk dipertimbangkan oleh satu Jawatankuasa antara Kerajaan atau Inter
Governmental Committee atau Lansdowne
Committee,1963 ( IGC) yang ditubuh khas untuk mengkaji usul-usul
daripada negeri Sabah dan Sarawk. Usul –usul tersebut dengan jelas menyatakan
rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju
bersama dengan Persekutuan Tanah
Melayu dalam membentuk sebuah
negara yang dirujuk sebagai ‘Malaysia’.
Usul-usul rakyat Sabah dan Sarawak kini dirujuk sebagai Tuntutan 20 Perkara
bagi Sabah dan 18 Perkara bagi Sarawak. Dengan penerimaan dan persetujuan
tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak, maka terbentuklah Persekutuan Malaysia pada 16
September 1963.
Perlu ditegaskan bahawa Malaysia ditubuhkan
berdasarkan kepada sistem pentadbiran federalism. Umumnya, ‘Federalisme’
membawa maksud beberapa negeri bergabung
dibawah sebuah kerajaan pusat. Federalisme membawa pengertian bahawa beberapa
negeri yang berautonomi bersatu dibawah sebuah kerajaan pusat dan kuasa
pentadbiranya berdasarkan kepada satu
Perlembagaan. Jadi, Malaysia ditubuhkan
sebagai sebuah negera yang bertunjangkan prinsip federalisme dimana
ahli-ahlinya dapat mengekalkan jati
diri, identiti dan autonomi kerajaan
negeri masing-masing.
Sebahagian besar
perkara-perkara yang terkandung
dalam perjanjian 20 perkara telahpun
dimasukkan atau diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan sebahagian nya
sedang dilaksanakan oleh kerajaan
Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri masing-masing mengikut
kemampuannya. Hak dan
kuasa Negeri Sabah dan Sarawak juga didapati
dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan agar menjadi asas pentadbiran
kerajaan Persekutuan Malaysia.
Salah satu tuntutan
yang penting yang menjadi asas untuk rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju
membentuk Malaysia adalah tuntutan menjamin hak istimewa kaum pribumi Sabah dan
Sarawak. Tuntutan penting ini
didapati termaktub dalam Perkara
153 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 153(1) menyebut “Menjadi tanggung jawab Yang di-Pertuan Agong
untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana
Negeri Sabah dan Sarawak”. Dengan ini jelas bahawa hak kaum pribumi Sabah dan
Sarawak terjamin dalam Perlembagaan. Pada masa yang sama, lain-lain
tuntutan dan harapan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai hak dan kuasa negeri
pula dimasukkan dalam beberapa Perkara, Bahagian dan Jadual dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
Perkara 110 dan Jadual
10 Perlembagaan Persekutuan membenarkan
negeri Sabah dan Sarawak kutip
hasil untuk negeri . Perkara 112 B, 112
C,112 D ,Jadual 10, PT.V meletakkan Sabah dan Sarawak dalam satu kedudukan istimewa dalam konteks dasar fiscal
(kewangan) . Sabah dan Sarawak, tidak seperti lain-lain negeri dalam
Persekutuan Malaysia, dibenarkan kutip
hasil untuk khazanah negeri masing-masing seperti hasi
Impot and excise duty atas
prodak petroleum, hasil hutan dan kayu balak dan hasil daripada pelabuhan dan beberapa prodak sumber asli. Pada keseluruhannya,
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
didapati tidak abaikan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh rakyat Sabah dan
Sarawak semasa Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.
Dalam pada itu, rakyat Sarawak
didapati amat puas hati dengan pelaksanaan tuntutan –tuntutan mereka. Disebaliknya,
terdapat beberapa kumpulan di Sabah melontarkan pelbagai dakwaan bahawa
kerajaan pusat abaikan 20 perkara yang dikemukakan oleh rakyat Sabah sebagai syarat
untuk bersama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.
Apabila kita meneliti Perlembagaan Persekutuan, didapati roh dan semangat 20
Perkara menyerlah dalam pelbagai
Perkara, Bahagian dan Jadual dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tuntutan
20 Perkara rakyat Sabah adalah seperti berikut:
PERJANJIAN
DUA PULUH (20) PERKARA :
Perkara 1: Agama
Tiada bantahan
terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia.
Perkara 2: Bahasa
Bahasa Melayu harus
dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
Perkara 3: Perlembagaan
Perlembagaan
Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia,
Perkara 4: Ketua
Persekutuan
Ketua (Yang Di Pertua
Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.
Perkara 5: Nama Persekutuan
"Malaysia"
Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas
penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di
bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya
juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.
Perkara 7: Hak Menarik Diri
Hak untuk memisah atau menarik diri dari
Persekutuan seharusnya tidak ada.
Perkara 8: Borneonisasi
Proses untuk melantik
orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya
diwujudkan secepat mungkin.
Perkara 9: Pegawai-pegawai British
Segala usaha harus
dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan
mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti dengan
orang tempatan yang berkelayakan.
Perkara 10: Kewarganegaraan
Tertakluk kepada
pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya
menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam
Persekutuan :
Perkara 11: Cukai dan kewangan
Borneo Utara
seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai
sendiri.
Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara
Pada prinsipnya bangsa
asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan
kepada bangsa Melayu di Malaya,
Perkara 13: Kerajaan Negeri
Ketua Menteri harus
dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya
mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.
Perkara 14: Jangkamasa Peralihan
Sepatutnya tujuh tahun
dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo
Utara mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.
Perkara 15: Pelajaran
Sistem pelajaran
Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus
diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.
Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan
Tidak ada sebarang
pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada
perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa
persetujuan kerajaan Borneo Utara. .
Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan
Ini sepatutnya bukan
hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada
keluasan dan keupayaannya.
Perkara 18: Nama Ketua
Negeri
Perkara 19: Nama Negeri
Sabah.
Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain
Perkara dalam
Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus
melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan
tidak harus melibatkan Borneo Utara.
Sejak terbentuknya
Malaysia, khususnya sejak Rancangan Malaysia ke dua dilancarkan pada tahun
1971, banyak program pembangunan telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti
hidup Rakyat Sabah dan Sarawak.Tidak
dapat dinafikan bahawa dalam masa lima puluh satu tahun yang lepas, kualiti hidup rakyat Sabah dan Sarawak
berjaya dipertingkatkan ke tahap yang
hampir sama dengan kualiti hidup rakyat di Semenanjung. Walaupun kedudukan
demografi dan geografi Sabah dan Sarawak yang unik serta rakyatnya tinggal bertabur berselerak di
kawasan pendalaman menjadi satu cabaran kepada kerajaan dalam merancang pelan
pembangunan, program-program pembangunan yang dilaksanakan dapat mengurangkan
kadar kemiskinan Sabah dan Sarawak.
Kadar kemiskinan Sabah dapat diturunkan
daripada 70 % pada tahun 1970 kepada
paras 16 % pada tahun 2007 dan ke
paras 8 .1 % pada tahun 2013. Kadar
pengganguran pula dapat diturunkan
kepada kadar 5.2 % (2013).
Dalam konteks
pembangunan ekonominya, KDNK atau GDP
Sabah telah meningkat daripada RM 602
juta pada awal tertubuhnya Malaysia (1967) kepada RM 44.4 bilion pada
tahun 2013 iaitu peningkatan hampir 74
kali ganda. Pendapatan Per Kapita Sabah telah meningkat daripada RM 1,770 pada
tahun 1970 kepada RM 19,,010 (2013). Jumlah rakyat yang berkerja juga telah
meningkat dari 38,000 ribu pada tahun 1970 kepada 1.5 juta pada tahun 2013.
Menurut kajian Bah.
Analisa Cukai, Bah.Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia,
kerajaan pusat memberi peruntukan besar kepada negeri Sabah (RM 4.376 bilion)
berbanding dengan negeri-negeri lain. Anggaran pembangunan Sabah bagi tahun 2014 adalah RM 1200.3 juta. Daripada jumlah ini,
kerajaan negeri sedia RM 838.43 juta (69.8 %) dan kerajaan pusat pula menyedia
RM361.87 juta (30.2 %) . Sumbangan
kerajaan pusat secara langsung kepada
jabatan –jabatan kerajaan persekutuan di Sabah pula didapati mencecah RM 1,047 juta bagi tahun 2013.
Kerajaan pusat juga di kesan
memperuntukkan RM 2.049 bilion dalam bajet 2014 untuk menjalankan
program pembangunan dan kesejahteraan rakyat
Sabah dan Sarawak. Aliran
peruntukan sejumlah besar seperti
ini kepada Sabah dijangka akan berterusan termasuk bayaran tunai sebanyak
5% daripada nilai petroleum yang
dijumpai dalam negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Akta Kemajuan Petroleum
1974.
Berhubung dengan
pembangunan sosial pula, Sabah diperuntukkan kuasa dan hak-hak tersendiri dalam
Perlembagaan Persekutuan untuk membela dan melindungi kepentian rakyat Sabah
terutamanya dalam memelihara adat resam, budaya
dan agama masyarakat Sabah. Sabah juga dibenarkan teruskan dengan
mahkamah, undang-undang pribumi malah Mahkamah Persekutuan (Sivil) yang berasingan daripada Mahkamah Persekutuan
Malaya di Pusat. Perlantikan Ketua Hakim bagi Negeri Sabah dan Sarawak juga
disyaratkan perlu dirunding dengan Ketua Menteri negeri masing-masing.
Dengan demikian,
rakyat Sabah tidak harus terpengaruh dengan slogan-sogan dan desakan –desakan
yang mengesa Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia atau terpengaruh dengan
suara sumbang untuk adakan referendum. Dakyah mengesa Sabah memisah daripada Persekutuan Malaysia adalah satu tuntutan bertentangan
dengan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian 20 Perkara yang dipersetujui
bersama untuk membentuk Malaysia.
Rakyat Sabah perlu
diingatkan agar jangan menggadai keselamatan, kemakmuran, kesejahteraan dan
kualiti hidup yang dinikmati sejak
terbentuknya Malaysia untuk memenuhi agenda politik seseorang
individu atau kumpulan yang lebih mementingkan kepentingan politik diri
daripada kepentingan keseluruhan rakyat Sabah. Majoriti rakyat Sabah dan
Sarawak dengan nyatanya menzahirkan rasa amat puas hati dan bershukur
kerana dapat menganggotai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 kerana Sabah dan Sarawak kini dilimpah dengan
pembangunan dan kemajuan yang amat memperangsangkan.