Akta Hasutan 1948 dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia bukan untuk merencatkan kebebasan bersuara rakyat. Tetapi untuk menjamin tidak sesiapa mengeluarkan kenyataan menyentuh perkara-perkara sensitif kaum yang boleh menimbulkan tegangan dan permusuhan antara rakyat yang berbilang kaum.
Baru-baru ini kita menyaksikan ada
pihak yang mengeluarkan kenyataan dan
pandangan yang tidak bertanggunjawapn malah melanggar Akta Hasutan 1948, terutamanya
Seksyen (4) (1)(b) and Seksyen 4(1)(c).
Menurut Seksyen 3(1) (a) hingga Seksyen 3
(1) (f) Akta Hasutan 1948, tingkah laku ‘hasutan’
adalah dirujuk kepada ‘kecenderungan’ menghasut orang
lain bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau tidak setia terhadap mana-mana Raja atau
Kerajaan; bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum
atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; bagi mempersoalkan apa-apa
perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif
yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan
Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.
Manakala, Seksyen 4 (1) (c) pula memperuntukkan
kesalahan mencetak, menjual, mengedar, atau mengeluarulang apa-apa penerbitan
yang mengandungi bahan berunsur hasutan.
Menyedari hakikat hubungan antara kaum mudah rapuh,
maka Seksyen 3 dan 4 yang menyentuh
maruah,imej, kestabilan serta kedudukan Raja-Raja Melayu serta Islam dan
hubungan kaum yang terkandung dalam Seksyen 3,4 dan 8 dalam Akta Hasutan 1948 harus ditambah baik
dan bukan ditidakkan agar terus menjamin perpaduan dan stabiliti politik negara
yang menjadi asas kepada kesejahteraan rakyat berbilang keturunan dan etnik.
Persoalannya , apakah rakyat yang majoritinya mencintakan keamanan, perpaduan dan keharmonian antara kaum rela menggadai perpaduan antara kaum yang terbina sejak merdeka tergoda oleh satu kumpulan kecil bagi mencapai agenda politik mereka?
No comments:
Post a Comment